C | Miss Sunset

By jelitalily

84.8K 3.7K 164

[COMPLETE] Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love the moon, but... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 06
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 08

1.7K 71 0
By jelitalily

Pintu dikuak perlahan, terpancul wajah tenang bonda sedang menanti kepulangan anak tunggalnya.

"Assalamualaikum" ujar Nathan. Dia menghampiri bonda. Dia menyalami bonda.

"Waalaikumusalam kenapa lambat hari ni biasa pukul 10 dah terpacak depan pintu" ujar bonda. Wajah anaknya ditenung.

Nathan tersenyum. Bonda kalau perihal masa memang dia tidak boleh ambil sambil lewa.

"Nathan jumpa budak tengah nangis tadi. Nathan pergi pujuk dia itu yang lambat sikit" terang Nathan. Budak yang dia maksudkan adalah Sofea.

Bonda mengeleng kepala. "Iya lah. Nathan dah makan belum ? Bonda ada masak" ujar bonda.

"Belum. Bonda dah makan ke ?" Tanya Nathan pula.

"Sudah dengan Mike tadi. Alang alang dia ada bonda ajak dia sekali" terang bonda.

Nathan memandang sekeliling. Tiada pula kelibat Mike. "Diam diam Mike nak rampas bonda daripada Nathan" ujar Nathan dengan wajah sedikit serius.

Bahu Nathan ditampar oleh bonda. "Mengarutlah kamu ni Nathan. Pergi mandi pastu makan. Bonda nak pergi tengok drama bonda" ujar bonda.

Nathan mengosok bahu yang terasa pedih. Dia sudah lah pakai baju sleeveless.

"Lepas makan tolong kemas ya" pesan bonda sebelum dia memboloskan diri ke ruang tv.

Nathan membawa diri ke bilik kerja. Buka sahaja pintu terpancul wajah Mike yang sedang permain dengan kucing hitamnya, Blacky.

"Tuan" ujar Mike bila sedar kehadiran Nathan. Blacky yang tadi elok duduk di riba Mike terus menerpa kearah Nathan. Nathan ambil dan permain dengan kucing hitamnya pula.

"Kau bagi Blacky makan belum" tanya Nathan.

"Dah tuan. Aku bagi whiskas" Jawab Mike.

Nathan mengangguk lalu dia duduk. Blacky naik tidur di ribaannya. "So ada apa-apa progress" tanya Nathan. Tangannya naik mengusap kepala Blacky.

"Ada tapi sikit je tuan " ujat Mike.

Dahi Nathan berkerut seribu. "Apa yang sikit"

"Apa yang aku tahu suspek ni kenalan tuan Lutf" ujar Mike.

"Kenalan ? Mean kawan ayah aku bukan musuh" tanya Nathan.

Mike duduk berhadapan dengan Nathan. Tiga keping gambar di susun dihadapan Nathan. Dato Daniel, dato Alen dan Tan Sri Qard. Ketiga-tiga ini adalah ayah kepada Safy, Zayn dan Qash, dan kawan rapat kepada ayahnya.

Mike mengelekan kepalanya. "Lebih kurang tapi sebab benda agak complicated tuan."

"Complicated ?" Tanya Nathan semula.

"Masa aku tengah siasat aku dapat jumpa satu clue. Sebelum tuan Lutf bergerak ke tempat kejadian, dia dapat call dari seseorang." Ujar Mike sambil tersenyum bangga.

"Siapa ?" Tanya Nathan dengan kerutan di dahi.

"Dato Alen" ujar Mike.

Nathan terjeda. Dato Alen dan ayahnya adalah kawan paling rapat. Tidak mungkin dato Alen tikam belakang ayahnya. Dia kenal dati Alen.

"Impossible. You know how close my family with them right." Ujar Nathan tidak percaya.

"Tuan tahu manusia adalah makhluk yang paling tidak boleh dipercayai. Lebih lebih lagi manusia yang rakus dengan dunia" jelas Mike.

"Habistu kau cakap dato Alen ni tikam belakang family aku lah !" Jerit Nathan.

Dia bukan tidak mahu percaya namun bukti yang Mike bagi padanya hanyalah adaian semata jadi dia tidak mahu percaya.

"Aku tak mengiyakan dan masih dalam siasatan aku cuma aku nak nasihatkan dekat tuan jangan percaya pada manusia even if aku sekalipun"  ujar Mike.

Nathan mendengus kuat. "Aku tak akan percaya selagi tiada bukti kukuh. Kau boleh keluar" arah Nathan. Dadanya berombak kuat.

Mike tunduk hormat kepada Nathan sebelum membawa dirinya keluar dari bilik Nathan.

Nathan termenung memandang dinding seketika sebelum matanya fokus kearah kucing di ribanya.

"Blacky, what should I do ? Everything is messed up." Keluh Nathan kepada kucing yang sedang elok tidur di ribanya.

"Rindunya ayah. Kenapa ayah tak tarik Nathan sekali." Luah Nathan seorang diri. Tangan bermain dengan kepala kucing hitamnya.

...

Air kopi dihirup perlahan. Suasana yang bingit dengan suara manusia tidak menganggu dia yang sedang termenung. Bahu ditepuk oleh seseorang membuatkan dia kembali ke alam nyata.

"Jauh termenung bro" ujar Qash sambil meletakkan helmet super bike miliknya di atas meja. Dia segak berbaju t-shirt hitam dan jaket hitam.

Nathan pula tersenyum. Dia pula memakai baju yang santai saja. "Kau baru habis operasi ke"

Qash mengambil kopi Nathan dan menghirub tanpa rasa serba salah terlebih dahulu. "Iya aku baru lepas siasat kes seludup dadah kat kawasan pelabuhan" ujar Qash.

Nathan mengeleng kepala melihat Qash. Nama sahaja inspektor tetapi perangai tetap tidak berubah. Nathan membuat pesanan yang lain untuk dirinya sebab minumannya sudah jadi hak mutlak Qash.

"Kau dah jumpa maklumat pasal 2 tahun lepas" tanya Qash sambil menikmati air kopi milik Nathan.

Nathan mengangguk lemah. "Dato Alen" ujar Nathan lemah.

Qash yang sedang sedap menikmati air kopi langsung tersedak. "Kau biar betul Nathan. Benda ni tak boleh buat gurau" ujar Qash sambil terbatuk-batu akibat tersedak.

"Aku pun tak pasti lah Qash. Ini pun orang upahan aku yang bagitahu" jelas Nathan. Dia mengurut pelipisnya. Kalau Qash tidak percaya apatah lagi dia.

"Si Mike tu boleh percaya sangat ke. Kau ambil upah dia dah 2 tahun tapi satu pun tak dapat." Jujur Qash.

Dia pun tahu pasal orang upahan yang Nathan ambil untuk siasat kes ayahnya namun dia tidak pernah berjuma pula dengan orang tersebut.

Nathan diam tidak menafikan. Betul apa yang Qash bagitahu padanya. Kenapa susah betul untuk selesai kes ayahnya padahal dia sudah upah orang yang handal. Dia rasa ada sesuati yang tidak kena.

"Aku pun tak tahu lah Qash. Kadang aku rasa macam nak give up." Jujur Nathan lemah.

"Bro jangan cakap macam tu. Aku faham perasaan kau tapi kau kena ingat. Kau dah mula so kau kena habiskan." Nasihat Qash.

"Tapi aku tak percaya dato Alen yang buat." Lauh Nathan.

"Aku pun tak percaya bro. Kalau ikut logik dato Alen sekarang busy dekat German. Lepas itu kalau sebab duit aku rasa antara family kita berempat dato Alen lah paling kaya sekali. He's billionaire, bro" ujar Qash. Mood siasatnya sudah mula.

Nathan menangguk setuju. "Masa kejadian pun dato Alen dengan Zayn ada dengan aku." Tambah Nathan lagi.

"Itu satu. Next part lagi kau tak pelik ke bila dato Daniel start approach kau lepas ayah kau meninggal. Kau tak pelik ?" Tanya Qash.

Sebenarnya dia sudah lama perhati gerak gero dati Daniel kadang dia syak namun dia tolak perasaan itu memandangkan itu ayah kepada kawannya. Dia cuba untuk bersangka baik.

Nathan mengeleng. Setahu dia memang dato Danial kawan ayahnya tetapi tidak serapat dengan dato Alen.

"Aku pelik" jujur Qash.

"Asal kau pelik ?" tanya Nathan semula.

"Berdasarkan pemerhatian aku lepas ayah kau meninggal dan Luft Empire secara rasmi milik kau dan start pada itu kau mula bergabung dengan syarikat dato Daniel" terang Qash. Dia menghirup kopi.

"Time tu aku nampak syarikat dia mula naik." Tambah Qash lagi. Nathan terdiam seketika. Tiba dia sesuatu yang tidak kena.

"Tak mungkin lah Qash. Dato Daniel tu baik orangnya" nafi Nathan.

"Sebaik-baik manusia jangan disangka tiada hitam di hati." Ujar Qash sambil tersenyum.

"Kau kena ingat bro masih wujud manusia yang bertopengkan syaitan atas muka bumi ni" ujar Qash lagi.

"Entah lah Qash buat masa ni aku nak stop siasat dulu. Aku kena settle hal aku dengan bonda dulu" ujar Nathan.

Satu lagi masalahnya belum selesai antara dia dan bonda. Selagai urusan dia dengan bonda tidak selesai memang tidak tenanglah hatinya mahu meneruskan siasatan.

"Hal apa pula, kau ada buat salah dengan bonda ke" ujar Qash.

Nathan menjeling Qash. Kalau dia buat salah sudah lama dia minta maaf dan tidak perlu fikir panjang.

"Bonda suruh aku cari bini" ujar Nathan.

Sekali lagi Qash tersedak minumannya. Berborak dengan Nathan memang mati sedak dia nanti.

"Kau ni minum air pun tak betul" marah Nathan. Nathan mengelap mukanya yang basah kerana Qash tersembur kearah wajahnya.

"Kau tu buat aku tersedak. Sakit tekak aku" ujar Qash sambil mengurut tekaknya.

"Aku pula" ujar Nathan.

Dia mahu mengambil cawannya yang dia pesan tadi baru sahaja dia mahu minum, dia lihat cawannya sudah kosong. Dia memandang kearah Qash yang sengih macam kerang busuk. Qash dijeling tajam.

"Apa susah kau kahwin dengan adik Safy tu, Sofea. Cun gak aku tengok dah lah bijak." Ujar Qash.

Berkerut dahi Nathan. "Kau kenal Sofea" tanya Nathan hiaran.

"Gila kau tak kenal. Si Safy tu selalu suruh aku tengokkan adik dia takut ada benda tak olek jadi dekat Sofea. Iya lah adik sudah cantik, bijak pula tu gila tak sayang." Terang Qash.

"Kau sedap duk puji dia, kau tak nak ke" ujar Nathan.

"Aku malas nak fikir lagi. Sofea pun aku anggap macam adik aku je. Lagipun mama aku tak cakap apa-apa jadi aku relax lah dulu." ujar Qash sambil tersenyum bangga.

Nathan diam sejenak.

Layla Sofea. Sudikah gadis itu. Layakkah dia untuk gadis itu. Itu adalah persoalan yang mula berlegar difikirannya.

Continue Reading

You'll Also Like

490K 19K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ H...
520K 19.3K 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER seb...
844K 40.2K 47
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malay...
422K 30.2K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...