Amor Mio (OG)

By chaosbluee

35.7K 2.5K 181

2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠... More

AMOR MÍO
PROLOG
🏀🧪 BAB 1
🏀🧪 BAB 2
🏀🧪 BAB 3
🏀🧪 BAB 4
🏀🧪 BAB 5
🏀🧪 BAB 6
🏀🧪 BAB 7
🏀🧪 BAB 8
🏀🧪 BAB 9
🏀🧪 BAB 10
🏀🧪 BAB 12
🏀🧪 BAB 13
🏀🧪Bab 14
🏀🧪Bab 15
🏀🧪Bab 16

🏀🧪 BAB 11

2K 165 13
By chaosbluee

RYAZ memberhentikan kereta di seberang jalan supaya Davira tidak perasan akan kehadirannya. Dia sedar itu kereta yang dinaiki Davira pun disebabkan nombor plate kereta itu.

Masa mereka bertiga masih budak dulu, Dareeq pernah cakap dia nak letak plate DRQ 02. Dan, disebabkan itulah dia dapat tahu itu kereta yang dibawa oleh Davira. Tapi malangnya kereta itu tengah tersadai di tepi jalan.

Lollipop yang sentiasa berada di dalam keretanya, di ambil dua batang dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Ryaz mengorak langkah ke arah Davira yang sedang bertinggung di tepi kereta.

Nak cakap dia berjalan terlampau perlahan, tidak! Nak cakap dia berjalan terlampau kuat, juga tidak! Tapi kehadirannya langsung tidak disedari oleh Davira. Maka, dia juga ikut bertinggung di tepi Davira.

"Ini semua salah abang! Kalau abang tak gurau macam tu, takdenya adik naik kereta abang lepastu langgar pokok kat sini!" Davira meluahkan perasaan seorang diri sambil menangis.

"Dah tahu ini jalan, kenapa boleh ada pokok kat sini? Sepatutnya duduk lah dalam hutan. Kenapa ada kat sini? Kan dah kena langgar."

Ryaz hanya mengangguk dengar leteran Davira. Perempuan mana pernah salah. Tapi pokok yang salah sebab ada kat tepi jalan.

"Padan muka kereta dia! Tuan dengan kereta sama je! Dua dua menyusahkan." Rembesan air mata di pipi diseka.

'Pulakkk!,' kata Ryaz dalam hati.

"Abang Ryaz pun satu! Ini semua salah dia! Kalau bukan dia, mana ada Vira nak gaduh dengan abang." Kali ini nama Ryaz pula disebut.

Ryaz ditepi sudah berkerut kening. Dia memandang sekeliling sambil jari telunjuk menunjuk ke arahnya.

'Eh, aku pulak yang kena?'

"Macam mana ni? Macam mana nak balik?" Makin kuat Davira menangis.

"Tapi, abang marah ke kalau tengok kereta dia dah takde rupa? Lantaklah! Ini semua salah dia jugak!"

Ryaz mengetap bibirnya menahan tawa. Ternganga juga dia tadi bila tengok rupa kereta Dareeq. Dah tiada rupa akibat langgar pokok. Nasib gadis itu selamat.

"Dah puas tenung kereta?" tanya Ryaz selepas lama berdiam diri melihat tingkah Davira yang menggelikan hatinya.

"Arghhh! Hantu!!! Pergi pergi pergi!" Davira menjerit kuat. Sudah lah disitu tiada kereta yang lalu, tiba-tiba ada suara menegurnya.

Tangannya terawang-awang menghalau makhluk yang menegur itu.

Ryaz menepuk dahi. Penat!

Nak ditunjal kepala, anak orang. Nak pegang, tak halal. Jadi, dia hanya menunggu saja Davira habis menjerit.

Davira diam. Kedua-dua tangan menutup muka. Dia menangis ketakutan. "Janganlah ganggu saya. Saya makhluk tuhan, bukan makhluk awak."

Ryaz menggaru kepala. Makin mengarut saja budak ni. "Haih Davira Medina."

Davira terkejut. "Ma-macam mana makhluk macam awak tahu nama saya?! Uwaaaa..."

"Ya Allah, astaghfirullahalazim. Ni abang lah!"

Kedua tangannya masih tutup muka dan mata juga masih pejam.

"Abang? Saya mana ada abang!"

Ryaz menggulingkan biji mata. Ada juga yang dijadikan bola keranjang nanti.

"Ya Allah Medina! Buka mata tu, tengok siapa kat depan ni. Kalau tutup mata, mana nak nampak. Siang siang macam ni, mana ada hantu."

Davira mengintai sedikit dicelah jari. Nampak saja wajah Ryaz di depannya, baru dia berani. Hembusan nafas lega dilepaskan.

Mukanya yang basah dengan air mata, disapu supaya tidak comot di depan Ryaz. Memalukan.

"A-abang Ryaz?"

"Ya Medina. It's me. Ryaz Zulkarnain."

Davira berpaling dan melihat sekeliling tempat itu. Mana lah tahu yang tegur tadi bukan Ryaz, tapi makhluk lain.

"Abang Ryaz ke tegur Vira tadi?"

Ryaz mengangguk.

"Macam mana abang Ryaz boleh ada kat sini?" Hairan juga. Takkan lah lelakimitu tiba-tiba sahaja ada di sebelahnya.

"Oh. Tadi ada wonderpets call. Dia cakap, ada manusia dalam bahaya, ada manusia dalam bahaya. Disini." Ryaz meniru suara wonderpets yang sudah bertahun lamanya yang sudah tidak wujud di kaca tv.

Davira gelak. Kelakar pula dia tengok lelaki macho macam ni layan wonderpets. Siap tahu lagi lagu wonderpets.

"Betul-betul lah abang Ryaz."

"Betul-betul lah ni. Kan memang Medina dalam bahaya. Tuuu." Mulutnya dimuncungkan menunjukkan kereta Dareeq itu.

Davira melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Ryaz. Kemudian dia tersengih dan menampakkan barisan askar yang tersusun cantik.

"Biarlah. Abang tak marah Vira. Beranilah dia marah, Vira rosakkan lagi dia punya kereta. Lepastu, Vira nangis kuat-kuat sampai dia penat nak pujuk," kata Davira bersungguh-sungguh.

Sedarkah dirinya, selama ini pun Ryaz yang selalu memujuknya bila dia menangis.

Ryaz menggelengkan kepalanya. "Cengeng!" Dahi Davira dijentik dengan tidak sengaja.

"Sakitlah!" Dahinya digosok untuk menghilangkan rasa sakit.

Mereka berdua akhirnya diam dan duduk di tepi kereta sambil menikmati angin yang tidak berapa ada angin di tepi jalan itu.

Kebetulan Dareeq juga sampai disitu menaiki kereta papanya. Hanya dari jauh Dareeq melihat Ryaz sedang memujuk adiknya. Hatinya sedikit terharu kerana hanya Ryaz yang mampu hentikan tangisan adiknya. Sekarang dia nampak adiknya sedang gelak ketawa bersama Ryaz.

Mata Dareeq tertumpu kepada keretanya. Mengucap panjang dia melihat kereta kesayangannya sudah tiada rupa. "Ya Allah, kereta aku!"

Kepalanya dihentak-hentak di stereng kereta. Mahu menangis dia melihat keretanya yang dibawa oleh Davira.

"Kau kahwin jelah dengan Ryaz, dik! Lepastu kau rosakkan kereta dia. Kalau hari-hari kau rosakkan kereta aku, pokai aku macam ni!"

Malas dia nak dekati pasangan itu, dia pergi meninggalkan mereka berdua. Cukuplah dia hanya melihat adiknya selamat dan dia tak sanggup untuk melihat keretanya dengan lebih dekat.

"Dah habis nangis dah?" tanya Ryaz selepas lama mereka berdiam diri.

Davira mengangguk malu.

Ryaz menghulurkan sebatang lollipop ke arah Davira. "Untuk bekalkan tenaga."

Davira menyambut huluran jejaka itu.

"Jom balik?"

"Ta-tapi, kereta abang?" Davira melihat semula kereta Dareeq yang berada betul-betul dihadapan pokok itu.

"Em... Nanti kita suruh towing datang ambik."

Mereka bangun dan ingin melangkah ke arah kereta Ryaz yang berada di seberang jalan. Tapi belum sempat lagi kaki Ryaz ingin menyentuh jalan raya untuk menyeberang, Davira gelabah menarik lengan baju Ryaz.

"Abang Ryaz! Cepat menyorok!" Lengan baju Ryaz ditarik-tarik.

"Medina ni kenapa? Kalau nak ajak main sembunyi pun, balik nantilah. Nak maghrib dah ni."

Davira melihat sekeliling. Makin dekat kereta itu datang ke arah mereka, makin gelabah Davira. "Cepatlah abang Ryaz! Cepat lah menyorok." Nak menangis dia bila Ryaz langsung tak dengar kata.

"Ya Allah! Kenapa?" Kesabaran Ryaz makin menipis. Tapi dia bukanlah seorang yang tidak waras untuk memarahi gadis itu sesuka hati.

"Kereta polis tu makin dekat! Nanti kalau dia tangkap abang Ryaz macam mana? Sekarang kita kat luar kampus."

Badan Ryaz ditolak-tolak untuk bersembunyi daripada polis.

"Biarlah kereta polis tu. Kita bukan ada buat salah pun." Penat Ryaz melayan karenah Davira.

Kepala terhantuk kat stereng ke tadi sampai perangai pun tak normal sekarang.

"Tak boleh. Ya Allah, cepatlah abang Ryaz!"

Ryaz mengeraskan badannya.

"Awak ni kenapa, Davira Medina?" Hampir saja dia ingin menaikkan suara kepada Davira.

Nak menangis muka Davira ketika ini apabila kereta polis itu betul-betul berhenti di depan mereka. Cepat-cepat dia berdiri di depan Ryaz untuk melindungi lelaki itu.

Belum sempat polis itu bersuara, Davira dulu merayu kepada pihak polis.

"Saya minta maaf. Encik janganlah tangkap abang saya. Dia tak buat salah, saya yang langgar kereta tu kena pokok tadi. Sungguh dia tak buat apa-apa kat saya. Dia tolong saya je tadi. Encik janganlah tangkap dia sekarang, kalau Encik tangkap dia. Macam mana saya nak balik. Saya dah takde kenderaan nak balik rumah." Merayu-rayu Davira supaya pihak polis berlembut hati.

Ryaz dan polis itu berpandangan antara satu sama lain. Ryaz senyum dengan penuh janggal. "Maaf. Adik saya lepas langgar pokok, otak dia tak betul."

Lengan baju Davira ditarik supaya gadis itu berdiri di tepinya.

Polis itu mengangguk faham. "Semuanya dalam keadaan okay ke?"

"Okay. Kami dah panggil pihak tertentu," jawab Ryaz dengan ringkas.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu ya."

"Terima kasih, Encik. Sebab tak jadi tangkap abang saya. Dia baik, cuma salah pergaulan. Nanti saya nasihatkan dia dan saya harap dia bukan orang yang dikehendaki lepasni."

Berkerut kening Ryaz dan polis itu.

"Orang yang dikehendaki?" tanya polis itu.

Davira mengangguk laju.

"Encik nama apa?" tanya polis itu kepada Ryaz.

"Ryaz Zulkarnain."

"Nama Encik Ryaz tiada dalam senarai dikehendaki daripada kami. Lagipun..." Polis itu memandang Ryaz dari atas hingga bawah dan senyuman terukir di bibir.

"Lagipun apa Encik polis? Encik polis jangan tengok macam tu abang saya. Abang saya straight orangnya." Selamba saja si Davira ni.

Risau dia jika polis itu tiba-tiba berkenan dengan Ryaz pulak. Ingat ini zaman Nabi Luth a.s ke? Terjadinya perbuatan homoseksual dan lesbian. Sekarang kita sudah di zaman Nabi Muhammad saw dimana baginda saw telah mengangkat darjat kaum wanita ke tahap yang tinggi.

Ryaz yang dengar itu, rasa nak hempuk saja mulut Davira. Mungkin penat macam ini kot Dareeq melayan karenah Davira.

"Eh bukan cik! Lagipun Encik Ryaz ni bukan orang yang dikehendaki polis, tapi orang yang dikehendaki wartawan dan peminat."

Bukannya dia tak kenal Ryaz Zulkarnain. Seorang atlet pemain bola keranjang wakil negara dan juga pemain NBA. Cuma dia lagi terkenal dengan gelaran D' Ace.

"Dah kenapa pulak wartawan nak kejar dia?" Kini giliran Davira pula memandang Ryaz dari atas hingga ke bawah dan kemudian memandang wajah Ryaz semula.

Polis itu memandang Davira dengan hairan. "Haih Cik adik. Abang sendiri takkan lah tak tahu kerja apa."

Davira menggelengkaan kepalanya. Dia tak tahu. Dareeq tak pernah bagitahu.

Ryaz pula terkejut. Bukan ke haritu tak silap dia yang Davira tahu dia pemain basketball. Adakah Davira salah sangka terhadapnya selama ini?

"Cik tanya lah sendiri. Saya ada kerja nak dibereskan. Kalau saya layan Cik, tak berjalan kerja saya nanti," gurau polis itu dan meminta diri untuk berlalu.

Pergi saja polis itu, Ryaz gelak besar. Daripada tadi dia tahan tawanya, tak sangka Davira begitu polos.

Merah muka Davira kerana malu. Bukan saja malu dengan polis itu, tapi dengan Ryaz pun. Malang sungguh nasibnya hari ini.

"Jangan cakap dengan Vira!" ujarnya kepada Ryaz.

Kakinya dihentak-hentak. Ini semua salah Dareeq.

"Dareeq Mikhayl!!!"

Terbatuk-batuk Dareeq seperti ada orang yang memanggilnya.









Tbc...

Vote 🌟 and comment 💬 for unlock next chapter 😆

🏀🧪

Continue Reading

You'll Also Like

275K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.5K 411 50
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu."
13.6K 700 18
"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu be...
839K 84.8K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...