C | Miss Sunset

By jelitalily

94.7K 4.1K 172

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 41

1.2K 51 0
By jelitalily

Jam berdering kejutkan Nathan yang lena. Tangan mencapat telefon, jam dilihat pukul 6.00 pagi. Dia mengerling kearah Sofea yang lena atas dadanya.

Nathan kembali teringat pukul 3 pagi Sofea kejutkan dia nak makan mee segera. Jenuh melarang Sofea tapi dia termakan dengan wajah comel Sofea,akhirnya dia ikut saja kehendak isterinya.

Rambut yang menutup wajah Sofea diselit ke telinga. Nyenyak sungguh isterinya tidur berbantalkan dadanya.

"Wife, wake up..." Pipi Sofea diusap manja.

Sofea menggumam halus. Mata masih tertutup rapat.

"Wife bangun, subuh sayang." Nathan bermain dengan hidung mancung Sofea pula.

Mata Sofea buka perlahan-lahan. Dia bangun dari meniarap dan duduk bersila. Tak sampai sesaat matanya kembali tertutup.

Nathan mengeleng kepala. Sofea kalau bab nak bangun dari tidur memang susah. Nathan bangun dari baringan dan duduk bersila. Kepala lututnya berlaga dengan kepala lutut Sofea.

"Wife-"

Sofea menyembamkam wajahnya di dada Nathan, denguran halus kedengaran.

"Eh ? Sambung tidur ?" Nathan ketawa halus.

"Nampak gayanya abang kena guna kekasaran lah ye." Badan Sofea didukung persis bayi dan di bawa masuk ke dalam tandas. Badan Sofea diletakkan atas singki.

Sofea masih dibuai mimpi, rasanya kalau gempa bumi pun memang tak akan sedar.

"Layla Sofea bangun, subuh tak tunggu kita sayang." Rambut Sofea yang serabai dikemaskan.

"Sofea sleppy..." Matanya masih tertutup rapat, mulut saja yang terbuka.

Nathan ketawa halus, alahai kalau macam ni gayanya lewatlah dia pergi kerja.

"Solat dulu, lepas solat sayang boleh sambung tidur. Can you ?"

Sofea mengangguk perlahan. Tangannya didepakan kearah Nathan. "Angkat Sofea..."

Berkerut dahi Nathan. "Angkat ?"

Sofea mengeluh, mata masih terpejam rapat.

"Iyalah, dukung Sofea pergi toilet. Sofea tak larat..."

Nathan ketawa halus. "Sayang, awak mamai ni. Punya lah abang angkut awak dari katil sampai ke tandas, langsung tak perasan. Cuba buka mata tu dulu tengok awak kat mana sekarang."

Sofea perlahan-lahan buka matanya, perkara pertama dilihat Nathan sedang mengepung dirinya, terselah badan sasa tak berbaju. Mata beralih melihat sekeliling.

Dia ada dalam tandas.

"Bila masa abang angkat Sofea ? Tak perasan pun."

"Awak tidur tak ingat dunia memang tak akan perasan. Ini sebab pembawakan baby ke sebab kenyang makan instant noodles pukul 3, hurm?"

Hidung Sofea dicuit.

"Dua-dua. Sofea craving sebab baby, kenyang sebab makan noodles," balas Sofea bersama sengihan.

"Remember your promise last night ?"

Sofea mengangguk perlahan. "No more instant noodles, only healthy food. Tapi..."

"Tapi apa..."

"Kalau Sofea mengidam macam mana ?"

"Kes tu nanti abang pertimbangkan. Yang penting sekarang, kita selesai benda yang wajib dulu."

"Wajib?" Sofea pandang Nathan yang tak berbaju dan beralih pula melihat diri sendiri.

"Aaa ! Sofea tak mandi dengan abang !" Tangan Sofea disilang ke bahu, menutup dada.

Nathan terjeda. Dahi ditepuk.

"Layla Sofea, bila masa abang cakap nak mandi dengan awak ? Abang cakap subuh tak tunggu kita. Tapi kalau sayang nak mandi sekali abang apa salahnya, jimat masa." Nathan senyum nakal.

Pipi Sofea membahang, dada Nathan ditolak jauh darinya. "Jangan nak mengada. Tak baik lewatkan solat."

Sofea turun dari singki dengan bantuan Nathan.

"Dia yang lewatkan, kita pula yang kena bebel,"ujar Nathan separa berbisik.

"Apa abang ? Kuat sikit, Sofea tak dengar."

"Abang cakap berus gigi cepat, abang nak mandi" balas Nathan dengan sengihan.

Sofea menjeling suaminya sekilas sebelum mencapai berus gigi berwarna pink dan biru. Usai saja sesi berus gigi berjemaah maka bermula sesi berjemaah yang sebetul-betulnya.

Nathan imam manakala Sofea makmumnya. Usai sahaja solat subuh, Nathan berpaling ke belakang. Dahi Sofea dikucup sebelum jatuh ke dua belah pipi Sofea.

Sofea pula mengucup tangan Nathan sebelum dia rehatkan kepalanya di riba Nathan.

"Sayang tidur je, abang nak baca surah Maryam."

"Surah Maryam ? Bukan abang suka baca surah lazim je lepas subuh." Sofea mendongak memandang wajah bersih Nathan. Kacak sunnguh.

"Abang baca ni untuk awak lah, sayang. Semoga dengan baca surah ni Allah permudahkan urusan sayang bersalin nanti."

"Macam mana abang tahu ?" tanya Sofea hairan. Setahu dia tiada pula beli buku untuk ibu hamil atau lihat Nathan menelaah pasal ibu hamil.

"Bonda yang pesan. Masa bonda kandungkan abang, bonda selalu amalkan surah Maryam dengan surah Yusuf. Abang pun nak buat benda sama dengan sayang."

Bibir Nathan melebar, pucuk hidang Sofea dicium sekilas sebelum dia mula buka tafsir al-Quran.

Sofea diam memerhati Nathan. Mukanya sedikit muram.

"Seronoknya ada ibu kandung..."

Nathan tersentak, kitab suci ditutup. Dia  kembali wajah muram isterinya.

"Don't say like that, sayang. Awak ada ibu kan? Walaupun ibu hanya ibu tiri tapi abang tengok ibu layan awak tak tumpah macam anak sendiri."

"Tak sama tapi ibu Sofea dah meninggal..."

Sofea mencebik.

Nathan mengeluh perlahan sebelum dia letak semua kitab tafsir di atas meja. Fokusnya seratus peratus pada Sofea.

"Sayang, awak kena hargai apa yang awak ada sekarang. Perkara yang lepas, awak patut lepaskan," balas Nathan.

Sofea pusingkan wajahnya kearah perut Nathan, wajah disembam di situ. Tangannya naik memeluk pinggang Nathan.

Nathan tersenyum nipis. "Tidur okey ? Jangan fikir banyak sangat nanti stress, kesian baby."

Sofea mengangguk perlahan. Nathan mencapai kitab tafsir dan mulakan perkara yang tergendala tadi.

Sofea terbuai dengan alunan suara merdu Nathan yang mengaji ditambah pula dengan tangan Nathan tak henti mengusap kepalanya. Akhirnya dia terlena di riba Nathan.

Usai sahaja ayat terakhir surah Maryam. Kitab tafsir itu dicium tiga kali sebelum diletalkan di atas meja. Nathan kembali menatap wajah lena Sofea.

"Lenanya wife abang tidur," ujar Nathan sambil tersenyum sendiri.

Kain telekung Sofea ditanggalkan dari badan sebelum tubuh Sofea diangkat dan dibawa ke katil. Dahi Sofea dikucup lama sebelum turun ke perut. Baju Sofea diselak sedikit, terselah perut kempis Sofea.

"Hi little angel. Tolong jaga mama untuk papa okey ? Jangan susahkan mama, okey ?"

Nathan tersenyum sendiri sebelum perut kempis Sofea dikucup berkali-kali. Tubuh Sofea diselimut sebelum Nathan berlalu pergi bersiap ke tempat kerja.

Nathan menuruni satu persatu tangga. Dia mengorak langkah kearah ruang makan.

"Morning bonda." Pipi bonda dicium sekilas.

Nathan abaikan mata yang memerhatikan dia saat muncul di ruang makan, siapa lagi bukan Mike.

"Morning anak bonda. Anak perempuan bonda mana ?" Bonda mengintai mencari kelibat menantu kesayangannya.

"Tidur," balas Nathan sepatah. Dia ambil tempat duduk di sebelah Mike.

"Biasa lah awal pregnancy memang badan cepat letih, bonda pernah lalui. Nathan breakfast dengan Mike. Bonda tunggu Sofea, lagipun awal lagi nak breakfast ni," ujar bonda.

"Tuan tak nak cakap morning dekat aku ke?" tanya Mike.

Pertanyaan Mike dibalas dengan jelingan.

"Kerja kau dah selesai kan ? Asal nak ganggu hidup keluarga aku ?"

"Siapa dah cakap selesai. Aku sekarang berkhidmat untuk bonda, kan bonda ?"

"Betul lah tu. Tolong bonda berkebun," balas Bonda sambil ketawa.

"Bonda jangan manjakan sangat anak pungut ni," ujar Nathan. Nasi goreng disuap ke mulut.

Mike hanya ketawa saja. Nathan dengan perangai dinginnya tak boleh diubah. "Macam mana lah puan Sofea boleh hadap dingin tuan ni."

"Isteri aku treatment dia lain," balas Nathan tak mahu kalah.

Bonda mengeleng kepala.

"Kamu berdua ni kalau tak perang mulut tak sah. Ini bonda nak tanya Nathan. Sofea cakap dia nak rahsiakan dulu kandungan dia betul ke?"

Nathan mengangguk perlahan.

"Sofea cakap tak nak bagi harapan dekat orang. Selagi kandungan tak kukuh dia tak nak orang tahu even family dia sendiri."

Bonda mengumam perlahan.

"Itu keputusan Sofea nak tak nak kita hormat. Bonda pun risau dengan menantu bonda tu. Kamu pun jangan sibuk dengar kerja je cuba bahagi masa untuk keluarga juga. Sofea perlukan kamu."

Nathan mengangguk perlahan. Nak membantah pun tiada guna sebab memang apa yang Bonda pesan.

Pinggan yang sudah kosong dibawa ke dapur lalu dicuci. Nathan kembali ke ruang makan. Dia menghampiri bonda.

"Bonda tolong tengokkan Sofea. Nathan pergi dulu."

"Iyalah. Hati-hati, bawa kereta tu cuba sedar sikit mata kita tak serupa orang lain," sempat bonda memerli. Bukan dia tak kenal anaknya kalau tekan pedal minyak tak ingat tuhan.

Nathan ketawa. "Noted bonda."

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 25 4
Pengorbanan Jebat Andika Bayu dan Lily Alisa Rose "I didn't say 'I Love You' to hear it back. I said it to let you know." Start Date: August 1, 202...
15.2K 943 18
Muhammad Aryan Arshad & Fara Deelaila THIRD SERIES IN ARSHAD'S
43.8K 2.4K 59
Make-believe /ˈmeɪkbɪliːv/ = Imitating something real +++ "You are blackmailing me." "Don't put it that way. You're making me look bad. Let's do thi...
623K 24K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...