His Love [C]

By singlelove_

498K 20K 735

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 59

6.2K 275 8
By singlelove_

TasHijabis's

Tasneem memegang perutnya. Diusap dengan penuh kelembutan. Terbit senyuman yang terlakar manis di bibir mungilnya. Dia rasa bahagia sangat.

Tak pernah dia sangka bahawa Allah akan menggantikan rezeki zuriat ini dengan secepatnya. Memang benar. Jika itu kehendaknya, Allah akan makbulkan jua. Seperti sekarang.

Tasneem baru saja pulang dari klinik setelah dia merasa pelik badan dia sendiri. Tasneem mudah rasa letih dalam dua hingga tiga hari ini. Apa lagi perangai dia yang pelik sejak sebulan yang lalu.

Dia ada membaca simptom ibu-ibu mengandung di laman web. Selepas membaca lah dia pergi ke klinik untuk mengesahkannya.

Alhamdulillah!

Tasneem disahkan mengandung. Sudah dua minggu kandungannya. Tak pernah Tasneem membayangkan kalau Allah akan gantikan dengan secepat ini.

"Terima kasih, ya Allah. Alhamdulillah." Bersyukur Tasneem rasakan sekarang.

Dipandang perutnya yang masih tidak kelihatan bentuknya lagi.

"Tak sabar mama nak bagitahu papa. Mesti papa bahagia." Ujar Tasneem sendirian. Bibirnya masih lagi mekar dengan senyuman.

Tak lama kemudian, Tasneem berkalih memandang ke arah pintu apabila terdengar bunyi ketukan dari luar. Lantas Tasneem membetulkan cara duduknya.

"Masuk." Erina membuka pintu bilik kerja Tasneem berserta dengan senyuman. Dia melangkah masuk ke dalam bersama dengan jambangan bunga mawar merah yang ada di tangannya.

Berkerut dahi Tasneem melihatkan jambangan bunga tersebut.

"For you." Kata Erina selari meletakkan jambangan bunga mawar merah tadi di atas meja kerja Tasneem.

"Siapa bagi?" Soal Tasneem. Tangannya bergerak mengambil jambangan bunga tersebut.

Erina mengangkat kedua bahunya sebagai tanda tidak tahu. Tapi takkan lah lelaki lain nak beri bunga pada Tasneem. Tasneem kan isteri orang. Dah tentu lah Malique. Ye dok?

"Suami kau lah kot. Takkan lelaki lain." Tasneem mengangguk kecil. Betul juga apa yang dikatakan Erina tadi.

"Thanks."

"You're welcome. Aku keluar dulu. Ada kerja nak settle." Tasneem mengangguk perlahan sambil tangannya dibuat gaya seperti menghalau.

Berdecit Erina dibuatnya. Dihalaunya kita. Ish.

Tasneem mengambil satu kad yang terselit di antara bunga tersebut. Dibaca setiap bait ayat yang ditulis.

"I miss you a lot, baby❤️."

From : Your Manja Husband

Tersenyum manis Tasneem membaca ayat rindu dari suaminya. Ada-ada saja lah. Tak sabar Tasneem jadinya hendak memberitahu tentang berita gembira ini.

"Baby.. tengok lah papa awak ni. Romantik betul. Haih. Macam mana lah mama tak sayang dan cinta sangat-sangat dengan papa awak ni? Pandai buat mama senyum." Monolog Tasneem sendirian sambil mengusap perutnya. Dipandang jambangan bunga mawar tersebut.

"Nanti kita jumpa papa, okay?" Makin melebar senyuman Tasneem bila membayangkan riak wajah Malique saat dia memberitahu tentang kandungannya ini nanti.

~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum." Malique membuka kasutnya dan diletakkan di atas rak kasut yang tersedia.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka butang yang berada di pergelangan tangan bajunya. Matanya Melilau mencari susuk tubuh kesayangan dia.

Mana isteri dia ni? Kereta ada dekat garaj. Kalau kata Tasneem keluar. Takkan jalan kaki kot.

Tak lama selepas itu, Malique mendengar bunyi deringan pinggan yang datangnya dari arah dapur. Lantas Malique melangkah ke dapur. Masuk saja, dapat Malique melihat Tasneem yang sedang duduk di meja sambil makan kek.

Patut lah. Tengah syok makan rupanya. Tasneem kalau dah dapat makanan mana nak pandang kiri dan kanan. Dia dah dalam dunia sendiri.

Sejurus itu, Malique menapak mendekati si isteri. Dia berdiri di sebelah Tasneem yang masih lagi tidak sedar kewujudannya. Malique menarik kerusi di sebelah Tasneem.

Saat itu baru lah Tasneem sedar. Pantas dia menoleh memandang Malique yang sudah pun melabuhkan punggung di kerusi. Terbit senyuman di bibir Tasneem.

"Abang. Bila sampai?" Soal Tasneem dengan teruja.

"Baru je. Sayang buat apa ni?" Saja berbasa-basi walaupun dah tahu. Sebelah tangannya naik mengusap pipi tembam Tasneem.

"Makan kek. Abang nak? Haura ada beli banyak. Ada dalam peti ais." Balas Tasneem seraya menyuap kek ke dalam mulutnya.

"Nanti lah. Patut lah abang salam sayang tak dengar. Khusyuk sangat dengan kek." Tersengih Tasneem.

"Sorry.." Meleret suara Tasneem sambil tersengih menampakkan giginya.

"It's okay." Malique mendekatkan wajahnya lalu dikucup pipi Tasneem. Tembam sebab Tasneem tengah mengunyah.

Selepas itu, masing-masing diam. Tasneem tengah menikmati kek yang dimakan. Manakala, Malique memerhati wajah si isteri. Tak puas dia nak pandang. Malique suka perhati wajah Tasneem. Rasa tenang saja.

"Abang." Tasneem memecahkan kesunyian antara mereka.

"Hm." Sahut Malique.

"Haura ada good news." Ujar Tasneem selari meletakkan sudu selepas selesai menyantap kek. Kini, dia menukar posisi duduknya menghadap Malique.

"Good news apa sayang?" Soal Malique dengan lembut. Sambil itu juga ditarik Tasneem ke dalam pelukannya. Dicium ubun-ubun Tasneem.

Tasneem menyandarkan sebelah wajahnya di dada Malique. Saat dia mendengar degupan jantung Malique yang berdegup dengan tenang. Tasneem turut merasa tenang.

"Tak lama lagi kan.. rumah kita ada penghuni baru tau." Berkerut dahi Malique apabila dia tidak mengerti kata-kata sang isteri.

"Hah? Penghuni baru? Sayang ajak siapa duduk sekali dengan kita?" Tergelak kecil Tasneem. Dia melepaskan pelukan.

Kedua tangannya dibawa menekup kedua pipi Malique. Diusap dengan sangat lembut.

"Penghuni baru yang Haura maksudkan.." Tasneem mengambil tangan kanan Malique lalu diletakkan di atas perutnya.

"Baby kita." Terdiam, terkaku, terkedu dan segala ter yang Malique rasa sekarang ini.

Tak berkelip matanya merenung wajah anggun Tasneem. Baby kita? Maksudnya isteri dia mengandung? Macam tu ke?

"S-sayang, a-are you p-pregnant?" Mengangguk laju Tasneem mengiyakan soalan Malique barusan.

Menghangat tubir mata Malique. Diturunkan sedikit matanya merenung perut Tasneem. Diusap perut si isteri yang masih lagi tidak melihatkan bentuk.

"Ya Allah, terima kasih." Ucap Malique. Dia turun dari kerusi dan menghadap perut Tasneem. Didekatkan wajahnya dengan perut Tasneem lalu dikucup dengan penuh sayang.

Kalau sebelum ini dia tidak sempat berbuat begini. Sekarang, dia ingin melakukan perkara begini. Kalau sebelum ini dia tahu selepas Tasneem gugur. Sekarang dia tahu dengan gembiranya.

Malique bersyukur sangat.

"Assalamualaikum anak papa." Ucap Malique seraya melekapkan telinga kanannya di perut Tasneem. Setitis air matanya jatuh terkena pipi.

Sebak Tasneem melihat pemandangan indah ini. Hatinya cukup terkesan dan terharu. Tak sangka yang Malique akan memberi reaksi begini.

"Abang happy?" Soal Tasneem.

"Happy, sayang. Happy sangat-sangat. Thank you, my love." Malique mengangguk laju sembari mengangkat kepalanya dan merenung wajah Tasneem.

Dia memberikan senyuman manis kepada Tasneem. Tasneem membalas senyuman sang suami dengan tak kalah manis juga.

"Bila sayang tahu ni?"

"Tengah hari tadi."

"Sayang pergi klinik?" Mengangguk Tasneem.

"Dah berapa lama anak kita ada dalam ni?"

"Two weeks."

"Alhamdulillah." Syukur Malique mendengar. Maksudnya dia perlu menjaga Tasneem dengan sebaik mungkin bermula saat ini.

Dan dalam masa yang sama, Malique sedar. Tanggungjawabnya semakin bertambah. Selepas ini dia akan bergelar seorang bapa. Dia perlu menjaga keluarganya sebaik mungkin.

"I love you until jannah." Kata Malique meluahkan rasa cinta.

"Me love you too until jannah." Balas Tasneem.

"Terima kasih ya Allah. Terima kasih sayang." Malique bangkit dan mencium dahi serta kedua pipi Tasneem.

"Jangan nangis." Tasneem mengesat air mata yang berada di pipi Malique. Dia tergelak kecil. Comelnya lah suami dia ni.

"Abang happy sangat sayang. Akhirnya Allah dengar doa kita." Mencebik kecil bibir Tasneem.

"Lepas ni sayang tak boleh nak makan manis banyak sangat macam selalu, tak boleh buat kerja berat, sayang tak boleh penat, sayang kena selalu happy, sayang pun.."

"Abang.. dah lah tu. Kita jaga sama-sama. Sayang tahu semua tu. Terima kasih jadi suami yang baik. Sayang yakin yang abang akan jadi papa yang baik untuk baby kita ni." Pantas Tasneem memotong kata-kata Malique.

Membebel pula pak cik tua tu.

"Of course. Kalau abang dah jadi suami yang baik, mesti lah abang nak jadi papa yang baik." Dicuit hujung hidung Tasneem.

Terlepas tawa Tasneem. Suka bila dimanja sebegini. Rasa bahagia sangat.


Tbc..

Yeayyyy.. pregnant yuhuuu!!!🥹

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

39.6K 1.4K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
96.9K 7.4K 67
Qayl Iskandar 💗 Kasih Nuwairah Qayl Iskandar seorang jejaka tampan yang sangat digilai ramai wanita. Tak kira tua atau muda. Mukanya tak ubah sepert...
127K 5.7K 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarg...
523K 14.2K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...