Aryssa

By gadishazel

174K 6.8K 76

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 44
A || 45
A || 46
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

S || 47

1.9K 78 0
By gadishazel

.....

MERINGIS sakitnya apabila terasa pipi di tampar dengan kuat. Matanya perlahan mencelik luas. Berkali-kali juga dia mengerdip matanya sebelum dia buka mata dengan normal. Terkejut dirinya apabila wajah Aryssa berada di hadapannya.

"Dah bangun?"

Puan Sri Amylia memandang wajah anak tirinya lalu beralih ke arah beberapa orang yang berada di situ. Matanya tertancap pada Lara seakan tidak sedar diri di atas katil. Pakaian yang dipakai oleh Lara, cukup membuatkan dia hampir termuntah.

"Mesti kau tertanya, macam mana kau boleh ada dekat sini kan?" soal Aryssa. Sengaja memanaskan hati Puan Sri Suraya.

Punggung dilabuh di atas sofa kembar dua bersebelahan suaminya. Bella, Akmal, Haykal dan Mikaeyl turut memandang Puan Sri Amylia dengan pandangan sinis.

"Apa kau nak cuba buat dekat aku. Aku ni ibu tiri kau! Isteri kepada ayah kau! Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" jerit Puan Sri Amylia, nyaring.

Aryssa ketawa besar. Ibu tiri? Dia tak salah dengarkan.

"Setahu aku ibu tiri ni ada banyak kategori tau, tapi kau salah satu kategori paling bawah sekali. Kau nak tahu apa? Kau ibu tiri paling jijik yang aku pernah dengar. Ew, dah la tua. Nafsu kuda pula tu. Jijik aku nak tengok video kau la! Apa la agaknya reaksi daddy dengan Annissa kalau dia orang tengok video tu eh?" Serentak itu, television di hadapan mereka menayangkan video aksi ranjang Puan Sri Amylia bersama Aariz dan Adam.

Sungguh loya tekak mereka melihat aksi yang mengaibkan itu.

"M-mana, mana kau dapat video tu! Kau jangan sesekali cuba hantar dekat Annissa! Aku akan pastikan yang Annissa benci kau! Sebab kau, mama dia mati."

"Dan sebab kau, mummy aku mati! Eh, apa kau nak sangat harta arwah nenek bagi dekat mummy hah?! Dasar tamak. Kau bukan kakak yang selayaknya untuk mummy aku. Ergh, aku sendiri pun tak nak mengaku kau mak cik aku." jijik Aryssa mahu berkata begitu.

Puan Sri Amylia memandang wajah anak tirinya. Seakan tidak percaya bahawa anak tirinya itu sudah mengetahui rahsia di sebalik dendamnya

Ya, dia hanya mahu harta yang diberi oleh nenek sebelah ibunya yang sudah jatuh takhta kepada adiknya, Arina. Sangkanya lepas membunuh adiknya. Dia dapat harta itu namun gagal kerana adiknya sudah membahagi harta itu kepada ketiga-tiga anaknya.

"Kalau mummy kau tu dengar cakap aku dari awal, hidup kau dengan abang-abang kau akan aman. Bapak kau pun aku tak kacau la!"

"Biy, tengok tu... Dah nak hujung-hujung pun tak taubat lagi. Apa nak jadi la." Geleng kepala Aryssa melihat ibu tirinya masih tak mahu kalah.

Ashraff memandang Puan Sri Amylia sinis. Kalau ikut rancangan mereka, mereka mahu membunuh Puan Sri Amylia dan Lara hari ini kerana tahu tiada apa untuk mereka simpan. Tapi Aryssa melarang.

Katanya mahu membunuh mereka berdua serentak dengan Aariz dan Adam.

"Hari ini kau selamat, Amylia. Esok lusa aku tak tahu apa ajal kau, lagipun aku tak sabar nak tengok reaksi Annissa bila tengok mak dia bernafsu kuda macam tu, mesti dia jijikkan."

"Kau jangan melampau, Aryssa Elenna. Aku akan pastikan yang kau mati dibunuh. Kau tunggu!"

Aryssa bangun dari duduknya. Kaki melangkah dekat ke arah Puan Sri Amylia. Pisau rambo yang berada di atas meja diambilnya. Lalu diletak ke wajah Puan Sri Amylia. Mata Puan Sri Amylia jelas terkejut dengan ketajaman pisau tajam itu menyapa matanya.

Jika Aryssa bergerak sedikit ke matanya. Memang habis buta matanya ditikam.

"Aku tak kisah kalau kau nak cuba bunuh aku sekalipun, tapi aku masih ada sikap belas kasihan dekat kau untuk tatap wajah Annissa dan Daddy buat kali terakhir. Jadi tunggu hari tu, okay!" Aryssa terus menjauhkan diri dari Puan Sri Amylia.

Pisau itu diberi kepada anak buahnya. Kaki melangkah ke arah Ashraff lalu menarik tangan lelaki itu ikut bersamanya. Mikaeyl, Haykal, Akmal dan Bella turut sama meninggalkan Puan Sri Amylia.

•••••

PANG!

Pipi Firhad di tampar kuat oleh Aariz. Firhad hanya menahan sakitnya apabila tangan tua itu hinggap di pipinya. Kalau bukan sebab kerja mungkin dia akan membalas semula tamparan lelaki tua itu. Dasar tak sedar diri!

"Macam mana kau boleh terlepas pandangan tentanv anak aku! Kau tahukan kalau hilang dia umpama aku hilang harta paling bernilai! Ergh, bodoh! S*a! B*bi!"

Firhad diam. Lututnya menahan sakit yang dirasainya sekarang. Sikit pun matanya tak gentar membalas pandangan Aariz.

"Aku nak kau cari anak aku! Adam, aku rasa kita kena teruskan rancangan kita seterusnya." Aariz berkata. Matanya memandang wajah Adam yang tak jauh darinya.

Adam tarik senyum sinis. Dia sendiri pun tak sabar untuk melihat penderitaan musuhnya.

"Kita kena cepat pencarian Puan Sri Amylia, dah jumpa baru kita teruskan rancangan kita. Tanpa dia, rancangan kita akan gagal. Firhad, aku nak kau uruskan Eldrin. Kalau boleh bunuh dia sampai mampus. Kemudian, kita akan teruskan rancangan kita."

Firhad menunduk tubuhnya hormat kepada Adam. Tanpa menunggu arahan Adam mahupun Aariz, dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Matanya sempat menangkap seorang perempuan yang tak jauh dari mereka. Dan dia yakin pasti isyarat itu pasti sudah tiba ke majikannya.

•••••

ARYSSA termenung memandang ke langit malam. Rindunya pada arwah mummy sudah dia luah tika solat dan sempat dia mengajak dua abangnya bersama suami dan kakak iparku untuk menziarahi kubur arwah mummy.

Daddy?

Beliau masih berada di luar negara bersama datuk dan nenek memandangkan ada hal yang perlu dia uruskan di sana. Dan mngkin esok dia akan pulang ke Malaysia bersama Annissa memandangkan dia meminta Annissa dan Izzat untuk segera pulang ke Malaysia.

Mengingatkan kejadian pagi tadi membuatkan dia jatuh kasihan. Meski dia pernah membunuh orang sebelum ini. Dia tak mahulah Annissa rasai apa yang dia rasa sebelum ini. Dia tahu Annissa seorang yang tabah. Anak mana sanggup melihat kejahatan ibunya tapi Puan Sri Amylia langsung tiada tanda-tanda mahu berubah.

Terasa pinggangnya dipeluk serta kepalanya di tindih sesuatu membuatkan dia tersenyum. Siapa lagi yang mampu melakukan begitu selain Ashraff.

"Menung apa tu?" Soal Ashraff.

Aryssa diam. Sengaja dia tidak menjawab soalan Ashraff. Biar lelaki itu berteka-teki dengan lamunannya tadi.

"Sayang..."

"Ermmm, biy nak apa? Kacau la orang nak termenung."

Ashraff melepaskan pelukan. Tubuh Aryssa dibalik menghadap dirinya. Aryssa ketawa kecil. Dia tahu Ashraff tak suka dirinya termenung.

"Sayang menung apa hah? Ish, jangan la buat biy macam ni. Sayang tak fikir lelaki lain kan?" Ashraff sudah tayang riak wajah cemburu.

Aryssa ketawa. Dagu Ashraff diciumnya kilas. Ini ke, ketua mafia yang dibawangkan oleh anak buah Ashraff? Tak padan dengan manja! Ada hati nak jadi ganas!

"Biy ni... Suka buruk sangka pasal termenung sayang kan? Sayang tak menung apa pun, sayang menung masa depan kita. Pasal anak kita. Haih, bila anak mummy nak keluar ni. Mummy tak sabar nak main dengan awak tau!" Perutnya yang sedikit buncit itu diusap perlahan.

Usia kandungannya baru dua bulan tapi bulatnya seperti sudah empat bulan. Besar!

Ashraff senyum. Tangannya turut naik mengusap perut Aryssa. Terasa gerakan bayi di dalam perut isterinya. Bibir lebar mengukir senyum.

"Biy, boleh sayang nak tanya sesuatu?" Aryssa menyoal.

Ashraff mengangkat wajah memandang Aryssa. Keningnya dijongket pelik.

"Tanya apa?"

"Ermmm, macam mana biy boleh terfikir nak tubuhkan group mafia ni. Ya la, biy kan ada pangkat Tengku. Ada darah kerabat diraja tapi biy berani eh nak tubuhkan group mafia ni. Tak takut walid tahu ke?" soal Aryssa.

Ashraff senyum. Tubuh Aryssa dibawa ke pelukannya.

"Kalau sayang nak tahu biy tak pernah terfikir pun nak masuk group mafia ni. Ya la, selalunya group macam ni banyak kat luar negara aje. Malaysia kan ada undang-undang tapi adik bonda berani langgar peraturan Malaysia. Dia yang tubuhkan group ni dekat Italy lepas tu, bawa ke Malaysia. Pada mulanya, biy tolak sebab dia ada anak lelaki. Yalah, sepatutnya jatuh waris dekat dia lah kan. Tapi anak lelaki dia tolak dan dalam masa yang sama, Adam tak puas hati. Yalah, dia paling lama dekat situ. Tapi biy yang dapat sebab biy ada pertalian darah."

Aryssa mengangguk kepala faham. Patut la, Ashraff seakan tak gentar dengan pertarungan Adam tempoh hari. Rupanya, mereka pernah lawan sebelum ini.

"Sayang..."

Arysaa mengangkat wajahnya. Matanya memandang wajah Ashraff.

"Will you stay with me?"

Aryssa senyum. Tangannya naik melilit leher Ashraff.

"You know the answer, biy." ucap Aryssa sebelum bibir lama melekap di bibir Ashraff.
.....

Continue Reading

You'll Also Like

573K 19.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
624K 23.3K 49
Nina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 I...
190K 7.1K 67
***1st story*** (UNEDITED) Status: Complete! Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu dan hidup sebatang kara. Memiliki raut wajah yang sangat...
5.3K 408 20
°3 RD BORN° Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu...