[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

922K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 57 |

14.4K 1K 108
By delilanatasha



FAREL Ziyan menghulurkan lengannya ke arah Raja Maraya. Isterinya itu cantik berdandan. Rambutnya kemas disanggul, ada juntaian rambut di tepi wajah. Solekannya tampak lembut diwajah manis itu.

"Abang, how do I look?" Soal Raja Maraya. Dia tidak sempat menelek dirinya lama- lama di cermin kerana gesaan mama. Ini padahnya membuat majlis nikah dan majlis sanding pada hari yang sama!

"Let me see" Farel dan Raja Maraya saling berhadap. Masih ada masa untuk betulkan apa yang patut. Pintu dewan masih tidak dibuka lagi untuk acara ketibaan mempelai.

Farel memerhati wajah Raja Maraya. Tiada cacat cela baginya. Cantik dan akan sentiasa menjadi igauannya.

"You're the most beautiful woman that I ever seen in my life. I called you gorgeous for reasons" tanpa meleraikan tautan mata, Farel mencium tangan Raja Maraya.

Dug!

"I dah pakai blusher tau. Jangan tambah blusher I please" bibir sendiri digigit. Matilah dia! Baru setengah hari menjadi isteri kepada Farel Ziyan, pipinya tidak berhenti memerah dek kata - kata suaminya sendiri.

"That's my job. I love to see your cheeks turning red, baby."

Hidung Farel berlaga perlahan di pipi Raja Maraya, mengundang rasa tegang di sekitar perut wanita itu.

"Stop it, abang. My toes curled up like crazy" bisik Raja Maraya dengan rasa segan yang kian menggila.

"Gotcha, abang dah tahu macam mana nak buat Mar gila" satu lekapan bibir mula singgah dilehernya.

"Farel Ziyan, I'm warning you. I swear to God if somebody sees us"

Farel terkekeh kecil. Pakaian rasmi istiadat bagi perkhidmatan beruniform miliknya itu dibetulkan sedikit sebelum bibirnya disua ke arah telinga Raja Maraya kembali.

"Sambung lepas habis majlis. Mar dah jadi abang punya. Hak milik abang sepenuhnya" lekap satu lagi ciuman di telinganya, Raja Maraya hampir menjerit. Segera bibirnya ditekup. Matanya mula memanas kerana perut terasa mengecut.

Tak sempat membalas kata, pintu dibuka oleh Eshal dan Raja Laila selaku brides maid.

"Jom" Farel berkata.

Kaki mereka melangkah bersama. Perlahan dan santai.

"Careful, princess. Nanti tersadung dress. So hold me tight" pesan Farel sambil menarik tangan Raja Maraya agar melingkari lengannya kemas - kemas.

Berkerut dahi Eshal dan Raja Laila melihat wajah Raja Maraya yang diumpama tertelan cicak.

"Senyum lah bodoh" bidas Raja Laila sekali. Segaris senyuman paksa dilorek, memaksa Raja Maraya yang terkedu kata itu turut senyum.

Segaris senyuman janggal ditayang kepada Raja Laila. Namun hatinya berdebar hanya Tuhan yang tahu. Fuh, suaminya gila! Tak menyangka lelaki beku ini begitu arif tentang selok belok hatinya. Seperti penggoda professional!

Alunan musik diputar, sesuai dengan suasana majlis mereka yang terlihat gah. Bagaikan merekalah raja dan permaisuri pada malam itu.

Di laluan sebelum tiba ke arah pelaminan, ada dua barisan tentera yang memegang pedang di tangan masing - masing. Inilah upacara istiadat kepada tentera ketika perkahwinan.

Sword Bearer.

Satu per satu pedang mulai jatuh ketika pasangan mempelai melepasi mereka. Sehinggalah Farel dan Raja Maraya mulai tiba di singgahsana, Farel naik terlebih dahulu lalu membantu isterinya untuk naik ke platform yang bertangga tiga tersebut.

"Phewit! Tiba - tiba pengatin perempuan tak reti berjalan" usik si pengerusi majlis. Tidak lain tidak bukan Raden Qafli dan Tengku Harith. Mereka berdua saling berganding bahu mahu memeriahkan majlis.

Raja Maraya memandang Farel dengan senyuman pasrah. Kenapa dibiarkan dua orang tu yang menjadi pengerusi majlis? Rosak majlis sanding idaman mereka.


        SELESAI sesi bergambar dan makan, kini suasana di dewan bertukar sedikit hening dan romantis. Lagu yang diputar turut disesuaikan dengan suasana. Membawa beberapa pasangan ke tengah dewan untuk berdansa.

Tiada di dalam rancangan, tetapi Hud dan Nadyne lah yang memulakannya. Apabila melihat sepasang merpati sejoli itu asyik berdansa mengikut rentak perlahan tersebut, mulalah beberapa pasangan yang lain menyertai mereka.

"You wanna dance, abang?" Soal Raja Maraya yang mula berdiri dari duduk. Farel senyum. Masakan dia menolak pelawaan isterinya? Dibiarkan saja jari - jemari isterinya bersilang dengan miliknya.

Apabila mereka bangun sahaja, beberapa tetamu mula bersorak separa kuat kerana teruja.

Pegangan tangan Farel mula mengemas di sekitar pinggang Raja Maraya. Rapat jurang antara mereka tiada siapa yang tahu ada debar yang terselit diantara mereka berdua.

Ianya kencang. Namun kerana sensori manusia yang terbatas, ia dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.

Tetapi tidak untuk Mar dan Farel.

"I can feel your heart beating so fast, my princess" tubuh mereka bergerak perlahan ke kiri dan kekanan. Mereka tidaklah tahu tentang perincian berdansa dengan cara yang betul, tetapi sekali sekala mahu merasa juga. Biarpun langkah mereka bagaikan kayu.

"Isn't it?" Raja Maraya senyum penuh. Kakinya bersarungkan tumit tinggi hampir tiga inci, tetapi dia terpaksa mendongak demi mencari sepasang anak mata milik suaminya.

"I would like to say thank you for make it beating this fast. You never failed to make me flustered" kata - kata itu diselit dengan senyuman. Farel mengetap bibir sendiri apabila si isteri membalas ujarannya.

Halus ketawa mereka terdengar di telinga masing - masing.

"Abang akan pastikan jantung Mar sentiasa berdegup kencang hanya untuk abang. Bersedia tak?"

Geriap tubuh bersama getaran kecil ditubuh. Farel menarik tinggi tangan Raja Maraya untuk memusingkan tubuh itu. Laju sahaja tangannya menangkap tubuh itu kembali. Kemas memasuki pelukan.

Lagaan kecil antara pipi mereka mengundang sorakan tetamu lagi.

"Abang, kenapa manis sangat ni?" Bisik Raja Maraya. Dagu Farel yang menimpa bahunya dibiarkan sahaja. Malu? Ada juga. Kerana banyak mata yang memerhatikan mereka bersama lensa kamera.

"Ini dia babi dan pasangannya yang dulu bergaduh bagai nak rak. Sekarang berpeluk macam dia orang je ada dekat Bumi ni." Kata Iman Solihin.

Telefonnya ditala ke arah Farel dan Raja Maraya yang tidak mendengar kutukannya tadi. Dia seronok merakam momen indah Farel dan Raja Maraya. Modal 'membahan' untuk esok tulat.

"Pindah planet jom" ajak Farish.

"Eh, kita yang belum kahwin ni sepatutnya mempertahankan hak kita di Bumi ini. Kita halau dia orang dari Bumi ni. Kita hantar dia orang ke planet paling panas." Jawab Iman.

"Dah kenapa pula nak hantar dia orang ke planet paling panas?

"Sebab dosa dia orang berlambak. Hantar ke planet paling panas cepat sikit dosa terbakar" selamba Iman menjawab. Bibirnya menjuih tatkala Farel tampak berbisik sesuatu di telinga Raja Maraya yang sedang tersimpul malu dalam dakapannya.

"Ya Allah, menyampahnya aku" Iman meraup muka. Bila dia nak kahwin?

"Kau sakit hati sangat dengan Farel tu kenapa? Nanti sampailah turn kau. Tak kemana pun tunang kau tu." Raden menepuk bahunya.

"Tapi part hantar dia orang ke planet paling panas tu aku setuju"

"Kan! Setuju, setuju, setuju" sahut Farish.


        RAJA Maraya menatap kosong ke arah si suami yang sedang bersalaman dengan ibu bapanya. Tidaklah dia membuat muka. Tetapi wajahnya tidak berperisa. Hanya mendatar tiada yang tahu rasa yang berperang di dalam hati.

Kini majlis sudahpun selesai. Tinggal mereka sekeluarga kecil sahaja di bilik menunggu.

"Jaga anak papa. Macam Farel selalu lakukan. Papa tak ada sesiapa untuk diharapkan selepas Hadi berkahwin. Papa harap, Farel dan Mar sentiasa berada dalam dilindungi-Nya. Redha papa dan mama ada bersama kalian." Ujar Raja Murad.

"Terima kasih, papa. InsyaAllah. Papa doa yang baik - baik. Farel janji, Farel jaga Mar lebih daripada Farel jaga diri sendiri"

Raja Murad mengangguk sebelum matanya bertentang dengan anak mata hitam Raja Maraya. Biarpun dia tahu Raja Maraya tidak suka, tangan anaknya itu ditarik jua. Tubuh itu masuk elok ke dalam dakapannya. Beserta usapan lembut dikepala.

"Papa tahu adik masih tak boleh terima papa. Cuma, papa harapkan adik tak terluka lagi. Tak kisahlah berapa lama masa adik perlukan untuk terima papa."

Hening. Tiada juga pelukan terbalas.

"Apa yang adik sangkakan selama ini tak betul. Papa sayangkan adik. Sayang sangat."

Dug!

Hatinya tersentak mendengar itu. Itu lumrah hubungan ayah dan anaknya. Pasti ada rasa sayang yang terselit biarpun dibibir mengatakan rasa benci. Tipu jika tiada. Dusta jika ianya tak tersisa.

"Mungkin cara papa salah. Cara papa terlalu keras. Dan tabiat papa yang suka mementingkan diri sudah mencipta jurang dalam hubungan kita."

"Papa rindukan adik. Papa sentiasa mahu peluk dan cium adik. Cuma rasa itu papa timbus dalam - dalam agar adik dibentuk sekeras - kerasnya. Sampai papa lupa adik juga perlukan kasih sayang"

Hening lagi. Janggal mula menguasai mereka. Jangan katakan bersuara, setitis air mata pun tidak tumpah dari bening mata Raja Maraya. Hanya suara Raja Murad yang sedang menahan hiba sahaja yang terdengar.

Ini namanya peluru terbenam di badan tuannya. Kau mahu Mar menjadi keras kan, Murad? Ini hasilnya. Ini bentuk anak yang kau idamkan selama ini.

Puas?

"Papa cemburu dengan Farel. Adik bersikap begitu terbuka dengan Farel tapi bukan dengan papa. Adik boleh bermanja dengan abang Hadi tapi tidak dengan papa."

Makin dieratkan pelukan itu. Wajah si papa mula dibenam dibahu anaknya.

"Ya Allah apa aku dah buat? Sedalam inilah luka anak aku?" Lirih Raja Murad dengan esakkan panjang.

Perlahan tangan Raja Murad yang melingkari bahunya itu ditarik oleh Raja Maraya. Telapak tangan si papa dibuka lalu jari telunjuknya menekan separa kuat di telapak tangan Raja Murad.

"Papa, pisau yang papa guna bukan penyebab luka pada hati adik. Tapi, hati adik dah cukup terbunuh bila melihat siapa yang sanggup tikam adik dari belakang."

Raja Murad menunduk, menghambur tangisnya dengan semakin lantang.

"Adik tak akan cakap panjang. Sebab tak ada luka akan sembuh kalau adik meluah. Tapi, Farel selalu pesan pada adik. One of the best ways to heal is simply getting everything out"

Sekilas, suaminya yang setia berdiri disebelahnya dipandang.

"He reached me out every single day just to make sure I'm talking about my feeling. Because he knows I hated communication. So, he wants to be reassured by telling him how much I love myself. What's on my mind and he even take care of my mental health"

Raja Maraya mengetap bibirnya saat rasa hiba mula berkunjung. Belakang badannya terasa diusap. Sah, ianya tangan Farel.

"Papa, do you know that I'm suffering from a major depressive disorder? I saw doctor and has been diagnosed?"

Melongo tidak habis Raja Murad dan Puan Asiah saat mendengar itu.

"Do you know that I've tried to kill myself? Dengan cara telan ubat - ubat anti depres dan hampir overdose?" Soalan demi soalan yang keluar tetapi satupun tidak dapat dijawab oleh Raja Murad.

"A.. adik a.. apa?" Puan Asiah mula menggenggam lengan Raja Maraya yang sudah mengalirkan air mata. Masih menahan esakkan daripada keluar.

"Adik buat apa?! Ulang balik!" Puan Asiah mula menarik Raja Maraya memasuki pelukan dengan tangisan histeris.

"Ya Allah, anak aku! Kenapa Mar tak pernah cerita?! Kenapa perlu simpan semuanya sendiri?! Adik dah tak sayang mama ke?!"

"Bukan sebab adik tak sayang. Because no one cares about me. Apa yang orang lain utamakan ialah perasaan masing - masing. Kalau betul papa mama peduli, adik tak macam ni. Mar dah ada jalan hidup yang adik mahukan. Mungkin adik dah ada di Itali sebagai pemain biola"

Kali ini Puan Asiah terkedu kata. Hanya raungannya memenuhi ruangan bilik menunggu. Diratib sayang tubuh Raja Maraya yang mula melemah.

"Cuma Farel dan abang Hadi yang faham adik. Kasar halus permainan dunia, cuma mereka yang ada dengan adik"

Farel yang berdiri dibelakang Raja Maraya dipandang oleh Raja Murad dan Puan Asiah. Lama. Sehingga Farel terpaksa menarik senyuman pasrah saja.

Raja Murad menarik kembali Raja Maraya mendekatinya. Wajah yang lecun dek air mata itu disapu bersih. Dahi anaknya dicari, lalu dicium lama.

"Papa minta maaf. I'm so sorry. Tolong sembuh segera. Papa sayangkan anak papa dan papa tak mahu kehilangan anak papa. Satu - satunya anak perempuan yang papa ada"

Continue Reading

You'll Also Like

69.3K 3.4K 36
[SERIES 2 : GREEDY LOVE] Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia per...
320K 21.5K 47
2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] β€’β€’Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terlebih dahulu untuk mengenali siapa Ian Ha...
1.5M 55.3K 54
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] ********************************************* Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...
98.4K 5.2K 49
[SERIES 1 : SOLACE LOVE] Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua...