C | Miss Sunset

By jelitalily

94.7K 4.1K 172

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 10

1.9K 77 4
By jelitalily

Luggage yang bersaiz sederhana dibawa dengan berhati-hati menuruni tangga ke tingkat bawah. Satu persatu satu tangga dipijak.

Sofea santai memakai jubah abaya hitam dan shawl hitam, janji menutup aurat. Kaca mata bulat yang senget dibetulkan bila sudah sampai ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari kelibat abangnya namun tiada.

"Brother ! Cepatlah nanti lambat sampai rumah tokma" panggil Sofea.

Pada awalnya dia seorang saja yang mahu pulang ziarah neneknya tetapi tiba-tiba abangnya mahu ikut serta jadi mahu tidak mahu dia kenalah terima kehadiran abangnya.

"Wait princess ! Ibu ada nampak tak stoking Safy kat mana." Laung Safy dari tingkat atas.

Sofea mengeleng kepala, rasanya dia sudah lama bersiap namun abangnya lagi lama bersiap. Hairan siapa perempuan, siapa lelaki sekarang.

Muncul datin Aida dari dapur. "Sofea makan dulu. Ibu nak pergi tengok abang kamu. Entah apa nak jadi dengan dia kat atas tu" ujar datin Aida sebelum berlalu pergi. Mujur ada datin Aida kalau tidak entah jumpa ke tidak barang yang dicari oleh abangnya.

"Okay ibu" jawab Sofea sambil tersenyum.

Dia dan datin Aida baik-baik sahaja. Pada awalnya dia terasa agak janggal namun ibunya sendiri yang melayannya sama seperti biasa membuatkan dia kembali selesa.

Dato Daniel ? Sama seperti dulu malah hubungan mereka makin renggang. Jarang bercakap malah bersua muka sudah jarang tetapi dia tidak kesah kerana dia hatinya masih tidak boleh terima perkara yang terjadi. Dia perlukan masa untuk berbaik dengan takdir.

Sofea melangkah kearah meja makan. Masakan datin Aida dipandang dengan pandangan yang penuh berselera. Kecur air liurnya bila aroma nasi lemak dan sambal sotong yang menusuk ke rongga hidung, sedap.

Laju sahaja tangan Sofea mencedok nasi ke dalam pinggannya dan tidak lupa sambal sotong kegemarannya. Dia dengan penuh teruja mahu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Doa makan mana princess"

Terhenti suapan Sofea. Sofea terhenti bukan kerana ditegur tetapi suara itu bukan suara abangnya. Sofea dengan pantas berbaling kearah suara yang menegurnya.

Membulat matanya dek kerana terkejut bila melihat seorang jejaka yang segak memakai baju Polo hitam dan berseluar jeans biru cair yang sudah elok duduk di hadapannya.

"You ! Masa bila you ada sini" Ujar Sofea terkejut.

Nathan tersenyum lucu bila lihat wajah terkejut Sofea. Dia dari awal lagi perhatikan sahaja Sofea dari dapur. Gadis ini punya teruja dengan makanan sampai tidak perasan akan kehadirannya.

"About 5 minutes ago" jawab Nathan. Tangan dia mencapai kopi panas yang dibuat oleh datin Aida khas untuknya dan dihirup perlahan. Rasa pahit kopi terasa enak menjamah rasa.

Sofea terjeda.

"Princess, I'm done ! Eh Nathan awal sampai" ujar Safy yang baru sahaja turun bersama luggage miliknya. Dia pula memakai t-shirt putih dan seluar pendek paras lutut berwarna khaki.

"Nathan awal lagi sampai tunggu kamu berdua, dia siap teman ibu kat dapur lagi" ujar datin Aida mewakili Nathan.

Nathan pula hanya mengangguk sahaja. Dia tidak perlu membazir air liur menjawab jawapan yang sama.

"Wait a second, kenapa dia ada kat sini ? And kenapa pula dia nak tunggu Sofea dengan brother" ujar Sofea hairan. Apa pula kaitan Nathan dengan dia dan buat apa Nathan mahu tunggu dia.

Safy menepuk dahi. "Brother forgot lah princess, brother ajak Nathan sekali dengan-"

"Abang Qash" sambung Qash yang baru muncul di ruangan dapur. Semua orang tertumpu kepada Qash yang elok berpakaian seperti biasa, t-shirt hitam dan berjaket kulit.

Qash tanpa segan silu duduk disebelah Nathan dan dia mencebok nasi ke dalam pinggannya.

Safy yang terkesima dengan perangai tak tahu malu kawannya. Mujur ini rumahnya tidaklah rasa malu kalau rumah orang lain sudah lama dia tidak mengaku kawan.

Sofea pula masih lagi perasaan terkejutnya. Tadi Nathan yang buat dia terkejut kini Qash pula, mujur dia tiada sakit jantung.

Nathan mengeleng kepala. Lantas dia menepuk tangan Qash. "Pergi basuh tangan dulu. Sudah lah datang rumah orang tak bagi salam, main terjah je" bebel Nathan.

Qash tersengih bak kerang busuk. "Sorry auntie. Bau nasi lemak sampai ke luar itu yang tak sabar nak makan" ujar Qash kepada datin Aida.

Datin Aida ketawa. Geli hati dibuatnya. Ada sahaja kerenah masing-masing.

"Tak apalah Nathan, Qash dah basuh tangan kat luar gamaknya tu. Qash jemput makan buat macam rumah sendiri, Nathan pun sama." Ujar datin Aida sambil tersenyum.

"Sofea dengan Safy tolong layan tetamu ye. Ibu nak tengok kebun kat belakang sekejab." Ujar datin Aida kepada dua orang anak tiri kesayangannya. Lalu dia berlalu pergi.

Kini hanya tinggal mereka berempat sahaja diruang makan. Safy mengambil tempat duduk disebelah Sofea.

Sofea masih merenung dua orang dihadapannya silih berganti dan kembali merenung Safy dengan pandangan yang tajam. "Kenapa Sofea tak tahu yang dia orang ikut sekali" ujar Sofea tidak puas hati.

Safy tersengih. "Brother lupa lah princess, ini dah tahu so settle." ujar Safy tanpa rasa serba salah.

Sofea memeluk tubuh. "Nope tak settle, Sofea seorang je perempuan mana aci brother ada geng tapi Sofea tiada" ujar Sofea tidak puas hati. Mulut dimuncung ke depan.

Nathan yang tersenyum sendiri bila lihat kemanjaan Sofea dengan Safy kalau dengan dia bukan main lagi garang.

Safy pula menggaru kepala yang tidak gatal. Sofea kalau sudah merajuk susah mahu dipujuk.

"Siapa cakap Sofea tiada geng. Dia pun geng Sofea" ujar Qash sambil menunding jari kearah Safy.

"Aku ?"

"Brother"

Ujar Sofea dan Safy serentak.

"Muka kau kan macam jambu sikit. So kira geng Sofea lah tu. So geng lelaki abang Qash dengan Nathan, geng perempuan Sofea dengan-" ujar Qash

Tangan Nathan naik meluku kepala Qash. "Kalau kau nak merapu baik kau diam sebelum lebam pipi kau nanti" ujar Nathan.

Safy sudah tergelak. Dia menaikkan ibu jari kepada Nathan. Sofea turut sama ketawa bila lihat wajah Qash yang cemberut tidak puas hati.

"Eleh nak gurau ikit pun tak oleh" ujar Qash. Dia kembali fokus dengan makanannya.

Nathan menjeling Qash. Muka Qash bukan main garang tetapi kalau perangai sama naik dengan Safy. Tiada beza dua orang ini sakit kepala dia mahu melayan.

"Princess makan, tak payah layan dua beruk ni" ujar Nathan kepada Sofea.

Berkerut dahi Sofea. "Siapa princess you" soal Sofea.

"Entah, sibuk je kau nak panggil adik aku princess. Kau panggil lah nama lain" sampuk Safy tidak puas hati.

"Kalau macam tu cinta hati makan. Nanti lambat pula kita sampai." Ujar Nathan semula.

"Cinta hati tak menarik. Next next" ujar Safy.

"Little pie"

"Next"

"Pumpkin"

"Next"

"Cutie-"

"Stop ! Dah cukup. Sofea panggil Sofea je, no need for such a weird nickname. Kita makan okey" ujar Sofea. Membahang terasa pipinya.

Dia tidak sanggup mahu mendengar panggilan yang entah apa-apa keluar dari mulut Nathan. Abangnya pula bukan mahu halang malah menyokong pula percakapan Nathan.

Nathan pula tersenyum lebar bila lihat pipi Sofea yang sudah merah. Malu tapi mahu.

Safy pula sakan ketawa, suka dia dapat kenakan adiknya sekali sekala. Qash pula sedang menikmati makanannya tanpa rasa terganggu dengan suara mereka bertiga.

Akhirnya meja makan kembali dalam keadaan harmoni dan aman. Mereka semua menikmati juadan makanan yang dimasak oleh datin Aida dengan penuh nikmat.

Continue Reading

You'll Also Like

15.2K 943 18
Muhammad Aryan Arshad & Fara Deelaila THIRD SERIES IN ARSHAD'S
423K 23.2K 59
Dangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana...
369K 13.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
36K 3.4K 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan...