How I Married Your Father

By byFasyah

358K 11.2K 569

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS

13.3K 347 28
By byFasyah

"Amin ya Rabb Al-amin" usai membacakan Alfatihah yang dihadiahkan, Zakery menyiramkan air diatas tanah perkuburan itu. Daun-daun yang gugur dan ranting-ranting pokok dibuang. Nama dibatu nisan dipandang lama, kenangan demi kenangan bermain di minda, kerinduaannya pula menyesakkan jiwa.

'Tenanglah kamu disana. Terima kasih atas jasamu kepadaku.' desis hati kecilnya. Dia menyeka air mata yang mula mengalir dipipinya.

"Abang, Jom kita balik." sapa wanita itu lembut. Wajahnya dipandang dan senyumannya mula terukir. Zakery hanya mengangguk lalu kakinya melangkah pergi meninggalkan perkuburan itu.

'Daniel Mikail bin Bakery Adli, namamu akan sentiasa terpahat dihati kami.' gumam hatinya sendirian saat kubur anaknya dipandang sekali lagi sebelum dia masuk kedalam kereta.

Sudah empat tahun peristiwa itu berlalu, namun ia masih segar diingatan. Selepas kejadian, Ayra mengalami trauma yang sangat teruk dan dia sering menggigil ketakutan. Kerana ketabahan Ayra dan kekuatan anak didalam kandungan, Ayra menjalani rawatan bersama pakar psychiatry untuk membantunya keluar dari trauma yang dihadapi. Syukurlah kandungannya tidak terjejas dan dia selamat melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

"Mommy, kenapa abang Daniel duduk dalam tanah?" soal Dania Mikayla, puteri sulungnya. Wajah gadis kecil itu dipandang sekilas oleh Zakery melalui cermin tengah keretanya.

"Ish, sebab abang Daniel dah meninggal. Kan papa dah bagitahu." sampuk Danish Mikail, kembar Dania. Walaupun umur mereka masih tiga tahun, personaliti mereka sedikit berbeza. Danish lebih matang dan pendiam berbanding Dania walaupun Dania lahir lima minit awal darinya. Sebijik ikut perangai papanya. Manakala Dania pula sememangnya copy paste sikap Ayra yang banyak celoteh.

"Dania tahu lah. Tapi kenapa orang yang meninggal duduk bawah tanah?" soalan Dania mencuit hati kecilnya. Kadang-kala soalan anak kecil ini sering membuatkan Ayra dan Zakery terdiam dan sukar untuk menerangkan jawapan untuk soalan-soalan rare yang diajukan.

"Nanti dah besar, Dania akan belajar lebih mendalam mengapa orang yang meninggal perlu ditanam. Sekarang, kita sama-sama doakan untuk abang Daniel agar rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.." jawab Ayra lembut.

"Amin. Nanti kita jumpa abang kat syurga kan mommy?" sambung Dania lagi.

"Iya sayang. Kita akan jumpa abang kat sana okey?" jawab Ayra bersama senyumannya.

"Betul tak papa?" soal Ayra kepada suaminya. Zakery hanya melemparkan senyuman kepada isteri tercinta.

"Betul mama." jawab Zakery pendek bersama senyumannya. Tangan Ayra diraih dan digenggam kemas. Walaupun sudah mempunyai anak, tiada sikit pun yang kurang layanannya kepada sang isteri. Dia kembali fokus kepada pemanduannya. Fikirannya juga turut melayang bersama.

"Daniel, Maafkan papa kerana terlalu mencintai Ayra Maisarah sehingga melukakan hati kamu. Terima kasih atas kasih dan sayang Daniel pada papa hingga ke hujung nyawa. Berehatlah anakku. Kini, kamu bersama-sama kedua-dua orang tuamu dialam sana. Berehatlah dari dunia yang penuh pancaroba ini. Semoga Allah meredhaimu anakku. Daniel akan sentiasa hidup dihati papa buat selama-lamanya." - Zakery Adam

Ayra memandang anak-anaknya di tempat duduk belakang. Biksue asyik melayan keletah anak-anaknya sepanjang perjalanan. Mujur ada Biksue, dialah yang sering membantunya menguruskan sepasang kembar itu.

Kemudian, dia membuang pandangannya keluar tingkap kereta. Suasana disepanjang jalan dinikmatinya. Fikirannya mula keawangan, dia menghela nafasnya perlahan, sekejap sahaja masa berlalu pergi.

Kini dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anaknya. Kenangan bersama Daniel sepanjang dia bergelar isteri kepada Zakery Adam terimbas di minda satu per satu. Walaupun tidak banyak masa diluangkan, kenangan yang bersisa masih diingati sehingga kini. Kali terakhir kenangan mereka bersama adalah waktu makan malam yang diluangkan bersama keluarga mertuanya yang baru sahaja pulang ke Malaysia. Waktu itu mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan pelbagai cerita dan angan-angan yang diselangi gelak tawa dan gurau senda.

"Daniel Mikail, terima kasih kerana pernah hadir dan mengajar aku untuk bercinta. Dari kamu lah membawa pertemuan kami berdua sehinggalah terciptanya kasih dan sayang yang tak terhingga. Akan ku pegang erat janji itu untuk sentiasa membahagiakan Zakery. Kasihmu kepadanya begitu besar sehingga nyawa ditukar sebagai gantinya. Cintamu juga besar untuknya dari kasihku sehingga tidak dapat aku tandingi sampai bila-bila. Daniel, your little angle sekarang sudah hampir memasuki usia tiga tahun. Jika kamu masih ada, sudah tentu kamu akan menjadi seorang abang yang menjadi tempat untuk mereka bermanja. Percayalah, mereka akan sentiasa kenangkan mu sampai bila-bila. Semoga kamu tenang buat selama-lamanya, Daniel Mikail" - Ayra Maisarah

**********

ANGIN bertiup sepoi-sepoi bahasa, ombak bergelora menghempas pantai pabila tiba. Ayra memejamkan matanya dan menikmati udara yang nyaman. Sudah lama dia tidak berehat santai seperti ini.

Malam ini adalah malam ulangtahun perkahwinannya yang ke lima tahun. Untuk mencapai angka lima yang pertama, pelbagai dugaan yang menguji kekuatan cinta mereka. Disebabkan mereka kurang masa bersama kebelakangan ini, Zakery mengajaknya untuk berbulan madu di Pulau Perhentian, Terengganu. Mujur Alisa menawarkan dirinya untuk menjaga pasangan kembarnya itu. Dapatlah Alisa dan suami menumpang kasih kerana masih belum diberikan zuriat setelah berkahwin selama tiga tahun.

"Sayang, termenung apa tu?" sapa Zakery memecah suasana. Pinggang Ayra dirangkul dari belakang.

"Ayra tengah menikmati angin malam. Teringat pula kat Dania dengan Danish." ujar Ayra. Dia merindui keletah anak-anaknya.

"Abang pun rindu juga anak-anak. Tapi sekarang kan kita tengah honeymoon, why not kita fokus tentang kita. Sayang taknak ke bagi dorang adik baru." Zakery mula menggodanya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Ayra.

Inilah Zakery Adam yang dikenalinya. Sudah lima tahu berkahwin, sikap Zakery masih sama. Gatalnya juga tetap sama dari dulu sampai lah sekarang.

"Huarghhh, mengantuk pula malam ni." Ayra berpura-pura menguap. Sengaja dia ingin mengenakan lelaki itu.

"Sayangggg.. Hari lain nak mengantuk takpe but not tonight ya. Malam ni our anniversary tau." kini giliran Zakery pula pura-pura merajuk. Ayra memusingkan badannya agar berhadapan dengan lelaki itu. Tangannya dipeluk ke tengkuk Zakery.

"Abang, terima kasih kerana sabar melayani sikap Ayra yang sentiasa berubah moodnya. Terima kasih sebab abang layan je kerenah Ayra dari dulu sampai sekarang. Abang tak pernah sekalipun merungut sepanjang kita kahwin. Ayra nak berada disisi abang hingga ke akhir hayat. Bukan harta atau rupa yang membuatkan Ayra setia, tapi cinta abang yang membuatkan Ayra bahagia disisi abang." ucap Ayra tulus. Zakery tersenyum lalu menguncup ubun-ubun isterinya.

"Abang pun nak ucapkan terima kasih pada Ayra kerana sudi melahirkan anak-anak abang yang comel tu. Terima kasih sayang sebab terima abang yang dah tua ni sebagai suami." mendengar kata-kata Zakery, Ayra mencubitnya manja.

"Aduhhhh. Kenapa cubit abang?"

"Eeee, kan dah cakap jangan sebut tua-tua tu. Abang sentiasa muda dimata Ayra. Tengoklah, uban pun segan nak naik kat rambut abang tau." bibir Ayra sengaja mencebir. Dulu dia sering mengejek lelaki itu orang tua. Tetapi lama kelamaan, dia tidak suka pula gelaran yang pernah diberinya dulu. Baginya, Zakery masih muda dan akan tua bersama-samanya nanti.

"Then, bolehlah kita tambah sorang lagi kan?" Zakery mula menduga. Ketika itu, wajah Ayra mula merona kemerahan. Dah lima tahu bergelar isteri kepada Zakery Adam, dia masih segan apabila lelaki itu mengusik dirinya. Debaran yang dirasakan masih tidak berubah dari malam pertama mereka bersama. Argh! Dengan lelaki itu, dia sememangnya kalah!

Dan malam itu, cinta mereka mula berlayar indah bersama bulan yang menyinar. Perasaan kasih dan sayang dicambah dan mekar keseluruh alam. Biar angin yang bertiup indah menjadi saksi cinta bersemi antara Ayra Maisarah dan putera pujaannya, Zakery Adam.

**********

"Dania! Danish! Cepat breakfast ni sayang. Nanti lambat nak ke sekolah." pagi-pagi lagi suara Ayra sudah berdendang ke seluruh rumah. Dia khuatiri kembar itu akan lewat ke sekolah. Walaupun masih pra, dia mahu anak-anaknya belajar menghargai masa. Be early than panctual!

"Mama, Dania dan siap dah tapi Danish yang lambat." jawab Dania dengan rambut toncetnya. Walaupun baru sahaja berumur lima tahun, gadis kecil itu sudah petah berkata-kata, persis seperti orang tua.

"Eh, mana ada. Danish pun dah siaplah." Jawab Danish tidak mahu kalah. Kembar ini jika berbaik antara satu sama lain, rapat sangat. Namun, jika bercakar, rumah pun boleh runtuh. Ada sahaja punca untuk memancing pergaduhan mereka.

"Sudah, makan cepat." arah Ayra menghentikan perbalahan mereka yang sudah berbunga.

"Mama, bila adik nak keluar dari perut mama? Dia tak lemas ke dalam tu?" soal Dania sambil jarinya menunding kearah perut Ayra yang semakin membuyut.

"Sikit hari lagi dia keluarlah sayang. Nanti masa mama warded, both of you jangan gaduh-gaduh ya. Kesian Biksue jaga awak berdua sorang-sorang."

"Okey mama. Dania akan jaga Danish sebaiknya. Trust me okey mama?" jawab Dania sambil mengenyitkan matanya. Danish yang mendengar hanya membiarkan sahaja kata-kata berlalu, malas dia ingin membalasnya.

Dahi Ayra berkerut, jantungnya mula berdegup kencang. Sejak dari pagi tadi, perutnya sudah mula tidak sedap. Dia mengabaikan sahaja kerana menganggap itu hanya tanda-tanda kecil untuk bersalin yang kerap dirasainya. Tiba-tiba ada satu cairan yang mengalir di celah kelengkangnya.

"Abangggggg!!!!" Ayra menjerit sekuat hatinya. Dia pasti, masanya sudah hampir tiba.

Zakery yang mendengar jeritan isterinya, dia berlari cemas menuruni anak tangganya. Isterinya segera dihampiri.

"Kenapa ni sayang?" soal Zakery yang mula panik.

"Abang, anakk kita abang. Anak kita!" Ayra membongkok kan badannya sedikit. Perutnya dipegang dan keringat mula membasahi badan.

"Kenapa dengan anak kita?" soal Zakery yang kebingungan. Aduh, dah kali kedua nak beranak pun masih tak faham!

"Anak kita banggg. Anak kita nak keluar!!" mendengar sahaja ungkapan itu, Zakery semakin cemas. Tanpa berlengah, dia terus mengangkat tubuh isterinya lalu melangkah laju ke arah pintu.

"Pak Samad, cepat hidupkan enjin. Hantar kami ke hospital sekarang! Biksue, jaga budak-budak ni, tak perlu ke sekolah hari ni." pesan Zakery sekali lalu. Dia bergegas memasuki kereta setelah Pak Samad membukakan pintu kereta untuk mereka.

Tanpa berlengah, kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Zakery yang duduk disisi Ayra tidak henti menenangkan isterinya manakala kereta itu dipandu agak laju oleh Pak Samad agar segera tiba di hospital. Sepatutnya Ayra bersalin seminggu lagi, tidak sangka pula secepat ini.

**********

"Allahuakbar Allahuakbar. Allahuakbar Allahuakabr." sayup-sayup kedengaran bayi itu diazankan. Suasana hiba dan gembira memenuhi suasana.

Air mata kegembiraan mula bergenang dikelopak mata. Ayra bersyukur kerana selamat melahirkan seorang lagi putera buat keluarga kecil mereka.

"Alhamdulillah, abang dah azankan dia sayang. Comelnya, macam muka Ayra." puji Zakery tulus. Sebak didada mula dirasai. Ubun-ubun isterinya dikuncup lembut.

"Terima kasih sayang kerana bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat abang. Besar pengorbanan sayang untuk keluarga kecil kita." Zakery mengusap rambut isterinya lembut. Kasihnya semakin dalam buat insan yang bergelar isteri tercinta.

"Abang bagilah nama untuk anak kita." ucap Ayra lemah. Tenaganya sudah habis diperah ketika proses bersalin tadi.

"Hm, apa kata kalau kita letak nama dia Dani Mikail? Dani maksudnya dekat dan Mikail pula Pemberian Allah." cadang Zakery.

"Ayra suka nama tu. Dani Mikail. Lebih kurang dengan nama abang dan kakaknya." senyuman terukir diwajahnya. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas setelah bertarung nyawa melahirkan umat Nabi Muhammad.

"Oh ya sayang. Ibu call abang tadi, dia baru gerak dari Melaka ke sini. Lambat sikit sebab tunggu ayah balik dari Johor." terang Zakery mengenai ibu dan bapa mertuanya. Mommy pula datang petang ni." maklum Zakery kepada isterinya. Ayra hanya mengangguk lemah. Dia tersenyum melihat gelagat Zakery yang teruja sambil mendukung anaknya. Dia ralit merenung kewajah anak lelakinya yang baru sahaja lahir. Sesekali dia mencium lembut ke wajah kecil itu. Wangi!

"Abang, bukan ke hari ni abang ada meeting besar? Penting pula tu." soal Ayra saat mengingati akan jadual Zakery. Hari ini sangat penting kerana pelabur dari luar datang untuk menjalinkan kerjasama secara besar-besaran dengan Berkat Holding.

"Ya Allah sayang. Waktu macam ni pun masih nak ingatkan abang pasal kerja?" Zakery terjerit kecil mendengar persoalan isterinya.

"Ayra tanya je abang. Tiba-tiba je teringat. Ya lah, harini kan hari yang abang tunggukan. Tup tup Dani pula nak keluar hari yang sama." jawab Ayra. Selama seminggu, pelbagai persiapan yang telah dilakukan. Walaupun Zakery sibuk, dia tidak pernah pulang lewat kerumah. Yelah, isteri dah sarat mengandung jadi dia perlu berada disisi. Kerja-kerja yang masih memerlukan komitmennya, dibawa pulang kerumah. Janji Ayra depan matanya, itu yang penting!

"Sayang ni, janganlah difikirkan sangat soal tu. Kalau Allah dah tetapkan rezeki tu milik kita, ia tetap milik kita. Lagipun abang dah minta Arshad dan Thaqif selesaikan. Alhamdulillah meeting tu berjalan lancar. Cuma esok pagi abang masuk office kejap untuk sign aggrement dan meeting a few things lagi, then abang terus balik dan jaga sayang. Okey?" ucap Zakery. Rezeki anak mungkin, perbincangan itu berjalan lancar. Ayra hanya mengangguk dan tersenyum penuh kesyukuran.

Thaqif masih lagi berkerja di bawah bumbung Berkat Holding setelah Zakery menimbangkan semula keputusannya sebelum ini. Ayra memujuknya untuk memberikan peluang kepada anak muda itu. Menurut Ayra, Thaqif adalah mangsa keadaan. Kerana pujukkan isterinya, Thaqif diterima dan dipanggil berkhidmat kembali setelah diberikan cuti yang panjang. Namun, tidak semudah itu Zakery menerimanya kembali. Dalam diam, dia mengarahkan Johan untuk sentiasa memerhatikan Thaqif sehinggalah kini.

"Mamaaaaa!" panggil pasangan kembar itu serentak sekaligus mematikan perbincangan mereka. Pasangan itu berlari kecil kearah mama dan papanya.

"Dania, Danish. Sini cium dahi adik." ucap Zakery lembut. Pasangan kembar itu menurut dan mencium lembut kedahi bayi itu. Kegembiraan mula menghiasi wajah mereka.

"Ini adik Dania ke papa? Comelnya, macam Dania." ujar gadis kecil itu. Danish yang berada disisi ralit mengelus lembut wajah adiknya. Kini, dia sudah bergelar seorang abang. Ayra yang memperhatikan keletah mereka dari atas katil tertawa kecil. Ada sahaja keletah anak-anaknya itu.

Sungguh, Ayra benar-benar bahagia. Dengan kasih dan cinta Zakery yang sentiasa bercambah setiap hari diserikan pula dengan kehadiran tiga cahaya matanya disisi.

'Ya Allah, nikmat apa yang lagi ingin kudustakan. Kau berikan aku suami yang sangat mencintaiku dan Kau hadirkan tiga cahaya mata sebagai penyeri hidup kami. Ya Allah, jagakan lah keluarga kecilku ini dari sebarang hasad dengki manusia. Dan Kau jagalah kebahagiaan yang terbina buat selama-lamanya.'

BEGINILAH lah kisah suka dukaku dan bagaimana aku boleh berkahwin dengan lelaki yang bergelar ayah kepada bekas kekasihku.
Dan lelaki itu, terlalu obses untuk dirinya dicintai dan semestinya aku, merelakan diri untuk dimiliki.

-TAMAT-

Continue Reading

You'll Also Like

323K 14.1K 46
"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai antik tu! Dapat boss macam Alien pula tu...
130K 5.7K 60
"I still remember the first day I met you." Puteri Aalisya Aryanna,gadis berusia 17 tahun yang terpaksa menikah dengan abang angkatnya untuk mewarisi...
43.2K 3.3K 29
1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak s...
120K 4.7K 24
Daneen Aria, seorang gadis berusia 22 tahun yang naif, cantik dan penyayang. Mempunyai keluarga yang cukup sempurna dan bahagia dan sahabat yang seti...