I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

361K 15.9K 731

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 23

6.1K 235 5
By singlelove_

Setelah seminggu di kampung, sekarang adalah waktu Dahlia mengikut Raja Dylan ke Kuala Lumpur. Mereka berdua akan pulang dengan menaiki kereta masing-masing.

Selesai saja meletakkan luggage ke dalam bonet kereta. Dahlia berjalan mendekati Puan Aminah. Tersebik bibirnya.

Dipeluk tubuh Puan Aminah setelah dekat dengan emaknya.

"Emak.." Merengek Dahlia. Berkaca mata dia.

Puan Aminah tahu yang anaknya ingin menangis. Digosok lembut belakang badan Dahlia bagaikan memujuk.

"Shh.. dah, dah. Tak payah nak menangis." Kata Puan Aminah.

Mencebik bibir Dahlia. Tu pujuk ke apa? Lebih kepada macam nak marah saja.

"Alah mak ni. Bagi lah Lia berdrama sekejap. Nanti susah dah Lia nak drama dengan mak." Balas Dahlia seraya melepaskan pelukan. Tapi tangan kanan Puan Aminah dipegang dan diusap lembut.

"Tak payah lah. Penat dah mak nak melayan drama kamu tu. Pergi ikut suami sana. Shuh, shuh." Selamba Puan Aminah menghalau anaknya.

Cemberut terus wajah Dahlia.

"Abah.. tengok mak ni." Adu Dahlia pada Encik Fahmi. Encik Fahmi sekadar menggelengkan kepala. Sekarang ni boleh lah dia 'shuh shuh' kan anak.

Bila nanti anaknya dah gerak ikut suami balik. Mula meraung. Haih.

"Biarlah mak kamu tu. Sekarang ni dia memang macam ni. Nanti kamu dah pergi mula lah emak kamu meraung, melalak dan menangis." Puan Aminah memukul bahu suaminya. Matanya dijegilkan sedikit.

Jangan lah bagitahu. Kantoi dah. Haduh. Suaminya ni pun.

Raja Dylan melihat keakraban keluarga isterinya. Mereka sangat rapat. Seminggu dia duduk di kampung, dapat dia lihat bagaimana keluarga isterinya.

Tersimpul senyuman Raja Dylan ketika memandang si isteri. Nak balik KL saja pun. Bila-bila masa boleh kampung ni. Tapi dia punya merengek macam aku ni nak bawa dia pergi jauh.

Padahal KL dengan Selangor ni tak jauh mana. Isteri lah isteri.

Setelah berbual-bual sekejap. Kini, Raja Dylan dan Dahlia akan bergerak pulang ke KL. Agak berat hati Dahlia mahu meninggalkan emak, abah dan adiknya.

Tak pernah berjauhan sejak kecil. Bila dah bersuami ni kena jauh pula. Dahlia sedar yang sekarang dia sudah ada tanggungjawab. Jadi dia harus mengikut Raja Dylan.

Dahlia mencium kekura tangan Encik Fahmi dan Puan Aminah. Selepas itu, dipeluk tubuh kedua orang tuanya. Encik Fahmi mencium tepi kepala Dahlia. Diusap belakang badan anaknya. Dia pasti akan rindu dengan dengan perempuannya ini. Rindu nak dengar celoteh Dahlia dan kerenah banyak akal Dahlia.

Puan Aminah juga pasti akan merindui satu-satunya anak perempuannya ini. Kawan gaduh, kawan bergosip, kawan memasak dan semuanya.

Seusai Dahlia menyalam dan memeluk Puan Aminah serta Encik Fahmi. Giliran Raja Dylan bersalam dengan kedua ibu bapa mertuanya.

"Jaga anak abah elok-elok. Kalau dia ada buat salah, tegur dia baik-baik. Lia tu tak boleh dibentak. Asal dibentak sikit, dia akan menangis. Nak didik sekalipun, didik dia dengan lembut. Tak semua perkara kita perlu guna kekerasan. Abah dah beri amanah pada Dylan untuk jaga anak abah. Sekarang Lia adalah tanggungjawab Dylan. Abah minta sangat supaya Dylan boleh sayang anak abah seikhlas hati Dylan. Kalau satu hari nanti Dylan dah takda perasaan dan tak sayang Lia, hantar dia balik pada abah dengan baik." Nasihat Encik Fahmi.

Sayu hati dia mahu melepaskan anak perempuannya. Tapi Encik Fahmi sedar yang Dahlia sekarang sudah bersuami. Jadi anaknya itu harus mengikut suami. Lagi pula, Dahlia bukan lagi menjadi tanggungjawabnya.

"Baik abah. Insya-Allah, Dylan akan sayang dan cinta anak abah seikhlas hati Dylan. Dylan minta doa yang baik-baik dari abah untuk kami berdua." Balas Raja Dylan sembari memeluk Encik Fahmi.

Berkaca-kaca mata Dahlia. Tak sangka kerana dapat mendengar kata-kata Encik Fahmi tadi. Selama ini, Encik Fahmi bukan lah seorang ayah yang mahu menunjukkan perasaannya. Tapi hari ni lain. Tersentuh hati Dahlia.

Tak lama selepas itu, kedengaran suara esakan seseorang. Berpusing Dahlia memandang figura yang teresak-esak menangis di belakangnya.

Rupanya Danish. Terkejut Dahlia bila melihat wajah adiknya yang dah basah dengan air mata. Siap disedut hingusnya. Huish, dahsyat.

"Kau kenapa, Nish?" Soal Dahlia. Dia yang nak menangis tadi jadi terbantut bila tengok adiknya begini. Sampai tersedu-sedu.

"Kakak.." Dipeluk tubuh kakaknya. Menggogoi dia menangis di bahu Dahlia.

Terkebelakang badan Dahlia apabila adiknya memeluk secara laju. Nasib baik Raja Dylan menahan badan isterinya.

"Kau pahal?" Nak ketawa Dahlia menengok adiknya menangis begini. Dah lama Danish tak menangis sampai macam ni.

Lama Danish menangis sambil peluk Dahlia. Itu pun kalau tak ditegur oleh Encik Fahmi mungkin akan menangis lagi sehingga tak berhenti.

"Nanti kalau abang Dylan ada cuti, kakak balik lah sini. Lagi satu, kau lupa? Abang Dylan kau ni ada projek dekat sini?" Terberhenti tangisan Danish.

Ha'ah lah. Dia baru teringat. Lupa tadi masa menangis. Bengong lah.

Menggaru kepala Danish. Pantas dia mengelap air matanya dengan belakang tapak tangannya. Dia tersengih kambing di hadapan Dahlia.

Tergelak perlahan Raja Dylan dengan tingkah adik ipar dia ini. Dah besar tapi macam budak-budak sangat. Dah nama pun adik manja. Memang lah macam tu. Haih.

"Kakak katok kepala kau, Danish." Dahlia dah bersedia mahu mahu mengetuk kepala adiknya. Lantas Danish menyorok di belakang Puan Aminah meminta perlindungan.

"Macam-macam lah korang ni. Dah, dah. Lia dan Dylan pergi gerak sekarang. Tengok cuaca pun dah mendung. Macam nak hujan je ni." Ujar Puan Aminah seraya menggelengkan kepalanya sekejap dengan perangai anak bongsunya ini.

Dahlia dan Raja Dylan memandang langit. Dah mula nak mendung. Baik mereka gerak sekarang. Takut jem saja nanti jalan. Dah lah mereka gerak dengan naik kereta berasingan. Nanti Raja Dylan juga yang risau dengan isterinya.

Usai saja bersalaman, Dahlia dan Raja Dylan memasuki kereta masing-masing. Perlahan kereta mini cooper dan BMW 5 Series milik mereka berdua mula bergerak keluar dari perkarangan rumah keluarga Dahlia.

Sempat mereka membunyikan hon. Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish melambaikan tangan mereka.

~~~~~~~~~~

Sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kuala Lumpur. Dahlia dan Raja Dylan saling berbual melalui panggilan video di Whatsapp.

Raja Dylan tu lah. Risau sangat dengan isteri dia yang memandu seorang diri. Padahal selama ni Dahlia tu okay saja memandu seorang. Takda masalah apa pun.

Tapi bila dilihat langit sudah mulai gelap dan merintikkan hujan. Raja Dylan terus membuat panggilan video kepada Dahlia dengan nama kontak yang disimpan sebagai 'Love💗'.

Dahlia pun mengangkat saja lah bila mana nama Raja Dylan yang disimpan sebagai 'Hubby🫶🏻' muncul di skrin telefon. Dia sendiri pun sebenarnya tak biasa memandu dalam keadaan hujan lebat begini. Selalunya Encik Fahmi atau Danish saja yang akan memandu.

~~~~~~~~~~

Dahlia memerlahankan pemanduannya apabila suaminya yang memandu di hadapan turut sama memandu dengan kadar perlahan.

Mereka sudah memasuki ke kawasan rumah elit. Sepanjang perjalanan dari awal mereka masuk sehingga lah hendak sampai ke rumah barunya. Dahlia perhati di kawasan itu rumah sebiji-sebiji dan agak jauh sedikit dari kejiranan.

Lagipun rumah mereka bukannya kecil. Besar-besar. Dahlia agak tertegun sekejap ketika memandang setiap rumah.

Setelah agak jauh memandu, Raja Dylan memberhentikan kereta. Raja Dylan membunyikan hon lalu ada seorang lelaki yang berpakaian seperti guard keluar dan membuka pintu pagar.

Raja Dylan memandu masuk ke dalam kawasan rumah yang besar umpama seperti istana itu. Dahlia mengekori suaminya. Diparking kereta mini cooper dia di sebelah kereta Raja Dylan.

"Mak oi. Besar betul rumah. Padahal duduk berdua je." Gumam Dahlia sambil matanya diliarkan memandang sekitar.

Tersentak Dahlia apabila cermin tingkap diketuk Raja Dylan. Syok sangat tengok. Sampai lupa nak keluar dari kereta. Pantas Dahlia mematikan enjin dan melangkah keluar dari dalam perut keretanya.

Tersengih Dahlia di hadapan Raja Dylan.

"Abang, besarnya rumah." Kata Dahlia jujur.

"Ha'ah besar. Sayang suka tak?" Raja Dylan menarik isterinya merapat dengan dirinya. Dikikis jarak antara mereka berdua.

"Hm.. suka tu suka lah. Tapi.. besar sangat ni. Kita duduk berdua je. Bukan satu kampung." Omel Dahlia pada Raja Dylan.

Yalah. Rumah dia tu dah macam boleh ajak satu kampung duduk sekali.

Tergelak perlahan Raja Dylan mendengar omelan isterinya. Dia setuju kata-kata Dahlia. Memang besar. Tapi takpa lah. Lagipun mungkin lepas ni diaorang dah tak duduk berdua. Sebab akan menambah ahli dalam rumah ni.

Ha? Ahli apa? Entah lah.

"Takpa lah. Rumah besar lah best." Balas Raja Dylan seraya mencium pipi Dahlia.

Dia rindu pipi tembam isterinya. Baru berapa jam tak dapat cium. Dia rasa rindu sangat. Sambil-sambil mereka berbual, kaki mereka melangkah menuju ke pintu utama.

"Best bagi abang. Bagi sayang tak. Nanti sayang yang kena kemas rumah. Penat lah."

"Siapa cakap yang sayang kena kemas rumah?"

"Habistu siapa nak kemas kalau bukan sayang?" Berkerut dahi Dahlia tidak mengerti.

"Sayang.. abang dah upah orang untuk kemas rumah. Kerja sayang hanya lah masak dan layan abang. Itu je. Bab-bab kemas ni orang lain yang buat. Sayang duduk santai je." Beritahu Raja Dylan selari melangkah masuk ke dalam rumah.

Dahlia diam sambil mengekori setiap langkah suaminya. Tangan mereka berdua saling berpegangan. Erat.

"Assalamualaikum." Ucap Dahlia dengan perlahan.

Ternganga mulut Dahlia apabila masuk ke dalam rumahnya. Mewah.

"Welcome to our new home, sayang." Tutur Raja Dylan sembari memeluk isterinya. Dahlia masih diam. Langsung tidak bergerak. Matanya saja yang bergerak ke setiap penjuru rumah.

"Ni.. ni rumah ke istana?" Tergelak Raja Dylan dengan pertanyaan Dahlia.

"Rumah lah. Dah jom abang bawa sayang pusing-pusing rumah." Handbag yang dipegang Dahlia diambil lalu diletakkan di atas meja yang berada di ruang tamu.

Raja Dylan membawa isterinya pusing satu rumah. Apa orang kata tu.. house tour. Rumah ni mempunyai tiga tingkat. Setiap tingkat ada fasiliti masing-masing. Dalam rumah ni juga ada 9 bilik. 3 bilik di tingkat 3, 4 bilik di tingkat 2 dan dua bilik di tingkat satu.

Raja Dylan membawa bermula dari ruang tamu, dapur, private pool, cinema room, gym room, library, bilik kerja Raja Dylan dan sebagainya.

Dahlia hanya diam tidak berkata apa. Hanya sesekali saja dia mengeluarkan suara. Itu pun hanya 'wow' dan 'oh'.

(Ruang Tamu)

(Dapur)

(Private Pool)

(Cinema Room)

(Gym Room)

(Library)

(Bilik Kerja Raja Dylan)

Setelah berkeliling di dalam rumah. Sekarang Raja Dylan membawanya ke satu tempat. Tangan Dahlia masih dipegang oleh Raja Dylan. Langsung tidak dilepaskan. Dahlia pun suka. Dia takda rasa rimas.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Dahlia.

Suami dia nak bawa dia ke mana? Ada lagi ke yang nak ditunjuk? Pening dah Dahlia dibuatnya.

Tak lama selepas itu, Raja Dylan berhenti di hadapan pintu besar berwarna hitam. Tiba-tiba, Dahlia mula merasa seram. Lantas dia memeluk lengan sasa suaminya.

"Kenapa?" Tanya Raja Dylan.

"Bilik apa ni?" Soalan dibalas soalan. Terbit senyuman nipis suaminya.

Buka saja pintu, Dahlia langsung tercengang. Kakinya dibawa melangkah masuk ke dalam ruangan besar itu.

(Showroom Car)

Terpegun Dahlia memandang semua kereta mewah yang terparking di ruangan ini. Ada bermacam-macam kereta. Yang pasti semuanya mewah dan mahal.

"Showroom car?" Mengangguk Raja Dylan mengiyakan soalan isterinya barusan.

"What the f—-." Belum lagi habis Dahlia mahu mencarut. Raja Dylan lebih pantas menutup mulut isterinya.

Menggeleng perlahan kepala Raja Dylan melarang dari Dahlia mencarut. Dahlia memegang tangan suaminya dan dibawa turun. Tersengih lebar Dahlia.

"Cowwy.." Ucap Dahlia selari menyengetkan sedikit kepalanya. Dibuat wajah comel.

Raja Dylan menarik Dahlia masuk ke dalam dakapan hangatnya. Dicium ubun-ubun sang isteri.

"Kalau sayang nak bawa kereta-kereta ni. Bawa je. Abang izinkan." Laju kepala Dahlia mendongak memandang suaminya yang sama menunduk merenung dia.

"Sayang boleh bawa?" Tanya seakan tak percaya.

"Hm. Sayang bawa lah. Abang jarang drive kereta-kereta ni."

"Pastu abang beli siap buat showroom semua ni untuk apa? Membazir je lah." Bebel Dahlia. Bukan dia tak suka. Ini hak suaminya lah. Suka hati suaminya juga lah. Tapi kalau dah katanya jarang drive, buat apa beli. Betul tak?

"Just hobby. Sama lah macam sayang. Sayang beli handbag banyak-banyak untuk apa?" Bidas Raja Dylan semula. Mencebik bibir Dahlia.

Takda point nak balas.

"Bilik kita dekat mana? Sayang penat lah. Nak mandi. Kita mandi sama-sama nak?" Memincing mata Raja Dylan. Ditatap serata wajah jelita isterinya.

Jangan main-main. Sekarang ni dah diaorang duduk berdua saja. Macam-macam boleh berlaku.

"Jom. Abang belum bawa pergi bilik kita kan?" Beria Dahlia mengangguk. Dari tadi lagi tujuan dia hanya satu dalam rumah ni.

Bilik tidur. Dia nak rehat. Penat.

Sesampai saja di bilik tidur mereka berdua. Dahlia terus merebahkan dirinya di atas katil. Dah tak sempat dia nak wow ke oh ke.

(Master Bedroom)

Dipejam seketika matanya. Nafas dihela lega apabila jumpa katil. Raja Dylan turut sama membaringkan dirinya di sebelah Dahlia.

Diangkat kepala Dahlia dan diletakkan di atas lengannya. Rambut Dahlia yang agak berserabut, dibetulkan dan dikemaskan.

Usai itu, dicium dahi dan pipi Dahlia berkali-kali. Tersenyum lebar Dahlia saat mendapat ciuman dari sang suami. Sebelah tangan Dahlia naik memeluk pinggang Raja Dylan.

"Sayang abang." Kata Dahlia dengan mata masih tertutup.

"Sayang sayang juga." Balas Raja Dylan lalu dicium lagi dahi isterinya.


Tbc..

Jangan risau pasal Mrs Luthfi tu. Korang enjoy dulu cerita ni🤪

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 46.2K 33
When Ellie and her friends pull a prank that goes horribly wrong, Ellie finds herself in a position to which no one had imagined. She had been frozen...
24.6K 893 33
In the year 1951, one small particular village in Singapore was infamous for unusual sightings of the supernatural. But when mysterious deaths and un...
23.7M 564K 32
"Y-your H-highness? I-i'm sorry b-but t-there m-must b-be a-a m-mistake..." A loud growl sounded through the whole ballroom causing me to start shaki...