NADINE SOFEA

By sayamelur

237K 20K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

33 - NADINE SOFEA

5.2K 493 47
By sayamelur

Tegang.

Sangat tegang.

Suasana begini mengundang rasa janggal dalam diri Nadine ketika ini. Sampaikan mahu bernafas pun dia rasa serba salah.

Mata leka memandang Harlem di kanan dan Ezra di sebelah kiri katilnya silih berganti. Beberapa minit sudah berlalu, dua jejaka kacak itu tidak berhenti merenung antara satu sama lain. Macam nak tembus saja dahi masing-masing.

Ada pertandingan renung-merenung ke sekarang? Sampai tak berkedip langsung mata tu Nadine perhatikan dari tadi.

"Saya nak pergi tandas." beritahu Nadine. Malas nak ambil port. Buang air lagi bagus.

"Aku hantarkan."

"I teman you."

Serentak mulut Harlem dan Ezra menjawab. Dahi Nadine berkerut melihat perangai aneh dua orang lelaki di hadapannya.

Demam ke apa?

"Saya boleh pergi sorang." Nadine bersedia mahu turun dari katil.

"No." sekali lagi Nadine terkejut mendengar jawapan serentak Harlem dan Ezra.

Dah gila agaknya kut?

Berebut Harlem dan Ezra mahu membantu Nadine sampaikan kedua belah tangannya ditarik ke kiri dan kanan.

"Tak payah pegang lah!" Nadine jadi rimas. Suaranya sedikit tinggi membuatkan Harlem dan Ezra membatu seketika.

Sempat dua jejaka kacak itu dijeling sebelum Nadine membuka langkah perlahan menuju ke tandas.

"Nadine, aku tolong-"

"No, it's okay, Harlem. Saya dah boleh jalan sendiri. Tak sakit mana pun. Awak tunggu sini je." halang Nadine lagi.

Mata Harlem dan Ezra bertemu. Sakit hati melihat reaksi muka Ezra seakan mengejeknya.

Padan muka kena reject!

Usai menyelesaikan hajat, Nadine keluar semula dari tandas. Harlem dan Ezra juga serentak berdiri dari tempat duduk masing-masing mahu membantu namun Nadine pantas beri isyarat 'Tidak Mahu'.

Perangai Harlem dan Ezra pelik sangat hari ini sehingga merimaskan dia. Nak saja Nadine halau dua orang tu keluar dari sini.

"Nad, you dah makan?" soal Ezra sebaik saja Nadine melabuhkan punggung di katil.

"Dah, dia dah makan." sampuk Harlem.

"Aku tanya Nadine kan? Bukan kau." balas Ezra menyampah.

Sibuk saja nak menjawab.

"Sukahati lah kalau aku nak jawab pun. Dah memang dia dah makan tadi. Aku yang suapkan."

Nadine yang berada di tengah-tengah Harlem dan Ezra hanya berpeluk tubuh bersama gelengan di kepala.

Perangai macam budak-budak.

Siapa sebenarnya yang tengah sakit sekarang? Dia ke dua ekor ni?

"I ada bawa pizza. I pilih topping favourite you. Nak makan tak?" kotak pizza di atas meja bersebelahan katil Nadine diambil.

"Nadine tengah sakit so tak boleh makan pizza. Otak kau tu function ke tak sekarang? Orang sakit di bagi makan pizza. Nonsense." Harlem menggeleng kepala.

"Sakit kaki terpijak paku ada kaitannya dengan pizza ke? Otak kau kut yang tak function sekarang?" balas Ezra.

Jealous lah tu.

"Bawa balik pizza kau tu. Aku tak benarkan Nadine makan."

"Nadine tak kata dia tak nak. Kau saja yang bising dari tadi."

"Aku suami dia, hak aku lah."

"Baru nak mengaku suami. Sebelum ni-"

"Dah, diam!" Nadine sudah hilang sabar.

Harlem dan Ezra terus jadi bisu. Baru kali ini mereka lihat wajah Nadine bertukar bengis. Comel-comel begitu pun boleh nampak garang juga ya?

"Kalau awak berdua suka sangat nak bergaduh, sila keluar dari sini. Saya nak rehat dengan tenang. Keluar sekarang." halau Nadine geram.

Harlem dan Ezra diam membatu di situ. Dalam masa yang sama, mereka sempat membalas jelingan.

"Selamat pagi Cik Puan Nadine." sapa Dr Veena, doktor yang ditugaskan untuk merawat Nadine sepanjang dia di tahan di wad tersebut.

Suara ceria doktor tersebut sedikit mengubah suasana bilik yang tadinya agak janggal.

"Morning, Dr." balas Nadine mesra.

Dr. Veena menghadiahkan senyuman kepada Harlem dan Ezra sebelum menghampiri Nadine.

"Kaki Cik Puan hari ini macam mana? Masih rasa sakit?" soal Dr Veena membuka bicara.

"Dah okay sikit berbanding semalam." beritahu Nadine.

Doktor Veena lantas menjalankan pemeriksaan di kaki Nadine yang luka bersama seorang jururawat. Berkerut dahi Nadine menahan sakit apabila jururawat mencuci lukanya.

Melihat reaksi Nadine, Harlem pantas menghulurkan tangan agar dengan menggenggam tangannya Nadine dapat melawan rasa pedih itu.

"Tahan sikit." bisik Harlem.

Tangan Harlem digenggam erat sambil kepala Nadine mengangguk kecil.

"Luka Cik Puan dah nampak kering." beritahu Dr Veena sejurus selesai jururawat membalut semula kaki Nadine.

"So rasanya kalau tak ada apa-apa hal, Cik Puan dah boleh discharge petang ni." wajah Nadine berubah ceria setelah mendengarnya.

Yay! Dah boleh balik rumah. Sumpah, dia bosan dan dalam masa yang sama takut tinggal di hospital walaupun hanya satu malam.

"Kalau Nadine discharge malam sikit boleh tak, doktor? Sebab petang ni mungkin saya tak dapat ambil Nadine di hospital. Ada hal sikit yang nak kena saya uruskan." pinta Harlem.

Tadi dia baru dapat panggilan dari Gary. Katanya Wilson mahu berjumpa di istana. Ada hal keluarga.

Jika Wilson sudah sebut tentang keluarga, semua kerabat Emmerson wajib hadirkan diri. Jadi terpaksalah.

"Tak apa. Aku boleh ambil Nadine petang ni. Bukan susah mana pun nak ganti tempat kau." Ezra senyum penuh makna.

Air muka Harlem jadi tegang di saat mendengar Ezra menuturkan ayat terakhir itu.

Otaknya masih berfungsi dengan baik untuk mentafsir apa yang dimaksudkan oleh Ezra tadi.

"So Nadine, petang ni I ambil you okay?"

Nadine cuma diam. Bawah bibir di gigit tanda serba salah. Geleng pun tidak, angguk juga tidak.

Wajah Harlem di sebelah dikerling sekilas. Riak lelaki itu kosong.

Susahnya nak baca reaksi muka Harlem kan?




















* * * * *

Jari telunjuk tidak berhenti mengetuk meja. Jam tangan berjenama Audemars Piguet yang di sarung pada pergelangan tangan asyik ditilik entah berapa kali.

Harlem sudah tidak senang duduk setelah menyedari jarum jam menunjukkan pukul 5:30 petang.

Setiap butir kata yang Wilson dan ahli keluarganya sedang bincangkan sekarang langsung tidak masuk ke telinga Harlem.

Sehingga dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya hal-hal yang begitu penting sehingga semua kerabat Emmerson dikumpulkan dari tengahari tadi.

Fokusnya hilang sejak dia datang ke sini.

"Punggung kau bisul ke? Terkinja-kinja dari tadi aku tengok." tegur Erika di sebelah.

Tumpuannya turut terganggu apabila menyedari perlakuan sepupunya.

"Lama lagi ke?" bisik Harlem pula. Jam tangan ditilik semula sebelum meraup rambut ke belakang.

Agak-agak Nadine masih ada di hospital tak sekarang?

Erika hanya menggeleng kepala.

"Pergi lah minta excuse kalau kau ada hal. Aku dengar isteri kau masuk hospital. Ha, guna lah alasan tu." Erika beri cadangan.

Harlem diam sejenak. Memang itu pun alasan kenapa Harlem jadi macam cacing kepanasan sejak tadi.

"Bukan susah mana pun nak ganti tempat kau."

Suara Ezra itu sering terngiang-ngiang di telinga Harlem sehingga membuatkan dia jadi gelisah tak tentu arah.

Bencinya Harlem mendengar sebaris ayat itu. Ego yang dibina seakan dicabar.

Membayangkan Nadine akan berduaan dengan Ezra di dalam kereta yang sama saja sudah mampu mengusutkan fikiran Harlem.

Bagaimana kalau Ezra membawa Nadine ke tempat lain?

Atau...

Macam mana kalau dia tiba di rumah nanti, Nadine masih belum pulang?

Atau...

Ezra bawa Nadine lari?

"Shit!" tangan menampar meja.

Semua mata serentak terarah melihat Harlem.

Suasana hening menyedarkan Harlem yang hampir larut dalam fikiran sendiri.

"What's wrong, Harlem?" soal Tengku Mazhar. Ayahnya turut berada di situ.

Harlem jadi kekok campur malu. Belakang lehernya diusap perlahan.

"Isteri dia kan masih dekat hospital, uncle. Sebab tu dia macam kucing nak beranak je dari tadi. Gelisah tak tentu pasal." sampuk Erika sempat mengusik di sebelah.

Harlem menjeling Erika. Sedaya upaya air muka dikawal menahan malu.

Kurang ajar kau, Erika! Patutlah kena tinggal dengan Jaden dulu!

"Pergilah. Kenapa tak bagitahu?Kesian isteri tengah tunggu tu." sambung Wilson pula.

Suara Tengku Kaizer dan Tengku Eddie yang sedang mentertawakannya jelas kedengaran membuatkan hatinya bertambah sakit dengan Erika.

Jatuh saham dia!

Harlem lantas berdiri dan sempat pamit di hadapan semua orang sebelum melangkah laju mendapatkan keretanya di luar istana.

Enjin dihidupkan. Pedal minyak ditekan kuat agar lebih pantas sampai ke hospital.

Mata asyik terkalih melihat dashboard kereta. Jam hampir menunjukkan pukul 6:00 petang.

Haih, dalam dia sedang mengejar masa kenapa mahu diseksa lagi dirinya dengan jammed seperti ini?

Keluhan berat tidak henti keluar dari mulut Harlem. Hon sering dibunyikan agar kereta di jalan raya memberi ruang untuknya dan bergerak lebih laju lagi.

Dia ada hal yang mustahak okay?

Kecemasan.

Antara hidup dan mati.

30 minit terperangkap di dalam jammed, akhirnya Harlem berjaya tiba di hospital. Usai memarkirkan kereta, kaki meluru masuk ke bangunan hospital untuk menuju ke bilik wad Nadine.

Sebaik pintu di buka, kedatangannya disambut dengan bilik yang sepi tanpa kelibat Nadine di situ. Katil yang digunakan oleh isterinya juga tampak kemas.

Nadine sudah pergi. Harlem terlambat!

Rahang diketap kuat. Tangan digenggam erat menumbuk daun pintu.

"Tengku cari Cik Puan Nadine ya? Dia dah discharged pukul 5 tadi." seorang jururawat yang terserempak dengan Harlem memberitahu.

Sempat bibir mengukir senyum malu. Rezeki betul hari ini boleh terjumpa Tengku kacak yang sebelum ini hanya mampu diintai di laman sosial milik lelaki itu.

Beruntungnya Nadine boleh memiliki lelaki sekacak ini!

Kalau dia dipinang menjadi isteri nombor 2 sekalipun sejuta kali dia sanggup tau.

Harlem kerling jururawat di hadapannya. Dia tahu tentang itu. Tak payah bagitahu kut. Buat hati dia makin panas saja.

"Harlem!"

Suara lunak menyeru namanya itu membulatkan mata Harlem. Tanpa sedar ada segaris senyuman terukir di bibir.

"Nadine..." bisiknya.

Kaki pantas meluru ke arah gadis itu sampaikan bahu jururawat tadi tidak sengaja di langgar kuat sehingga terdorong ke belakang.

"Awak baru sampai-"

"Eh?"

Lidah jadi kelu apabila tubuhnya dibawa ke dalam pelukan lelaki itu. Harlem dakap erat tubuh Nadine. Nafas lega dihembus entah berapa kali.

Nadine masih di sini.

Ya, dia di sini.

Bersamaku.

Dalam pelukanku.

"H-Harlem?"

Belakang tubuh Harlem ditepuk perlahan.

Pelik. Mimpi apa entah datang-datang saja tiba-tiba nak peluk orang?

Mata Harlem terbuka luas. Dia mula menyedari tindakan sendiri. Pantas pelukan mereka dileraikan. Rambut diraup ke belakang. Mata melilau entah ke mana menahan rasa malu.

Nadine menyembunyikan senyuman. Muka merah Harlem menggamit rasa lucu. Comel pun ada.

"Awak okay?" soal Nadine.

Salah makan mungkin?

Sekali lagi jari meraup rambut ke belakang. Harlem memberanikan diri untuk memandang wajah Nadine di hadapan.

"Barang dah kemas semua?" sengaja soalan Nadine tadi tidak dijawab.

"Dah." Beg yang berada di tangan di angkat tinggi.

"Sini. Aku bawakan." beg bertukar tangan.

"Awak baru sampai ke? Sorry kalau awak lama tunggu. Tadi saya terserempak dengan Thea. Awak ingat kan? Classmate saya dulu. Tak sangka sekarang dia dah jadi doktor pakar di sini. Seronok sangat borak dengan dia tadi." jelas Nadine.

Harlem diam namun hatinya penuh rasa lega. Jadi itu sebabnya mengapa Nadine tidak berada di bilik tadi. Ketiadaannya tidak ada kaitan langsung dengan Ezra.

"Good for her." jawab Harlem ringkas.

"So, kita balik rumah?"

Nadine angguk setuju.

Harlem bersedia mahu melangkah. Tangan Nadine sempat diraih lalu di bawa ke dalam genggamannya. Mereka mula berjalan beriringan.

Bibir Nadine senyum nipis melihat jarinya sedang bertaut erat dengan jari Harlem.

Susahnya mahu memahami seorang lelaki bernama Harlem ini. Sekejap dia begini. Sekejap dia begitu.

"Boleh jalan tak? Kaki tak sakit?" tanya Harlem menoleh Nadine di sebelah.

"Okay je. Tak sakit macam semalam." jawab Nadine.

"Lapar?" soal Harlem lagi.

"Tak. Kenyang lagi. Tadi Thea ajak saya makan."

Reaksi Harlem berubah masam mendengar jawapan Nadine. Sibuk saja si Thea tu!

"Kalau awak lapar, saya boleh je teman awak makan. Tak ada masalah pun."

"Betul ni?" tanpa sedar suara Harlem kedengaran teruja.

"Hm." Nadine angguk laju.

"Okay!" Harlem makin bersemangat.

Usai tiba di parkir kereta, Harlem menghantar Nadine sehingga ke bahagian penumpang.

"Boleh tak tu?" berkerut dahinya melihat Nadine terkial-kial masuk ke dalam perut kereta.

"Boleh!" Nadine terjerit kecil apabila Harlem tiba-tiba menggendong tubuhnya lalu mendudukkan dia di atas kerusi penumpang.

"Kenapa awak suka buat saya macam tu?" Nadine jadi geram pula. Hampir tercabut jantungnya tadi. Nasib tak jatuh.

"Buat apa?" Harlem tunjuk muka tidak bersalah. Kepala digeleng sambil tangan memasang tali pinggang keledar di tubuh Nadine.

Selesai menguruskan gadis itu, pintu ditutup dan berjalan menuju ke tempat pemandu.

Baru saja enjin kereta dihidupkan tangan tidak sempat menurunkan handbreak apabila terdengar notifikasi telefon bimbitnya berbunyi.

Satu pesanan ringkas di buka.

Nadine bersama dengan kau hari ini bukan bermaksud aku mengalah, Harlem. Aku sayang Nadine. Aku cintakan isteri kau. So step up your game, bro. Jangan sampai Nadine pilih aku berbanding suami dia sendiri.
-Ezra-

Pesanan ringkas dari Ezra itu cukup membakar jiwa Harlem. Tangan menggenggam kuat telefon bimbit. Bibirnya hanya mampu tersenyum sinis.

Jadi, secara rasmi Ezra sedang melancarkan perang terhadapnya.

Wajah Nadine di sebelah dikerling.

Senyuman sinis di bibir masih belum pudar.


Salah orang yang Ezra cabar sekarang.











-end of chapter 33-

Continue Reading

You'll Also Like

10.5K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...
8.1K 503 11
• romance • 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan ata...
876K 5.5K 10
[ YUSOF AYSAR X KHAIRIN ALANA ] 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 : 1 A melodrama romance story Soon-to-be published in ebook ver. start : 12 Jan 2024 end :...
2.2M 49.8K 80
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam h...