How I Married Your Father

By byFasyah

357K 11.1K 559

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 22 - AYRA DICULIK

8.8K 282 13
By byFasyah

AYRA menyisir rambutnya rapi. Wajahnya disolek sedikit, minyak wangi disemburkan seperti biasa dan bibirnya dioles dengan lipgloss merah jambu. Perlahan-lahan dia menghampiri Zakery yang sedang asyik menyiapkan kerjanya di sofa bilik.

Ayra menghampiri Zakery dan duduk disebelahnya. Dia memicit bahu Zakery yang tak sakit itu. Punggungnya sengaja didekatkannya.

"Sayang, bagilah abang habiskan kerja ni sikitt je lagi. Lepas tu abang layan sayang okey?" pinta Zakery. Jika berterusan digoda, Zakery khuatir kerjanya tidak mampu disiapkan malam ini.

"Abangg..... can I ask you something?" soal Ayra dengan suara menggoda.

"Sure sayang." jawab Zakery lembut. Matanya masih melekat diskrin komputer. Jari jemarinya laju menaip perkataan demi perkataan di atas keyboard komputer ribanya.

"Boleh tak sayang nak pergi shopping esok?" pinta Ayra manja.

"Ayra, kita dah bincang hal ni kan? My answer still no." jawab Zakery tegas. Dia tidak membenarkan Ayra keluar buat sementara waktu sehinggalah hal itu diselesaikan. Dia amat merisaukan keselamatan isterinya.

"Alaaa abang. Ayra dah bosan sangat kat rumah ni. Please abang." rayu Ayra lagi. Zakery hanya mendiamkan diri.

"Abang, boleh lah abang. Ayra nak keluar dengan kak Husna je."

"Abang risaukan sayang. Lagipun esok abang busy jadi tak dapat teman sayang. Abang tak boleh bagi Ayra keluar tanpa abang. Bagi abang settelkan kerja ni dulu, then abang bawa Ayra pergi holiday. Okey?"

"Alaaaa holiday lain cerita. Ini cerita untuk hari esok. Please abang. Kali ni je abang bagi Ayra keluar dengan kak Husna. Ayra janji, apa je syarat abang, Ayra ikut je. Yang penting,Ayra dapat keluar." rayu Ayra lagi tanpa berputus asa.

Zakery menghentikan kerjanya seketika. Dia memandang wajah isterinya yang cantik. Hidungnya ditarik.

"Haih, kalau dengan isteri abang ni memang abang kalah. Nanti abang fikirkan dulu okey?" jawab Zakery tersenyum.

"Ala tengok tu, nak fikir fikir lagi. Mesti tak boleh ni." bibir Ayra dimuncungkan. Merajuk!

"Ye, abang izinkan. Tapi bagi abang masa sikit fikir macam mana nak make sure your safety. Boleh sayang?" mendengar sahaja jawapan yang diberikan oleh Zakery, Ayra melompat keriangan.

"Yeayy, abang the best husband in the world. Sayang abang!" pipi Zakery diciumnya berkali-kali.

"Ayra nak tidur dulu tau! Abang buat kerja berbaik. Jangan stay up lama-lama okey? Goodnight!" sebuah kucupan singgah lagi dipipinya. Ayra menyanyi keriangan.

Zakery tertawa kecil melihat keletah isterinya. Adakala Ayra kelihatan sangat matang, adakalanya dia kelihatan seperti kanak-kanak keriangan. Geram dibuatnya. Nasib baik sayang!

**********

AYRA menyarungkan dress labuh berbunga yang bewarna hijau ketubuhnya. Tudungnya dililit kemas. Hampir seminggu terperap dirumah, akhirnya Zakery memberikan keizinan untuk Ayra keluar berbelanja bersama Husna. Tapi permintaannya bersyarat. Ayra tidak dibenarkan keluar bersendirian tanpa bodyguard yang telah diarahkan untuk menjaga dirinya. Bodyguard itu tidak lain tidak bukan adalah budak suruhan Johan. Ayra terpaksa akur kerana dia juga turut merisaukan keselamatannya. Selepas kejadian tempoh hari, tiada lagi apa-apa tindakan dari pihak pelaku. Tetapi itu bukanlah alasan untuk mereka tidak berwaspada.

Ayra menyambut kedatangan Husna yang yelah dihantar oleh pemandunya dengan keriangan. Dia sangat teruja seperti kanak-kanak yang diajak ke taman permainan. Kemudian, mereka segera bertolak ke shopping mall dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bodyguardnya.

"Ayra, harini kita shopping puas-puas okey. Akak nak lepaskan stress harini." ujar Husna dengan mimik muka yang stress.

"Kenapa akak stress?"

"Macam biasa lah Ayra. My mom tak habis-habis kerah akak kat kilang tu. Mentang-mentang sekarang ni akak dah balik, seboleh-bolehnya nak serahkan bisnes tu pada akak." rungut Husna kepenatan.

"Kan best tu dah ada family bussiness. Tinggal sambung je."

"Best tu memang best, tapi akak tak minat lah berbisnes ni. Walaupun akak dilahirkan dalam keluarga yang berbisnes, akak tak minat. Habiskan duit akak minat!" Husna berseloroh. Ayra tertawa kecil melihat gelagatnya.

"Okey, hari ni hari kita lepaskan stress. Ayra pun stress terperap dekat rumah. So today kita shopping!" ucap Ayra dengan penuh semangat.

"That's my girl!" jawab Husna menyokong semangat Ayra yang terlebih hyper. Dalam otaknya, sudah dirancang untuk menghabiskan duitnya ke mana.

**********

AYRA kelelahan kerana berjalan tanpa henti. Sudah hampir dua jam dia berjalan dari butik ke butik. Mujur ada bodyguard yang mengikutinya sekali, tidaklah dia terlalu letih kerana tidak perlu mengangkat paperbag hasil beli belahnya sendiri. Masa membeli tidak ingat dunia, nak membawanya baru tahu azabnya hendak memikul.

"Akak, jom kita singgah ke Zuss Coffee nak tak? Ayra penat lah." rengek Ayra manja. Bila didepan Husna, dia tidak perlu segan silu menunjukkan sikapnya.

"Alaaa kesiannya adik kakak ni. Ok jom!" Husna hanya menuruti permintaan Ayra yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya sendiri.

Sampai sahaja di Zuss Coffee, Ayra memesan Spanish Latte manakala Husna pula memesan Greentea Latte. Untuk bodyguardnya, Ayra memesan minuman yang sama dengannya. Mereka berdua duduk berasingan dengan bodyguard itu untuk mendapatkan ruang privasi.

"Untunglah siap ada bodyguard tolong bawakan barang." usik Husna.

"Ish akak ni, sepupu akak lah tu risau sangat Ayra sendirian. Tu yang dia pasang bodyguard tu." ucap Ayra sambil menghirup minumannya. Dia benar-benar kehausan.

"Hai, shopping ke?" sapa Daniel yang kebetulan bertemu dengan mereka.

"Hei Daniel, buat apa kat sini?" soal Husna kembali. Dia terkejut melihat anak sepupunya yang secara kebetulan berada di mall yang sama.

"Come on auntie, mall ni kan tempat awam. Of course Daniel datang sini nak hang out with friends." jawab Daniel sambil menunjukkan rakan-rakannya diluar kedai. Semuanya lelaki.

"Oh yeke? Ni Daniel dari mana nak ke mana?" soal Husna lagi. Ayra hanya memerhatikan sahaja perbualan mereka sambil menyuap kek yang dipesan tadi.

"Daniel baru lepas tengok wayang tadi. Lepas ni shopping sikit then balik lah." jawab Daniel jujur.

"Ok lah, enjoy your day. Hati-hati" pesan Daniel lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Tanpa dia ketahui, ada bodyguard bersama mereka berdua.

"Sometime, jumpa family sendiri kat luar boleh rasa awkward tau." kata Husna sambil tertawa sendiri. Ayra hanya mendiamkan diri tanpa berkata-kata. Awkward? Bukan ke itu perkara biasa?

"Lepas ni Ayra nak ke mana? Sambung shopping or balik?" soal Husna. Barang yang Ayra beli banyak juga. Ada enam paper bag besar setakat ini.

"One more butik boleh tak kak? Ayra nak beli hadiah untuk abang."

"Ayra nak hadiahkan apa?"

"Belum decide lagi. Tapi Ayra rasa macam nak bagi abang wallet lah. Okey tak?" soal Ayra inginkan pendapatnya.

"Okey juga. Orang kata, bagi wallet ni bagus. Sebab orang lelaki ni selagi walletnya tak buruk dia tak tukar. If Ayra bagi Zack, for sure dia akan pakai untuk jangka masa yang lama. Setiap kali dia guna, mesti teringatkan Ayra. Wah, sweetnyaaaa!" Eh, Husna yang cadang, dia juga yang berangan pula. Terbayang pasangan sejoli itu sweet sweet seperti gula.

"Ish akak ni. Segan pula Ayra." wajahnya mula kemerahan menahan malu. Ada-ada sajalah Husna ni.

"Eleh, mengada nak malu-malu. Selama ni akak perhati je korang sweet-sweet depan akak." Husna sengaja mengenakan Ayra lagi.

"Dah lah kak, kalau dilayan ni makin menjadi. Jom lah kita gerak. Lebih cepat kita beli, lebih cepat kita balik." ajak Ayra. Dia memang malu jika diusik mengenai hubungannya dengan Zakery. Malu malu kucing!

SETELAH puas Ayra membelek satu per satu wallet di butik Dior itu, akhirnya wallet yang berwarna hitam menjadi pilihan. Setelah wallet itu sudah cantik dibungkus dan diletakkan didalam paper bag, Ayra menghulurkan black card yang diberikan oleh Zakery. Kad itu dilayangkan ke terminal pembayaran lalu diserahkan semula kepadanya. Ayra memasukkan kad itu kedalam handbag yang diletakkan ditepi tempat duduknya.

Setelah selesai pembelian, mereka berlalu pergi meninggalkan butik itu lalu menuju kearah lift berdekatan. Dia ingin segera pulang kerumah sebelum Zakery tiba terlebih dahulu. Tiba-tiba ada perasaan rindu mula menyinggah dihati. Haih, beginikah angau nya bercinta? Masa bercinta dengan Daniel dulu taklah seteruk ini.

Setibanya diruangan parking kereta yang terletak di tingkat 1 mall itu, mereka bergegas ke arah tempat kereta diletakkan. Masing-masing sudah kepenatan setelah menghabiskan masa didalam mall hampir lima jam.

Ayra meraba-raba bagnya. Ketika itu baru dia tersedar bahawa bag tangannya tertinggal di butik Dior sebentar tadi. Ayra meletakkan beg itu betul-betul disebelahnya ketika dia duduk disofa untuk menunggu pembelian itu selesai. Dia menepuk dahinya.

"Aduhhhh, cuaiiinyaaaaa!" Ayra memarahi dirinya sendiri.

"Why Ayra?" soal Husna kebingungan.

"Handbag Ayra tertinggal kat butik. Aduh, macam mana boleh cuai ni." rungut Ayra lagi.

"It's okey. Kita boleh patah balik untuk ambil handbag Ayra. Jom kita naik semula." ajak Husna kembali tanpa sebarang rungutan.

"Tapi kaki Ayra ni macam nak patah dah kak. Ayra betul-betul tak larat."

"Takpe, kalau macam tu akak naik sorang. Akak tolong ambilkan on behalf you. Okey?" Husna menyarankan dirinya secara sukarela. Demi Ayra, apa salahnya.

"Takpe kak, macam ni. If you yang tolong pergi ambil boleh." Pinta Ayra kepada bodyguardnya. pandangannya tertumpu kepada lelaki itu.

"Tapi Datin, Dato amanahkan saya untuk jaga datin. Dia tak bagi saya tinggalkan Datin walau sesaat." bodyguard itu menolak secara baik.

"Please, saya takkan bagitahu dato pasal ni. Lagipun kak Husna ada temankan saya. Saya tunggu dalam kereta. Kereta pun depan sana tu je." rayu Ayra lagi. Bodyguard itu mula serba salah. Ingin menolak, kesian pulak. Tapi kalau dia terima, apa-apa yang bakal terjadi akan dipertanggungjawabkan kepadanya.

"Pleaseeeeee! Kesian lah kat saya, kesian juga kak Husna. Boleh lah?" rayu Ayra lagi.

"Don't worry, I yang akan jaga Ayra. You bagi kunci kereta, kami masukkan barang and tunggu you dalam kereta." Husna cuba meyakinkan bodyguardnya juga. Setelah didesak, akhirnya dia mengalah. Dia menyerahkan barangan itu ketangan Ayra dan dibantu juga oleh Husna. Bodyguard itu terus berlari ke arah lift dan segera ke tempat yang dituju. Dia tidak mahu meninggalkan Ayra terlalu lama.

Manakala mereka berdua pula melangkah laju menuju kearah tempat kereta itu diletakkan. Suasana ketika itu agak sunyi. Tidak banyak kereta yang parkir dikawasan itu kerana ia adalah tempat letak kereta VIP. Tiket parkirnya juga sedikit mahal.

Setibanya di belakang kereta, Ayra menekan punat kunci lalu membuka bonet belakang. Dia menyusun satu per satu barangan yang dibeli itu kedalamnya.

Apabila bonet belakang kereta itu ditutup sahaja, van putih yang pernah dilihatnya sebelum ini menghampiri laju kearah mereka. Dua lelaki yang memakai penutup muka menghampiri Ayra dan Husna.

Ayra cemas dan menolak Husna menjauhinya.

"Akak lari !!" arah Ayra cemas. Wajah Husna berubah serta merta. Kakinya seakan kaku untuk bergerak, lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Namun, pergerakkannya yang lambat membuatkan lelaki misteri itu sempat memukul belakang tengkuknya. Hentakan itu membuatkan kepala Husna berpinar. Dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjelupuk jatuh terduduk. Dia masih sedar namun tenaganya berkurangan.

Melihat keadaan Husna yang terkulai, Ayra menjerit memanggilnya namun tidak bersahutan. Mata Husna hanya memandang lesu kearahnya. Mulut Ayra ditutup dengan sapu tangan untuk menghalang wanita itu dari terus menjerit. Cecair yang telah disapu pada sapu tangan itu membuatkan Ayra mula tidak sedarkan diri. Dia jatuh pengsan dalam pelukan lelaki  itu.

Tiba-tiba bahu lelaki misteri itu ditepuk oleh seseorang. Husna melirik matanya kearah sosok tubuh yang berdiri tegak dibelakang lelaki misteri itu. Matanya terbeliak, dahinya berkerut. Hanya sebaris nama yang sempat disebutnya.

"DANIEL!" itulah nama terakhir yang meniti dibibir sebelum matanya terpejam. Suara-suara yang sedang bergaduh, kini kembali sunyi.

"Nak bawa dia sekali ke?" soal lelaki misteri itu kepada mastermind yang sebenar. Senyuman jahat terukir dibibirnya.

"Dah alang-alang kantoi, bawa sekali ke gudang!" arahnya kepada orang suruhannya itu. Dia tersenyum puas, akhirnya dia akan menghabiskan dendam yang tersumat selama ini. Ayra Maisarah, kau perlu bayar harganya!

Continue Reading

You'll Also Like

130K 5.7K 60
"I still remember the first day I met you." Puteri Aalisya Aryanna,gadis berusia 17 tahun yang terpaksa menikah dengan abang angkatnya untuk mewarisi...
450K 7K 6
[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama Red Evil Mafia musim kedua. Seperti tahun lepas, mereka pulang ke Malaysia bagi...
278K 12.7K 61
Orang kata dia seorang yang cantik lagikan bertuah kerana dapat menjadi pembantu buat lelaki paling kaya dan handsome seperti bosnya. But little did...
5.3K 276 11
-๐•ท๐–Ž๐–Œ๐–๐–™ ๐•ฝ๐–”๐–’๐–†๐–“๐–ˆ๐–Š ๐•พ๐–Š๐–—๐–Ž๐–Š๐–˜- Simple and short story by @lazysya AILEEN KEISHA KHALISH ANAQI - "And I Ada minta you jadi wedding planner...