His Love [C]

By singlelove_

423K 18K 698

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 60

6.1K 256 12
By singlelove_

Selepas 4 bulan

Tasneem mencelikkan matanya. Dia mula bangun untuk duduk dan menyandarkan badannya di kepala katil. Kepalanya menoleh melihat Malique yang lena di sebelah.

Terlepas keluhan di celah bibirnya. Tangannya naik mengusap perutnya yang kian semakin hari semakin membesar. Kandungannya sudah pun menginjak 4 bulan.

Sepanjang dia mengandung, memang Malique selalu menjaga dia. Apa saja yang Tasneem mengidam. Akan Malique cari dan usaha sehingga dapat. Tak pernah lagi Malique tak tunaikan walaupun dia penat bekerja satu hari.

Kadang tu ada lah timbul rasa bersalah di hati Tasneem. Tapi dah rasa mengidam ni tak dapat nak dikawal. Nak buat macam mana kan? Nasib lah Malique faham. Lagipun Malique selalu tanya dia 'hari ni sayang ada mengidam apa-apa?' 'Sayang nak apa hari ni?' 'Sayang nak makan yang itu nanti abang cari'.

Dan macam-macam lagi soalan yang Malique akan tanya dia. Setiap malam pun Malique akan mengurut kaki Tasneem. Tak lupa juga dibacakan surah serta selawat untuk bayi dalam kandungan ini.

Tasneem membelai rambut Malique. Seksi lah suami Tasneem ni. Dah lah tidur tak berbaju. Hensem siot.

Terliur pula Tasneem tengok lama-lama. Walaupun suami sendiri. Hm.

Tasneem menggigit sedikit bibir bawahnya. Kenapa dia rasa nak macam nak terkam suami dia? Ini salah satu simptom mengandung ke?

Sejak usia kandungan Tasneem masuk ke tiga bulan, Tasneem mula mahukan suaminya saja. Lagi pantang bila nampak Malique tak pakai baju. Memang dia cepat.. hm. Korang faham lah sendiri.

Malique pun apalagi. Dia pun sama naik lah. Malique suka. Dia pun ada cakap yang Tasneem sejak mengandung ni seksi dan menggoda.

Haha.

Malique yang terasa seakan rambutnya dibelai. Dia membuka matanya. Terkedip-kedip matanya memandang wajah si isteri.

"Sayang kenapa bangun? Tak selesa ke? Ada nak makan apa-apa? Sakit pinggang? Ke sakit kaki? Nak abang urut? Sayang lapar? Nak abang masak?" Soal Malique bertubi-tubi.

Pantas dia bangun dan duduk menghadap Tasneem. Digosok sekejap matanya dan dia meraup wajahnya sambil disebakkan rambutnya ke belakang.

"Banyaknya soalan abang." Ketawa Tasneem mendengar semua soalan Malique barusan.

"Sayang okay tak?" Mengangguk Tasneem menjawab soalan Malique.

"Lapar?" Tasneem menggeleng.

"Lepastu kenapa bangun? Tak selesa? Sakit pinggang?" Mencebik bibir Tasneem. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Faham lah Malique bila melihat riak wajah Tasneem sebegitu. Dia merapatkan jarak antara mereka. Dibawa tangan kanannya ke belakang badan Tasneem. Diurut perlahan pinggang si isteri.

"Abang minta maaf sebab sayang kena tanggung rasa sakit ni dan abang berterima kasih sangat sebab sayang sudi mengandungkan anak abang." Ucap Malique dengan penuh rasa ikhlas.

"Jangan lah cakap macam tu. Haura sentiasa sudi untuk mengandungkan anak abang. Asalkan.. abang sentiasa ada dengan Haura macam sekarang." Tasneem menyimpulkan senyuman kecil.

"Thank you, my love Haura. Abang tahu yang Haura abang ni kuat sangat." Dicium pipi Tasneem.

"Thank you juga dekat abang sebab sentiasa layan kerenah sayang yang tengah mengandung ni." Tasneem mengambil tangan kiri Malique lalu dicium kekura tangan itu.

Mereka berdua sama-sama saling membalas senyuman. Tasneem bergerak ingin lebih dekat dengan suaminya. Malique yang perasan tentang itu terus menarik Tasneem masuk ke dalam pelukannya.

Sambil itu dibetulkan juga kedudukannya. Malique menyandarkan badannya di kepala katil. Kepala Tasneem dibawa bersandar di dada kekarnya.

Tangan Tasneem melilit di pinggang Malique. Sebelah tangan Malique turut sama melingkar di pinggang Tasneem dan sebelah lagi membelai lembut rambut si isteri.

Turut sama dilabuhkan ciuman di ubun-ubun Tasneem. Malique mengerling ke arah jam. Baru pukul 2:30 pagi.

"Sayang tak ngantuk ke?" Soal Malique.

"Abang mengantuk ke?" Soalan dibalas soalan.

"Sikit." Jujur Malique.

"Sorry sebab dah terkejutkan abang." Tasneem mendongak memandang suaminya. Dagunya diletakkan di atas dada Malique. Bibirnya dicebikkan sedikit.

"Takda apa lah." Malique melabuhkan kucupan di dahi Tasneem. Rambut Tasneem yang terjuntai di dahi dibawa ke belakang telinga. Dikemaskan sedikit rambut si isteri.

"Sayang ada nak apa-apa ke?" Tanya Malique lagi.

"Takda." Jawab Tasneem sembari menggelengkan kepalanya.

"Lepastu sayang nak buat apa?"

"Nak cuddle dengan abang."

"Nak manja lah ni?" Memerah wajah Tasneem. Nasib baik bilik ni samar-samar saja cahayanya. Tapi kalau Malique perasan ni, hm..

"Tak boleh ke?" Malique menarik Tasneem agar lebih rapat dengannya.

"Ada abang kata tak boleh ke?" Menggeleng kecil Tasneem.

"Untuk sayang semua boleh." Tersenyum suka Tasneem dibuatnya. Makin dia mengeratkan pelukan mereka.

Malique turut sama membalas. Sambil-sambil itu, bibirnya tak lekang dengan selawat. Sesekali pasti bibirnya mencium puncak kepala Tasneem. Tasneem tenang mendengar suaminya berselawat.

Semakin lama matanya semakin kuyu. Berat dah jadinya. Tak mampu Tasneem tampung lagi maka, beradu lah si Tasneem. Terbuai dengan mimpi.

Mereka berdua sama-sama sambung tidur sambil duduk.

~~~~~~~~~~

Memuncung bibir Tasneem apabila Malique melarang dia dari makan aiskrim. Masam mencuka wajahnya. Malique yang duduk di hadapan Tasneem mula mengeluh perlahan.

Dari tadi dia pujuk kekasih hatinya ini. Tapi langsung tak jalan. Yalah, ini kali pertama dia larang. Selalunya dia kata okay saja.

"Haura.. abang larang bersebab. Jangan lah marah macam ni." Tak putus asa Malique memujuk buah hati kesayangan dia ini.

"Abang dah tak sayang Haura." Dari tadi ini saja yang dia balas. Asyik cakap Malique tak sayang dia dan Malique tak cinta dia.

Semua gara-gara aiskrim. Hish. Ada karang Malique buang semua aiskrim dalam dunia ni.

"Tadi sayang dah makan makanan manis kan?"

"Itu muffin. Bukan aiskrim."

"But, still muffin tu makanan manis." Larang Malique masih tidak memberi izin.

"Nak aiskrim juga." Merengus Tasneem tetap mahukan aiskrim.

Kalau Malique degil tak bagi makan. Tasneem pula masih degil tetap mahukan aiskrim.

"Nur Tasneem Haura." Buat kali pertama, Malique menyebut nama penuhnya dengan tegas.

Mencebik terus bibir Tasneem. Matanya mula bergenang dengan air mata. Tertunduk kepalanya memandang lantai. Setitis air matanya jatuh terkena pada tangan.

Bukan Malique sengaja. Dia tak boleh nak berkompromi bab ni. Dia kena jaga isterinya sebaik mungkin. Bukan saja-saja Malique mahu melarang. Ingat dia sampai hati ke nak buat macam ni? Tak. Tapi terpaksa.

Demi kesihatan Tasneem dan bayi dalam kandungan.

Malique melepaskan keluhan berat. Dia menapak menghiris jarak antara mereka. Dibawa tubuh isterinya ke dalam pelukan hangatnya.

"I'm sorry, sayang. Tapi abang tetap dengan keputusan abang. Tak boleh makan aiskrim." Tak lama kemudian, terdengar suara Tasneem menangis.

"Abang tak tsk.. sayang tsk.. Haura. Tsk.." Tersedu-sedu Tasneem menangis. Pelukan suaminya langsung tak dibalas. Dia terasa hati. Dia nak makan aiskrim saja. Itu pun tak boleh.

Cikit-cikit tak oyeh. Tak uke lah.

"Haura sayang.. abang sayang isteri abang. Sekarang kan sayang tengah mengandung. Doktor pun tak galakkan banyak makan makanan manis. Nanti effect pada sayang dan baby. Bukan suka-suka abang larang." Pujuk Malique dengan lembut.

Pinggang dan rambut Tasneem dibelai dengan penuh kasih dan sayang. Kesiannya dia tengok isteri dia menangis. Tapi kena tahankan hati.

"Nak sikit je.." Merengek Tasneem tetap mahukan aiskrim.

Dia mendongak memandang suaminya. Bibir mencebik. Hidung dan pipi merah. Mata pula berlinang dengan air mata. Pipi pun dah basah dek kerana air mata yang tak berhenti mengalir. Tasneem menyedut hingusnya.

Malique memejamkan matanya sekejap sebelum dibuka kembali. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Sikit je. Abang ambilkan. Sayang duduk sini dulu." Mengalah juga lah.

Malique menolak perlahan badan Tasneem untuk duduk di sofa yang berada di ruang tamu sebelum kakinya melangkah meninggalkan Tasneem. Dia hendak mengambil aiskrim.

Ini karang kalau dia biarkan Tasneem yang ambil. Silap hari bulan penuh cawan tu. Bukan sikit. Banyak.

Tasneem memandang suaminya yang sedang mencedokkan satu scoop aiskrim ke dalam cawan. Nak saja dia kata 'sikit sangat'. Tapi tak boleh. Elok-elok Malique dah bagi, nanti tak bagi pula.

Takpa lah. Yang penting dia dapat makan.

Malique menapak menuju ke arah Tasneem. Dihulurkan cawan yang berisi aiskrim itu kepada isterinya seraya melabuhkan punggung di sebelah Tasneem.

Tasneem mengemam bibir apabila melihat wajah serius Malique. Diambil huluran suaminya. Mesti Malique tengah tahan marah.

Rasa bersalah pula nak makan. Haih. Tasneem.. tadi kau beria menangis nak makan. Sekarang tak nak makan pula. Mana satu kau ni? Pening lah author.

"Abang.." Tasneem menarik hujung baju Malique.

Malique diam.

"Abang marah Haura ke?" Tanya Tasneem sambil mengelap air matanya.

Malique tetap mendiamkan diri. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

"Abang.." Meleret suara Tasneem memanggil Malique.

"Apa sayang? Nak aiskrim kan? Tu abang dah ambil. Makan lah." Walaupun dia marah, tetap dia berkata lembut. Tak nak isterinya terasa hati. Dia perlu menjaga emosi Tasneem sewaktu Tasneem mengandung ni.

Dia ada baca yang wanita mengandung cepat berubah emosi. Kerenah diaorang pun macam-macam.

"Abang marah Haura ke?" Soal Tasneem lagi mengulang soalan yang sama.

Malique melepaskan keluhan berat. Direnung wajah isterinya.

"Come. Abang suap." Tasneem menggeleng tak nak.

"Kenapa geleng?"

"Abang marah Haura. Abang mesti rimas layan Haura. Haura janji lepas ni Haura tak buat perangai." Bergetar suara Tasneem. Siap angkat tangan buat gaya macam orang tengah berikrar lagi.

Tak dapat Malique tahan bibirnya dari membentuk senyuman. Comel dia tengok isterinya sekarang.

"Abang tak rimas dan abang tak marah. Cuma.. abang tak suka sikap sayang yang degil tak dengar kata abang ni. Tapi abang tetap sayang dan cinta Haura abang. Abang mana boleh marah cinta hati abang ni lama-lama. Nanti abang rindu." Tutur Malique selari menyelitkan sedikit teguran.

"Sorry.." Tasneem memeluk tubuh kekar Malique. Malique dah terbiasa melayan sikap manja Tasneem sejak mengandung ni.

Asal silap sikit, sorry. Kita tegur, sorry. Apa yang kita buat, Tasneem akan sebut sorry.

"Nak makan aiskrim tak ni?" Mengangguk Tasneem tapi wajahnya masih mendung.

"Abang suap."

"Boleh ke makan?"

"Boleh lah. Dah ambil ni kan."

"Kita share."

"Okay, Haura sayang."

Tersenyum Malique apabila melihat wajah gembira Tasneem saat makan aiskrim. Makan aiskrim pun bahagia. Senang betul nak buat Tasneem ceria.

Suka Malique tengok wajah gembira isterinya. Sesekali bibir Tasneem dikesat kalau ada comot.


Tbc..

Manja kali dia guys..🫠

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

276K 8.7K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...
285K 13.6K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
301K 11.8K 56
BELUM DI SEMAK. SEBARANG TYPO ATAU KESALAHAN MOHON MAAF. ❤️ -Dia seorang lelaki yang hormat orang tuanya. Disebabkan cinta hatinya diambil orang, dia...