How I Married Your Father

By byFasyah

548K 16K 700

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 9 - CROSS BORDER

16.5K 596 15
By byFasyah

ANGIN pagi meniup lembut kewajahnya. Awning tudung dibetulkan, lilitan nya pula dikemaskan. Entah mengapa pagi ini, anginnya terasa sejuk. Ayra melangkah masuk kedalam bangunan pejabatnya itu. Pulang sahaja dari makan malam semalam, Ayra terus merebahkan badannya ke atas katil setelah selesai mandi dan solat. Awal pula lenanya.

"Morning bos!" ucap Ayra saat wajah mereka bertemu. Zakery hanya mengangguk tanda membalas sapaannya. Ayra rasa janggal, selalunya ceria sahaja Zakery menyahut sapaannya. Mengapa kali ini berbeza? Arghh! Perasaan mungkin!

Ayra segera ke ruang pantri. Dia mengambil satu sachet Latte lalu dibancuhkan ke dalam air panas. Itu rutinnya setiap pagi setelah Zakery masuk ke ruang pejabatnya. Dia perlahan-lahan membawa cawan panas itu ke bilik Zakery.

TUK ! TUK!

Ayra memasuki ruang itu setelah mendapat keizinan. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu namun disambut sepi. Moodnya seperti dingin. Sedingin ais batu!

"This coffee for you as usual." ucap Ayra. Zakery hanya diam membisu. Matanya tertumpu ke skrin komputernya.

"Are you okey bos?" soal Ayra ingin kepastian.

"Anything else?" soal Zakery dingin. Soalan Ayra dibiar tak berjawab. Hati Ayra terasa kecut, dia keliru dengan perubahan mendadak Zakery. Kecil hati dibuatnya.

"Sorry, saya keluar dulu." pinta Ayra lalu meninggalkan ruangan itu. Dia agak kehairanan. Adakah Daniel dah bagitahu semuanya?

Jari jemari Ayra pantas mencapai telefon bimbitnya. Number Daniel segera dihubungi. Nasib baik Zakery berikan number anaknya itu sebagai number kecemasan jika ada apa-apa yang berlaku kepada majikannya.

"Hello.." suara garau lelaki kedengaran dihujung talian.

"Daniel, its me Ayra. Can we talk?" soal Ayra. Dia ingin kepastian. Hati Daniel berbunga. Tidak disangka bahawa Ayra akan menghubunginya.

"Yes sure. Why Ayra?"

"Kau ada bagitahu bapak kau pasal kita?" soal Ayra tanpa melengah. Dia malas nak basa-basi.

"Pasal kita?" soal Daniel kehairanan. Setahunya, dia tidak sempat bertemu dengan ayahnya selepas makan malam semalam. Selepas berjumpa sahabatnya, dia terus pulang ke rumah neneknya, Datin Faridah.

"Nope. I tak bagitahu apa-apa pun. Semalam I balik rumah nenek I and kita orang belum berjumpa lepas makan tu. Why Ayra?"

"Nothing. Thanks!" Ayra terus meletakkan panggilan itu. Dia malas nak berlama-lamaan. Hm, jika Daniel masih belum bertemu dengan Zakery, ini bermakna rahsia itu masih kemas dalam simpanan. Jika bukan kerana itu, mengapa pula dia berubah?

SUDAH satu jam masa berlalu. Dia seperti cacing kepanasan. Ada je benda yang tak kena dimata. Barangan diatas meja diubah beberapa kali sedangkan barang tu memang sudah cantik tersusun. Ni semua gara-gara perubahan Zakery yang agak mendadak. Argh! Tak boleh jadi, dia tidak suka berteka-teki. Apa nak jadi, jadilah. Kalau ditakdirkan dia dipecat hari ini, dia sanggup daripada terus bermain perasaan sendirian. Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu melangkah laju keruangan Zakery. Kali ini dia langsung tak ketuk pintu, dan meluru masuk tanpa keizinan.

"Now tell me Dato Zakery Adam,apa salah saya?" soal Ayra dengan tegas. Zakery agak terkejut dengan kedatangan gadis itu. Dia tidak menyangka Ayra akan bertindak diluar batas.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?"

"Hah! That's not important right now. Saya nak tahu apa salah saya sampai bos layan saya macam ni? Kalau ada salah, tell me. Bukan bagi silent treatment." omel Ayra. Zakery meletakkan fail yang ditangannya ke atas meja. Dia berdiri tegak menghadap Ayra sambil menyilangkan kedua-dua tangannya.

"Awak terasa ke?" soal Zakery.

"Of course I am. Selalunya okey je, tapi harini macam nak bergaduh. Why? Apa salah saya?" Ayra mengulangi kembali pertanyaannya. Zakery mendengus kasar, moodnya semakin dingin. Dia menghampiri Ayra selangkah demi selangkah dan mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

"Why? Miss me already? Miss my sweet words?" suara nya gemersik, halus tapi tajam. Seolah menguji diri Ayra. Jantung Ayra berdegup kencang. Dia tidak pernah melihat sisi Zakery yang satu ini. Entah mengapa, sikap Zakery berubah sekelip mata. Tidak seperti Zakery yang dikenali sebelum ini.

"A-apa boss cakap ni?" soal Ayra gementar.

"Jika tidak berani bermain api, jangan sesekali menyalakannya Ayra." Zakery memberi amaran. Gulp! Zakery dah tahu segalanya ke?

"Apa bos cakap ni?" soal Ayra inginkan kepastian. Dia tidak mahu terburu-buru. Takut nanti rahsia itu terbongkar dari mulutnya sendiri pula.

"If you anggap I as your bos, please don't cross your border Ayra. Treat me like others. I will treat you like them too." tegas Zakery. Jantung Ayra semakin rancak berdetak. Dia tidak akan menunjukkan kelemahannya dihadapan lelaki itu. Apa nak jadi, jadilah!

"Hah! Kenapa kalau saya layan bos berbeza?" Ayra masih berani menjawab. Zakery mendengus. Dia berdiri tegak selang beberapa langkah sahaja dengan gadis itu. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar, dan matanya merenung tajam tepat kearah Ayra.

"You will regret Ayra.." sekali lagi Zakery memberikan amaran.

"Why? Takut jatuh cinta dengan saya?" Ayra masih taknak kalah! Dia inginkan jawapan mengapa memperlakukan dia sebegini, bukannya amaran demi amaran.

"Don't push my limit Ayra!"

"Then, I will push that button!" jawab Ayra tegas. Dia memang taknak mengalah selagi jawapan yang dicarinya tidak didapatkan. Zakery meraut anak rambutnya kebelakang. Smirk! Kau dah jolok sarang tebuan Ayra Maisarah!

"Jangan patah balik Ayra. Once you decide to push that button, I will not allowed you leave! I mean it. Think twice sebelum jawab!" tegas Zakery. Kali ini dia tak main-main.

Ayra mengenggam tangannya erat. Eh, dia yang palau kan kita, dia pula yang seolah tersakiti. Ayra mencebir. Dia sangat memahami apa yang dimaksudkan Zakery, namun egonya sangat tinggi. Seandainya dia mengalah sekarang, seolah-olah dirinya yang bersalah. Jika dia berdegil dan masih ingin melawan, dia dapat merasakan, akan ada sesuatu dihadapan yang kelak akan dikesali. Pertahankan ego atau berundur? Haih, mengalah jelah Ayra, nanti kau akan menyesal.

"And I mean what I said Dato Zakery Adam! I will take a responsibility and always keep my words." ucap Ayra. Eh, lain dihati lain dimulut pulaaa. Dasar egois.

"Then, be my wife. Bagitahu your parents, minggu depan saya masuk meminang." titah Zakery Adam.

"Alaaaa, tu je ke?" jawab Ayra selamba. Seketika dia terdiam dan mencakna kembali kata-kata Zakery sebentar tadi. Matanya membutang, jantungnya macam nak pecah!

"WHAT?!!" Ayra terjerit kecil. Dia baru sedar yang arahan itu memerlukan dirinya untuk bertukar status. Ya, status dari seorang pekerja kepada seorang isteri.

"Haritu cakap pandai jaga orang tua, now I want you take care of me till the end of mylife." jawab Zakery kembali. Renungannya masih tajam.

"If awak rasa tak sanggup, then you can leave now." sambung Zakery lagi. Dia masih memberi peluang untuk Ayra berundur. Manakala Ayra pula, lidahnya bagaikan dipaku. Dia terkedu, tidak tahu bagaimana ingin bertingkah. Benarlah, kerana badan mulut binasa.

"Kenapa diam huh? Tadi banyak sangat mulut!"soal Zakery lagi. Namun, soalannya digantung sepi. Ayra masih mendiamkan diri.

"Kalau nak berdiri tercegat macam patung cendana, get out!" suara Zakery semakin keras. Dia mula hilang sabar. Egonya mula memuncak. Takkan nak bagi muka lagi?

"GET OUT!!!" suara Zakery semakin lantang sekaligus mengejutkan gadis itu. Ayra mendengus kasar dan menjeling tajam kearah Zakery.

"Ishhhh jangan jeritlah. Sabar lah, saya tengah terkejut lagi ni. Tengah digesttt semua apa bos cakap. Tiba-tiba kena pekik. Sakit tau telinga niii" bibirnya mencebir. yaAllah Ayra, kau boleh menjawab lagi ye waktu macam ni.

Kali ini Zakery pula kehilangan kata-kata. Budak ni memang tak takut aku ke? Aku dah marah macam ni pun, selamba je dia jawab macam tu? Dia menghela nafas beratnya. Banyak persoalan yang bermain difikirannya. Semalaman Zakery memikirkan hal ini sehingga ia tak boleh tidur. Itu yang menambahkan lagi 'badmood' hari ini. Kau perlu diajar Ayra!

"You push my limit already Ayra. I warned you already right? Dah, I don't need your answer and you don't have any choice. Inform your family, by next week my family akan datang untuk masuk meminang. Is it clear?" ucap Zakery. Dia sudah nekad dengan keputusannya. Alang-alang sudah terlanjur melamar, dia teruskan saja niatnya. Walaupun ia boleh dikategorikan sebagai 'lamaran secara paksa'.

"Saya tak cakap saya terima.." jawab Ayra gugup. Mukanya pucat, bibirnya terasa kering!

"You told me that you will take the responsibility right? Munafik untuk orang yang tak berpegang pada kata-kata. Ke awak ni pandai sembang kencang je? Hanya pandai bermain kata-kata, tapi tak berani bertanggungjawab ke atasnya." Zakery cuba provoke diri gadis itu. Dia mahu melihat sejauh mana Ayra mempertahankan egonya.

Ayra mula rasa tercabar dengan kata-kata yang diungkapkan lelaki itu. Bapak dengan anak sama je, dua-dua menyakitkan hati. Siapa cakap aku munafik ha? Siapa yang sembang kencang? Kau silap provoke orang ni. Kau akan menyesal Zakery. Aku ni seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal. Kau yang offer untuk jadi korbannya, jangan salahkan aku dikemudian hari!

"Okey, I will text you my address. Oh ya, memandang kan esok dah cuti weekend, why not datang je hari Ahad ni. Tak payah tunggu minggu depan, lambat! Make it fast Zakery Adam!" cabar Ayra. Alang-alang nak bermain api, biarlah sampai terbakar sekali. Zakeri tersenyum sinis.

"Yakin?" Zakery masih ingin menduga.

"Yes, 100% sure. Why? Tak berani? Or tak bersedia?" kali ini dia cuba provoke lelaki itu kembali. Senyuman sinis menghiasi wajah. Tidak mudah untuknya mengalah begitu sahaja.

"No problem. By the way, I love you pronouns my name without 'Dato' my futureee wife. Keep calling me with that name after this." Zakery mengenyitkan matanya. Sengaja perkataan 'future wife' ditekankan. Bertambah sakit hati Ayra dibuatnya. Dia mendengus dan mengorak langkah nya kearah pintu. Dia ingin meninggalkan ruangan itu segera, panas!

"Oh ya my future wife. Please cancel all meeting dengan department hari ini. Then, you terus balik. Discuss with your family and wait for me this weekend okey?" pesan Zakery sambil tersenyum sinis. Ketawanya terhambur diudara. Panas telinga Ayra! Entah mengapa, ditelinganya kedengaran seolah-olah Zakery sengaja menganjing dirinya. Dia terus keluar dari bilik itu tanpa menoleh. Alang-alang boleh balik awal, dia tidak akan sia-siakan. Buat apa lama-lama disitu, bikin hati panas sahaja. Zakery Adam, kau yang cabar-cabar aku kan? Okey, let's play the game!

Namun, apakah yang menyebabkan perubahan Zakery Adam secara mendadak? Adakah dalam diam dia  juga merancang sesuatu?

Continue Reading

You'll Also Like

26M 779K 76
"You are mine!" He roars. "I will do whatever it takes to make you know that. Whether it means I lock you up in a prison and throw away the key." Foo...
2.1M 52K 38
Jessie Cross is a typical bad boy with the title. He loves cars and racing and is basically an adrenaline addict. He loves tattoos, music, the women...