NADINE SOFEA

By sayamelur

231K 19.7K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

38 - NADINE SOFEA

5.3K 506 44
By sayamelur

Majlis masih berlangsung dengan meriahnya. Nadine pula sedikit demi sedikit berjaya menyesuaikan diri di dalam majlis keramaian seperti ini.

Malah, dia makin seronok kerana dapat mengenali ahli keluarga Harlem yang lain. Apa lagi bila dia dapat bertemu semula dengan si kembar yang pernah diasuhnya dulu selama 6 bulan, Niel dan Aarav. Makin comel je budak dua orang tu.

"Aku pergi tandas. Sekejap je. Tak lama." Harlem senyum lucu melihat wajah Nadine berubah cuak apabila menyedari dia tiba-tiba berdiri.

Nadine angguk lalu meneruskan perbualan bersama Delilah, sepupu Harlem yang baru dikenalinya.

Harlem sempat berbual sebentar bersama ahli keluarganya yang lain sebelum tiba di bilik air. Dia memang tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi perhatian tetamu yang hadir pada malam ini memandangkan Harlem juga baru melangsungkan perkahwinan tempoh hari.

Iyalah kan? Mesti mereka mahu ambil tahu tentang perkembangan kehidupan dia dan Nadine selepas berumah tangga. Nak tak nak Harlem terpaksa layankan saja atas dasar hormat.

Usai melepaskan hajat, Harlem membawa diri ke sinki untuk membersihkan tangan. Baru saja kaki mahu melangkah keluar dari bilik air, kehadiran Lilia di situ hampir mencabut jantungnya.

"You buat apa di sini, Lilia?" tanya Harlem pelik melihat kehadiran Lilia dalam tandas lelaki.

Tidak selesa dengan pandangan tetamu lelaki yang turut masuk ke dalam tandas itu memaksa Harlem menarik tangan Lilia sehingga ke ruangan kosong di antara tandas lelaki dan perempuan.

"You cari I?" tanya Harlem lagi.

Lilia cuma angguk tersenyum kecil.

"I nampak you dengan Nadine macam dah berbaik semula. Betul ke?" Lilia membuka bicara. Suaranya kedengaran tenang.

Harlem memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sengaja soalan Lilia tidak di jawab. Dia tahu pasti ada maksud tersirat tentang pertanyaan itu.

"I tumpang gembira kalau you dengan Nadine dah tak gaduh lagi. Tapi tulah, sama ada I buta atau hmm, I don't know, cara you layan Nadine macam tak ikhlas. Nampak berlakon je. Berpura-pura." senyuman sinis hadir bibir Lilia.

"Maksud you apa, Lilia? I tak faham." Harlem menggeleng kepala.

Lilia tertawa pula. "Tak faham konon."

"Kalau memang tak ada benda yang you nak cakapkan, I pergi dulu." dia tidak mahu membuang masa di sini. Nadine pasti sedang menunggunya sekarang.

"I mengaku, Harlem. I sakit hati bila I dapat tahu yang you rela kahwin dengan Nadine semata-mata sebab ayah you. You tetap kahwin dengan dia tanpa pedulikan perasaan I. You tahukan I sayang you sangat-sangat. I always love you, Harlem." tangan lelaki itu diraih.

"Lilia, please. Kita dah cakap fasal benda ni. Jangan buat I rasa tak selesa dengan you." Harlem melepaskan tangannya dari genggaman Lilia.

"Kenapa Nadine selalu jadi penghalang buat kita?"

"Lilia, stop." marah Harlem mula memuncak.

"Jangan cakap benda mengarut and I tak suka you cuba kaitkan Nadine."

Lilia tertawa sinis. Kepalanya digeleng berkali-kali. "Tak kisahlah, Harlem. Yang penting I lega bila I tahu apa tujuan sebenar you kahwin dengan dia. Bila semua rancangan you dah selesai, I boleh lah dapatkan you balik kan? I tak rugi apa pun malah I gembira sebab boleh tengok Nadine hancur disebabkan orang yang dia sayang."

"Stop, stop. You merepek apa ni, Lilia? Are you drunk? You better stop talking kalau niat you cuma nak membebel benda yang tak penting-"

"Jadi you rasa benda I simpan ni pun tak penting?" Lilia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan.

"Dulu Armani pernah bagitahu aku yang Nadine ada simpan perasaan pada aku. And why not aku gunakan itu untuk balas dendam aku?"

Wajah Harlem kaget mendengar rakaman suara perbualannya dengan Darrell tempoh hari di dalam telefon bimbit Lilia.

"So apa yang kau dah buat hari ini, sampai teman Nadine di hospital, jaga dia hanya semata-mata nak-"

"Yes. Kau sendiri boleh bayangkan bila kita dah jatuh cinta, dibuai perasaan, dapat layanan paling baik sampai kita rasa perasaan cinta kita tu terbalas tapi last-last kita dapat tahu orang yang kita suka tu sengaja nak mempermainkan kita. Tak ikhlas pun."

"Itu lebih kejam dari aku hina dia setiap hari, Darrell."

"Kau boleh bayangkan betapa sakitnya perasaan tu? Aku nak lihat Nadine kecewa sampai dia terduduk menyembah bumi."

"So masih rasa tak penting? Hm?" rakaman tadi terus dimatikan. Melihat muka bengis Harlem adalah satu kemenangan buat dia.

"Apa niat you sebenarnya, Lilia?" rahang diketap menahan marah.

Langkah Lilia semakin mendekati Harlem. Pipi lelaki itu dibelai. "Apa yang you perlu tahu, niat I baik, sayang. I cuma nak mudahkan kerja you je."

Nafas Harlem turun naik. Darahnya menyirap hingga ke kepala. Tangan Lilia yang menyentuh wajahnya ditepis kasar.

Tawa sinis dari bibir Lilia kedengaran lagi.

"Sampai bila you nak berlakon baik depan Nadine? Buang masa you je, Harlem. Kalau I bagi rakaman ni kan senang? Sama juga. Dia tetap akan kecewa seperti yang you nak."

Giliran Harlem pula tertawa sinis. Tajam matanya memandang Lilia sebelum tangan singgah mencengkam kuat wajah gadis itu.

Kedengaran Lilia mengerang kesakitan.

"Kalau sejentik tangan kau berani sakitkan Nadine, I swear, Lilia. Aku bunuh kau. Kau ingat aku takut dengan kau? Hah?" makin kuat tangan Harlem mencengkam.

"Har-harlem. S-sakit..." adu Lilia. Rintihan gadis itu langsung tidak dipedulikan sama sekali.

"Thanks to you. Bila kau tunjuk rakaman tu buatkan aku sedar tentang sesuatu. Semakin orang-orang di sekeliling aku cuba untuk pisahkan aku dengan Nadine, only God know how I will never let her go. Itu janji aku." kepala Lilia dilepaskan sehingga gadis itu terdorong ke belakang.

Lantas, Harlem melangkah pergi meninggalkan Lilia dari situ. Harlem mempercepatkan perjalanannya. Dia mahu segera bertemu Nadine.

Namun, sebaik tiba di meja kelibat Nadine langsung tidak kelihatan. Mata meliar mencari wajah comel itu di sebalik tetamu-tetamu yang berkeliaran.

Telefon bimbit diambil dan nombor Nadine cuba didail tapi malangnya panggilan tersebut tidak bersahut.

Harlem cuba dan cuba lagi. Tangannya menggeletar menggenggam telefon bimbit. Jantung mula berdegup kencang. Tak mungkin Nadine meninggalkannya.

"Cari Nadine?" suara dari belakang mengejutkan Harlem.

Karina tersenyum manis. "Tadi saya nampak dia di taman bunga."

"Oh. T-thanks." Harlem mempercepatkan langkahnya menuju ke luar istana.

Usai tiba di sana, nafas dihembus penuh lega. Nadine masih berada di situ. Kelibat gadis itu semakin didekati.

"Harlem?" Nadine pandang ke sisi. Kehadiran suaminya sedikit memeranjatkan.

Harlem mengambil tempat duduk di sebelah Nadine. "Merajuk aku tinggal lama sampai bawa diri duduk sini?"

Nadine tertawa kecil. "Merepeklah awak. Tadi Delilah ajak saya jalan-jalan pusing istana. Lepas tu kitaorang duduk sini. Dia masuk dalam sebab mama dia panggil, so tinggallah saya sorang-sorang di sini."jelas Nadine.

"Nasib baik aku datang sini teman kau kan?" tangan Nadine diraih dan digenggam.

"Betul tu Tengku Harlem. Terima kasih ya sebab datang dan sudi menemani saya di sini."

Harlem terangguk-angguk dengan berwajah bangga. "Sama-sama, Cik Puan Nadine Sofea."

Mereka sama-sama ketawa.

Nadine tiba-tiba merebahkan kepala di bahu Harlem. Tangannya erat memeluk lengan lelaki itu. Lama mereka berkeadaan begitu. Masing-masing mendiamkan diri. Mungkin sudah larut dalam fikiran sendiri.

"Harlem?" suara Nadine memecah kesunyian. Kepalanya diangkat semula dan berpaling menghadap Harlem.

Lelaki itu diam menunggu Nadine membuka mulut semula.

"Saya nak tanya satu soalan? Boleh?" pinta Nadine. Harlem cuma angguk kecil.

"A-awak ingat kan dengan perjanjian sebelum kita kahwin hari tu?" sebaik saja pertanyaan itu dilontarkan wajah Harlem berubah keruh.

"Awak dah fikir ke cara kita akan berpisah nanti supaya kita dapat yakinkan ayah yang perkahwinan kita memang tak boleh diselamatkan lagi-"

"Kau ni dah kenapa, Nadine?" Harlem tiba-tiba berdiri.

"Dari hari tu lagi, kau asyik sebut pasal benda ni? Apa yang kau nak dari aku sebenarnya?!" tinggi suara Harlem.

"T-tak. S-saya cuma..."

"Hari tu kau merayu pada aku supaya aku hormat kau sebagai seorang isteri. Aku layan kau dengan baik. Lepastu sekarang kau nak cerita pasal nak berpisah pula dengan aku?!" nada suara Harlem semakin tinggi.

Air mata Nadine mula bertakung. Sumpah dia terasa. Sekelip mata Harlem boleh berubah begini. Niatnya tadi cuma mahu bertanya.

"Harlem, s-saya tak-"

"Okay, kau nak sangat kita berpisah kan? Lupakan perjanjian 3 bulan yang aku dah tetapkan dulu. Esok aku akan uruskan perceraian kita kalau itu yang kau nak sangat!"

Nadine tergamam.

Esok?





* * * * *

Suasana sepi dan kekok di dalam kereta bagai menjerut leher Nadine. Selepas mereka bertengkar di taman tadi, Harlem meminta diri dengan ahli keluarganya untuk pulang ke rumah.

Nasib Nadine masih baik kerana Harlem masih sudi membawanya pulang bersama walaupun lelaki itu langsung tidak mahu berinteraksi dengannya, apa lagi memandang Nadine walau sekilas.

Iya, Nadine tahu. Semua ini salahnya kerana membangkitkan hal itu.

Usai tiba di hadapan rumah, kereta di parkir elok di dalam garaj. Nadine pandang wajah dingin Harlem di sebelah.

"Harlem..." lengan suaminya diraih.

"Saya minta maaf-" belum sempat Nadine menghabiskan ayat, Harlem segera keluar dari kereta tanpa mempedulikan Nadine di situ dan terus meluru masuk ke dalam rumah.

Tangisan Nadine pecah. Harlem benar-benar marah. Situasi beginilah yang Nadine paling takut. Harlem kembali membenci dirinya.

Puas Nadine melayan perasaan sendiri, akhirnya dia turut keluar dari perut kereta. Langkahnya lemah menuju ke rumah sehingga membawa langkah ke tingkat atas.

Kaki tiba-tiba berhenti di hadapan bilik Harlem yang telah mereka kongsi bersama sejak dua tiga hari ini. Pintu tertutup rapat.

Sudikah Harlem menerimanya masuk ke dalam bilik ini semula? Nadine tunduk mengesat air matanya yang masih tersisa.

Perlahan langkah diundur ke belakang sebelum kaki dibawa ke bilik lama yang dihuninya sepanjang menumpang di rumah Harlem.

Nadine selesai membersihkan badan. Nasib masih ada beberapa helai pakaiannya yang tertinggal di dalam bilik ini. Jadi Nadine tidak perlu menebalkan muka untuk masuk ke dalam bilik Harlem.

Tiga jam sudah berlalu, mata masih belum berjaya dilelapkan. Nadine bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil menghadap tingkap kaca besar yang ditutupi langsir putih.

Tangan menyelak sedikit langsir untuk menikmati suasana malam yang sunyi di luar.

Lama Nadine berteleku di situ sehingga air matanya mengalir lagi. Baru semalam Tuhan pinjamkan perasaan bahagia ini, dan sekelip mata juga semuanya terus lenyap.

Nadine tidak menyangka malam ini adalah malam terakhir dia akan bergelar sebagai isteri Harlem.

Ah, tapi bezanya kan? Cepat atau lambat, perasaannya masih tetap sama.

Sakit.

"Nadine..."

Satu tangan melingkari pinggang Nadine. Lantas kepalanya berpaling ke belakang.

"Har-"

Bibirnya dikucup sekilas.

"Harlem, awak-"

Sekali lagi, Harlem membenamkan bibirnya di situ.

"Harlem-"

Dan lagi.

"Awak-"

Harlem kucup bibir Nadine lagi. Kali ini lebih lama.

Nadine hanya mampu mendiamkan diri sebaik saja bibirnya dilepaskan. Ibu jari Harlem menyeka sisa air mata di pipi Nadine.

"Kenapa tidur sini? Aku tunggu kau dari tadi." bisik Harlem. Jari bermain di rambut ikal Nadine pula.

Nadine masih diam. Wajahnya tunduk. Takut mahu menatap mata Harlem.

"S-saya minta maaf." ucap Nadine perlahan.

"Me too, baby. I'm sorry." kucupan dihadiahkan di jari runcing milik Nadine.

"Saya tak patut tanya soalan macam tu. Saya minta maaf sangat-sangat, Harlem. Saya sedar saya salah. Saya-"

"Nadine..." ibu jari menekan lembut bibir merah gadis itu.

"Aku tak nak cakap fasal benda ni lagi boleh?" pinta Harlem.

"T-tapi awak-" Nadine mula teresak-esak lagi.

"Awak k-kata yang-"

"K-kata esok k-kita ber-pisah-"

"Nadine, No, no." kedua belah pipi Nadine disentuh.

"We are fine now. I'm sorry, okay? Tadi aku terlalu ikutkan marah aku." luah Harlem dalam masa yang cuba memujuk Nadine.

"Esok aku masih ada di sini. Aku takkan pergi mana-mana. Tanpa kau." Nadine dibawa ke dalam dakapannya.

Hati ini betul-betul macam tisu kan? Ingatkan tadi, bila dipeluk, dipujuk begini tangisannya bakal reda. Malah, bertambah menjadi-jadi pula.

Pelukan dileraikan, bibir Harlem singgah di mata bundar Nadine meninggalkan sebuah kucupan di situ.

"Kita tidur ya?"

Lambat Nadine mengangguk.

Harlem membawa bersama Nadine membaringkan tubuh di atas tilam empuk itu.

Seperti sudah terbiasa, Nadine ditarik ke dalam pelukannya. Sesekali jari Harlem membelai lembut pinggang Nadine.

"Esok nak sarapan macam pagi tadi, boleh?" permintaan tiba-tiba Harlem mengundang tawa halus Nadine.

Senang hatinya mendengar tawa comel Nadine itu..

"Boleh. Awak nak makan apa?"

"Kau."

"Hah?" Nadine tunjuk riak blur tanda tidak faham.

Berusaha Harlem menahan tawa. Nadine dan blurnya memang tak boleh dipisahkan.

"Anything. Aku tak kisah. Kau dan masakan kau dua-dua nampak sedap."

Nadine tersenyum malu lantas perlahan segaris senyuman itu kian pudar.

"Saya dan masakan saya? Maksud?" sekali lagi muka blur Nadine muncul.

Kepala Harlem menggeleng bersama gelak yang masih berusaha disembunyikan. Nadine, Nadine. Kenapa comel sangat ni?

"Tak apa. Nanti-nanti aku tunjukkan demo 'sedap' tu macam mana. Sekarang kita tidur okay?"

Nadine angguk kecil.

"Good night, Harlem." jari Harlem yang bermain di wajahnya dicium sekilas.

"Good night, my baby." Harlem membalas dengan kucupan di pucuk hidung Nadine.

Pelukan tubuh Nadine semakin dieratkan. Harlem rasa malam ini adalah malam yang paling nyaman.

Paling hangat.

Tidur berdua begini rupanya lebih baik berbanding apa pun.





-the end of chapter 38-

Okay dah. Mulai esok jangan cari I dulu. Otak dah tepu. Kena masuk gua balik cari idea. Muah!

Continue Reading

You'll Also Like

598K 22.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
10.4K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...
797K 38.1K 50
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami...
592K 37.4K 48
Tengku Hazrul Uwais - Selain dari personalitinya yang all smiley and fun, tiada sesiapa yang menyangka dia menyimpan satu rahsia yang tidak pernah di...