Aryssa

By gadishazel

174K 6.8K 76

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
A || 50
F || 51
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

R || 49*

2K 76 0
By gadishazel

.....

SEPANJANG perjalanan mereka bersama Annissa, hanya radio yang menemani mereka. Pagi tadi, mereka di khabarkan oleh Aryssa bahawa Annissa mahu bertemu Puan Sri Amylia. Pada mulanya, Edrian, Ashraff serta yang lain membantah kerana mungkin akan ada sesuatu terjadi di antara mereka malam ini tapi pujuk rayu Aryssa membuatkan mereka lemah dan terpaksa akur.

"Ermm, Raff. Nak tanya sikit boleh?" Annissa membuka suara.

Ashraff memandang Annissa kilas. Memandangkan dia dan Annissa sahaja di belakang manakala Akmal memandu dan Mikaeyl di sebelah pemandu.

"Tanya apa?" soalnya dingin.

"Mama aku baik-baik aje kan?"

Ashraff diam. Begitu juga Akmal dan Mikaeyl, mungkin kebarangkalian mereka terdengar soalan Annissa.

"Ermm, baik. Dia baik je tapi aku nak minta maaf la kalau muka dia teruk lebam." Ashraff berkata perlahan.

Annissa mengangguk kepala faham. Dia tidak kesah wajah mamanya nanti. Janji dia dapat memelukya buat kali terakhir.

Akhirnya perjalanan mereka kembali diam serta berdoa agar malam ini tiada apa-apa kejadian maut bakal berlaku.

•••••

Werk!

Werk!

PUAN Sri Amylia melihat Lara berulang alik ke bilik air mula berasa geli dengan gadis itu. Dah kenapa gadia itu sering muntah. Mengandung ke pun? Tapi anak siapa?

"Kau dah kenapa, Lara? Asyik ulang alik bilik air. Kau mengandung ke pun?" soalnya. Walaupun dia masih marah dengan ayah serta Adam kerana tidak buat tindakan terhadapnya. Dia tetap harus sabar dengan keadaan di sini.

"Apa Puan Sri merepek ni? Ish, takkan la sebab muntah terus effect mengandung. Lagipun salah aku juga tak makan dari pagi tadi. Tak ada selera." balas Lara. Pili air dibuka lalu membasuh mulutnya.

Puan Sri Amylia mencebik. Dia perempuan pasti la tahu bahawa jika seorang perempuan mengandung atau tak.

"Dah hampir sebulan kau duduk sini. Takkan dia orang tak apa-apakan kau? Seminggu lepas, aku tengok kau macam tak terdaya je. Dia orang rogol kau ke?" tebaknya.

Lara diam. Walaupun gembira kerana bertemu Puan Sri Amylia tapi dia tetap tak boleh keliar dari bilik itu. Ruangan ini seakan menjadi biliknya.

"Tak. Dia orang tak rogol aku pun. Dia orang masih lembut dengan aku. Cuma hari tu salah aku sebab nak keluar dari sini. Memang kena lah."

Puan Sri Amylia mengangguk faham. Fuh, kalau Lara larikan diri pun boleh teruk begitu. Inikan dia yang mahu lari nanti, tak boleh dia bayangkan bagaimana wajahnya ditampar oleh Aryssa.

Kedengaran pintu bilik di buka luas. Mata Lara dan Puan Sri Amylia serentak berpandangan ke arah pintu. Bulat mata Puan Sri Amylia apabila Annissa berada di situ bersama Ashraff dan salah seorang sepupu Aryssa.

"Kau berbual la dulu dengan mama kau. Apa-apa berlaku kau jerit je. Aku dengan Akmal ada kat luar." pesan Ashraff lalu melangkah pergi.

Akmal mengukir senyum kecil lalu mengikut langkah Ashraff. Pintu ditutup. Annissa memandang wajah Puan Sri Amylia. Jelas teruk wajah mamanya ditampar serta tumbuk oleh orang-orang sepupu tirinya.

"Mama."

"Kenapa kau datang sini? Aku tak nak tengok muka kau! Mesti kau benci tengok aku kan?" Puan Sri Amylia bersuara dingin.

Lara yang berada di situ mencebik menyampah. Malas dia mahu melayan drama dua beranak itu, terus dia baring semula ke atas katil. Syukur dirinya kerana mereka sediakan katil. Kalau tak, patah pinggangnya tidur di lantai.

Annissa melangkah dekat ke arah Puan Sri Amylia. Birai katil dilabuhkan punggungnya. Tangannya memegang wajah Puan Sri Amylia. Air mata yang sedari tadi bertakung kini mengalir jatuh.

Puan Sri Amylia memaling wajahnya ke sisi kirinya. Tak sanggup rasanya melihat wajah Annissa. Dia tahu dia buat salah paling besar di dunia ini, malah dia dapat rasakan bahawa Annissa sepatutnya berada di sisi Eldrin dan bukan dirinya.

Mereka berbeza.

"Mama tahu tak, atuk hantar orang untuk langgar daddy dengan Nissa."

Puan Sri Amylia terkejut. Matanya memandang wajah Annissa. Dia perasaan ada balutan kecil di dahi anaknya.

"Daddy koma, tapi Nissa syukur sebab dapat peluang hidup untuk bertemu mama. Mama tak rindu Nissa ke? Lima bulan, Nissa dekat Netherlands. Tak pernah sekalipun Nissa lupakan mama. Nissa rindu sangat dengan mama."

Puan Sri Amylia yang mendengar rintihan anaknya terus memeluk anaknya. Dia salah. Dia tak sepatutnya terikut hasut ayahnya kerana harta arwah ibunya. Kerana dia, adiknya mati. Dia pembunuh. Kalau dia tak terikut, mungkin Annissa dan dia tidak perlu berjauhan.

"Maafkan mama, sayang. Mama yang salah. Mama tak sepatutnya dengar cakap atuk. Mama salah tapi dalam masa yang sama mama syukur sebab Annissa dan Alynna dapat membahagiakan mama walaupun Alynna dah tinggalkan kita. Mama gembira bila Annissa masih sudi teman mama."

Annissa menangis sepuas-puasnya di bahu Puan Sri Amylia. Dia rindu mamanya. Sudah lama mereka tak berpelukan.

Bang!

Bunyi tembakan menyentak mereka berdua. Lara juga terkejut dengan bunyi tembakan itu.

"Nissa, kau kena lari dari sini. Kita kena serang." Akmal muncul bersama pistol di tangannya.

Annissa terkejut. Kepala beralih ke arah mamanya.

"Habis mama aku?"

"Nissa, pergi sayang... Biar mama dekat sini. Mama yakin, dia orang datang nak selamatkan mama." ujar Puan Sri Amylia.

Annissa menggeleng kepalanya. Tak! Dia tak benarkan sesiapa mengambil mamanya. Dia mahu Puan Sri Amylia bersamanya biarpun wanita itu akan duduk di penjara sekalipun.

"Nissa pergi sayang. Pergi, mama tak nak kamu tercedera."

"Tak! Nissa tak nak mama. Nissa nak mama. Biar la dia orang nak bunuh Nissa sekalipun. Nissa nak mama selalu ada depan Nissa."

"Nissa cepat! Kita dah tak ada masa!" Akmal menjerit. Sesekali kepala berpaling melihat Ashraff sedang berlawan dengan anak buah musuh mereka.

"Nissa dengar sini. Dengar cakap mama, mama akan selalu ada dengan Nissa. Walau mama mati sekalipun, mama sentiasa ada dengan Nissa. Ada dekat sini. Selalu." ucap Puan Sri Amylia.

Annissa memeluk Puan Sri Amylia buat kali terakhir. Dia tak tahu bila dia akan bertemu dengan mamanya. Mungkin inilah takdir kenapa Aryssa meminta dia pulang ke Malaysia.

"Arghh!"

Annissa melepaskan pelukan. Terkejut dirinya apabila wajah bengis datuknya sudah berada di hadapan pintunya. Matanya memandang Akmal yang sudah tersandar di pintu. Perutnya jelas kena tembakan oleh Aariz.

"Wahh! Cucu aku pun ada sekali. Tak sia-sia aku datang hari ini." Kaki melangkah dekat ke arah ibu dan anak itu.

Puan Sri Amylia bangun lalu menolak tubuh Annissa ke belakang. Dia tak mahu Annissa menjadi mangsa ayahnya.

"Abah jangan apa-apakan anak Amy. Abah cuma nak ambik Amy je kan? Amy ikut sekarang."

Annissa terkejut. Apa mamanya cuba lakukan? Kenapa mamanya harus ikut atuknya.

"Ingat aku bodoh nak lepaskan anak kau. Badan pun serupa kau. Solid. Ini kalau jadi pemuas nafsu pun best juga."

"Abah!"

"Kau diam! Baik kau ikut sebelum aku tembak kau. Anak kau sekali ikut." arah Aariz.

"Tak. Kalau abah nak ambik Amy, ambik Amy jangan libatkan Annissa."

"Eh, perempuan! Kau nak kena tembak macam arwah mak kau ke? Dasar tak sedar diri. Kau pun lebih kurang pelacur la. Tak padan dengan tua. Berapa banyak benih la dalam tubuh kau eh."

Puan Sri Amylia terdiam. Ya, dia sedar. Dia tak ubah seperti pelacur malah dia sudah tua tapi nafsunya tetap naik.

"Kau diam. Ikut aku sekarang, kalau tak aku tembak anak kau!" gertak Aariz lalu melangkah ke pintu.

Puan Sri Amylia berpaling ke belakang memandang anaknya. Annissa menggeleng kepalanya.

"Mama jangan, Nissa sayang mama."

"Maafkan mama sayang," dahi Annissa dicium sebelum dia mencapai kayu yang tersorok di tepi dinding.

Kaki melangkah ke arah Aariz yang masih belum sedar akan kehadirannya bersama kayu.

Bang!

Bang!

Bang!

"Mama!"

Puan Sri Amylia jatuh ke tanah. Matanya memandang wajah Annissa yang terkejut dengan kejadian tadi. Bibir mengukir senyuman nipis.

"Kita tak ada masa, polis on the way." Adam terus menarik Aariz keluar dari gudang itu.

Lara?

Gadis itu sudah lari sebaik Aariz melepaskan tembakan kepada Akmal.

Annissa berlari ke arah Puan Sri Amylia. Kepala Puan Sri Amylia di angkat ke ribanya. Air mata mengalir turun laju.

"Mama jangan tinggalkan Nissa. Nissa janji Nissa takkan jauh dari mama. Mama tolong bertahan. Untuk Nissa, please..." rayu Annissa.

Puan Sri Suraya senyum. Tangannya memegang tangan lembut anaknya. Rambut anaknya dibelai perlahan.

"Mama tak banyak masa, Nissa. Maafkan mama sebab gagal jadi seorang ibu untuk Nissa. Nissa jangan benci Aryssa dengan daddy. Dia orang tak salah. Mama yang salah. Maafkan mama, Nissa."

Annissa menggeleng kepalanya. Tak! Dia tak kuat untuk kehilangan Puan Sri Amylia.

"Nisa... Ajar mama mengucap, tolong sayang.."

Air mata yang mengalir di biar turun ke pipi. Dia tak kuat untuk kehilangan ibu kandungannya tapi dia tetap bersyukur kerana ibunya masih ingat untuk meminta dia mengucap bersama.

Perlahan-lahan bibir Puan Sri Amylia mengikut sepotong ayat yang dilafazkan oleh umat islam walaupun gagap. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Te-rima ka-sih, sa-yang."
.

....

Continue Reading

You'll Also Like

62.2K 2.1K 11
Pertemuan mereka setelah 3 tahun tidak bertemu membuatkan cinta Ashraf kepada Rania semakin mekar. "Yes Encik.." -Rania Mikayla "Ashraf. Or you can c...
624K 23.3K 49
Nina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 I...
190K 7.1K 67
***1st story*** (UNEDITED) Status: Complete! Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu dan hidup sebatang kara. Memiliki raut wajah yang sangat...
106K 5.7K 50
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi b...