NADINE SOFEA

By sayamelur

234K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

32 - NADINE SOFEA

5.3K 448 51
By sayamelur

"Sorry, Kai. Aku terpaksa postpone lagi meeting kita. Nadine masih tak sihat. Aku kena jaga dia dulu." beritahu Harlem melalui panggilan telefon.

Bahu dan kepala jadi senget menahan iphone di telinga kerana tangannya sibuk menyuap makanan ke mulut Nadine.

"Saya dah kenyang." tolak Nadine dengan suara perlahan. Jari menolak sudu yang disua ke mulut.

Harlem menjegil mata tanda memaksa dan Nadine pula mahu tak mahu terpaksa membuka mulut lagi.

"Nanti aku minta Darrell hantar paper work tu. Aku dah semak dah tapi aku nak kau double check sekali lagi nanti."

Nadine di hadapan mengeluh berat setiap kali sudu singgah ke mulutnya. Dia sudah terlalu kenyang.

"Hm." muka tampak Harlem serius dengan panggilan itu. Entah apa yang Tengku Kaizer jelaskan pada Harlem.

Tapi itu tidak menghalang fokus Harlem menyuapkan makanan ke mulut Nadine. Dia sudah pasrah. Nanti kalau Nadine termuntah, harap kena di baju Harlem. Biar padan muka.

"Okay. Kalau ada apa-apa aku call kau balik."

Panggilan terus dimatikan. Sejurus itu, Harlem lihat mangkuk di tangannya. Licin. Bibir tersenyum puas.

"Habis pun."

Nadine mengguling mata ke atas.

"Dah awak yang paksa."

"Kalau tak dipaksa, kau takkan makan." balas Harlem.

"Saya bukan tak nak makan tapi saya masih kenyang makan breakfast pagi tadi." rungut Nadine pula.

"Sekarang kau tengah sakit jadi tak boleh skip makan."

"Tapi yang sakit tu kaki saya bukan perut. Tak ada kaitan langsung pun dengan-"

"Menjawab lagi mulut tu. Nak aku cium macam malam tadi?"

Terasa muka Nadine membahang panas. Mendengar ugutan itu lantas membuatkan lidahnya jadi kelu.

Seharian Nadine cuba beriak biasa di hadapan Harlem tentang apa yang telah berlaku malam tadi namun Harlem dengan selamba mengungkit hal itu dihadapannya.

Dia sangat malu okay? Lagi-lagi si pelaku selalu berada di depan mata. Nak lari tapi di mana dia mahu menyembunyikan diri?

"Gatal!" bahu Harlem ditampar kuat.

Muka merah Nadine itu mengundang tawa besar Harlem.

"Ehem!"

Deheman Lilia di sebelah kanan katil Nadine serentak mengejutkan pasangan itu lalu berpaling ke arah Lilia.

Riak muka sedikit terkejut. Harlem dan Nadine baru teringat tentang keberadaan Lilia di situ dari tadi.

Sedaya upaya bibir Lilia mengukir senyuman walhal hatinya sedang terbakar sekarang. 15 minit dia duduk di sini macam tunggul kayu. Sejak dia datang ke sini, Harlem hanya sibuk melayan Nadine bodoh tu berbanding dia.

Apa tadi?

Ciu- argh!

Harlem pun satu. Nak juga pergi cium perempuan sial macam Nadine.

"Harlem, I lapar lah." Lilia mendekati Harlem. Sengaja tubuhnya dirapatkan dengan lelaki itu.

Nadine yang terlihat adegan itu cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia tahu Lilia sengaja berbuat begitu.

Tapi kenapa Lilia mahu bersusah payah menyakitkan hatinya sedangkan Harlem memang menyukai gadis itu sejak dulu lagi? Apa lagi yang Lilia mahu dari dia sebenarnya?

"Tingkat bawah ada cafeteria. Makanan dia boleh tahan sedap." jawab Harlem sibuk menuang air putih ke dalam mug.

"I tak biasa makan sorang. You teman I boleh? Awak tak kisahkan, Nad kalau saya nak bawa Harlem sekali? Sekejap je. Tak lama." Lilia pandang Nadine pula.

Senyum hambar terpaksa diukir. Kisah atau tidak, apa yang dia rasakan itu tidak akan memberi apa-apa kesan pada Harlem pun.

"Minum." mug di tangan disua pada bibir Nadine.

Gadis itu sedikit tersentak namun setelah itu mug di tangan Harlem perlahan disambut.

"Tch, tak payah pegang." tegah Harlem.

"Saya boleh pegang sendiri lah." jawab Nadine pula.

Bukan tangan dia yang terkena paku okay?

"Cepat minum." Harlem jegil mata lagi membuatkan Nadine tiada pilihan lain selain menurut.

Macam-macam.

"Oh, Lilia. Sorry." Harlem baru teringat akan gadis itu di sebelahnya.

"I tak boleh teman you. Nadine masih tak sihat sekarang." jawab Harlem.

Mata langsung tidak beralih dari memerhati Nadine sedang menelan ubat di hadapannya.

"Fine. Kalau macam tu I balik dulu lah." suara rajuk sengaja dibuat mahu menarik perhatian Harlem.

Kaki mula melangkah pergi dari situ dan sempat kepala berpaling ke belakang semula. Hati masih berharap agar Harlem akan mengejar dan memujuknya. Namun ternyata Harlem masih leka bersama Nadine.

Matanya tajam menjeling gadis itu. Kenapa lah bapak si Nadine tu tak bawa anak dia mampus sekali dulu?! Kalau tidak, pasti sekarang dia dan Harlem sudah bahagia bersama.

Nadine punca segalanya.

Tengoklah sekarang. Harlem langsung tidak mempedulikannya.

Lilia sangka, dia akan dapat memiliki Harlem selepas Nadine pergi dari hidup lelaki itu 10 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh itu, Lilia cuba bermacam-macam cara untuk meraih hati Harlem. Namun, lelaki itu seakan tidak mengerti dengan segala apa yang telah Lilia lakukan.

"Pergi lah teman Lilia makan. Saya dah okay dah." Nadine sempat pelik melihat sikap Harlem hari ini.

Selalunya Lilia akan menjadi keutamaan.

"Kenapa? Nak halau aku?" soal Harlem tidak berpuas hati.

"Bukan halau. Lilia kan dah ajak tadi. Takkan tak pergi kut. Nanti girlfriend awak marah pula." ayat terakhir itu sengaja diperlahankan.

"Ada benda lagi penting yang aku kena buat selain dari teman Lilia makan." jawab Harlem merenung Nadine seketika.

Degupan jantung Nadine jadi tidak menentu disebabkan renungan itu. Harlem memang suka hadirkan perasaan asing ini dalam dirinya kan?

Bencinya!

"Kerja aku jadi bertimbun disebabkan kau, jadi kau rasa aku ada masa nak teman Lilia makan?"

Zap!

Debaran tadi lantas hilang serta-merta. Perasaan malu seakan menampar kuat ke wajahnya ketika ini.

Sempat Nadine mentertawakan diri sendiri di dalam hati.

Bodohnya kau, Nadine kerana masih mahu berharap.














* * * * *

Kopi panas dicicip perlahan sambil mata menyelak semula kertas kerja di tangan sebelum diserahkan kepada Darrell. Bunyi bising cafeteria langsung tidak mengganggu fokus pembacaan Harlem.

"Aku rasa semua dah okay dah ni. Nanti tolong bagi pada Kai." fail hitam bertukar tangan.

"Oh ya. Sebelum aku terlupa. Minggu depan aku nak kau dengan Gary ikut aku pergi MEM." beritahu Harlem.

Tinggi kening Darrell tanda tidak faham.

"MEM?"

"Metro Elites Models. Kai minta Anna aturkan satu appoinment dengan salah seorang model dari agensi tu. Kau takkan suka apa yang aku akan cakap ni tapi mulai minggu depan kau akan selalu jumpa Armani."

Mendengar saja nama itu membuatkan Darrell memejamkan mata sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.

"But why?" Darrell sudah dapat membayangkan betapa huru hara kehidupannya nanti.

"Kau tahu, shopping complex kita dah buka bulan lepas dan atas cadangan Eddie kita perlu promosikan lebih giat lagi. And kebetulan, nama Armani tengah naik sekarang. So dia adalah pilihan yang paling tepat untuk jadi ambassador kita." terang Harlem.

Darrell hanya mampu mengeluh perlahan.

Haih, ingatkan dia tak perlu lagi jumpa perempuan pelik itu. Tapi nampaknya percaturan Tuhan lain pula ya.

"Memang dia saja ke tengah up sekarang?" tanya Darrell.

Harlem ketawa kecil melihat reaksi yang ditunjukkan sahabatnya. Apa yang dia alergik sangat dengan Armani tu tak tahu lah?

"I can't say anything, Rell. Masa meeting hari tu majoriti sepakat nak ambil dia. And so far Armani pun setuju juga. Minggu depan aku jumpa dia untuk nego contract."

Muka Darrell sudah pasrah habis.

"Mana-mana lah. Bukan kena jumpa hari-hari pun kan?" Darrell cuba menyedapkan hati.

Harlem menjongket bahu. "Maybe."

"Sampai bila kau ambil cutii?" Darrell tukar topik dari terus menerus mendengar nama model terkenal itu tadi.

Sekarang pun kepalanya dah rasa serabut mengenangkan dia harus bekerja dengan perempuan pelik itu nanti.

"Entah. Aku kena tengok keadaan Nadine dulu." jawab Harlem kembali mencicip kopi ke mulut.

Senyuman senget yang muncul di bibir Darrell mengundang rasa hairan Harlem.

"What's wrong?"

Darrell geleng kepala.

"I guess kau dengan Nadine dah makin okay sekarang. Am I right?"

Giliran Harlem pula senyum disertakan tawa sinis dihujungnya.

"Kau ingat semudah itu?"

Darrell hanya diam. Iya, dia kenal sangat dengan perangai Harlem. Semuanya boleh jadi rumit mengikut kehendak lelaki itu.

"Aku nak Nadine rasa apa yang aku rasa."

"Harlem, apa yang jadi antara kau dengan Nadine dah lama berlalu. Dan macam apa yang aku pernah bagitahu kau, semua yang jadi bukan salah kau berdua-"

"Memang salah Nadine." pintas Harlem.

Darrell terdiam kerana tidak mampu melawan keras kepala sahabatnya.

"Dulu Armani pernah bagitahu aku yang Nadine ada simpan perasaan pada aku. And why not aku gunakan itu untuk balas dendam aku?"

Darrell pejam mata bersama gelengan di kepala.

"So apa yang kau dah buat hari ini, sampai teman Nadine di hospital, jaga dia hanya semata-mata nak-"

"Yes. Kau sendiri boleh bayangkan bila kita dah jatuh cinta, dibuai perasaan, dapat layanan paling baik sampai kita rasa perasaan cinta kita tu terbalas tapi last-last kita dapat tahu orang yang kita suka tu sengaja nak mempermainkan kita. Tak ikhlas pun."

"Itu lebih kejam dari aku hina dia setiap hari, Darrell." Harlem senyum sinis.

"Kau boleh bayangkan betapa sakitnya perasaan tu? Aku nak lihat Nadine kecewa sampai dia terduduk menyembah bumi."

"Kau tak kesiankan dia ke?" rancangan Harlem kali ini sangat keterlaluan. Jadi ini rupanya salah satu sebab kenapa Harlem tiba-tiba setuju mahu menikahi Nadine.

Hanya untuk menyeksa gadis itu.

"That's not my problem." tutur Harlem selamba.

"Jangan buat kerja gila, Harlem." Darrell geleng kepala. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Harlem mencebik bibir sebelum senyuman sinis kembali terukir. "Nadine yang buat aku jadi seperti ini. Semua salah dia."

"Sumpah aku tak faham apa yang ada dalam kepala otak kau sekarang. Tapi kau dah fikir masak-masak tentang rancangan gila kau tu?" Darrell inginkan kepastian.

"What do you mean?" soalan dibalas juga dengan pertanyaan.

"Sekarang kau nak buat Nadine makin jatuh cinta pada kau sampai dia kecewa. But at the end of the story, tak takut kalau rancangan kau tu menjerut leher sendiri. Hm?" Darrell senyum senget.

Harlem mengerti maksud Darrell. Ketawa kecil kedengaran.

"Nonsense."

Darrell turut ketawa. Bunyinya lebih kedengaran mengejek.

Nonsense ya?

"Wad Nadine yang mana satu?"

Suara garau tiba-tiba muncul itu serentak mengejutkan Harlem dan Darrell.

Air muka Harlem terus berubah sebaik saja mata menangkap tubuh tegap yang sedang berdiri di sebelah meja mereka.

Melihat ada sejambak bunga tulip di tangan dan sekotak pizza Dominos sedikit sebanyak mampu menyakitkan mata Harlem. Kesemua buah tangan itu kegemaran Nadine.

"Wad Nadine level berapa?" ulang Ezra malas campur geram.

Kesian gadisnya dapat suami pekak macam Harlem.

"Level 5. Bilik E53." Darrell tolong jawabkan.

"Thanks." bibir Ezra sempat menyinggung sinis ke arah Harlem sebelum membuka langkah semula.

Lama mata Harlem memanah langkah Ezra hingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan.

Anak mata kembali dikalih memandang Darrell yang sedia ada tersenyum dari tadi.

"So? Ada rasa terjerut tak sekarang?"

"Shut up." Harlem berdiri dan tanpa pamit dia lantas menghayun langkah entah ke mana.

Bergegas ke bilik wad Nadine mungkin?

Darrell hanya geleng kepala.

Harlem, Harlem.

Tidak lama selepas itu, dia juga bingkas bangun. Fail yang dititip Harlem tadi harus segera diserahkan kepada bosnya.

Nafas dihembus puas. Melihat keberadaan Darrell semakin menjauh, memberanikan Lilia untuk memunculkan diri.

Telefon bimbit yang ada di dalam genggam dipandang bersama senyuman puas.

Dia sudah ada senjata paling besar untuk menghancurkan hubungan Nadine dan Harlem.

Good job, Lilia!








-the end of chapter 32-

Continue Reading

You'll Also Like

331K 35.9K 40
Bismillah. Mula: 10.01.2021
4.5M 95.1K 58
Darren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad...
355K 29.3K 70
❀️‍πŸ”₯2ND HOT LOVE SERIES❀️‍πŸ”₯ Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dan...
162K 17K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...