NADINE SOFEA

By sayamelur

237K 20K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

46 - NADINE SOFEA

6.5K 506 34
By sayamelur

Sudu menguis-uis sisa nasi di dalam pinggan. Dua jam sudah berlalu namun Nadine masih tidak berganjak sedikitpun dari tempat yang diduduki.

Kejadian di dalam bilik bersama Harlem tadi sering menganggu fikiran. Entah mengapa rasa serba salah asyik memukul jiwa Nadine sejak tadi.

Berpisah?

Sejujurnya Nadine sendiri meragui keputusan itu. Nadine sangka dia kuat menghadapi semua ini, tapi bila Harlem sudah berada di depan mata Nadine jadi lemah. Dia lupa marahnya. Dia lupa rajuknya. Dia lupa segala-galanya.

Tapi kalau sudah hubungan mereka sejauh ini rumitnya, lebih baik berpisah saja kan? Atau sebenarnya Nadine sendiri yang sengaja merumitkan mereka?

Haih! Apa-apa sajalah!

"Sukahati dia saja ambil phone orang! Dasar pencuri!" rungut Rosie sebaik saja tiba di meja Nadine. Punggung lantas direbahkan di sebelah sahabatnya.

Fokus Nadine mula beralih ke arah Rosie. Muka masam Rosie diperhati dengan riak hairan.

"Kau tahu ada mamat tu curi phone aku."

"Iya lah, aku tahu salah aku sebab letak merata. Rasanya masa aku pergi ambil makanan tadi aku main letak je dekat atas meja. Bila aku nak cari phone aku semula, aku nampak phone tu dah ada dekat tangan dia. Siap mengaku lagi phone tu dia yang punya bila aku nak minta balik. Tak malu langsung!" bebel Rosie geram.

Pencuri sekarang memang tebal muka kan?

"Habis tu yang ini phone siapa pula?" soal Nadine pelik. Iphone di hadapannya diambil.

Muka marah Rosie tadi terus berubah pucat. Telefon pintar yang ada di tangan Nadine dan yang ada padanya memang 100% sama.

Casing kartun We Bare Bears tu pun memang sama habis!

"So miss, boleh I ambil phone I balik?" suara garau di belakang Rosie serentak mengalihkan pandangan dua gadis cantik itu.

"Ezra!" kedengaran suara Nadine berubah teruja.

"Hi, my Nadine." Ezra kenyit mata sebelah.

Rosie menelan air liur kesat. Walaupun malu sedang menampar wajahnya, kepala dipaksa juga berpaling ke belakang.

Bibir Ezra senyum senget menahan rasa lucu melihat wajah cuak gadis di hadapannya.

Comel.

"S-sorry..." Rosie tunduk malu sambil tangan menyerahkan semula telefon bimbit kepada Ezra.

Tangan Ezra menyambut. Senyumannya masih belum memudar malah makin lebar pula.

"Tapi casing kita memang cute pun kan? I ingat I saja satu-satunya orang dewasa yang suka cartoon ni."

Dapat Rosie rasakan ayat Ezra itu bagaikan satu sindiran buatnya.

"I minta maaf." Rosie rasa macam dia mahu lenyap saja dari bumi ini.

Padan muka! Itulah padahnya menuduh orang tanpa usul periksa. Sekali Tuhan bayar cash terus. Mana dia nak letak muka?

"Nad, aku masuk bilik dulu ya. Ss-sekali lagi, I minta maaf." Rosie tunduk berkali-kali sebelum dengan pantas melarikan diri dari situ.

Dia nak jerit puas-puas dekat bantal untuk buang rasa malu ini. Langkah bagai lipas kudung Rosie akhirnya meletuskan tawa kecil Ezra.

Perempuan comel!

"Saya minta maaf bagi pihak Rosie, Ezra. Dia memang kadang-kadang macam tu. Selalu lupa dengan barang sendiri." beritahu Nadine. Sempat kepala menggeleng kecil.

Kan dah dapat malu?

"Never mind. Comel apa?" Ezra menghabis sisa tawanya.

"Boleh I duduk sini?" soal Ezra pula melihat kerusi kosong yang ditinggalkan Rosie sebentar tadi.

"Duduklah."

"So awak buat apa di sini? Rasa macam dah lama tak nampak awak." Nadine mula membuka perbualan.

"Kebetulan I ada kerja sikit di sini. Kenapa? Rindu ke tengok muka I yang kacak ni?" Ezra menongkat dagu melihat Nadine.

Tawa besar meletus di bibir gadis itu. "Please lah, Ezra."

"You pula? Buat apa di sini? Harlem kesayangan you mana?" wajah ceria Nadine terus kendur seraya mendengar soalan itu.

Giliran Ezra pula senyum. Melihat saja air muka Nadine, Ezra dapat mengagak apa yang sedang berlaku di antara pasangan suami isteri itu.

"Gaduh dengan husband eh?" Ezra usap sedikit kasar rambut Nadine.

Mata Nadine menjeling tajam. Sibuklah si Ezra ni!

"Tak baik gaduh lama-lama. Hati tu tak sakit ke menanggung rindu?" Ezra mengemam bibir menahan tawa.

Dia paling suka lihat muka cemberut Nadine.

"Buat apa rindu dekat orang yang tak sudi?" jawab Nadine perlahan.

"Siapa kata Harlem tak sudi? Dua minggu lepas kalau I tak silap, dia datang club I sebab nak cari you. Sepanjang I kenal Harlem, I tak pernah nampak dia se'desprate' itu sampai merayu-rayu. Masa tu I rasa kesian jugalah tengok dia tapi I tak boleh buat apa. I sendiri pun baru tahu yang you lari dari rumah." cerita Ezra panjang lebar.

"Kenapa tak bagitahu I, Nadine?" Dia juga ikut risau.

"Saya tak nak susahkan awak je." jawab Nadine ringkas.

"So sampai sekarang Harlem masih tak dapat jumpa you?" pertanyaan Ezra itu mengundang tawa sinis Nadine.

"Saya berada di sini sekarang disebabkan Harlem. Lelaki tu tak habis-habis nak ganggu hidup saya." rungut Nadine geram.

"Jadi maksudnya sekarang dia dah sedar lah ya perasaan sebenar dia pada you?"

Benteng bernama ego itu akhirnya runtuh juga ya, Harlem?

"Apa yang keluar dari mulut dia, saya dah tak percaya. Saya serik, Ezra. Hati saya penat jatuh cinta dekat lelaki macam Harlem tu."

"Everyone deserve a second chance."

"But not for him. Lagipun saya tak layak untuk dia. Saya bukan Lilia." tutur Nadine merendah diri.

"To be honest, I tak berapa suka Harlem tapi I lega bila dia dapat jujur dengan perasaan dia pada you."

"Ingat tak I pernah ambil gambar you dalam bas masa sekolah kita buat trip dulu?" Nadine mengecilkan mata sambil cuba mengingat.

Kepala mula terangguk kecil.

"I masih simpan lagi gambar you tu. Ini." telefon bimbit bertukar tangan.

"So?" tinggi kening Nadine dijongket tanda tidak mengerti.

"Jujur ya Nad, masa kita mula-mula jumpa di bus stop dulu. I jatuh suka pada you."

Mendengar luahan Ezra itu membuatkan wajah Nadine berubah merah.

"You nampak cute sangat masa tu. And bila I terserempak dengan you di sekolah, I know I wanna make you mine."

Nadine menelan air liur kesat. Apa tujuan Ezra menceritakan semua ini kepadanya?

"Tapi masa kita pergi trip di pulau, bila kepala you terkena bola waktu kita main dodgeball, I perasan betapa risaunya Harlem masa tu. Lepas tu masa you masuk hospital, Harlem tak bergerak seinci pun dari kerusi untuk tunggu you sampai you sedar."

"Dan gambar ini."

"You tak perasan ke Harlem sedang tengok you dalam gambar ni?"

Nadine cuba perhatikan foto itu sekali lagi.

Iya, betul.

Harlem sedang melihat ke arahnya. Dia masih ingat lagi waktu itu Harlem tiba-tiba melancarkan perang dingin terhadapnya.

"Hanya disebabkan gambar itu buatkan I tersedar tentang sesuatu. You sudah lama dimiliki Harlem, Nad. I tahu dia cintakan you melalui gambar ini. And I tahu I takkan ada peluang untuk memiliki you. So I undur diri sebelum I betul-betul kecewa." Ezra tertawa kecil di hujung bicaranya.

"Jangan merepeklah, Ezra. Gambar je kut." Nadine masih menafikan.

"I dan Harlem sama-sama lelaki. Siapa lagi yang akan faham lelaki kalau bukan kaum kami sendiri kan? Orang selalu kata perempuan ni complicated, but for me, lelaki lagi rumit untuk difahami."

Nadine diam. Hati kembali berperang dengan perasaan sendiri. Rosie dan Ezra ni sama saja. Kenapa semua orang tak berpihak pada dia ni?

"Nad..."

Wajah Nadine ditarik agar menatap wajahnya. Kepala Nadine diusap lembut.

"I tak nak nanti you pula yang akan menyesal. I tahu macam mana perasaan you pada Harlem. And I tak rasa semudah itu you akan lupakan dia. Selagi ada kesempatan, baliklah semula pada Harlem. Semua yang jadi bukan salah you atau dia."

Nadine diam lagi.

"Macam yang I selalu cakap, I selalu doakan kebahagiaan you and I rasa Tuhan sedang jawab doa I. Harlem. Dia kebahagiaan you, Nad."

Entah kenapa hati Nadine bagai tersentuh mendengarnya.

"S-saya-..."

Mata tidak sengaja terkalih melihat Harlem sedang berdiri tidak jauh dari dia dan Ezra.

Tanpa sedar, kaki Nadine hampir berdiri mahu mendapatkan Harlem namun lelaki itu terlebih dahulu melangkah pergi.
















* * * * *

Matahari bersinar indah pagi itu. Nadine pula sudah selesai bersiap dengan pakaian serba ringkas. Skirt hitam paras betis bercorak bunga kecil diganding bersama baju putih sendat. Rambut ikal dibiar lepas.

Nadine sempat menilik penampilan diri di hadapan cermin sebelum mengambil beg tangan di meja solek.

Baru saja Nadine berniat mahu keluar dari bilik tersebut, langkahnya mati seketika setelah terperasankan Harlem yang fokus dengan komputer riba di atas katil.

Sejak awal pagi tadi sehingga jam 10, Harlem masih berada di posisi yang sama. Sibuk menyelesaikan kerjanya. Malam tadi pun sama. Nadine sempat terbangun sebentar pada pukul 1 pagi dan Harlem pula tenggelam dengan kerjanya.

Dan sejak dia pulang ke chalet semula malam tadi, perubahan Harlem jelas kelihatan drastik. Lelaki itu lebih banyak diam.

Harlem kecil hati dengan kau kut, Nad?

Ah, biarlah! Selama ini asyik dia saja yang makan hati. Biar mereka sama-sama rasa. Adil lah kan?

"Saya keluar dulu." pamit Nadine. Rasa hormat pada suaminya masih ada.

Tanpa menunggu balasan Harlem, Nadine melangkah keluar dari chalet. Kaki di bawa ke restoran untuk bersarapan bersama Rosie seperti janji mereka malam tadi.

Sebaik saja tiba di sana, Nadine angkat kening tinggi apabila melihat kelibat Ezra turut berada bersama Rosie.

Tawa Rosie tu sampai sini boleh dengar. Dah berbaik lah tu kut.

"Morning!" sapa Nadine.

Ezra dan Rosie sempat berpaling.

"Morning, my Nadine." balas Ezra.

"Lambatnya. Suami tak suruh keluar bilik ke Cik Puan Nadine?" usik Rosie.

"Diamlah awak, Rosie." sempat Nadine memukul lengan Rosie sebelum melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

"Harlem mana? Kenapa tak ajak dia breakfast sekali?" soal Ezra memasamkan lagi muka Nadine.

Rosie dengan Ezra memang sengaja nak kenakan dia ke apa? Asyik Harlem Harlem saja dari tadi. Menyampah!

"Boleh tak kalau kita tak payah cakap-"

"Panjang umur." Rosie melambai ke arah Harlem mahu mempelawa lelaki itu menyertai mereka.

Harlem mempercepatkan langkah mendekati meja mereka. Punggung lantas dilabuhkan di sebelah Ezra.

Nadine cuba mengalih mata ke tempat lain. Dia akan kalah jika melawan anak mata Harlem yang sedang memanah ke arahnya.

"Kau dengan Harlem pergi lah ambil makanan. Aku dengan Ezra dah selesai makan tadi." beritahu Rosie.

"Kenapa tak tunggu saya?" muncung mulut Nadine.

"Satu jam aku tunggu kau di sini sampai kebulur aku dibuatnya."

"Nasib baik kawan kau yang handsome ni sudi teman aku makan tau." Rosie berbisik di telinga Nadine.

Dasar gatal.

"Saya tak lapar."

"Aku pun sama." balas Harlem.

Nadine dan Harlem saling berbalas pandangan. Sibuk saja tiru jawapan orang!

"So kalau macam tu, kita jalan-jalan nak? Kedai mana yang you cakap best tadi, Rosie?" Ezra memberi cadangan.

"Dekat hujung pantai sana. Banyak kedai souvenir yang best-best. Jom lah." Rosie mula teruja.

Nadine diam. Bawah bibir digigit perlahan. Bukan dia enggan ikut serta tapi kehadiran Harlem di sini membuatkan dia rasa tidak selesa. Kenapa tak buat saja kerja dalam bilik tu? Harlem kan lebih rela menghadap laptop berbanding tengok muka dia? Eh?

"Kau okay kan ikut kitaorang?" tanya Ezra.

Harlem menyilang tangan. "Kalau Nadine tak kisah, why not?"

Semua mata mula terarah melihat Nadine. Rasa serba salah menyerang dirinya.

"Nad?" semua orang sedang menunggu jawapannya.

"Kenapa nak kena tanya saya? Ikut suka lah kalau nak ikut ke tak."

"So I guess it's a yes. Let's go." Ezra lantas berdiri. Rosie pula sudah bersorak gembira.

Tanpa melengahkan masa, Rosie dan Ezra sudah melangkah pergi meninggalkan Harlem dan Nadine yang masih duduk di meja tersebut.

Nadine yang rasa kekok mula mengangkat punggung.

Sepanjang perjalanan, Rosie dan Ezra yang berjalan di hadapan mereka hanya leka berbual sesama sendiri tanpa mempedulikan kehadiran Nadine dan Harlem di situ.

Mereka sama-sama diam mendengar perbualan Ezra dan Rosie. Sesekali mata mereka bertemu dan dengan segera Nadine akan memutuskan pandangan itu. Sengaja mata meliar menikmati pemandangan laut di sebelah kirinya.

Kelekaan Nadine membuatkan dia sedikit tersentak apabila Harlem tiba-tiba meraihkan tangannya. Harlem berhenti berjalan memaksa Nadine turut serta mematikan langkah.

"Awak kenapa-"

"Shuh!" jari telunjuk dilabuh ke bibir.

Harlem hanya diam memerhati Ezra dan Rosie semakin jauh meninggalkan mereka berdua.

"Jom." Harlem tarik tangan Nadine dan mereka berdua mula melangkah ke arah bertentangan.

"Kalau awak tak nak ikut diaorang sekalipun, jangan heret saya sekali." marah Nadine cuba meronta.

"Tempat yang aku akan bawa kau ni sepuluh kali lagi best dari kedai souvenir tu." beritahu Harlem yakin. Langkahnya semakin laju tanpa mempedulikan bebelan dan rontaan Nadine di belakang.

Usai beberapa langkah, mereka akhirnya tiba di sebuah kawasan berbatu besar di tepi pantai. Nadine akui tempat ini memang cantik. Kaki mula berjalan meredah batu-batu besar di situ.

"Hati-hati, sayang." pesan Harlem.

Sesekali kepala berpaling ke belakang mahu memeriksa keadaan Nadine.

"Sini, pegang tangan aku." Harlem raih tangannya. Tanpa banyak bicara Nadine capai tangan Harlem.

Lelaki itu memimpin perjalanan mereka sehingga tiba di sebuah batu paling besar dan lebar.

Harlem lantas duduk lalu diikuti Nadine di sebelah.

"So? Cantik kan tempat ni?" Harlem senyum nipis.

Nadine diam. Hanya matanya bergerak menikmati pemandangan laut biru hadapan.

"Petang nanti kita datang ke sini lagi. Aku bawa kau tengok sunset. Sumpah cantik." beritahu Harlem. Senyuman masih belum pudar.

"Saya dah janji dengan Rosie nak pergi tempat lain petang ni." jawab Nadine pula.

Bukan dia sengaja menolak, cuma memang kebetulan Nadine dan Rosie sudah merancang untuk singgah makan di cafe petang ini.

"Petang esok nak? Sekali aku ajak kau dinner di satu restoran ni. Butter prawn dia sumpah sedap. Kau kan suka makan-"

"Harlem..." lelaki itu terdiam seketika.

"Saya tak nak dah semua ni. It's too late now. You can stop trying. Macam yang saya cakap semalam. Jangan buang masa awak lagi. Kita cari kebahagiaan masing-masing saja." tutur Nadine.

Harlem masih diam di situ. Lama matanya menatap wajah Nadine.

"Kau kenal aku kan, Nad? Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku tak akan pernah berhenti mencuba."

Nadine meraup rambut ke belakang. Keluhan berat dilepaskan. Kenapa susah sangat untuk Harlem faham perasaannya?

"Harlem, tolonglah. Kita tak patut-"

"Harlem..." wajah tegang Nadine tadi berubah risau sebaik saja mata mereka bertentangan.

Harlem jadi hairan. "What?"

"H-hidung awak...berdarah." tangan Nadine pantas mencari tisu di dalam beg tangan.

Darah yang keluar dari hidung Harlem lantas dilap.

"Awak tak sihat ke?" air muka Nadine sarat dengan risau.

"I'm fine. Biasalah ni. Kalau aku penat-"

Tangan Nadine mendekap di dahi Harlem mahu memeriksa suhu. Syukurlah tak panas.

"Kita balik bilik ya? Awak rehat. Itu lah, sepanjang malam menghadap kerja. Lepas tu pagi ni pun tak makan. Nanti saya minta Gary belikan ubat-"

Nadine terdiam sebentar.

"Kenapa awak senyum? Hidung tak berhenti berdarah macam ni pun masih sempat sengih begitu?" Nadine naik hairan pula. Tangannya mengelap hidung Harlem lagi.

"Iya, Nadine. Aku sakit. Sakit sangat." rengek Harlem manja.

Terima kasih hidungku yang berdarah!

"Dah jom, kita balik bilik." baru saja Nadine mahu berdiri, Harlem berjaya menghalang.

"Nanti di bilik, kau yang jaga aku kan? Kalau bukan kau, aku tak nak masuk bilik." Harlem menggeleng serupa anak kecil.

Nadine memejam mata sebentar. Sedar akan keterlanjuran sendiri. Kan dah tiba-tiba orang tu pandai jadi mengada-ada pula.

"Nak sayang juga yang jaga ya?"







-the end of chapter 46-





Continue Reading

You'll Also Like

305K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
76.2K 4.4K 37
Takdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas...
56.2K 1.8K 50
Helena Arissa Dato' Harris, seorang gadis seksi dan manja. Walau berpendidikan tinggi, dia tidak mahu bekerja. Hidupnya hanya berseronok dan memikat...
8.9K 1.2K 8
Armani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya...