How I Married Your Father

By byFasyah

374K 11.7K 579

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA

11K 348 17
By byFasyah

ZAKERY menghela nafas beratnya. Permintaan Ayra kali ini sangat berat untuk ditunaikan. Kesilapan yang dilakukan, tidak mampu Ayra menggalasnya. Dia meraut wajahnya, dirinya serabut dan hatinya tidak keruan.

"Abang dengar tak apa Ayra minta?" desak Ayra kembali.

"Abang tak mampu sayang. Hilang Ayra, matilah abang. Please Ayra, bagi abang peluang." rayu Zakery. Matanya kemerahan menahan tangisan. Dia cuba meraih lengan isterinya namun sentuhannya ditepis.

"Abang jangan sentuh Ayra. Ayra jijik dengan abang. Ayra nak abang ceraikan Ayra sekarang juga!" Ayra semakin mendesak. Tangisannya semakin kuat.

"Ayra cakap ceraikan Ayra sekarang! Ceraikan Ayra! Ceraikan!!!"

ZAKERY tersentak dari mimpinya. Dia terus terbangun duduk. Nafasnya termengah-mengah kelelahan. Mimpi tadi seolah-olah telah terjadi di alam realiti.

"Allahuakbar" ucap Zakery seraya meraut wajahnya. Kepalanya masih terasa berat. Perlahan-lahan dia mengamati suasana sekelilingnya. Bilik yang ditidur terasa asing baginya. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat ini. Dia dimana?

Sedang Zakery cuba mengingati kembali kejadian malam tadi, tiba-tiba tangan wanita itu melingkari pinggangnya. Wanita itu dikerling sekilas, tubuh wanita itu hanya ditutupi dengan selimut tanpa seurat benang. Wajahnya asing bagi ingatan Zakery.

Zakery tersentak lalu menolak pelukan itu. Dia segera berdiri dan menjauhi katil. Perilaku Zakery tadi turut membangunkan tidur wanita itu. Wajahnya terpisat-pisat.

"Who are you? Macam mana aku ada kat sini?" soal Zakery dengan nada yang marah. Wanita itu tergelak melihat Zakery yang panik.

"Hahaha. You yang call I malam tadi suruh temankan you. I dah bagi my service, tak kan you tak ingat?" tawa wanita itu. Zakery cuma mengamati satu per satu apa yang telah terjadi, matanya merah menahan marah.

"Siapa upah kau untuk kenakan aku?" soal Zakery. Matanya tajam merenung kearah gadis itu.

"You lah yang upah I." wanita itu tersenyum sinis seperti mengejek dirinya.

Setelah beberapa kali dipaksa, wanita itu masih mengulangi jwapan yang sama. Zakery mengenggam tangannya kuat. Amarah mula menguasai diri. Dia tahu, tak guna kalau disoal berlebihan kerana wanita ini tidak akan membuka mulut. Menggunakan kekerasan? Dia tidak akan sesekali mengotorkan tangannya.

Zakery mencapai baju kemeja dilantai lalu disarungkan ketubuh sasanya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu kamera telefon dihalakan kewajah wanita itu.

SNAP!

"You nak buat apa gambar I tu?" soal wanita itu yang mula menggelabah.

"I will find you later. Now, ada benda lagi penting untuk aku uruskan." Tanpa berlengah, Zakery terus merapikan dirinya lalu melangkah laju kearah pintu. Langkahnya terhenti seketika dan dia berpaling,

"Aku dah bagi kau peluang untuk bagitahu siapa yang upah kau. Tapi sayang, kau sia-siakan peluang aku bagi. Lepas ni, kau akan hadap neraka dunia yang aku akan sediakan!" amaran Zakery. Silap orang jika dia ingin bermain api.

Zakery terus keluar dan menghempas pintu bilik. Number bilik sempat dikerlingnya. Dia perlu segera menyelesaikan hal ini dan pulang ke rumah. Dia pasti, Ayra sedang menunggunya.

Dia membuka telefon bimbitnya, lalu cuba menghubungi seseorang. Namun, panggilan itu tidak dapat disambungkan. Rupa-rupanya, sepanjang malam telefonnya telah ditukarkan kepada 'flight mode' agar tiada panggilan atau mesej yang masuk.

Dia mematikan 'flight mode' ditelefonnya. Selang beberapa saat, berderu-deru mesej yang telah masuk. Sepanjang malam, Ayra tidak berputus-asa cuba untuk menghubunginya. Aplikasi whatsapp nya juga penuh dengan pesanan yang dihantar oleh Ayra.

Matanya kemerahan menahan marah, telefon digenggamnya erat. Siapa yang berani bermain api dengannya? Ayra, maafkan abang!

SAAT kelibat Zakery mula hilang dari bilik hotel itu, kakinya laju melangkah masuk ke bilik hotel yang didiami Zakery malam tadi. dia menghampiri wanita yang masih duduk diatas katil. Ditangan wanita itu, ada sebatang rokok yang sedang dihisap. Saat wajahnya dipandang, wanita itu mendengus.

"Zakery sempat snap gambar I. Kalau dia siasat benda ni macam mana?" soal wanita itu sambil menyedut rokok ditangannya. Dia tersenyum sinis.

"Don't worry too much. I know how to handle him. You buat je kerja you." lelaki itu tertawa kecil. Semuanya sudah dirancang dari awal. Dia tahu tahap kegilaan Zakery itu bagaimana. Luaran sahaja nampak suci, namun yang tersimpan dalam belum tentu putihnya.

**********

DERUMAN kereta Zakery memasuki perkarangan rumah membuatkan Ayra berlari anak menuruni anak tangga. Kerisauan yang memuncak sejak malam tadi akhirnya beransur jua. Ayra nekad, sekiranya Zakery masih tidak dapat dihubungi hingga malam ni, dia akan membuat laporan polis.

"Abang! Abang pergi mana? Dari malam tadi Ayra call abang tak dapat. Ayra risau tahu tak?" soal Ayra dengan nada yang marah. Matanya sedikit membengkak tanda banyak menangis. Puas dia cuba menghubungi lelaki itu tanpa hampa. Dia juga turut menghubungi Thaqif untuk bertanya mengenai suaminya. Namun, dia dimaklumkan Zakery sudah pun pulang sekian lama. Melihat wajah Ayra, Zakery mula diselubungi rasa bersalah.

"I'm sorry sayang. Abang terlelap dalam kereta malam tadi. Abang mengantuk sangat, abang park lah tepi jalan. Abang tak sedar phone abang habis battery. Sedar-sedar je dah pagi." Zakery beralasan. Dia terpaksa menipu isternya selagi dia tidak tahu mengetahui hujung dan pangkal cerita yang sebenar.

"Lepas tu kenapa abang tak terus balik?"

"Alang-alang tu abang settelkan kerja sikit baru abang balik. Bila kerja settle, abang terus berehat je kat rumah. Sayang, abang naik dulu boleh? Abang betul-betul penat." pinta Zakery lalu pergi menaiki anak tangga. Dia tidak mahu Ayra dapat mengesan perubahan pada dirinya. Dia benar-benar serabut saat ini.

Ayra tergamam. Zakery bukanlah seorang yang akan pergi meninggalkan dirinya begitu sahaja. Dia pasti akan mengajak Ayra untuk naik kebilik bersama. Zakery kelihatan aneh. Hatinya mula tidak sedap.

"Ayra, Zakery dah balik?" soal Husna mengejutkan dirinya.

"Dah kak. Abang cakap dia tertidur dalam kereta masa dia park tepi jalan. Penat sangat lah agaknya tu." jawab Ayra. Dia segera mengusir sangkaan yang tidak baik dari fikirannya.

"Kesiannya. Dia dah naik bilik?" soal Husna lagi. Ayra hanya mengangguk sahaja. Wajah Ayra dipandang sayu.

"Kesian adik akak sorang ni. Mata tu sembam, mesti malam tadi Ayra menangis kan? Ayra jangan risau dah, Zack dah balik dah pun. Jom makan, akak dah masakkan dah tu untuk awak. Dari malam tadi langsung tak makan apa-apa, risau akak tau." ajak Husna lembut. Dia kasihan melihat Ayra yang langsung tidak tidur sepanjang malam kerana menunggu kepulangan sang suami. Cuma pagi tadi sahaja, Ayra terlelap. Itu pun secara tidak sengaja.

Melihat keprihatinan Husna, Ayra tersenyum. Dia mengangguk lalu mengikuti sahaja langkah Husna ke ruang makan. Baru ada selera nak menjamah makanan.

ZAKERY membiarkan pancuran air membasahi dirinya untuk jangka masa yang lama. Mengharapkan air sejuk itu dapat memadamkan sedikit api kemarahan yang sedang menyala. Dia yakin bahawa sepanjang malam tadi tidak ada apa-apa yang berlaku antaranya dengan wanita itu.

Perkara yang paling dia yakin adalah hal ini bukan seorang pelakunya. Ketika dia melihat sekeliling bilik hotel itu, terdapat beberapa barangan milik seorang lelaki. Dua jenis pack rokok yang berbeza menguatkan lagi sangkaannya. Sebelum pulang ke rumah, Zakery singgah terlebih dahulu ke kediaman sahabatnya,Johan. Orang yang dipercayainya setakat ini hanyalah lelaki itu. Walau bagaimana cara sekalipun, dia akan siasat ke akar umbi.

'Apa motif kau bawa aku ke hotel? Apa yang kau cuba rancangkan? Nak ugut aku? Untuk apa?'

'Ha! Siapa pun kau yang mastermind semua ni, kau memang silap pilih lawannya. Kau menyalakan semula api kejahatan aku yang sudah lama terpadam.' gumam Zakery bersendirian. Dia menumbuk dinding dihadapannya. Senyuman jahat mula terukir diwajah.

**********

AYRA menyiram pokok tanamannya. Sejak dia menjadi surirumah sepenuh masa, Ayra cuba mengisi kekosongan masanya dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Setiap petang, sudah menjadi habit barunya memasuki taman kecil yang dibina oleh Zakery khas buatnya.

"Sayang nak mini garden? Abang akan buatkan untuk my only precious wife."

Kata-kata manis Zakery masih terngiang-ngiang dimindanya. Dia sungguh bahagia. Zakery benar-benar melayaninya bagaikan seorang puteri. Rindu pula ingin bergurau senda dengan suaminya. Baru sahaja dia ingin mengajak Zakery untuk menghabiskan masa di tamannya tadi, Zakery yang lena diulit mimpi membuatkan Ayra tidak sampai hati untuk mengejutnya.

'Kesian abang. Mesti abang penat sangat tadi.' desis hati kecilnya.

TING TONG!

Loceng rumahnya berbunyi. Ayra segera menoleh kearah pagar rumahnya. Kelihatan Pak Samad yang menjaga rumah itu mengambil barang hantaran dari tukang penghantar. Setelah bungkusan itu ditangannya, Pak Samad segera menuju kearahnya.

"Datin, ini ada barang untuk datin." ucap Pak Samad lalu menghulurkan kotak bungkusan itu kepada Ayra. Pelik, setahunya dia tidak ada mebuat apa-apa pesanan online. Balkoni biliknya dipandang sekilas, ini mesti abang nak buat surprise ni.

"Terima kasih Pak Samad." ucap Ayra lalu melangkah masuk kedalam rumah. Dia ingin membuka bungkusan itu didalam bilik. Hatinya teruja. Saat dia ingin menaiki anak tangga, Husna menegurnya.

"Wah, beli apa tu?" soal Husna ingin tahu.

"Ini bukan Ayra yang beli kak. Ini rasanya abang belikan untuk Ayra ni. Kadang-kadang dia tu suka buat suprise." jawab Ayra keriangan.

"Untunglah ada orang sayang." Husna saja mengusiknya. Wajah Ayra merona kemerahan.

"Ala, akak ni saje je tau nak usik Ayra. Ayra nak naik bilik dulu ye akak." pinta Ayra malu-malu. Husna hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah dua merpati sejoli. Tak sangka kau ni romantik juga ya Zack!

SETIBA di ruangan bilik, Ayra menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dia tidak mahu menganggu tidur Zakery yang nyenyak. Dia duduk disofa empuk dan tangannya lincah membuka kotak bungkusan itu.

Senyumannya berubah tatkala melihat isi yang berada didalam kotak itu. Hatinya bagaikan dipukul dan jiwanya bagaikan direntap. Matanya mula kemerahan dan air mata mula bergenang. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini!

**********

JAM telah menunjukkan pukul 9.30 malam. Pintu balkoni bilik itu dibiarkan terbuka. Angin malam yang sejuk dari balkoni telah mengejutkan Zakery dari lenanya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Matanya digosok-gosoknya. Ruang biliknya gelap gelita, hanya lampu tidur dimeja sisi sahaja yang menyala. Seingatnya, dia tidur waktu siang, kini malam sudah pun melabuh tirainya. Ya Allah, lamanya aku tidur.

Sedang Zakery mengamati ruangan itu, matanya tertangkap kepada sosok tubuh Ayra yang sedang duduk diatas kerusi malas. Kerusi itu tepat dihadapkan kearahnya. Keadaan bilik yang gelap menyukarkan Zakery untuk melihat wajah Ayra dengan lebih jelas.

"Sayang, kenapa bilik gelap je ni? Kenapa tak kejut abang?" Soal Zakery. Dia masih mamai. Kepalanya masih sakit. Namun, soalan itu hanya sepi tidak berjawab.

"Sayang..." panggil Zakery lagi. Dia hairan mengapa Ayra mendiamkan dirinya sahaja. Dia mula tidak sedap hati.

"Abang pergi mana malam semalam?" soal Ayra. Suara serak,seperti baru berhenti menangis. Zakery dapat mengesan seperti ada yang tidak kena. Dia menggagau suis lampu ruangan tempat tidurnya itu yang berada ditepi katil. Suis itu dinyalakan dan cahaya lampu mula menerangi. Wajah Ayra yang sembab kelihatan.

"Ayra, abang..."

"Abang pergi mana semalam!" suara Ayra meninggi. Dia tidak dapat menahan amarahnya. Hatinya hancur berkecai. Zakery terkedu. Dia seperti dapat menjangka apa yang bakal berlaku.

"Abang tak boleh jawab kan? Sebab abang tipu Ayra. Semalam abang bukan tidur dalam kereta, tapi abang tidur dengan betina murahan ni!" teriak Ayra melepaskan geram. Gambar-gambar mesra Zakery dan wanita itu dilemparkan. Hadiah yang disangka kejutan dari sang suami adalah bungkusan luka yang dikirimkan.

"Ayra, dengar dulu abang nak explain." pinta Zakery cemas. Dia tersilap catur, rupa-rupanya bukan dirinya yang menjadi sasaran utama tetapi isterinya,Ayra Maisarah!

"Nak explain apa lagi? Tak cukup ke gambar-gambar tu ceritakan segala-galanya. Bapak dengan anak sama je perangai. Dua-dua nafsu setan!"

"AYRA MAISARAH!!" Kali ini Zakery pula meninggikan suaranya.

"Apa? Abang nak marah Ayra pula?" matanya dijenggelkan. Dia tidak akan pernah diam tanpa melawan. Air matanya yang ditahan kini deras mengalir. Dia tidak mampu menahan luka dijiwa. Jika dulu Daniel yang mencuranginya, Ayra masih boleh bersabar. Tapi jika lelaki yang bergelar suami mencurangi dirinya, hancur sehancurnya perasaan yang dibina selama ini.

"Ayra, ini semua perangkap! Abang dianiaya!" Zakery pertahankan dirinya.

"Siapa yang nak aniaya abang? Kalau betul sekalipun, kenapa masa Ayra tanya siang tadi, abang tipu Ayra!"

"Sebab abang tak dapat tangkap lagi siapa mastermind semua ni! Abang taknak Ayra risau, sebab tu abang tak bagitahu Ayra." terang Zakery lagi. Dia mendekati isterinya dan meraih lengan Ayra. Namun sentuhannya ditepis.

"Jangan sentuh Ayra! Ayra tak izinkan tangan yang peluk perempuan lain sentuh Ayra!" Ayra mengetap bibir menahan kemarahan yang semakin meluap. Zakery mula hilang kata-kata, perubahan Ayra membuat dirinya tergamam. Bagaimana dia ingin menerangkan hal sebenarnya jika Ayra tidak memberinya peluang.

"Ayra, abang..."

"Keluar! Keluar dari bilik ni sekarang!" pekikan Ayra semakin kuat. Dia benar-benar hilang kewarasannya.

"Ayra,please dengar dulu explanation abang." rayu Zakery bersungguh-sungguh. Ayra tidak peduli, dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi penjelasan yang keluar dari mulut lelaki itu. Hatinya sakit!

"Aku cakap keluar, keluarlah!" kali ini Ayra berteriakan seperti orang yang separuh gila. Jeritan Ayra kedengaran keseluruh rumah sekaligus mendorong Husna untuk ikut masuk campur.

"Ya Allah Ayra, kenapa ni? Mengucap dik.." saat tiba dibilik mereka, Husna terjerit kecil. Dia terkejut saat melihat ruangan itu sudah berselerakan.

"Akak, tolong bawak dia ni keluar kak. Ayra tak nak tengok muka dia!" pinta Ayra dalam esakan.

"Ayra, bagilah abang peluang untuk jelaskan..." rayu Zakery tanpa berputus-asa.

"Aku cakap keluar!!!" jeritan Ayra kembali berkumandang. Husna mendekati Zakery dan lengannya ditarik.

"Zack, tolong keluar dulu. Bagi Ayra tenangkan diri dulu, baru kau ajak bincang nanti." pinta Husna cuba meredakan suasana yang semakin tegang. Zakery tertunduk kesedihan, dia seperti hilang semangatnya.

"Zack, keluarlah dulu. Aku tenangkan Ayra kat sini. Okey?" sambung Husna lagi. Dia cuba memujuk lelaki itu untuk segera meninggalkan bilik ini. Dia tidak mahu suasana menekan Ayra lagi.

Zakery mengangguk lemah. Matanya mula kemerahan sebak. Dia terpaksa menuruti permintaan isterinya. Dia akan menunggu sehingga isterinya itu reda. Langkah demi langkah yang diatur, terasa sangat berat untuk kakinya melangkah. Dia pergi meninggalkan ruangan itu demi memberi ruang buat Ayra.

Husna segera mendakap tubuh kecil wanita itu. Dia turut berasa sebak apabila melihat keadaan Ayra yang berantakkan. Dia menggosok belakang badan Ayra untuk menenangkan sedikit wanita itu.

"Kak, dia curang dengan saya kak." hanya itu yang terlafaz dibibir Ayra. Esakannya semakin kuat. Dia tidak mampu lagi menanggung peritnya dijiwa. Hatinya meraung dan meronta! Husna hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar yang setia. Dia tidak mahu bertanya berlebihan, takut ia akan menambahkan luka yang sedia ada.

ZAKERY mundar mandir diruang tamu yang luas itu. Hatinya tidak tenteram selagi dia tidak dapat menerangkan hal sebenarnya kepada Ayra. Dia tidak mahu Ayra bersangka buruk tentang dirinya.

'Argh! Macam mana lah aku tak boleh jangka benda nI!' hatinya meronta sendirian.

"Ayra macam mana?" soal Zakery tatkala melihat Husna menuruni anak tangga. Wajah Zakery direnung tajam.

"Apa yang dah jadi ni Zack? Aku macam tak percaya kau buat kerja bodoh tu!" marah Husna. Dia turut kecewa mengetahui hal itu.

"Ayra macam mana?" Zakery mengulangi kembali pertanyaannya. Dia ingin tahu keadaan isterinya dahulu. Itu lebih penting saat ini.

"Ayra dah okey sikit. Tadi aku teman dia sampai dia tidur. Sebaiknya malam ni kau jangan ganggu dia dulu. Emosi dia tak stabil." terang Husna.

"Sekarang ni aku nak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Macam mana kau boleh tidur dengan betina murahan macam tu?" desak Husna lagi.

"Aku kena perangkap. Ada orang nak kenakan aku ni." jawab Zakery. Nada suaranya serious.

"Perangkap? Maksud kau?" Husna inginkan kepastian. Dia juga tidak percaya sebenarnya Zakery sanggup melakukan hal itu. Sedangkan 20 tahun dia boleh bertahan, mana mungkin dia berperangai sebegitu setelah mempunyai isteri.

Zakery menceritakan apa yang telah terjadi. Semuanya bermula ditempat parkir kereta bawah tanah sehinggalah dia sedar. Semua diceritakan kecuali mengenai gambar yang diambil dan pertemuaannya dengan Johan. Baginya, itu biarlah menjadi rahsia antaranya dan Johan.

Husna terkejut setelah mendapat tahu hal yang telah berlaku. Dia tidak menyangka dalam diam Zakery mempunyai musuh.

"Dah report polis?" soal Husna kerisauan.

"Bukti tak solid. Aku siasat sendiri je nanti."

"Siasat sendiri? Macam mana?" soalan Husna itu dibiarkan sepi. Selagi dia tidak mempunyai perancangan yang teliti, dia tidak akan membocorkannya. Siapa pun mastermindnya, dia akan pastikan orang itu tertangkap. Kau bermain api, sudah tentu kau bersiap sedia untuk dibakar!

Continue Reading

You'll Also Like

373K 19.6K 41
Lya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris men...
323K 14.1K 46
"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai antik tu! Dapat boss macam Alien pula tu...
44.1K 1.7K 15
( C O M P L E T E ) Cinta Fatihah pada Afiq adalah cinta yang suci . Berkahwin atas kerelaan dan bukan paksaan . Banyak kenangan yang mereka ukir , b...
Daddy By RYan_D

Short Story

31.1K 1.5K 25
Haris Luqman menikahi seorang perempuan bernama Tasnim Azura. Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi menghadap sikap si isteri yang persis kanak-kanak...