Hilang

By FithFith

55.7K 3.2K 168

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 5 : Hari Pertama di Pulau

2.6K 138 14
By FithFith

  Ruang di dalam gua itu diterangi dengan cahaya merah terang dari sebuah unggun api besar. Haba daripada unggun api amat melegakan badan-badan yang menggigil kesejukan malam.

   Semua pelajar 5 Sains 1 duduk mengelilingi unggun. Termenung memandang api yang sedang menari-nari. Sambil mereka mengalas perut dengan roti kosong yang diambil dari bangkai kapal terbang, masing-masing memikirkan nasib diri. Semua ketakutan. Tidak terkecuali si kaum lelaki yang berperangai gila-gila sebelum ini, kaum hawa yang keanak-anakkan, pelajar yang tinggi pegangan agama dan juga pelajar yang tinggi tahap motivasinya – semua sekali ketakutan.

   Mereka hanya duduk diam sahaja pada batang-batang pokok kayu yang sudah tumbang, yang mereka ambil dari luar gua lalu dijadikan 'kerusi' mereka. Tiada perkara yang dapat diborakkan. Tiada jenaka yang dapat dikongsikan. Mulut yang buka tutup hanya untuk menyuap dan mengunyah roti, tiada bicara yang dituturkan.

   Sebungkus besar roti kini sudah habis. Mereka tidak berniat untuk menyambung makan lagi. Mungkin kerana majoriti mereka sudah mula menguap kerana mengantuk.

   "Marilah. kita tidur." kata-kata Hafiz memecah kesepian. Rakan-rakan hanya mengangguk.

   Sharan mengemas, menyusun bekalan makanan dan minuman di satu tempat, di tepi dinding di hujung gua. Semua selimut dibentangkan luas oleh Izzah di lantai gua yang sejuk sebagai alas tempat tidur. Tuala mandi dijadikan selimut. Selimut dan tuala kedua-duanya diambil dari kapal terbang.

   Sofia dan Qistina menyusun bagasi-bagasi secara bertingkat, lalu membentuk sebuah dinding tembok yang memisahkan kumpulan pelajar lelaki yang berada di bahagian kiri gua dan kumpulan pelajar perempuan yang berada di kanannya. Ansar pula, membesarkan sedikit unggun api dengan reranting kayu kering. Bukan sahaja sebagai pembekal haba, malah juga untuk menghalau haiwan buas daripada memasuki gua.

  Dan bukan itu sahaja usaha yang dilakukan untuk menghalau binatang. Batu-batu besar disusun di hadapan pintu gua oleh Hafiz. Tembok batu yang tidaklah setinggi mana itu, sekurang-kurangnya dapat menghalang serangga beracun dari memasuki gua.

   Kini, semua sudah bersiap sedia untuk tidur. Kepala-kepala mereka menghala ke dinding gua. Semua tidur berbaris, sebelah-menyebelah.

   "Selamat malam, semua."

   "Selamat malam, Aqilah..."

                                                                                   ***

   Fithri yang terjaga dari tidur, terus terduduk dan menarik nafas kuat.

   "Di mana...-"

   Dia memandang sekeliling. Dia masih berada di dalam gua. Semuanya gelap dan suram, seperti tiada unggun dinyalakan. Pintu gua juga tidak kelihatan.

   Tetapi, di mana rakan-rakan sekelasnya?

   Bunyi tapak kaki kedengaran bergema di dalam gua. Fithri terkejut lalu berpaling ke arah punca bunyi itu. Nafasnya laju. Degupan jantungnya kuat berdetak-detak di dalam dirinya untuk melihat siapa yang menghampiri.

   Namun jantungnya bagaikan berhenti berdegup apabila orang itu akhirnya dilihat Fithri.

   Sekali lagi, Fithri terduduk terjaga dari tidurnya. Dahinya berpeluh-peluh. Dia bernafas dengan kuat dan laju.

   "Fith...?" Hani yang berada di sebelah turut terjaga kerana tuala 'selimut' yang dikongsi bersama Fithri, terasa disentap kuat.

   "Kau kenapa? Kau okey?" Hani memegang bahu Fithri. Dia terkejut dan risau melihat salah seorang rakan baiknya itu sedang menekan dadanya.

   "Tak, tak apa. Aku okey je..." Dengan beberapa tumbukan perlahan pada dadanya, Fithri terus membuat simbol aman dengan jemarinya. Dengan bibir pucatnya, dia senyum palsu, namun Hani tidak tertipu dengannya.

   "Nightmares?" tanya Hani pendek. Fithri menganggguk.

   "Mainan tidur saja. Sudahlah, aku nak sambung tidur~" Fithri berbaring dan menoleh ke arah lain, membelakangi Hani. Hani hanya mengeluh.

   Telefon bimbit diambil dari alas tempat tidur Hani. Pukul 3 lebih. Benar, luar gua pun masih gelap gelita. Tetapi betulkah baru tiga pagi?

   "Jam dalam telefon masih menggunakan waktu Malaysia lagi..." tuturnya sendirian. Hani termenung memikirkan sesuatu.

   Beberapa ketika kemudian, dia berdiri. Dengan perlahan dia keluar dari gua. Perlu berhati-hati supaya rakan-rakannya tidak terjaga.

   Hani tergamam sejurus selepas dia melangkah tembok batu yang dibina Hafiz. Bintang-bintang kelihatan bagai telah dituang ke langit, bukan ditabur. Satu jalur putih merentasi langit malam. Bulan sabit pula tidaklah seterang mana, tetapi cantik dipagari bintang-bintang. Tetapi sedikit sahaja yang Hani dapat lihat, kerana dedaun pokok hutan sibuk menghalang pandangannya. Cepat-cepat Hani ke pantai untuk menikmati lagi pemandangan yang mengagumkan itu.

   "Wah....." Hani tersenyum kagum. Lautan kelihatan sungguh indah. Airnya memantulkan cahaya bintang dari langit, membuatkan laut kelihatan begitu berkilauan.

   Hani mengambil beberapa helai daun kering berdekatan hutan yang cukup besar untuk dia melabuhkan punggung. Dia masih kagum. Tidak pernah dia melihat ciptaan Tuhan yang begini hebat.

   Rasa tenang yang tinggi mebuatkan dia sangat ingin korbankan masa tidurnya hanya untuk itu. Berseorangan di pantai itu.

   "Hai. Seorang-seorang sahajakah?"

   Hani terkejut. Dia segera melihat siapa gerangan yang menegur itu.

   "La..., engkau rupanya. Terkejut aku, kau tahu tak??"

   Azim tersengih nakal. Dia menggosok-gosok belakang tengkuknya. "Hahaha, maaf..."

    "Marilah, duduk sekali." Ajak Hani sambil dia sediakan tempat Azim duduk menggunakan daun-daun besar yang diambilnya tadi. Azim hanya menurut.

   "Kau tak jawab lagi soalan aku tadi."

   "Hah?"

   "Kau seorang sahajakah? Kawan kau tak teman?"

   "Oh, hahaha, ya... Seorang sahaja. Aku terjaga tadi dan terfikir nak tunggu matahari terbit. Aku nak tetapkan jam telefon aku ni. Kau pula?"

   "Aku? Aku cuma bosan. Aku tak dapat tidur... Apabila sudah terlalu bosan, aku pergilah uruskan mayat-mayat bergelimpangan tu, cari bekalan makanan, mandi sekejap, dan... Banyak lagilah benda yang berguna perlu aku cari di kapal terbang tu."

   "M...Mayat?"

   "Ya... Aku dah kumpulkan semua mayat di satu tempat. Aku sempat tutup mereka dengan dedaun besar saja, tak larat aku nak gali kubur dan tanam mereka setiap seorang..."

   "Ew..."

   "Kenapa, kau geli ya~?"

   Azim mendekatkan tangannya dan menari-narikan jemarinya kepada Hani yang mula ketakutan.

   "Jauhkan tangan kau daripada aku!!"

   "Hihihihiiiiiiii~"

   "P...PERGI!!!!!"

   "Arh... Nyaringnya suara kau..." Azim menekup telinganya dan mengurut-urutnya. Macamlah boleh elok gegendang telinganya itu.

   "Jangan risaulah... Aku dah mandi. Dah bersih!"

   "Hmm, yalah... Asyik mengenakan aku saja."

   Dari tadi mereka berbual, mereka jarang memandang muka sesama sendiri. Sibuk betul dengan persembahan cantik permandangan di pantai yang dihiasi dengan alunan indah ombak dan serangga malam.

   "Cantik betul, bukan, bintang-bintang tu?" tanya Azim yang juga sama tersenyum kagum dengan Hani.

   "Ya... Ya, cantik sangat."

   "Kita tak mampu melihat benda-benda cantik seperti ini di bandar. Di sana, paras pencemaran cahaya begitu teruk sekali, kau tahu."

   "Pencemaran cahaya? Memang salah satu pencemaran betulkah, atau sekadar metafora kau sendiri?"

   "Memang betul pencemaran ini wujud, bukannya sebuah metafora. Sedih bukan? Tiada siapa kisah fasal ini. Maklumlah, penduduk bumi begitu sibuk dengan urusan harian masing-masing, sampaikan mereka tak sempat nak menikmati dan memelihara alam sekitar. Padahal alam sekitar pun berguna untuk kita juga."

   "Hmm... Menyedihkan betul."

   Kedua-dua pasang mata yang tidak berkaca mata ini masih terpaku pada bentangan langit malam. Perkara serius yang dibincangkan tadi menghilangkan senyuman kagum mereka, namun selepas beberapa momen, senyuman itu datang kembali.

   "Tapi, Azim, sekarang kita nikmati sajalah pemandangan ni puas-puas. Aku rasa seronok sekarang."

   Azim memandang Hani. Dia tersenyum. Bukan lagi senyuman kagum, tetapi senyuman yang misteri.

   ...

   "Err, kenapa kau pandang aku macam tu?"

   "Ah, err, hahaha... Saja-saja...."

   "Bagitahulah aku."

   "Err... A-Ada sesuatu pada kepala kau."

   "Apa?!" Refleks tangan Hani menggosok-gosok kasar dan laju pada kepalanya. Serangga itu perlu dijauhkan serta-merta!

   Azim ketawa besar. Melihatkan kelakuan Azim, Hani berhenti 'membuang' serangga dan bercekak pinggang. Rasa marah membuak-buak dalam dirinya. Azim tipu!

  Tetapi... apabila melihat muka Azim yang merah padam dan kelakar, Hani juga ketawa besar. Tidak jadi dia memarahi Azim. Seronok betul mereka berdua.

   Akhirnya, mereka berhenti ketawa, perlahan-lahan. Tidak larat otot perut mereka mengecut-ngecut lagi.

   "Oh ya, Hani! 'Si dia' tu, apa khabar? Aku dah lama tak dengar cerita fasal kamu berdua~"

   Durja Hani berubah serta-merta. Dia menunduk. Azim terkejut dengan perubahan itu.

   "K-Kenapa...-"

   "Kami berdua... Sudah putuskan hubungan."

   Azim tersentak. Dia terus terdiam.

   Hani membengkokkan lutut dan memeluknya. "Dia sudah ada orang lain. Aku baru tahu dua hari lepas..."

   Hani membenamkan muka pada lututnya. Tangisan kecil kedengaran. Dia cuba untuk tidak membiarkan emosi menguasai diri, namun dia juga tahu, dia tidak akan mampu menahannya lagi.

   Azim menggaru-garu lehernya. Dia risau akan kawan baiknya yang sejak kecil sudah terjalin persahabatan mereka. Dia juga tidak pasti tentang apa yang dia perlu buat untuk tenangkan Hani.

   Tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu Hani. "Maafkan aku... Bersabarlah, Hani..."

   "Betul kata kau dulu," Hani berkata dalam esakannya, "dia tu tak cukup bagus untuk aku. Dia sebenarnya playboy. Banyak perkara kau telah pesan kepada aku, tapi..."

   "Tak mengapalah, Hani... Kita sebagai manusia mesti akan selalu melakukan kesilapan dalam hidup kita..." Tangan Azim masih lagi menepuk bahu Hani.

   "M-maaf... Aku tak dengar... nasihat kau dulu..."

   "Tak apa. Aku tak marah..." Azim kini menggosok-gosok bahagian sekitar bahu Hani. Esakan Hani masih belum berhenti, malah semakin kuat kedengaran.

   "Hei, janganlah menangis lagi... Wajah indah dikau kelak akan hilang sinarannya apabila engkau menangis, wahai-"

   "J-Jangan sambung ayat tu!!" terus sahaja kepala Azim benjol akibat hentakan kuat penumbuk Hani. Azim mengaduh sakit, sampai dia hampir sahaja tergolek-golek di pantai berpasir itu.

   "Eh, matahari sudah mula terbit!' Hani terjerit girang. Cepat-cepat dia menetapkan waktu di dalam telefonnya kepada pukul enam sebagai anggaran.

   Hani direnung Azim. Sambil dia menggosok-gosok, cuba untuk melenyapkan rasa berdenyut di kulit kepalanya, Azim tersenyum.

   "Begitulah, tak ada lagi muka buruk kau tu apabila dah berhenti menangis!"

   "Diamlah! Tak jaga mulutlah, kau ni!"

   "Hehe, maaf..."

                                                                                           ***

Semua orang kini sudah terjaga. Selepas membasuh muka dan solat subuh bagi yang beragama Islam, Badan Pembimbing Rakan Sebaya, dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah, telah menganjurkan aktiviti senamrobik pada awal pagi.

   "Apa?"

   "YA! Kita kena bersenam untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda kita!"

   Semua pelajar yang berkumpul menghadap lautan, merenung Fithri. Senamrobik? Berseronok ketika tragedi menimpa? Gilakah si Fithri ni??

   "Aku tahu kamu semua mesti tak percaya, tapi ada sebab aku adakan senamrobik ni. Pagi ni pagi pertama kita di pulau, dan aku pasti semuanya ada satu rasa ketakutan yang pelik dan tajam dalam hati kamu semua ketika baru bangun tidur. Betul tak?"

   Semua mengiakan dengan bersungguh-sungguh, tetapi dalam senyap.

   "Itu maksudnya kamu semua trauma, takut, kehilangan tempat bergantung dan tak dapat membiasakan diri dengan tempat baru. Aku pun rasa ada rasa begitu. Jadi sebab itulah aku adakan senamrobik ni. Kerjasama dan keseronokan dalam aktiviti ni sebenarnya boleh membantu menghilangkan ketakutan dan rasa trauma dalam diri kamu semua!

   Majoriti mereka mengangguk-angguk setuju, walaupun rasa malas sudah lama memeluk diri. Sudahlah sejuk, banyak nyamuk pula tu. Malas betul!

   "Aku, Fith? Tak apakah kalau aku sertai?" Qistina bertanya.

   "Eh, yalah! Qis juga ada penyakit jantung macam kau, bukan?" Aqilah, bagaikan wakil kepada kumpulan pelajar itu, bertanya bersungguh-sungguh. Yang lain-lain juga tertanya-tanya cemas.

   "Tak mengapa... Senamrobik ni cuma senaman ringan sahaja..." berlegar-legar di hadapan kumpulan itu, Fithri umpama seorang komander kepada sebuah kumpulan kawad kaki tentera.

   "Jangan risau...," Fithri mendekati Raja, tersengih nakal, "senaman ini sekejap sahaja. Tiada siapa yang akan tercedera~"

   "Erh."

   "Sudah, mari kita mulakan! Hani! Diyana!"

   Hani mengangguk kepada Fithri. Diyana segera memainkan sebuah lagu yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat lagu Korea, atau K-pop.

   "Good Boylah!"

   "Wah, aku peminat setia duo G-Dragon X Taeyang!~"

   "Kamu semua, ikut aku, Hani dan Diyana menari, ya!"

   "Y-ya...!"

   "Ini menarikah, atau senamrobik, Fifi??"

   "Tarian yang berunsurkan senaman!"

   "Apa?!"

   "Ikut sahajalah, Raja!~"

   Langit telah cepat mencerahkan warna biru gelap apabila aktiviti senamrobik itu akhirnya berakhir. Semua makhluk manusia di situ terbaring letih tanpa menghiraukan butiran pasir yang pastinya akan melekat pada bahagian belakang badan mereka.

   Tetapi suasana ketika itu amat menyeronokkan. Gelak tawa kedengaran di sana sini, dan senyuman wujud pada setiap wajah di situ. Benar kata Fithri. Rasa takut, tekanan dan trauma seperti hilang begitu sahaja apabila menari tarian yang kelakar dan agak pelik tadi, bersama-sama dengan rakan-rakan baik. Ia memang penawar yang hebat kepada mereka semua.

   Raja tiba-tiba berdiri tegap. "Sekarang ni, kita berehat dulu. Kamu semua boleh lepak-lepak di gua atau membersihkan diri. Tapi pastikan kamu tidak berada jauh dari gua kalau kamu nak lepak di sekitar pantai. Buatlah apa kamu semua nak, aku bagi dalam masa sejam sebelum kita bersarapan."

   Anak-anak buahnya yang mendengar, mengangguk, menurut perintah ketua mereka. Sebahagian daripada mereka terus sahaja pergi ke laut untuk bermandi-manda manakala sebahagian lagi hanya bersantai di lantaian berpasir, membina istana pasir dan melihat sahaja rakan-rakan mereka bersoronok bermain air. Ada juga ahli-ahli kelas sains tulen itu hanya berehat di dalam gua.

   Waktu sarapan sudah tiba apabila mereka semua mendengar suatu teriakan.

   "Sarapan dah sedia~!"

   "Kau jerit macam tu, macam kau 'masak' semua makanan ni, Fatin."

   "Eh, aku masaklah! Tak nampakkah apa yang aku tengah masak ni?"

   Hani-Su merenung kosong wajah Fatin yang tersengih-sengih bagai kerang busuk. Setakat roti kosong, dicucuk dengan reranting kayu dan dibakar di unggun api; apa kelas?

   Semua pelajar berkumpul di dalam gua dengan membentuk beberapa kumpulan berpuak masing-masing. Dengar sahaja perkataan yang ada kena-mengena dengan makanan, pasti mereka laju sahaja berkumpul. Bukanlah suatu simptom akibat ditinggalkan dii sebuah pulau. Sudah menjadi adat resam kelas mereka sebenarnya.

   "Makan dulu, ya!" Raja menyuap sekeping roti terus ke mulutnya – tanpa mengoyakkannya kepada kepingan kecil dahulu. Hasilnya =

   "Uhuk, uhuk! Erk! Arr....."

   Fithri yang berada di sebelah menepuk-nepuk belakang Raja sekuat boleh. Dia kemudiannya memberi sebotol air mineral kepada Raja. Terus sahaja Raja meneguk air sederas mungkin.

  "Minumlah air tu perlahan-lahan..! Makan tu pula janganlah gelojoh sangat! Kau tu...," Fithri mula bernada bisik, "...dahlah jenis yang cepat susah nak bernafas..."

   "J-Janganlah cakap kuat-kuat!"

   "Aku berbisik, bukan??"

   "Diam, sajalah!"

   "Aku risau, tahu tak??"

   "Buat apa kau nak risau??"

   "Dahlah! Malas nak layan kau!"

   Fithri beredar laju ke arah kumpulan rakan-rakannya. Irdina, Diyana, Shahindah dan Hani.

   "Hei, kamu semua... Eh, kenapa dengan Hani?"

   "Tu, si Azim tu," Syahindah jawab dengan agak marah, "dia kata dia bakarkan sekeping roti untuk Hani. Cantik rupa roti itu selepas dibakar..."

   "Tapi atas sajalah yang cantik, bawah dia... Hitam legam!" Diyana ketawa. Fithri merenung Azim yang berada jauh ke dalam gua, berbual-bual bersama geng rakan lelakinya. Boleh pula budak itu menoleh dan membuat simbol 'peace' kepada Fithri dan buat tayangan gigi.

   "Erh... Mesti pahit gila!" Irdina melihat Hani, risau dengan keadaannya. Hani yang dari tadi membuat muka yang tidak dapat dikenal pasti, akhirnya tersengih.

  "Aku... Aku okey!..." Air matanya diseka. Pelajar-pelajar itu mengeluh lega.

   "Kenapalah dia asyik kenakan kau, Hani? Pelik betul!" Syahindah marah-marah. Pantang bagi dia apabila tahu rakannya dibuli.

   "Entah. Aku pun tak pasti. Dari kecil lagi dia sebenarnya sudah berperangai macam tu."

   "Macam manalah kau boleh tahan dengan Azim sejak zaman childhood dulu...?" gumam Diyana. Irdina terkejut sedikit. Mereka kan childhood friends. Mungkin...

   "Mungkin dia suka kau, agaknya??"

   "Ish, apa yang kau cakapkan ni...??" Serentak Diyana, Fithri dan Syahindah cuba mengingatkan Irdina terhadap suatu perkara penting itu. Sangat penting, dan sensitif.

   "O-Oh........" Mulut Irdina ditekup sedikit. "Maaf, maafkan aku, Hani!"

   Hani terus teringat akan peristiwa hitam itu. Sedih, dia berasa sangat sedih. Pelbagai persoalan timbul waktu itu juga.

   Kenapa dia ditinggalkan sebegitu? Kenapa dia yang menjadi mangsa?

   Namun, demi rakan-rakan baiknya, dia harus kuat untuk menyembunyikan rasa sakit itu.

   "Tak apa... Aku tak marah..."

   "Maafkan aku. Aku lupa fasal break-up tu..." Irdina memohon maaf lagi. Hani menyimpul senyuman, memaksa ketawa.

   "Tak apa... Aku akan cuba untuk tak jadi sensitif dan emotional. Kalau aku tak berubah, sampai bila aku asyik nak menangis sahaja? Lagipun... aku ada kamu semua sebagai rakan-rakan baik aku. Aku tak rasa aku perlukan dia lagi."

   Hati Diyana, Fithri, Irdina dan Syahindah terharu. Ya, kehilangan yang lepas tidak perlu dicari-cari lagi. Kita hanya perlu lihat apa yang ada di hadapan mata. Dan apa yang ada untuk kita.

   "Aw... kau ni memang hebatlah..."

   "Yeah, fighting!"

   "Jom berpeluk~~"

   "Dari manalah kau dapat kata-kata hikmat tu, ya?"

   Selepas kelima-lima kawan baik ini berpeluk erat, mereka menyambung aktiviti bersarapan mereka.

   "Err, Fatin...," panggil Irdina, "Roti ada lagi, tak?"

   "Alamak, maaflah, Irdina... Roti tak ada lagi. Memang cukup-cukup untuk dua keping roti setiap orang. Maaf, ya?"

   "O-oh yakah... Tak apalah..."

   Irdina menoleh kembali kepada rakan-rakannya.

   "Aku lapar lagi........................" (TT^TT)

   Diyana mengintai-intai ke ruang tempat simpannya bekalan makanan dan air mineral yang diambil dari bangkai kapal terbang.

   "Kalian perasan tak, bekalan makanan kita dah nak habis?"

   "APA?!"

   Serentak keempat-empat kawan Diyana itu melihat ke arah yang sama. Ya, bekalan hampir habis.

   Ketakutan menyelubungi diri mereka. Jika benda lain yang hendak habis, mereka tidak kisah. Tetapi ini berkaitan dengan makanan!

   "Alamak, macam mana ni?" Fithri panik.

   "Kita suruhlah budak-budak lelaki ambil lagi dari kapal terbang tu." Cadang Syahindah, namun Diyana menggeleng.

   "Aku dengar cerita, kapal terbang tu terbakar semasa kita masih pengsan semalam. Terbakar di bahagian dapur pula tu. Jadi tak banyak makanan yang masih elok." Diyana memuncungkan bibir ke arah tempat penyimpanan bekalan makanan di hujung dalam gua.

   "Itu sajalah yang kita ada."

   "Huh......"

   "Oh ya. Kita buat sahajalah macam dalam TV tu!"

   Mata mereka terpaut pada Irdina.

   "Buat apa yang macam dalam TV tu?"


Continue Reading

You'll Also Like

194K 11.1K 69
Menghilang Kan Tension And Gelak Selalu. #1 in lawak (19/6/2018 #2 in lol (19/6/2018 66 -In Random 6/1/2018 10:09AM 40 -in random 19/1/2018 12: 49AM
36.6K 3.6K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!
17.8K 48 1
isteri digilir
sepi By Am

Poetry

164K 9.5K 100
hanya engkau memahami diri kau, usah resah meluahkan kepada yang lain, Tuhan sentiasa ada, untuk mendengar kisah sepi yang melanda jiwa. 22.01.2016...