C | Miss Sunset

By jelitalily

94.7K 4.1K 172

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 25

1.7K 85 1
By jelitalily

Sofea merehatkan diri, mata dipejam. Badannya kembali hangat dengan pemanas bilik. Lega, kalau tidak tadi sampai ke tulang rasa sejuk.

"Oi ! Pergi lah masuk bilik kau asal terjah bilik aku ?" Anita baru keluar dari tandas.

Tadi, dia ingatkan siapa yang datang ketuk pintu bilik. Tak sempat halang, Sofea laju masuk dalam biliknya. Menyesal pula buka pintu.

Saya, awak terus hilang kalau si Sofea buat perangai. Ada ke patut tinggal suami.

Sofea berguling-guling atas katil, dia bukan tak mahu tapi dia malu. Malu ! Sebab dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Nathan Lufian.

Pap ! Peha Sofea ditampar.

"Kau ni first day jadi isteri orang dah buat dosa dengan suami," ujar Anita.

Dari elok terbaring macam ikan terdampar di pasar basah, dia terus bangun menegak, kaki disilang duduk bersila. Habis terselak kain, lagak seperti pakai seluar.

"Berdosa ke ?" Tanya Sofea dengan wajah polos.

"Seriously ! Awak rasa berdosa tak tinggal suami ?" Tanya Anita balik, apa dia ingat Sofea je boleh saiko orang, dia pun boleh tapi terjun bidang.

"Rasa berdosa juga lah... tapi sikit je" Sekali dengan gaya Sofea buat.

"Puan Layla Sofea, sikit ke banyak, dosa tetap dosa ! Baik kau pergi sebelum Nathan sendiri angkut kau," ujar Anita.

"Ala... Saya bukan apa, saya malu la..."

Anita menepuk dahi, kalau dia pening gamaknya macam lah Nathan mahu melayan si Sofea ni.

"Pergi Sofea ! Tak baik buat suami menunggu, dah malam ni. Ingat syurga awak bawah tapak kaki suami," pesan Anita. Kalau Sofea lupa baik dia ingatkan.

"Okeyla..."

Sofea bangun dari katil. Kakinya berat melangkah. Perlahan-lahan saja dia kaki Sofea berjalan. Dulu, Nathan kawan abangnya tapi sekarang Nathan bergelar suaminya.

Suami, malunya dia. Ibu ! Tolong !

Clack ! Daun pintu dibuka. Mata Sofea terbuntang bila lihat segaris senyum dihadapannya. Nathan elok bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh.

Laju tangan Sofea mahu menutup daun pintu namun tangan Nathan cepat menghalang.

"Wife wait ! Lama betul ye sayang nak keluar, penat abang tunggu."

Akhirnya, Sofea mengalah. Daun pintu terbuka luas.

"Nathan ! Ambil lah wife you ni ! I nak rehat pun tak senang !" Laung Anita dari dalam bilik.

Sofea menjeling Anita bila dengar suara ketawa Anita, suka lah tu menyakat.

Tangan Sofea diambil dan ditarik keluar dari bilik Anita. Daun pintu ditutup rapat.

"Wife, tak penat ke main dengan abang ? Dah malam pun nak main hide and seek lagi ? Esok kita sambung main ye."

Nathan ketawa kecil, mujur dia dapat mesej dari Anita kalau tak memang dia ketuk semua pintu bilik dalam hotel mewah ni.

Sofea terus hilanglepas sahaja majlis makan malam dengan semua ahli keluarga di ballroom. Puas dia cari, rupanya menyorok kat sini.

Tanpa menjawab soalan Nathan, Sofea menyandar wajahnya di dada Nathan. Macam mana dia nak hadap jejaka ni, kalau jantungnya tak reti duduk diam.

Nathan mengusap kepala Sofea yang berlapik tudung, kepala Sofea dikucup berkali-kali. Bau vanilla menusuk hidung, bau isterinya. Manis, dia suka.

Nathan baru perasan baju sejuk tebal milik Sofea sudah hilang dari radar. Badan isteri mula menggigil.

"Sejuk ?"

Sofea mengangguk dalam dakapan. Baju sejuk dia tertinggal dalam bilik Anita. Dah kena halau macam tu, tak sempat dia nak ambil baju sejuk tebal.

"Jom masuk bilik," ujar Nathan. Tangan Sofea dipimpim erat, mereka berdua berjalan beriringan. Sofea ikut tanpa bunyi.

030, 637, 031 .

Sofea dan Nathan berdiri didepan duan pintu bilik 637, nombor bilik ni tak tersusun.

637 ? Always and forever ? Untuk dia ke ?. Sofea mahir bab number code. Sofea ketawa sendiri, berangan betul. Mungkin kebetulan dapat nombor bilik 637.

"Wife ?"

Sofea tersedar, tawa terus mati. Pintu yang terbuka luas, tak perasan sejak bila pintu itu dibuka. Itulah berangan lagi !

"Masuk, sejuk kat luar tu," ujar Nathan. Tangan Sofea ditarik masuk. Daun pintu ditutup semula.

Mata Sofea terbuntang luas, terkesima lihat ruangan bilik samgat luas. Cantik ! Dia terasa macam berada dalam istana. Kaki Sofea melangkah masuk, setiap sudut diperhati.

Warna putih dan emas, kombinasi yang cantik. Ada mini kitchen, Sofa, tv, dan dua pintu bilik. Dua bilik ?Mungkin bilik tidur, tapi kenapa perlu ada dua bilik tidur ? Hairan ?

Nathan ketawa kecil. Lihat wajah yang polos Sofea, nampak comel. Dia seolah boleh baca fikiran Sofea. Tangan Sofea ditarik lembut.

"Come," ujar Nathan.

Nathan membawa Sofea masuk kedalam salah satu antara dua bilik tu. Buka sahaja pintu, terus dapat dilihat isi ruangan bilik.

Satu gambar potrait seorang lelaki, wajahnya seakan dengan Nathan namun wajahnya lagi dingin dan garang. Wajahnya tiada segaris pun senyuman. Mata yang tajam, mata hitam pekat sama seperti Nathan. Gerun menjalar ke sanubari.

"Bilik ni abang simpan gambar ayah. My father, Tengku Luft. He originally designated Room 637 as my private room since this is my father's hotel. He built this hotel for his love, named it Qaysara, which means bonda"

Nathan tersenyum sambil bercerita tentang sejarah hotel milik keluarga yang lama bertapak di Jerman.
Hotel yang sangat mewah di tengah bandar Berlin.

Nathan berpaling kearah portrait gambar Tengku Luft. 

"Ayah, Nathan kenalkan isteri Nathan. Layla Sofea, the most beautiful girl I have ever met."

"Ayah ?" Tanya Sofea.

Sofea kaku, Tengku Luft ? Buat pertama kali dia berhadapan dengan ayah Nathan merengkap kawan lama daddy.

Nathan berpaling ke sisi, kepala diangguk perlahan.

"Yes ayah, my father. His gazes may look cold, but when you talk to him, you feel warm. He is amazing and a protector in my family. He taught me how to treat women, how to be respectful. He is my everything after bonda. But Allah loves him more, he left us two years ago." Gambar yang gah ayahnya ditenung lama. Ini salah satunya gambar yang jelas wajah ayahnya.

"Left ? Parents abang Nathan bercerai ke ? " Dahi Sofea berkerut, entah kenapa otak Sofea begitu lembab bekerja ketika ini.

Lagipun isu keluarga Nathan, Sofea tak pernah sentuh. Yang Sofea tahu Nathan anak tunggal dan hanya bonda. Soal bapa Nathan, dia tak pernah sekali tanya.

Bukan Sofea tak mahu tahu tapi hal keluarga orang tak olek nak busybody sampai ke dalam kain, cukup dia saja yang bagitahu selebihnya jangan ditanya lagi.

Nathan ketawa halus, jauh betul terpesong fikiran isterinya.

"No dear, he passed away in a car accident. But I'm still discovering the details behind the incident."

"Car accident ? Sorry... Sofea tak tahu."

"It's okay. Now you know." Hidung Sofea digesel dengan hidungnya sebelum tangan Nathan memeluk pinggang ramping Sofea, kepala Sofea rehat di dada Nathan. Mereka berpelukkan sambil menghadap gambar portrait milik Tengku Luft.

"Do you miss him ?" Sofea bersuara setelah sekian lama mereka berdiam diri.

"Always and forever," ujar Nathan. Bibirnya tersenyum nipis.

"Like 637 ? Always and forever." Sofea mendongak keatas memandang wajah tampan suaminya, Nathan pula menunduk, memandang wajah cantik isterinya.

"Know you, wife ?" Dahi Nathan berkerut, ingat Sofea tak perasan numbor bilik. Dia sendiri mahu tukar angka jadi 637.

Sofea mengangguk laju bersama senyuman. Mata Sofea kembali merenung gambar arwah ayah mertuanya.

"Well, looking at ayah, he appears to be a powerful majesty that everybody fears. He gazes like you, but you're a little bit softer."  Sofea senyum hingga nampak lekuk dalam kedua belah pipi. 

"He does and you, a sweet princess, now you become a queen to his majesty's son," ujar Nathan. Kepala ditunduk lalu pipi Sofea dikucup berkali-kali. Lama dia simpan geram dengan pipi tomato isterinya.

Sofea ketawa kecil bila pipinya digomol dengan Nathan. Tak lama, badan Sofea terasa seperti terapung ke udara. Sofea terjerit kecil, badan diangkat gaya bridal style.

"Abang Nathan ! Turunkan Sofea !" Dada Nathan ditampar.

"Another punishment ! Two punishments for you, wife !"

Punishment? Berkerut dahi Sofea. Wajah Nathan direnung geram.

"Sofea buat salah apa ? Abang Nathan turunkan Sofea!"

Nathan ketawa kecil.

"For now, you are forbidden to call me abang Nathan. I'm your husband not your brother's friend, my wife."

Sofea menepuk dahi, dia lupa nak tukar nama panggilan.

"Sorry... Sofea tak sengaja..." Suara Sofea perlahan tapi masih dapat didengari Nathan.

"Sorry naik lori, denda tetap denda," Nathan tersenyum nakal.

"No ! Abang !"

Badan Sofea direbahkan perlahan di atas katil bersaiz king. Bulu roma Sofea mencacak naik, tiba-tiba ruang bilik yang hangat terasa sejuk.

Nathan tersenyum nakal, tangan naik ke pinggang isterinya. Mata mereka berdua bertembung.

1 2 3.

"No abang !" Tawa Sofea meletus kuat menghiasi ruang bilik.

Tangan Nathan mencuit pinggang Sofea tanpa henti. Tak puas di pinggang, turun ke kaki. Sofea ketawa tanpa henti.

"Done !" Tangan Nathan berhenti menggeletek isteri. Puas hati dapat lihat lesung pipit comel milik Sofea. 

"Tak baik la buat Sofea. Tengok ni tudung dah tak betul !" Rungut Sofea, tudung yang tadi cantik terletak kini sudah senget macam orang tak siuman pun ada.

Nathan ketawa bila lihar wajah cemberut Sofea. Perut dipegang, kuat sangat ketawa.

Mata Sofea terbeliak luas, dia sukakan kita. Sofea menghampiri Nathan, lalu dia senyum jahat. Tudung dibiar senget, yang penting dapat balas dendam.

"Wife ?" Cuak Nathan bila lihat wajah isterinya, terus mati tawanya.

Jarak Sofea dan Nathan teramat dekat. Tangan kecil Sofea laju geletek Nathan pula.

Rasakan ! Ingat dia seorang je boleh geletek orang ! Tangan kecil comel molek ni pun boleh !

"Wife stop !" Tawa Nathan jelas kedengaran.

Ruangan bilik dihiasi  dengan tawa mereka berdua. Riang dan bahagia. Sangat bahagia sampai bulan pun terasa lonely. Bulan kan single.

Continue Reading

You'll Also Like

903K 41.7K 52
5 tahun sudah berlalu.. Aylie dan Arrian masing-masing dengan laluan sendiri. Seorang di Malaysia, seorang di Sweden. Kalau di luaran, mereka sepert...
1.7K 25 4
Pengorbanan Jebat Andika Bayu dan Lily Alisa Rose "I didn't say 'I Love You' to hear it back. I said it to let you know." Start Date: August 1, 202...
43.8K 2.4K 59
Make-believe /ˈmeɪkbɪliːv/ = Imitating something real +++ "You are blackmailing me." "Don't put it that way. You're making me look bad. Let's do thi...
150K 18.4K 73
[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya di...