C | Miss Sunset

By jelitalily

93K 4.1K 169

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 36

1.2K 61 1
By jelitalily

Badan yang lemah digagahkan juga untuk bangun, Sofea mengerling ke tepi. Nathan masih dalam lena direnung, rambut yang kusut dibelai.

"You sleep like a baby." Dahi Nathan dikucup. Biasa Nathan yang akan bangun dulu sebelum dia tapi pagi ini di pula bangun awal sebab rasa tak sedap badan.

"Wife?"

Nathan bangun dari baringan, lampu di night stand table di buka. Melalui bantuan cahaya, Nathan dapat jelas lihat wajah Sofea. Jam di dinding dilihat, 4:30 pagi.

"Awal lagi ni, kenapa bangun, hurm ?"

Sofea mengeleng, dia tak boleh tidur. "Tak sedap badan."

Jawapan Sofea buat Nathan berkerut, hairan.

"Tak sedap badan ?" Tangan Nathan naik menyentuh dahi Sofea sebelum dia menyetuh dahinya sendiri, suhu normal saja.

Sofea baru mahu membuka mulut tapi tangan terus naik menutup mulut sebelum kaki laju berlari masuk ke dalam tandas. Dia memuntahkan segala isi perutnya dalam mangkuk tandas, perit terasa tekak.

Tiba-tiba tangan Nathan menggosok belakang, menolong dia untuk memuntahkan segala isi perut. Akhirnya, Sofea jatuh terduduk di depan mangkuk tandas, hilang semua tenaganya.

"Wife, okey tak ni ?" Tangan kasar menyapu cebisan air mata di hujung mata Sofea.

Sofea memaut tengkuk Nathan.

"Sofea tak larat," ujar Sofea lemah, nak bercakap pun dia tak mampu apatah lagi berdiri.

"Abang mandikan Sofea ya ?"

Setelah menadapat anggukan dari Sofea, Nathan mengangkat tubuh Sofea dan diletakkan di dalam tub mandi. Sofea diperlakukan bak bayi yang baru lahir, lembut dan berhati-hati.

"Abang, air wuduk ?"

"Air wuduk sayang ambil nanti sebab awal lagi ni, tidur dulu."

Sofea hanya membalas anggukkan saja sebelum Nathan mengangkat tubuhnya seperti bayi.

Sofea memaut erat tengkuk. Dia rapatkan wajah hingga hidungnya menyentuh kulit Nathan lalu dihidu serta merta rasa loya hilang.

"Wife, lepaskan tangan. Macam mana abang nak pakaikan baju kalau awak peluk erat macam ni," ujar Nathan sambil ketawa halus.

Nathan melepaskan pautan Sofea sebelum dia bangun dan berlalu pergi ke bilik baju. Nathan baru mahu mencapai baju Sofea tiba-tiba ada tangan memeluk pinggannya dari belakang. Nathan tersenyum nipis.

"Kenapa ni ? Nak muntah lagi ?" Nathan mengalih badannya menghadap Sofea, tangan menyarungkan pakaian pada tubuh Sofea.

"Sofea nak bau abang," ujar Sofea. Dia mengeratkan lagi.

Nathan terkesima dengan permintaan Sofea, tak dibuat orang nak hidu orang yang tak mandi.

"Pakai baju dulu nanti awak demam, sayang"

Lantas, Nathan menolong Sofea memakai pakaian sebelum tubuh Sofea diangkat dan dibawa ke katil. Tubuh Sofea dibaringkan sebelum dia bawa Sofea masuk dalam dakapan dia.

"Nampaknya, abang kena cuti hari ni," ujar Nathan. Tangannya bermain dengan rambut basah Sofea.

Sofea yang sibuk menghidu badan Nathan terhenti perbuatannya, kepala didongak memandang Nathan.

"Cuti ?"

"Yup, abang kena cuti sebab hati abang tak tenang nak tinggal awak yang tengah sakit. Sayang pun kena cuti hari ni." 

Mata Sofea mula memanas,dia sudah lama tak masuk kerja. Entah kenapa hati dia cepat terasa bila kehendaknya tak dapat ditunaskan.

"Tapi rindu pesakit, Sofea rindu Aisya..."

Nathan mengeluh perlahan, air mata Sofea adalah kelemahan dia.

"Kita pergi melawat saja boleh ? Sayang tak perlu masuk bertugas."

Sofea mengangguk, setuju. Asal boleh jumpa budak riang tu Sofea dah lega. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rindu dengan pesakit kesayangannya.

"Lambat lagi nak subuh, sayang tidur dulu. Abang dodoikan nak ?"

"Nak !"

Nathan ketawa dengan jawapan riang Sofea, mood swing betul. Belakang tubuh Sofea ditepuk sebelum suara Nathan beralun merdu berzikir hingga Sofea kembali lena dalam dakapannya yang berbantal dengan lengannya.

Wajah lena yang Sofea ditenung, segenap wajah isterinya diperhatikan. Cantik bak bidadari. Nathan tinggalkan ciuman di pipi Sofea sebelum dia menutup mata.

"Sleep and sound, my beautiful sunset."

Nathan tinggalkan ciuman di pipi Sofea sebelum dia menutup mata.

Dua tangan yang kemas berpegangan, Nathan dan Sofea berjalanan beriringan masuk ke dalam hospital.

Jatung Sofea bergegup kencang saat mata dia bertembung dengan pekerja-pekerja di hospital. Dari mak cik cleaner hingga doktor dari bahagian lain, semua memandang pelik kearah dia seakan penjenayah.

Pautan tangan terasa dieratkan, Sofea mendongak memandang Nathan. Nathan tersenyum kearah Sofea.

"I can hear your heart beat, wife. Everything is fine. Remember, kita nak jumpa Aisya jadi abaikan orang lain," ujar Nathan, lembut saja tutur kata.

Sofea kembali tenang, degupan jantungnya kembali berdegup seperti sedia kala. Sampai sahaja di depan pintu unit psikiatri, Sofea menarik nafas sebelum dia melangkah masuk.

"Sofea !"

"Kak Mel !"

Kak Mel terus memeluk Sofea dan Sofea membalas pelukkan persis dah bertahun-tahun tak jumpa.

"Ya Allah, bertuah punya budak saja kan nak buat Kak Mel risau. Chat tak balas, ada juga kak Mel cubit pipi tu," bebel Kak Mel. Tangan naik ke pinggang persis ibu tengah marah dekat anak.

Sofea memaut bahu Kak Mel. "Sofea lupa nak balas lah Kak Mel, sorry okey ?"

"Iyalah. Sofea tak nak kenalkan suami dekat akak ke ?"

"Kak Mel dah kenal dah pun. Ini patient yang kena ceramah dengan saya tempoh hari. Tengku Nathan Lufian."

"Patut pernah nampak, maaflah Kak Mel ni ada anak dua, urat banyak putus itu yang otak pun dah tak berapa nak ingat sangat," seloroh Kak Mel.

Nathan hanya membalas dengan senyuman.

"Kak Mel, Aisya mana ? Sofea datang nak melawat dia, Sofea tak masuk kerja," ujar Sofea.

"Akak dah tahu, Dr Azeeq ada inform akak tadi. Aisya ada kat katil dia," ujar Kak Mel. Bila sebut perihal Aisya, wajah Kak Mel mula berubah.

"Kenapa dengan Aisya ?" tanya Sofea, tiba-tiba muncul firasat buruk tentang Aisya sebab Aisya bukan jenis yang suka duduk atas katil selagi bukan waktu tidur.

"Jom akak bawa Sofea tengok nanti nilai lah sendiri keadaan Aisya," ujar Kak Mel lemah.

Sofea terjeda, dia mengalih pandangnya kearah Nathan. Tak sedap hati seperi ada sesuatu yang terjadi.

Nathan yang perasan akan reaksi muka Sofea, dia terus mencapai tangan Sofea.

"Everything is gonna be right, in Sha Allah."

Sofea dan Nathan mengikut langkah Kak Mel dari belakang. Sampai sahaja di hadapan pintu wad milik Aisya, Kak Mel buka pintu perlahan-lahan.

Ruang pandangan Sofea dihiasi dengan tubuh susut Aisya, wajah budak kecil itu tak seceria yang dulu. Budak kecil itu hanya merenung jendela dengan pandang kosong, ditangan kemas memegang sekeping gambar.

"Aisya mula jadi macam ni seminggu yang lepas. Depression Aisya makin teruk. Akak dengan Dr.Azeeq cuba untuk pulihkan semula tapi bertambah teruk. Semalam dia meracau cari mak dia, hari-hari yang lepas pun sama. Sedih akak tengok Aisya, dulu dia lah paling ceria dalam wad kita ni. Tapi sekarang duduk atas katil, termenung sambil pegang gambar mak dia," terang Kak Mel dihadapan pintu wad, Kak Mel menyapu kasar air matanya.

"Mak Aisya ada jumpa Aisya ke ?" tanya Sofea, matanya tak lepas memandang Aisya.

"Mak dia baru meninggal, itu yang kami makin susah hati tengok Aisya. Sofea pergi lah pujuk Aisya sebab Aisya paling rapat dengan Sofea. Mana lah tahu kan, keadaan Aisya makin pulih. Akak nak pergi tengok pesakit lain, ini ole-ole buat pujuk Aisya." Kak Mel beri ole-ole sebelum berlalu pergi.

Sofea memandang lima biji gula-gula di telapak tangannya, Aisya suka gula-gula. Matanya beralih memandang Aisya semula. Dia teragak-agak untuk masuk, kaki seakan berat untuk melangkah masuk.

"Aisya need you, sayang. Kita masuk sama-sama." Nathan memegang erat tangan Sofea.

Sofea dan Nathan menghampiri Aisya yang masih merenung jendela seakan dia dalam dunia sendiri.

"Aisya..."

Aisya berpaling kerah Sofea. Wajah budak kecil itu kosong seakan tiada perasaan.

Sofea menutup mulut, mata mula berkaca. Tak menyangka budak kecil yang suka ketawa, ceria dan banyak mulut akan berubah seperti ini. Muram, tiada secalit pun senyuman di bibir.

"Hey, relax. Control your emotion," ujar Nathan. Dahi Sofea dikucup sekilas.

Sofea menghampiri Aisya bila emosi berjaya dikawal, tubuh kecil Aisya dibawa dalam pelukkan. Tubuh gadis ni makin kurus, dia terasa seperti memeluk rangka manusia.

Sofea memegang wajah Aisya, matanya membalas pandangan kosong Aisya. "Aisya, ini Dr.Sofea. Aisya ingat tak ?"

Diam tiada sahutan.

"Aisya, ini Dr.Layla Sofea. Kita kan bestfriend, Aisya dah lupa Dr ke ?" Perlahan-lahan air mata Sofea mengalir. Gagal, dia gagal kawal emosinya.

Sama, tiada sahutan.

"Aisya nak candy ? Aisya kan suka candy tapi Dr.Sofea ada lima je." Sofea menghulurkan gula-gula kepada Aisya.

"Candy ? Dr.Sofea ?"

Sofea mengangguk laju, tubuh budak kecil itu dipeluk erat.

"Dr.Sofea bagi candy dengan syarat Aisya kena cerita apa yang Aisya fikir. Boleh ?" pinta Sofea, tangannya menyapu air mata di pipi.

"Aisya rindu ibu."

Aisya jawab dengan wajah kosong. Sekeping gambar ditangan Aisya dihulurkan kepada Sofea. Lantas, Sofea mengambil gambar tersebut. Sofea terkesima, dunia seakan terbalik.

"I-ni i-ibu Aisya ?"

Aisya mengangguk perlahan.

Sofea memandang Nathan dengan riaksi tidak percaya. Gambar tadi dihulurkan kepada Nathan. Nathan menunjuk riaksi yang sama.

"Ujian apa lagi kau turunkan ni, ya Allah," keluh Nathan perlahan, pelipis diurut.

Tangan Sofea mula bergetar, dia berpaling kearah Aisya. Dia merenung segenap wajah Aisya, jadi selama ini dia terasa dekat dengan Aisya sebab Aisya ni darah daging dia. Aisya, adiknya.

"Dr.Sofea, Aisya rindu ibu."

Semakin lebat air mata Sofea.

"Aisya, awak panggil Dr.Sofea kakak ?"

"Kakak ?"

"I-iya sayang... Dr.Sofea ni kakak Aisya, darah daging Aisya. Kita lahir dari rahim yang sama, sayang." Tubuh Aisya dibawa dalam dakapan semula.

Aisya hanya diam, dia tak faham apa yang Sofea sampaikan. Sofea menangis teresak-esak menangis dibelakang tubuh Aisya.

Nathan mengalihkan pandangan kearah lain, air matanya hampir mahu menitis. Kenapa perlu sampai macam ni isterinya diuji. Hal ini amat berat untuk diterima. Mungkin Aisya tak faham situasi yang berlaku tapi isterinya cukup faham.

"Ya Allah... kuatnya awak..." Sofea mengusap pipi Aisya.

'Tak cukup dengan aku, kau sesak Aisya pula. Apa dosa kami pada kau... Apa yang kami buat sampai kau cipta neraka untuk kami...' rintih Sofe dalam hati. Air matanya tak berhenti mengalir.

Ibu yang digelar Aisya adalah wanita yang mengaku dirinya mama kepada Sofea. Orang sama seksa anak sendiri tanpa kasihan. Dia dibuang dan Aisya didera tanpa belas kasihan.

Kalau benar Aisya adalah adiknya atau pun tak, dia tak peduli sebab Aisya memang rapat dengannya.

"Aisya memang kena kuat kalau tak nanti Aisya tak dapat candy. Aisya suka candy," ujar Aisya.

Sofea terdiam, itu ayat yang selalu pesan kepada Aisya. Sofea menunduk, menangis di riba Aisya. Dan Aisya tetap sama, diam tanpa mengerti apa sebenarnya yang terjadi.

"Maafkan kakak sebab lambat kenal awak..."

"Maafkan kakak sebab biarkan awak terseksa sendiri..."

"If I know you early, you would not be here. You would not suffer alone. I'm so sorry..."

Aisya hanya merenung Sofea yang menangis di ribanya. 

"Sofea, please stop crying. Aisya tengok awak, sayang," pujuk Nathan. Nathan menarik Sofea masuk dalam dakapan dia, belakang isterinya di tepuk.

Aisya mengerling kearah Nathan.

"Abang hensem, kenapa Dr.Sofea menangis ? Dr.Sofea sakit ke ?"

Bibir Nathan dipaksa senyum. "Tak, Dr.Sofea tak sakit. Aisya teringin nak ada kakak dengan abang tak ?"

Aisya pandang Nathan dengan wajah polos sebelum mengangguk perlahan.

"Aisya dah tiada sesiapa dah dalam dunia ni," ujar Aisya.

Zap ! Nathan terdiam, mulutnya terkunci rapat. Seorang budak kecil mampu bercakap sebegitu tanpa setitis air mata. Jiwa budak kecil ini ibarat sudah mati.

"Kalau kami jadi abang dengan kakak, Aisya nak tak ?" tanya Nathan.

Aisya hanya balas dengan anggukkan. "Jadi Aisya panggil abang hensem, abang dengan Dr.Sofea, kakak. Macam tu ?"

Nathan mengangguk perlahan. Sofea keluar dari pelukkan Nathan. Air matanya disapu, bibirnya dipaksa senyum.

"Aisya nak mintak candy banyak-banyak boleh ?"

"Boleh, sweetie. Tapi promise, Aisya kena jadi goodgirl," ujar Sofea menahan sebak.

"Aisya promise." Untuk kesekian kali, Aisya kembali senyum. Senyuman Aisya nampak manis hingga nampak lesung pipi sama seperti Sofea.

Knock ! Knock ! Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian Sofea dan Nathan.

"Kak Mel..."

Kak Mel menghampiri Sofea, mata Kak Mel turut sembab. Tubuh Sofea dipeluk erat.

"Sofea kena kuat demi Aisya. Sofea tak perlu jelaskan, akak faham," ujar Kak Mel.

Sofea mengangguk laju.

Kak Mel mengalih pandangannya kearah Aisya. "Aisya salam kakak dulu. Aisya kena tidur."

Aisya buat seperti diarah, tangan Sofea dicapai tanpa kata. Lalu, dia terus berbaring.

Sofea hanya perhatikan sahaja Aisya, hatinya berat nak tinggalkan budak kecil ini.

"Kakak, goodbye," ujar Aisya tanpa berpaling kearah Sofea sebelum dia pejamkan mata.

Sofea mencium dahi Aisya sebelum dia keluar dari bilik sakit Aisya.

'Ya Rabb, aku tak mintak lebih. Aku cuma mintak satu saja, Engkau izinkan aku untuk bahagiakan adik aku.' bisik hati Sofea sebelum dia melangkah pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

53.6K 3.6K 56
Stranger. Schoolmate. An engagement. A wedding. From school uniform to wedding dress. Seorang perempuan yang takut untuk jatuh cinta. Seorang lelaki...
421K 23.1K 59
Dangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana...
150K 18.3K 73
[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya di...
43.4K 2.4K 59
Make-believe /ˈmeɪkbɪliːv/ = Imitating something real +++ "You are blackmailing me." "Don't put it that way. You're making me look bad. Let's do thi...