How I Married Your Father

By byFasyah

379K 11.8K 590

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?

12.7K 438 31
By byFasyah

HARI ISNIN atau gelarannya 'Monday Blues' oleh kebanyakkan orang setelah bermalasan sepanjang hari minggu. Waktu rehat tu rasa macam tak puas, sekejap je masa berlalu. Badan pula rasa lemau bila nak mulakan rutin bekerja seperti biasa.

Namun, itu bukan masalah utama bagi Ayra Maisarah. Kejadian minggu lepas masih segar diingatan. Perasan malu tu juga masih menebal didalam diri. Rasa macam nak pakai topeng! Kenapalah jatuh kat dada lelaki itu, biar jelah jatuh kat lantai. Takdelah malu sangat. Tapi, jatuh kat lantai pun sakit, hmm...

"Ayra, masuk bilik saya sekarang." arah Zakery sebaik sahaja ia tiba di ruang pejabat. Kakinya melangkah laju, seperti orang yang terburu-buru. Ayra hanya mengangguk dan mengekor sahaja langkahnya tanpa bicara. Dia sedikit lega apabila Zakery menunjukkan riak biasa apabila tiba sebentar tadi. Takdelah dia rasa segan sangat kan?

"Yes bos, ada apa-apa yang bos perlukan?" soal Ayra sebaik sahaja tiba dibilik pejabat Zakery.

"After lunch, Follow saya ke Terengganu untuk visit our branch hotel kat sana." arah Zakery. Terengganu? Bukankah itu tempat Alisa ditugaskan?

"Tempat Alisa transfer ke bos?" soal Ayra inginkan kepastian. Dia tidak mahu berharap. Bohonglah jika dia tidak rasa teruja, dia amat merindui sepupunya itu. Hm, lebih tepat lagi rindu nak bergosip!

"Ye, tempat Alisa kena transfer. Kita akan bermalam kat sana around dua malam. So, please arrangekan kerja pada Fiza seperti biasa dan make sure sepanjang saya takde kat sini, Arshad akan incharge." arah Zakery. Sememangnya Fiza dan Arshad adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya majikan mereka oustation. Segala urusan syarikat, merekalah orang kuat yang akan menguruskan.

"Kita berdua je ke bos?" soal Ayra polos.

"Awak nak bawa satu kampung ke?"

"Eh taklah. Saya tanya je. Yelah, kalau selalu berdua je, bahaya lah bos" Jawapan Ayra sememangnya spontan. Nak cakap lurus bendul, dia pandai orangnya.

"Apa yang bahaya? Saya bukan makan orang pun. Lagipun you're not my type." Jawab Zakery selamba. Matanya terus tertumpu pada skrin komputer tanpa mengendahkan reaksi gadis itu. Ayra mencebik. Bukan taste kau ye orang tua?

"Eleyh, sekarang boleh lah. Nanti kalau bos terjatuh cinta pada saya, haaa saya taknak tanggungjawab ae. Saya dah bagi warning awal-awal. Sebab kebanyakkan lelaki yang jatuh cinta dengan saya, susah nak move on." selamba je Ayra berkata-kata. Tanpa menunggu jawapan Zakery,Ayra segera melangkah keluar. Kalau ditunggu, mahu dibambunya nanti. Bukan dia tak tahu, mulut Zakery boleh tahan hebatnya. Daripada biarkan telinganya kena tadah, baik dia keluar cepat. Sememangnya Ayra taknak kalah! Berani dia kata aku bukan taste dia. Alang-alang dah sakit hati, marilah kita sakit hati bersama.

Zakery terkedu mendengar kata-kata dari mulut secretarynya. Dia menghantar gadis itu keluar dengan ekor matanya. 'Bila lah budak ni nak belajar takut dengan aku. Tak cukup garang ke aku ni?' desis hatinya. Nak marah pun tak guna, sebab Ayra bukan orang yang makan saman. Dia sangka Ayra akan lebih behave setelah kejadian malam itu. Dia sengaja membalas kembali usikan Ayra ketika itu. Dia ingin lihat sejauh mana Ayra akan menjawab. Tapi lain pula yang terhidang. Wajah Ayra kemerahan, dia jadi tidak tentu arah dan clumsy. Sejujurnya, dia terhibur dengan keletah Ayra. Nak usik orang, tapi bila diusik, dia yang mengelabah. Tanpa ia sedar, sebaris senyuman terukir diwajah tatkala gadis itu bermain difikiran. Adakah Zakery mula tertarik?

********************************************

JANTUNGNYA berdegup kencang. Ayra tidak keruan saat Daniel melamarnya dihadapan pelajar lain di kampus. Entah sejak bila, Daniel mula memenuhi ruang dihatinya. Effort Daniel yang tidak putus asa untuk meraih cintanya telah mengubah keputusan yang dipertahankan sekian lama. Untuk pertama kali, Ayra menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya selain ayah.

"Daniel janji, if you accept me as your boyfriend, I will love you till the end. Daniel takkan sia-siakan peluang yang Ayra bagi pada Daniel. Please, I really love you." Rayu Daniel bersungguh. Ayra tersenyum panjang dan dia merenung dalam dalam ke mata lelaki itu. Mencari kekuatan untuk menerima.

"if I say yes, please take a good care of me okey? Jangan pernah sia-siakan hati Ayra sebab Daniel adalah lelaki pertama yang Ayra izinkan untuk masuk dalam hidup Ayra." pinta Ayra tulus.

"yes, I will Ayra." ucap Daniel lalu menghulurkan sejambak bunga ke gadis itu. Setelah sekian lama ia mencuba untuk memikat Ayra, akhirnya berhasil jua. Namun, kemanakah perginya janji-janji itu?

"AYRA!" Suara Zakery menghentikan lamunannya. Entah mengapa, dia teringat kembali kenangan-kenangan yang menyiksakan jiwanya. Itu bukan rindu, tapi dia masih tersesat dalam kenangan yang membebankan. Ayra berdecit, dia benci saat wajah lelaki itu bermain di fikiran nya.

"Ayra, are you listen to me?" soal Zakery sekali lagi setelah panggilannya disahut sepi. Ayra berdehem dan membetulkan tempat duduknya. Cover Ayra cover!

"Sorry, bos cakap apa tadi?"

"Saya minta tengokkan maps tu, berapa lama lagi kita nak sampai ke Kuala Terengganu?" arah Zakery. Entah mengapa, dia berasa lama pula perjalanannya kali ini. Adakah sebab berdua-duaan sahaja dengan gadis yang suka mengusiknya itu? Yelah, pantang ada peluang, ada sahaja celoteh gadis itu untuk mengenakan dirinya. Tapi sudah tiga jam lebih mereka dalam perjalanan, suara Ayra langsung tidak kedengaran. Macam janggal pula rasa. Sesekali terdengar Ayra mendengus, kemudian gadis itu mengeluh pula. Apalah yang difikiranya pun tidak tahu. Maps tu pula hanyalah alasan Zakery untuk memulakan perbualan. Arghh, ini bukan kebiasaan Zakery! Dia tidak suka borak kosong apatah lagi ingin mengambil tahu hal orang lain. Kenapa kali ini berbeza pula?

" Hm, kalau ikut maps ni lagi sejam kita sampai. Kalau bos bawak slow, mungkin lebih." jawab Ayra dengan nada series.

"Kalau bawak laju?"

"Kalau laju, tak sampai sejam kud. Tapi membahayakan nyawa. Tak sempat kita nak kawen nanti." haaa, Ayra is back! Mula lah tu nak jadi ulat bulu. Tadi bukan main mood melayang terkenangkan kisah lama.

"Awak takde boyfriend ae?" soalan spontan keluar dari mulut lelaki itu. Yelah, usik-usik ni sebab terlalu kesunyiaan ke?

"Hm, ada! Tapi dulu." jawab Ayra. Nada nya kembali perlahan. Terasa luka lama mula dirobek kembali.

"Why?" soal Zakery ingin tahu. Takkan lah secantik Ayra ni tidak berpunya.

"Dia tak ikhlas pun dengan saya. Bagi dia, perasaan ni satu permainan. Lagipun dia dah ada perempuan lain. Dari terus tersakiti, baik saya undur diri." jawab Ayra tulus. Dia tidak berminat untuk bercerita dengan lebih dalam. Cukup tahu yang perlu sahaja.

"Once cheater always a cheater. Dia tu lelaki malang yang tak hargai awaklah." Zakery cuba mengambil hati gadis itu. Dia serba salah kerana bertanya. Seolah mengarit luka lama. Ayra membuang pandangan ke luar tingkap, bibirnya sedikit mencebik, 'lelaki malang dan takguna tu anak kau lah!' gumam hatinya. Geram!

"Saya dah jawab kan? Sekarang bos pula jawab, kenapa bos tak kawen lagi? Bukan ke dah 20 tahun bos menduda? Bos tak nak cari pengganti ke?" bertubi-tubi soalan yang diajukan. Dahi Zakery berkerut. Ia memikirkan adakah perlu atau tidak dia menjawab soalan-soalan itu.

"saya tanya satu je kan soalan? Kenapa banyak sangat tanya?" balas Zakery.

"Ala, jawab jelah bos. Tak sporting betul." Ayra mencebik. Eh, budak ni kang! Zakery menghela nafasnya, terasa hatinya turut mengimbas luka lama.

"Saya taknak melukakan hati sesiapa lagi. Cukup lah perkawinan saya dengan arwah. Lagipun, fokus saya untuk anak tunggal saya. I will give my best for him." jawab Zakery ringkas. Untungnya kau Daniel, bapak kau sayangkan kau melebihi segalanya. Tapi kau kat sana kuat berfoya-foya. Huh! Jangan risau, nanti aku didik kau balik, aku kann bakal  jadi MAK TIRI kau yang tersayang!

"Bos taknak buka hati bos pada sesiapa?" soal Ayra ingin menguji.

"Saya dah tua Ayra. Lagi 4 tahun saya dah nak masuk 50 tahun. Kubur kata mari, rumah kata pergi."

"Tapi saya pandai jaga orang tua." jawab Ayra selamba. Zakery menggeleng. Tak habis-habis budak ni nak sakat dia lagi.

"You're young,Ayra. Banyak benda lagi nak explore. Enjoy your life to maximum. Nanti dah tua, banyak benda terbatas." nasihat Zakery tulus. Kalau diikutkan, umur Ayra lebih kurang je dengan anak tunggalnya.

"Tapi ada je orang muda kawen dengan orang yang berumur. Lagipun bos taknampak tua. Macam Hritik Roshan, makin tua makin handsome!"

"Then your taste orang tua?" uji Zakery.

"Saya tak kisah. Muda ke tua ke, as long as dia matang dalam hubungan. Umur bukan penghalang tapi kejujuran, keikhlasan dan kepercayaan itu lebih menjadi keutamaan." kali ini jawapan Ayra memang jujur. Umur bukan satu penghalang jika lelaki itu boleh menjaga dirinya.

"Kalau satu hari kita berjodoh, saya pun tak tolak bos." sambung Ayra lagi. Kali ini, jawapannya mendapat jelingan tajam dari majikannya itu.

"I ask you again,Ayra. Are you try flirt with me?" suara Zakery bertukar tegas. Dia tahu, Zakery memang tidak suka jika secretarynya melebihi batas. Cuma dengan Ayra sahaja dia berlembut sikit.

"Alaaa, saya bergurau je. Bosan lah bos kalau serious je. don't worry, saya cakap ni without feeling pun." jawab Ayra cuba mendamaikan suasana yang mula tegang.

"i just remind you,Ayra. Saya tak suka..."

"Tak suka secretary mengatal dengan bos sendiri?" Ayra cepat-cepat memotong kata-kata Zakery. Dan suasana menjadi senyap. Zakery tidak menjawab apa-apa. Dia biarkan sahaja soalan itu tergantung sendri. Haih, susahnya nak pecahkan tembok ego seorang lelaki bergelar Zakery Adam!

***********************************

AYRA menghempaskan badannya ke atas katil empuk itu. Lima jam perjalanan terasa panjang, ditambah pula kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur. Habis satu badan rasa lenguh akibat duduk didalam kereta untuk jangkamasa yang lama. Dah lah takde berhenti mana-mana perhentian. Dasar bos!

"Macam mana kerja setakat ni? Best tak?" soal Alisa ingin tahu. Dia melabuhkan punggungnya disamping Ayra.

"Not bad lah. Tapi bos kita tu boring sikitkan?" soal Ayra.

"Mesti dia series all the time kan? Nak bergurau pun susah, betul tak?" teka Alisa. Dia tahu sangat Zakery itu bagaimana orangnya. Lelaki yang terlalu obses dengan kerja dan strict. Susah nak tengok dia bergurau dengan mana-mana stafnya.

"Boleh lah. Tapi ayra selalu juga loya buruk dengan dia. Kadang-kadang bagi pickup line" jawab Ayra dengan mimik muka berlagak. Well, aku je boleh kacau bos!

"Seriously Ayra? Then, you kena warning letter tak? Ke kena buang kerja?" Alisa mula rasa tidak keruan. Zakery tak kan semudah itu menerima. Ayra menggeleng laju.

"Tak lah, dia okey je. Bohong lah kalau dia takde rasa annoying, tapi Ayra peduli apa." Ayra ketawa sinis.

"Ayra dah tahu siapa bapak Daniel...." sambung Ayra.

"Siapa?! Tua sangat tak orangnya?" soal Alisa ingin tahu. Mesti tua kan orangnya? Sanggup ke Ayra nak teruskan?

"Nope! Dia tak tua mana pun. Mulanya Ayra pun pikir dia tua, rupa-rupanya masih ada market. Duda yang masih hot dipasaran!"

"Seriously? Ada gambar tak ?" Alisa semakin teruja. Ayra tersenyum sinis. Dia terus  mengeluarkan telefon dari handbagnya. Mujur dia simpan gambar yang diprolehi dari Personal Investigator yang diupah. Tak sia-sia bayar mahal sikit. Saat Ayra menunjukkan wajah lelaki itu, Alisa cepat-cepat menutup mulutnya yang sedikit ternganga. Dia terkejut dan seolah tidak percaya. Ini kebetulan atau suratan?

"Wei, Zakery Adam? Bos kita? CEO Berkat Holding?" soal Alisa masih tidak percaya. Tolonglah sesiapa bagitahunya ini prank!

"Absolutely! Ayra pun terkejut at first place. But, takdir berpihak kepada Ayra. Thanks recommend this position to me, nampak susah tapi tak mustahil." jawapan Ayra membuatkan Alisa bertambah gugup. Sorry bos, I masukkan sarang tebuan dalam office you. Ampun!

Dan malam itu juga, Ayra menceritakan segala-galanya kepada Alisa apa yang terjadi sepanjang bergelar secretary Dato Zakery Adam dari hari pertama mereka bertemu sehingga situasi didalam kereta tadi, kecuali kejadian pada malam yang memalukan itu. Biarlah ia menjadi rahsia antaranya dan Zakery Adam. Aib !!

Continue Reading

You'll Also Like

Zafiq's [C] By D

Short Story

70.1K 2.6K 36
1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RA...
39.7K 2.5K 25
Qaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya...
323K 14.1K 46
"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai antik tu! Dapat boss macam Alien pula tu...
Fahad's By D

Romance

2K 211 11
2nd Flirty series Kahwin dengan sepupu sendiri!? "Rai yakin sangat ke yang Rai tak ada perasaan pada abang? Jangan nak nafi lagi. kalau Rai nak abang...