C | Miss Sunset

By jelitalily

94.7K 4.1K 172

[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan... More

Prolog
Miss Sunset | 01
Miss Sunset | 02
Miss Sunset | 03
Miss Sunset | 04
Miss Sunset | 05
Miss Sunset | 07
Miss Sunset | 08
Miss Sunset | 09
Miss Sunset | 10
Miss Sunset | 11
Miss Sunset | 12
Miss Sunset | 13
Miss Sunset | 14
Miss Sunset | 15
Miss Sunset | 16
Miss Sunset | 17
Miss Sunset | 18
Miss Sunset | 19
Miss Sunset | 20
Miss Sunset | 21
Miss Sunset | 22
Miss Sunset | 23
Miss Sunset | 24
Miss Sunset | 25
Miss Sunset |26
Miss Sunset | 27
Miss Sunset | 28
Miss Sunset | 29
Miss Sunset | 30
Miss Sunset | 31
Miss Sunset | 32
Miss Sunset | 33
Miss Sunset | 34
Miss Sunset | 35
Miss Sunset | 36
Miss Sunset | 37
Miss Sunset | 38
Miss Sunset | 39
Miss Sunset | 40
Miss Sunset | 41
Miss Sunset | 42
Miss Sunset | 43
Miss Sunset | 44
Miss Sunset | 45
Miss Sunset | 46
Miss Sunset | 47
Miss Sunset | 48
Miss Sunset | 49
Miss Sunset | 50
Miss Sunset | 51
Miss Sunset | Epilogue
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Miss Sunset | 06

2K 97 4
By jelitalily

Kaki Sofea melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya dihidangkan dengan keberadaan dato Daniel yang sedang membaca majalah diruang tamu. Sofea melangkah mendahului dato Daniel seperti dato Daniel tidak wujud. Dia tidak terdetik pun mahu menegur.

"Lewat Sofea sampai, balik dengan siapa ?" Tegur dato Daniel. Dia perasan anak tidak pulang sendiri.

Sofea berhenti melangkah. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar walaupun hakikatnya betul.

"Sofea sakit kepala tadi jadi Sofea minta someone tolong hantarkan" balas Sofea. Intonasinya tetap sama seperti orang tiada perasaan.

"Someone tu siapa ? Daddy perlu tahu. Sofea tu ana-"

"Anak apa ? sudah lah daddy. Daddy tak perlu menegakkan benang yang basah."

Sofea memotong percakapan dato Daniel. Dia sudah tidak boleh terima perkataan anak daddy keluar dari mulut dato Daniel. Hatinya tidak boleh terima.

"Daddy kan jelaskan semua dekat Sofea. I never meant to do that" terang dato Daniel. Dia mengeluh sedikit. Sukar betul anaknya mahu memaafkan dia.

Sofea memandang wajah dato Daniel tidak percaya. Senang betul ayahnya mengeluarkan kata-kata yang hakikat dia yang menanggung akibatnya.

"Iya betul daddy jelaskan semuanya pada Sofea. Daddy mengaku daddy buat silap tapi daddy sedar tak dengan kesilapan daddy lahirnya anak seperti Sofea." Ujar Sofea. Suaranya masih dikawal. Kepala yang elok hilang rasa sakit kini kembali berdenyut.

Dato Daniel terdiam seketika. Dia tidak mampu membalas kata-kata Sofea. "Maafkan daddy Sofea" ujarnya lemah.

"Daddy minta maaf seribu kali sekalipun tak boleh ubah darah yang mengalir dalam tubuh Sofea, kedudukan Sofea dalam islam dan pandangan orang terhadap Sofea kalau mereka tahu" luah Sofea sedih.

Emosinya sudah tidak mampu dikawal dan menguasai kewarasan akal fikirannya, ditambah lagi dengan denyutan dikepala.

"Semua orang akan pandang hina malah agama Sofea sendiri pun meletakkan darjat Sofea jauh lebih rendah. Sofea anak haram, Sofea sedar" tambah Sofea lagi. Suaranya bergetar menahan tangisan.

Prang ! Bunyi kaca terhempas ke lantai. Lantas Sofea berpaling dan matanya bertempung dengan sepasang mata.

"Sofea ?" Ujar datin Aida. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Pada awalnya dia tiada niat mahu masuk campur urusan anak beranak tetapi bila dia mendengar kenyataan yang keluar dari Sofea membuatkan dia terkejut.

"Assalamualaikum semu...apa yang dah jadi ?" Tanya Safy hairan bila lihat kaca yang bertaburan. Dia baru sahaja pulang namun sudah dihidangkan dengan agenda yang tidak disangka.

Sofea beralih memandang Safy. Dia tersenyum seketika. Bukan senyum kerana dia suka tetapi senyum pasrah.

"Baguslah semua orang ada kat sini, Sofea pun dah tak mampu nak simpan semua rahsia ni lagi. Sofea dah penat" ujar Sofea lemah.

"Sofea !" Halang dato Daniel. Dia tahu apa yang Sofea akan katakan selepas ini.

Namun Sofea tidak mengedahkan suara dato Daniel. Baginya dia sudah tidak mampu untuk berahsia lagi.

"Apa jadi ni princess ?" Tanya Say hairan. Dia mendekati Sofea.

"Sofea anak haram, anak yang tak saf taraf dan anak luar nikah" ujar Sofea dengan sekali nafas. Air matanya turut menitis. Akhirnya beban yang dia pikul selama ini sudah hilang.

Safy yang sedang melangkah kearah Sofea terus terhenti, terpaku. Kening dia bercantum. Cuba menghadam setiap bait bicara yang Sofea lontarkan. Dia memandang kearah dato Danial meminta penjelasan. Namun dengan anggukkan dato Daniel membuatkan lututnya lemah, tidak percaya.

"Allah...musibah apa pula kali ni" ujar Safy perlahan.

Datin Aida tidak mampu mengeluarkan suara. Dia juga tidak percaya dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Sofea.

Sofea yang melihat reaksi ahli keluarganya yang kaku membuatkan dia lagi bertambah kecewa. Perkara yang dia takutkan selama ini sudah menjadi kenyataan. Siapa mahu terima anak haram seperti dia.

Sofea mengambil keputusan berlari keluar. Sakit di kepala diabaikan. Dia malu untuk berhadapan dengan keluarganya. Abangnya yang selalu manjakan dia, ibunya yang sentiasa ada dengannya tetapi semua perkara itu sudah tiada.

Keretanya laju meluncur membelah jalan. Dia merembeskan air mata.

"Apa salah aku ya Allah, sampai kau uji aku sebegini rupa. Aku tak kuat ya Allah, aku lemah" ujar Sofea dalam tangisan.

Dia memandu tanpa hala tuju hingga sampai disebuah tasik ditengah bandar. Tangisan Sofea menghiasi heningan malam. Lebat air matanya mengalir.

"Kenapa dunia ni terlalu kejam ! Kenapa dunia ni tak adil !" Jerit Sofea meluah segala rasa.

"Dunia memang kejam untuk orang yang kuat dan dunia ini tak akan pernah adil untuk orang yang baik" ujar seseorang.

Sofea berpaling ke arah suara itu walaupun matanya kabur dengan air mata, dia cukup kenal dengan suara itu.

"You buat apa dekat sini ?" Tanya Sofea bila penglihatannya mula jelas dengan wajah tenang milik Nathan.

Nathan ketawa kecil.

"Sofea sedar tak yang I ni lebih tua daripada you ?" Tanya Nathan tanpa menjawab soalan Sofea. Dia menghampiri Sofea.

"Tahu tapi saja buat tak tahu" balas Sofea. Air mata di pipi disapu kasar, terus hilang rasa sedihnya bila wujud kehadiran Nathan.

Nathan ketawa lagi, garang betul cik manis ni. Tangannya menghulur sapu tangan kecil kepada Sofea.

"Take it or leave it" ujar Nathan bila Sofea hanya merenung pemberiannya.

Sofea dengan rela hati menyambut huluran Nathan.

"Berbalik pada soalan cik Lalya Sofea tadi. Abang Nathan duduk kat sini dah lama dah. Tiba terdengar orang menangis. Itu yang tertarik nak tengok siapa. Tahu tahu ada budak kecil" Ujar Nathan. Perkataan abang ditekankan.

Sofea menaikkan matanya keatas. Nathan ingat dia tidak perasaan apa yang Nathan mahu tegaskan.

"Kalau kehadiran saya menganggu abang Nathan, saya minta maaf" ajuk Sofea semula. Dia beransur untuk pergi namun Nathan pantas menghalang.

"Nak pergi mana ?" Tanya Nathan.

"Nak cari tempat yang tak menggangu orang" perli Sofea.

Nathan ketawa, merajuk pula cik manis ini.

"It's okay lah, I bergurau aje. Jomlah duduk sana, tenang sikit" ajak Nathan.

Nathan membawa Sofea duduk dibangku dikawasan yang cerah, mahu elak segala fitnah. Setelah duduk, dia juga membina jarak antara dia dan Sofea supaya Sofea rasa selesa.

"Sofea percaya pada takdir" Tanya Nathan memecah kesunyian. Air tasik yang tenang ditenung lama.

Sofea diam seketika sebelum dia mengangguk. Nathan pula tersenyum bila soalan di balas dengan anggukkan. Dia dengar jeritan gadis itu dan faham apa yang gadis itu fikirkan.

"Takdir manusia telah tercatat dalam Lauhul Mahfudz, sebuah kitab kehidupan yang ditayang sebelum roh dihembuskan ke rahim ibu. Saat roh ditiup, kita secara sukarela menyetujui dan siap menghadapi segala peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Kebaikan atau keburukan, semuanya telah kita lihat di awal perjalanan." Terang Nathan. Dia memandang ke arah Sofea sekilas yang tekun mendengar ujarannya.

"Jadi tak elok kita nak mempersoalkan takdir dan menyalahkan takdir. Sebaliknya kita kena bersyukur saat kita diuji" tambah Nathan lagi.

Sofea berpaling kearah Nathan bersama kerutan di dahi. "Bersyukur ?" Tanya Sofea.

Nathan memberi senyuman kepada Sofea. "Semakin susah ujian lalui semakin sayang Allah pada hambanya. Sofea tak suka Allah sayang ?" Tanya Nathan.

Sofea mengangguk. "Suka tapi tak kuat nak hadap ujian tuhan." ujar Sofea dimenunduk ke bawah. Matanya seakan mahu keluarkan air mata semula.

"Sofea kuat, Allah akan uji berdasarkan kemampuan hambanya." Jelas Nathan. Jatuh kesian dia melihat gadis kecil ini.

Sofea kembali menangis. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Nathan.

"Aik menangis pula budak kecil ni." Ujar Nathan sambil ketawa kecil.

"Siapa surung you bagi ayat macam tu" balas Sofea sambil muncungkan mulut. Emosinya sudahlah tidak stabil.

Nathan ketawa kuat. Sofea dan Safy ada persamaan bila tengah marah atau sedih iaitu suka mucungkan mulut. Dia boleh terima kalau Sofea yang buat tetapi kawannya memang makan buku lima mendapat.

Telefon Nathan berbunyi lantas dia melihat siapa pemanggil. Safy ? Dia berbaling kearah Sofea seketika sebelum menjawab panggilnya.

"Assalamualaikum bro, asal call" tanya Nathan hairan.

"Kau tolong aku cari Sofea" jawab Safy tanpa membalas salam di corong telefon.

Dahi Nathan berkerut. "Tak perlu cari dia ada dengan aku ni" ujar Nathan.

"Aku ada kat tasik Putrajaya, aku duduk tempat biasa lepas aku joging. Kau tahu kan ?" Ujar Nathan sebelum dia menamatkan panggilan.

Sofea memandang kearah Nathan. Dia sedar yang Nathan bercakap tentang dia. "Saya tak nak jumpa brother." Ujar Sofea.

Dia malu mahu berhadapan dengan Safy. Dia tidak mahu melihat pandangan jijik Safy terhadap dirinya.

"Kenapa ? Sofea gaduh dengan brother ke ?" Tanya Nathan hairan. Kalau betul sebab Safy memandang dia kerjakan Safy sampai lebam.

Sofea mengeleng. "Tak, tapi Sofea tak nak jumpa dia." Ujar Sofea lemah. Kakinya menguis lantai.

Nathan berdiri bila dia lihat kelibat Safy. Dia melambai kearah Safy. Sofea yang perasaan akan kehadiran Safy terus dia berselindung di sebalik balik tubuh sasa Nathan.

Safy menghampiri mereka. Dia perasan Sofea yang menyorok di belakang Nathan. Dia memberi isyarat kepada Nathan untuk biarkan sahaja.

"Princess jom balik. Awak pun belum makan lagi kan ?" Pujuk Safy. Suaranya lembut sahaja.

Sofea masih kaku. Nathan seperti tembok besar antara dia dan Safy.

"Princess,brother sayang awak. I never cared what I heard just now. You are still my little sister." Pujuk Safy lagi.

"Tipu ! Tipu ! Tiada orang boleh terima kehadiran Sofea kalau dia tahu cerita sebenar. Even Sofea couldn't accept it" balas Sofea. Suaranya agak lantang kedengaran.

Terhinjut bahu Nathan, dia tidak menyangka Sofea akan meninggikan suara. Safy pula tersenyum lemah.

"Layla Sofea, awak tak salah dalam hal ni yang salah adalah orang yang buat tanpa berfikir akibatnya" pujuk Safy.

Dia cuba untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak membuka rahsia Sofea. Biarlah keluarganya sahaja tahu kebenaran tentang adiknya. Sofea adalah satu-satunya adik yang dia sayang, lagipun jika dikira hukum Sofea adalah adik susuannya jadi dia dan Sofea masih lagi ada pertalian darah.

Sofea keluar dari tempat dia berselingdung. Dia merenung wajah abangnya. Lantas Safy tersenyum lega bila Sofea terpujuk dengan kata-katanya.

"Come here princess"

Safy mendepakan tangannya. Lantas Sofea berlari dalam dakapan Safy dan dia kembali menangis.

Nathan hanya diam memerhati.

"It's okay, everthing is gonna be alright" ujar Safy sambil tangannya membelai kepala Sofea yang berlapik dengan tudung.

Safy memberi senyuman kepada Nathan yang sedang keliru dengan situasi yang berlaku. Suatu hari nanti Nathan akan tahu, dia pasti.

"Kita balik jom. Ibu masak favourite dish princess" ujar Safy tangannya naik mengelap air mata adik kesayangannya.

"Ibu ?" Tanya Sofea.

Safy tersenyum dia faham kenapa adiknya hairan. "Iya ibu tunggu princess baru kami semua makan" ujar Safy.

"Ibu terima ke Sofea ? Ibu tak jijik dengan Sofea" Tanya Sofea dengan wajah polos.

"Please, jangan cakap macam tu brother tak suka. Tiada siapa yang jijik dengan awak, princess. Ibu, brother even daddy sekalipun, we love you so much princess. Jom kita balik, adik kesayangan brother" ujar Safy.

Sofea diam tidak percaya. Seakannya jauh tersasar dengan kenyataan yang terjadi. Dia terharu.

"Jom" ujar Sofea. Bibirnya melukir senyuman. Safy pun turut tersenyum.

"Bro, thank you" ujar Safy kepada Nathan.

Nathan hanya menangguk. Dia menghantar pemergian Sofea dan Safy dengan matanya sahaja sebelum kembali duduk.

Fikirannya melayang sewaktu Sofea menangis tadi. "Comel betul budak kecil tu menangis" ujarnya sambil tersenyum.

-JL-

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(QS. Al-Baqarah: 286)

Continue Reading

You'll Also Like

642K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
43.8K 2.4K 59
Make-believe /ˈmeɪkbɪliːv/ = Imitating something real +++ "You are blackmailing me." "Don't put it that way. You're making me look bad. Let's do thi...
857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...
24.4K 1.3K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...