C | Miss Sunset

By jelitalily

94K 4.1K 169

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 14

1.5K 70 5
By jelitalily

Suasana pagi dihiasi dengan bunyi dentuman kuali di dapur, segala kemahiran ditonjol. Sofea baru sahaja membersihkan diri, hajatnya mahu turun ke dapur selesai sahaja dia solat subuh namun katilnya memanggil-manggil dia sehingga terlajak tidur.

"Sedapnya tokma masak" ujar Sofea seorang diri.

Bau aroma masakan yang sedap menusuk ke hidung. Kakinya laju melangkah menuju ke dapur. Matanya tertumpu pada tubuh seseorang yang memakai baju t-shirt biasa dengan apron ditubuh. Dia yang pasti bukan tubuh itu bukan milik neneknya mahupun abangnya.

Dia diam sejenak. Memikirkan siapa geleran yang sedang membelakanginya. Tiba-tiba bahu kiri ditepuk oleh seseorang. Bila dia meneloh, tokma sedang elok menjinjit besen yang berisi ubi keledek.

"Seronok tenung anak teruna orang" seloroh tokma, terukir senyum dibibir hingga terlihat kedutan di mata.

Sofea beralih padangannya, mata bulatnya bertembung dengan mata Nathan. Nathan tersenyum kearahnya, pantas dia memandang kearah lain.

Nathan kembali fokus pada kerja, senyum dibibir terukir manis. Wajah yang tadi beku bertukar manis kerana kehadiran gadis itu.

"Mana ada, tokma ni memandai je" ujar Sofea, pipinya mula membahang.

Tokma tersenyum, lucu melihat reaksi cucunya yang mudah terusik bila dikaitkan dengan Nathan. "Sofea pergi tolong Nathan, tokma nak basuh ubi" arah tokma, besen tadi dibawa ke singki.

Sofea diam sejenak. Hati perkata pergi namun kakinya terasa berat untuk melangkah.

"Layla Sofea, buat apa duk tercengang lagi kat situ pergi tolong Nathan" ujar tokma.

Nathan ketawa kecil, dia tahu Sofea segan dengannya.

Sofea mula berjalan kearah bila nama penuhnya diseru, takut nanti telinganya jadi habuan. Perlahan-lahan dia menghampiri Nathan. Dia perhatikan gerak geri Nathan memotong sayur, tak kekok jejaka itu memegang pisau.

Nathan sedar akan kehadiran Sofea dibelakangnya tetapi dia biarkan sahaja gadis itu memerhati. Dari memotong sayur hingga lah dia menghiris sotong jadi bahagian yang kecil.

"Abang Nathan pandai masak ?"

"Pandai"

"Abang Nathan nak masak apa ?"

"Sotong masak merah" balas Nathan sambil tersenyum. Dia tahu itu makanan kesukaan Sofea.

Mata Sofea bersinar, menu kesukaannya. Semalam baru dia beritahu tokma yang dia teringin mahu makan sotong masak merah.

"Saya baru cakap dekat tokma yang teringin nak makan sotong masak merah" ujar Sofea. Tangan bermain dengan sotong yang sudah dihiris oleh Nathan.

"Aip no Sofea, basuh tangan dulu baru boleh sentuh" tegur Nathan.

Sofea tersengih lalu membasuh tangannya, sempat dia mengusik tokma sebelum kembali duduk disebelah Nathan semula.

"Dah basuh tangan" ujar Sofea sambil menunjuk tangan kearah Nathan. Nathan ketawa kecil, terhibur dengan kecomelan Sofea.

"Sofea nak tolong ?" Tanya Nathan.

"Mesti lah nak" ujar Sofea teruja.

"Hati-hati Nathan, Sofea tu takut minyak panas" pesan tokma, dia takut nanti ada yang sudip terbang entah kemana,Sofea punya takut dengan minyak panas, jarak satu meter dari kuali. Sudip terbang pula sudah banyak kali kejadian sudip terbang kerana Sofea sendiri.

"Baik tokma" sahut Nathan. Dia ketawa bila Sofea menaik dua jari membuat gaya peace. Ada-ada sahaja gadis ini.

"So nak mula dari mana" ujar Sofea teruja. Sudip sudah elok di tangan.

"Mula-mula pakai apron dulu nanti kotor baju Sofea" ujar Nathan. Apron disarung kepada Sofea, terkaku Sofea. Selesai sahaja tali apron diikat oleh Nathan baru Sofea rasa boleh bernafas. Nathan terlalu spontan membuatkan Sofea tidak dapat agak tindakan dia.

"Okay done, next Sofea kena tumis bawang dulu" ujar Nathan tanpa perasan pipi Sofea sudah merah kerana tindakannya tadi.

Bawang yang sudah ditumis dihulurkan kepada Sofea. Sofea menyambut huluran Nathan dan menuang ke dalam kuali secara perlahan-lahan.

"Careful minyak panas Sofea" pesan Nathan. Laju sahaja Sofea menjuahkan diri daripada kuali.

"Kena minyak ke ?" tanya Nathan risau.

"Tak kena pun tapi terkejut sebab bunyi kuat" ujar Sofea sambil tersengih. Nathan hanya mampu mengeleng kepala sambil tersenyum sahaja.

Tokma yang sedang sibuk membasuh ubi, tersenyum dia bila mendengar perbualan Sofea dan Nathan. Hati tuanya suka melihat cara layanan Nathan terhadap cucunya, tidak melayan Sofea seperti budak kecil dan tahu macam mana mahu mengambil hati Sofea yang sukar untuk bergaul.

"Lepas tumis bawang buat apa ?" tanya Sofea dengan wajah polos.

"Letak cili kisar dalam 2 sudu lepas itu biarkan sampai pecah minyak" terang Nathan. Tangan Sofea baru sahaja mahu mencapai cili kisar namun tangan Nathan laju menyambar.

"Biar saya yang buat, Sofea jadi assistant boleh ?" ujar Nathan. Kali ini dia sendiri yang ambik alih, risau pula dia mahu benarkan Sofea memasak.

"Boleh chef" sahut Sofea.

Nathan senyum. Dia mula memasukkan segala bahan ke dalam kuali. Sofea pula memandang tangan Nathan tanpa berkelip, dia sangat kagum jejaka dihadapannyan pandai memasak berbeza pula dengannya, terkena minyak panas sikit pun dah takut.

Nampak gaya Nathan tidak perlukan pertolongan Sofea sebab tangannya laju sahaja mencapai bahan masakan, tidak perlukan tenaga dia untuk menolong. Jadi dia mengambil keputusan untuk memerhati Nathan memasak sahaja.

"Abang Nathan pandai masak ?" tanya Sofea.

"Mestilah pandai, saya tak nak susahkan bonda. Lagipun hidup saya cuma ada bonda aje selepas arwah ayah meninggal" luah Nathan sambil tersenyum nipis.

Sofea hanya mengangguk, tidak mahu bertanya lebih perihal itu. Biarlah Nathan sendiri yang meluah tanpa dia bertanya.

"Abang Nathan ada adik beradik ke ?" Tanya Sofea lagi, saja ingin tahu namun matanya tak lepas dari melihat Nathan yang sedang memasak.

"Tiada, kenapa Sofea nak jadi adik saya ke" seloroh Nathan, Sofea dikerling sekilas. Dia perasan wajah gadis itu sudah merah padam.

Hadir Qash dan Safy yang segak memakai baju casual menambah warna merah di wajah Sofea.

"Buat apa jadi adik kalau boleh buat jadi bini, kan Safy" ujar Qash.

"Betul, betul. Tapi kena tapis dulu lah dengan aku ingat senang aku nak Sofea jadi bini orang" sokong Safy.

Sofea menjeling kearah dua suara yang sedang mengusiknya. Wajahnya yang merah bertambah merah.

"Brother ! Abang Qash ! Sofea baling sudip ni baru tahu" marah Sofea. Sudip dicapai seakan mahu dibaling kearah Qash dan Safy.

Safy dan Qash buat tidak tahu dengan wajah garang Sofea.

"Sudip jangan dibuat main Sofea bagi saya, ada yang nanti lunch dalam wad" ujar Nathan lalu mengambil sudip ditangan Sofea. Lembut sahaja suara Nathan.

Nathan ketawa melihat wajah merah Sofea, marah atau malu dia sendiri pun tak pasti tetapi yang penting comel.

Tokma mengeleng kepala, elok sangat lah tu ada tukang usik. Sofea pula mudah terusik, kalau tiada Nathan yang menghalang memang akan ada yang kena sudip terbang.

"Safy dengan Qash tolong tokma potong ubi keledek ni, potong dadu tokma nak buat inti karipap" pinta tokma, dia menyerahkan besen yang dipenuhi ubi keledek kepada Safy dan Qash.

"Baik tokma" sahut Safy dan Qash serentak.

Continue Reading

You'll Also Like

24.1K 1.3K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...
642K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
254K 10.8K 65
[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatka...
607K 23.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...