[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

915K 65.3K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

Special Chapter 1

11.8K 941 117
By delilanatasha



RUANGAN yang separa besar itu bergema dengan gesekkan biola milik si isteri. Farel senyum sendirian. Beg bajunya yang berat diletakkan ditepi pintu. Hilang rasa penat setelah pulang dari ops yang mengambil masa hampir setahun lamanya.

"What a beauty," gumam Farel. Pemandangannya begitu indah. Ada Raja Maraya yang mengenakan baju gaun separas lutut, sedang menggesek biola. Rambut hitam pekatnya elok beralun ditiup angin.

Mendengar suara garau milik Farel, Raja Maraya berhenti menggesek biola.

"Abang!"

Biola tadi diletakkan di atas kerusi. Segera dia berlari mendekati suaminya.

"Oh my God! I miss you so much." Pinggang Farel dipeluk erat bagi meluah rasa rindu. Tak mungkin cukup dengan kata - kata.

"I miss you more, baby. Every single day." Farel memberi ciuman di puncak kepala Raja Maraya yang masih larut dalam pelukan. Tidak terlalu lama dalam keadaan begitu, Raja Maraya mendongak dengan wajah cemberut.

"Lamanya. Janji sekejap je," bisiknya perlahan. Biarpun halus suara itu terdengar, Farel sudah membuatkan jantung Farel berdetak bagai nak gila.

Farel melabuhkan ciuman di dahi. Harapnya rindu yang membebankan itu diusir segera dari hari isterinya. Pelukan mereka kembali bersatu buat sementara.

"Kenapa peyuk mama I?! - Kenapa peluk mama I?!"

Suara kecil yang menyergah membuatkan Raja Maraya dan Farel terkejut pada waktu yang sama.

Felis yang baru berusia satu tahun lebih itu berdiri sambil bercekak pinggang. Tak berpuas hati, sofa yang berada berdekatan dengan ibu bapanya itu dipanjat.

Maka ketinggiannya sudah menyamai paras pinggang Farel. Melongo lelaki itu dibuatnya.

"Princess? Princess ke ni?!" Bagaikan tidak percaya, Farle membongkokkan badan sambil membelek wajah Felis yang sudah memuncung mulut.

"Ya lah. Abang ingat ni siapa? Mak cik abang?" Selar Raja Maraya dengan wajah malas. Terkadang, dia sendiri hairan dengan Farel. Dah nak naik pangkat menjadi Mejar, tapi lembab.

Terus tubuh gempal Felis didukung dengan rasa teruja. Begini ketaranya perubahan anak tunggal dia dan Raja Maraya.

"Beratnya!" Rungut Farel dengan kerutan dahi. Lama dia bertentang mata dengan Felis sebelum wajah si isteri dicari.

"Kenapa Lis makin besar ni? Last abang tengok, Lis masih kecil. Ni dah macam anak kingkong!" Wajahnya terpinga - pinga. Berselang - seli Farel memandang Raja Maraya dan Felis dengan perasaan yang hairan.

"Eiy, cape ni?! - Eiy, siapa ni?!" Felis mula merengek sambil menolak wajah Farel agar menjauh. Tubuhnya didorong ke arah Raja Maraya. Meminta pertolongan.

"Eh, pandai bercakap?!" Farel terkejut. Pipi anaknya dicekah bersama mata yang membuntang. Raja Maraya tepuk dahi. Padahal, yang menyergah mereka tadi ialah Felis. Boleh dia terkejut kerana Felis sudah mula petah berkata - kata?

"Uncle! Cakit! - Uncle, sakit!" Felis merenung tanda dia tak berpuas hati. Entah siapalah lelaki yang tiba - tiba menggendongnya. Sesuka hati mencekah pipinya pula.

"Uncle?! Uncle acik kau! I ni bapak you, you tak kenal, princess?!"

Felis lagi - lagi menolak Farel. Kali ini dia mengeleng laju sambil memberontak kuat. Terlepas dia daripada gendongan Farel. Kali ini, dia kembali berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

"Mama! Uncle cinga ni mayah I! - Mama! Uncle singa ni marah I!"

"S... singa? Wah, dasar anak tak kenang budi. Ni papa! Cuba tengok betul - betul." Kedua - dua pipi Felis dicekup. Dahi mereka berlaga sesama sendiri, bertukar tatapan yang tajam.

"Papa? Tapi tu papa I." Tangannya menunding ke arah gambar perkahwinan Raja Maraya dan Farel. Elok tergantung di dinding.

"Papa I tak botak macam you," tambah Felis.

"Botak?! I ada rambutlah!" Lalu Farel membuka topi yang setia dikepalanya. Menunjukkan rambut potongan low fade miliknya.

Dalam kekalutan itu, Raja Maraya memicit pelipisnya. Sabarnya diuji. Tetapi, tak dinafikan suasana ketika ini lucu. Dalam kepenatannya, terselit senyuman yang tak dapat diselindung.

Felis dan Farel yang bagaikan mahu bercakar sesama sendiri itu dipandang lama. Hatinya berdesis. Dia tak pernah terfikir keluarga kecil ini mula wujud. Lalu senyumannya tercipta tanpa sedar.

"You tayek rambut I?! - You tarik rambut I?!"

"Eh, I sentuh je bukan tayek! - Eh, I sentuh je bukan tarik!"

"You're not my papa!"

"Baby! Tengok Lis ni!"

Raja Maraya tekan perutnya. Penat menahan ketawanya sejak dari tadi.

"Mestilah dia tak ingat abang. Last time abang jumpa dia pun waktu dia lepas lahir." Felis yang berada di atas kerusi itu didukungnya.

"Dan mestilah Lis akan membesar. Abang ingat dalam masa berbulan - bulan abang dekat sana, Lis akan kekal kecil ke?" Jelingan diberi bersama jongketan hujung bibir. Sinis.

Kini, anak matanya memanah Felis yang memintal rambut paras lehernya itu.

"Lis, ini papa. Papa Lis. " Ringkas dan padat. Kenyataan itu membuatkan Felis membungkam lama.

"Muka I dengan dia tak came. - Muka I dengan dia tak sama." Felis peluk tubuh sambil menjeling ke arah Farel.

"Tengok titew. Kulit came, mata came, mulut came, hidung came. - Tengok kita. Kulit sama, mulut sama, hidung sama."

Felis meletakkan kedua - dua tangannya di tepi pipi sambil memandang ke arah mamanya. Wajah itu sengaja dibuat reaksi. Terkelip - kelip sepasang mata berwarna hitam pekat itu.

"Mulut kau kemain longkang ya?" Sekali lagi Farel cuba mengambil Felis dari dukungan Raja Maraya. Tetapi dihalang oleh Raja Maraya.

"Macam mulut abang."

Jawapan itu meninggalkan kesan hening. Farel terkedu. Tiada kosa kata yang dapat diberi melainkan wajah terkejutnya menjadi reaksi.

Raja Maraya berpaling tubuh, mahu keluar dari kamar itu. Detik itu, Felis dan Farel saling bertatapan.

"I'm watching you," bisik Farel bersama wajah bengisnya.

Dua jari kecil Felis naik membuat isyarat di mata bahawa dia juga akan sentiasa memerhati papanya. Tak lama, dia tersenyum sinis sebelum leher mama dipeluk erat.

"MAMA!"

Suara lantang milik Felis Maria mengejutkan Farel yang baru sahaja mahu berbaring disebelah Raja Maraya. Farel kerut dahi. Felis yang masuk ke bilik mereka bersama kain lampin berwarna putih itu sudah mula memanjat katil mereka.

"Eh, bukan ke mama dah tidurkan you dalam bilik you ke?" Farel menegah. Dahi Felis ditolak menggunakan jari telunjuknya. Tanda dia tak mengizinkan Felis naik ke atas katil.

Felis memberi jelingan maut.

"I tak boyeh tidur. I need mama to dodoi me. - I tak boleh tidur. I need mama to dodoi me."

Dush!

"Ugh!" Farel menahan rasa senak ketika Felis memijak perutnya.

Felis mendepa tangan bersama senyuman manis. Khas untuk Raja Maraya.

"Nyanyi twinkle - twinkle litte star, boyeh? - Nyanyi twinkle - twinkle little star, boleh?" Soal Felis manja.

"Boleh, princess. Tapi janji dengan mama. Lepas mama nyanyi twinkle - twinkle little star, you tidur, okay?"

"Janji!"

Terus Felis melompat masuk kedalam dakapan Raja Maraya. Mata hitamnya bersinar namun ianya mula redup dan kuyu. Farel sekadar memerhati. Dia tiada disini ketika Felis membesar. Pemandangan ini bagaikan sesuatu yang bahatu untuknya.

Lebih - lebih lagi ketika Raja Maraya terlihat begitu lain daripada Raja Maraya yang dia kenal. Sisi lembutnya sebagai seorang ibu. Itu yang membuatkan Farel leka.

"Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.

When the blazing sun is gone,
When he nothing shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, all the night.

Then the trav'ller in the dark,
Thanks you for your tiny spark,
He could not see which way to go,
If you did not twinkle so.

In the dark blue sky you keep,
And often thro' my curtains peep,
For you never shut your eye,
Till the sun is in the sky.

'Tis your bright and tiny spark,
Lights the trav'ller in the dark,
Tho' I know not what you are,
Twinkle, twinkle, little star."

Bersama tepukan perlahan dipunggung anak kecil itu, Raja Maraya melabuhkan ciuman hangat di dahi Felis yang mula tertidur. Ya, semudah itu anaknya melelapkan mata.

"Dang, abang ingat Mar cuma tahu lagu Dato' Siti Nurhaliza je."

Raja Maraya gulum senyum. Kenapalah Farel buat lawak ketika Felis baru tertidur? Terpaksa dia kuburkan niatnya yang mahu meledakkan tawa besar.

"Apa yang Mar lalui sepanjang abang tak ada? Susah tak jaga Felis?" Soal Farel dengan nada suara yang lembut.

Raja Maraya senyum biarpun rasa sebak mula menguasai. Susah. Tetapi dia tak mahu Farel tahu. Felis diletakkan diantara dia dan Farel. Lama dia merenung wajah Felis, kemudian matanya mencari wajah si suami yang tersenyum kagum.

"Felis banyak ragamnya tapi I dah mula biasa dengan sikap diva dia. Ini salah satu proses Felis membesar. Tak ada yang susah pun, abang," kata Raja Maraya dengan kekehan kecil.

Farel geleng kepala.

"I'm impressed. Dan abang rasa bersalah sebab tinggal Mar dan Felis lama - lama. Mar kecewa dengan abang?"

Dug!

Hati Raja Maraya berdenyut. Tanpa dipinta. Tipulah jika dia tak kecewa dengan kekosongan yang Farel berikan. Penatnya, air matanya bukan sedikit ketika menguruskan rumahtangga. Tiada yang tahu kecuali dirinya sendiri.

"I tak pernah kecewa dengan abang. Tapi I bangga dengan abang. Tak lama, abang nak naik pangkat. Abang pergi untuk negara, untuk I dan untuk Felis. Tak sempat nak rasa kecewa pun." Pipi Farel diusap.

"My husband is Mejar (Dr) Mohd Farel Ziyan. Such a big flex. Imma proud wife, abang."

Lalu, mereka sama - sama melepaskan ketawa perlahan.

"Pangkat abang tak setanding usaha Mar membesarkan Felis dirumah. Pangkat abang ni berpunca daripada Mar dan Felis. Sumber rezeki abang."

Bibir Raja Maraya dikecup singkat.

"Hebatnya isteri abang. Mar besarkan anak kita tanpa abang disisi selama hampir satu tahun. Dan itu Mar cakap tak ada apa - apa?" Sambung Farel.

"I could never. Jaga Felis pun abang kekok. Mar uruskan Felis dengan sangat sempurna." Farel raih tangan isterinya lalu ia dibawa kebibir.

"Terima kasih untuk semuanya, princess. Terima kasih sebab sudi hidup dengan abang yang kerja tak menentu."

Melihat mata Raja Maraya yang mula berair, Farel menarik isterinya untuk dipeluk. Sudah mengagak akan reaksi si isteri. Suka memendam tetapi hatinya masih membuku dengan pelbagai rasa.

"Janji nak pergi sebulan je. Ni dah nak setahun baru balik. I penat." Kata - kata itu berselang seli dengan tangisan halus. Membuatkan Farel dihurung rasa bersalah.

"Abang tahu Mar penat jaga Felis dan rumah. Abang minta maaf sebab tinggalkan Mar lama - lama." Perlahan - lahan belakang Raja Maraya diusap bagi tujuan menenangkan.

"I bukan penat jaga Felis." Wajahnya diangkat sambil menghapus air mata yang ada dipipi.

"Habistu?"

"I penat tanggung rindu. I rindu you, abang. Semua orang ada suami I dah macam janda anak satu." Berdepa - depa muncung Raja Maraya.

Kali ini, tawa Farel tak dapat ditahan. Farel terbaring sambil menekan - nekan perutnya yang senak.

"Harey sungguh. I cakap I rindu you ni!" Bertubi - tubi Raja Maraya memukul badan Farel.

"Aduh, baby. Kau ni kelakar juga. Ingatkan perangai gedik tu dah tak ada. Makin menjadi - jadi adalah. Tak peliklah kejadian Felis macam princess Disney." Farel berkata dengan tawa yang masih bersisa.

Berselang - seli dia memandang Raja Maraya dan Felis. Tak ada beza! Wajah sama, perangai pun sama!

Dush!

"Aduh!"

Terjatuh Farel dari katil dibuatnya. Membuntang mata tak percaya, Farel pandang wajah menyinga Raja Maraya yang baru sahaja menendangnya.

"Abang tidur bawah!"

"Baby~!"

"You cubalah naik atas katil, I ni dah lama tak belasah orang tau," kata Raja Maraya, dengan amaran yang tak dibuat - buat.

Selimut ditarik, lalu Raja Maraya berselubung didalam selimut bersalam Felis.

Naya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 45.5K 63
[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨...
1.6M 121K 78
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 2 ] Dua jejaka yang berbeza tetapi diingatkan sama. Siapakah sebenarnya jejaka yang dia cinta? Lelaki dingin yang sering...
266K 13.2K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
37.5K 2.1K 22
Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March