Aryssa

By gadishazel

213K 7.7K 80

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 43 **
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
F || 52**
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 56**
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

F || 38

2.4K 105 0
By gadishazel

.....

MACAM mana? Dapat?" soalnya sebaik kedengaran pintu bilik diketuk.

"Maaf, kami gagal dapatkan dia. Ada orang sempat tarik dia semasa kami hendak tarik dia." kata orang itu.

Puan Sri Amylia merengus geram. Siapa pula orang menfanggu kerjanya?

"Tak apa, hari ini kau selamat. Keluar! Aku tak nak nampak muka kau lagi!" pekik Puan Sri Amylia menghalau orang itu.

Orangnya yang tadi bertemu dengannya laju lari keluar dari situ. Seorang lelaki yang agak tua memandang ke arah anaknya. Dia tahu anak perempuannya gagal memiliki cucu kandungnya.

"Macam mana? Dapat?" soalnya. Badannya disandarkan pada dinding.

Puan Sri Amylia memandang figura ayahnya yang bersandar pada dinding. Riak wajahnya jelas kusut dengan anak tirinya itu.

"Susah la, bah! Cucu abah tu, liat sangat nak kena culik. Erghhh, geram Amy bila tak dapat culik dia. Bukan susah pun nak culik," rengus Puan Sri Amylia.

Aariz tarik senyum sinis. Kaki melangkah ke arah anaknya. Badan anaknya di sentuh lembut seakan tiada penghalang hubungan di antara mereka.

"Abah rasa kita kena guna rancangan lain. Yang lebih smooth." ujar Aariz memberi cadangan.

Puan Sri Amylia memandang ayahnya drngan pandang pelik.

"Maksud abah?" soal Puan Sri Amylia.

Aariz tidak membalas. Bibirnya lebar mengukir senyum sinis.

•••••

ARYSSA melangkah turun ke tingkat bawah. Lampu dapur dibukanya. Hari ini dia bersendirian kerana Ashraff ke luar negara untuk menguruskan beberapa hal di sana.

Maggie kari yang disoroknya di ambil lalu dibuka. Ini kalau Ashraff tahu dia makan maggie, pasti lelaki itu akan membebel kepadanya.

What? Maggie sedap apa? Bezanya dia ada perasa tambahan aje.

Deringan lagu kedengaran di dapur itu. Aryssa mencapai Iphone miliknya. Nama Hubby tertulis diatas.

"Hello?"

"Hi sayang. Buat apa tu?" tanya Ashraff di hujung talian

"Tengah masak."

"Masak? Masak apa?"

Aryssa kelu. Sudah. Apa dia hendak menjawab pada suaminya? Takkan nak jujur kata makan maggie?

"Ermmm bubur! Tadi Bella kirim bubur dekat sayang." jawab Aryssa menipu.

"Are you sure?"

"Yes. Ermm, kenapa biy call? Bukan sana petang ke?" dalih Aryssa apabila sedar Ashraff menelefonnya tika ini.

"Yup. Saja nak call rindu."

"Mengada. Mika mana?"

"Ada, dia tengah lunch sebelah ni," jawab Ashraff sambil mengerling kilas sepupunya sedang menikmati makan tengah hari.

"Sayang?"

"Yes." jawab Aryssa perlahan. Sesekali dia kacau maggie yang sedang menggelegak.

"Esok biy balik."

"Then?"

"Rindu..."

Aryssa seakan faham kata-kata Ashraff terdiam.

"Sayang? Are you there?"

"Hah? Yes-yes. Ermm, biy, sayang off dulu nak buat kerja kejap. Nanti sayang call balik."

"Hmmm, okay."

Aryssa segera mematikan panggilannya. Otaknya seakan baru berproses maksud yang dikatakan oleh Ashraff.

"Erkkk... Apa kau fikir ni, Rysa!" omelnya perlahan lalu menyuap maggi ke mulut.

Dari layan otaknya baik dia makan.

•••••

ASHRAFF tersenyum saat mendengar kebisuan Aryssa. Pasti gadis itu tak sangka bahawa dia akan berkata begitu.

Pap!

Terangkat wajah Ashraff memandang wajah Mikaeyl. Alaaa, mamat ni pun nak jealous tak kena tempat betul.

"Apa?" soal Ashraff malas. Tak payah tanya pun, dia sudah tahu raut wajah yang ditunjuk oleh Mikaeyl.

Malas ambil peduli. Ashraff membuka gallery. Matanya memandang gambar-gambarnya bersama Aryssa di Genting Highlands tempoh hari dilihat satu per satu. Haih, rindu betul dengan isteri kesayangannya ini!

"Aku tak tahu pula kau mudah jatuh cinta dengan Arys? Dia bagi kau makan apa eh?" soal Mikaeyl memerli sepupunya.

Ashraff  memandang Mikaeyl. Telefon pintar dimatikan. Sebenarnya, memang betul niat mereka ke Italy untuk menguruskan hal syarikat. Dan masa yang sama mereka turut ada misi yang harus dilakukan di Itali sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

"Dia tak bagi aku apa-apa pun. Aku aje yang dah angau dengan dia sejak pertama kali kita orang berjumpa. Kenapa? Tak boleh?"

Mikaeyl tarik senyum sinis.

"Kau ingat drama?"

Ashraff ketawa.

"Elok la, drama dari kau. Pendam tak bagi tahu dia." Mikaeyl mencebik. Cis, tak sangka dia terkena.

"Dah la, malas cakap pasal tu. Ni aku dapat info yang dia ada dekat Malaysia."

Ashraff mengerut kening pelik.

"Malaysia?"

"Yup, dan ada lebih menarik."

"Apa?"

"Dia ada kaitan dengan Aariz."

•••••

ARYSSA tiba ke pejabat seperti biasa. Beberapa orang pekerja datang menegurnya.

"Morning, Cik Rys."

Aryssa membalas dengan senyuman. Kakinya melangkah ke meja Kak Sya.

"Akak, Haykal ada?" Soal Aryssa sebaik tiba.

"Ada. Kenapa?"

"Tak apa, saya masuk dulu." Tanpa membalas, laju kaki Aryssa terus masuk ke bilik Haykal.

Haykal terdengar pintu ditolak, lantas memandang ke pintu biliknya. Wajah sepupunya dipandang pelik. Dah kenapa awal-awal pagi jenguk ke biliknya.

"Kau kenapa? Macam ada something wrong aje?" soal Haykal sebaik Aryssa masuk ke biliknya.

Aryssa diam. Kerusi dihadapan Haykal ditariknya lalu melabuh punggung disitu.

"Aku nak kita semua berkumpul dekat tempat biasa."

Haykal memandang wajah Aryssa pelik.

"Kenapa? Ashraff. Dia tahu pasal ni?"

Aryssa menggeleng kepalanya.

"Dia tak ada. Outstation dengan Mikaeyl. Malam ni baru sampai Malaysia."

"Then? Takkan kau nak buat tanpa Ashraff?" tanya Haykal.

Aryssa menjungkit bahunya.

"Itu paling bagus buat masa sekarang. Bila-bila aje dia akan bertindak membunuh dan phew! Lenyap." ujar Aryssa bersama aksi-aksi kecilnya.

Haykal mengeluh perlahan.

"Tengok la."

"Don't tengok la, Haykal. Please aku nak semua selesai dengan segera. Aku nak berhenti dari dunia gelap.  Aku tak nak nyawa Ashraff terancam."

Haykal memandang wajah serius Aryssa. Dia tahu gadis itu seakan paksa untuk meninggalkannya tapi...

"Please... Malam ni. Sharp okay!" pesan Aryssa sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Haykal mengeluh. Nombor Bella dicarinya.

"Bell, malam ni. Tempat biasa."

•••••

Rome, Italy

Mikaeyl memandang wajah Ashraff yang sibuk melakukan kerjanya. Agak-agak Ashraff tahu tak, yang isteri dia buat kerja gila?

"Ish, aku la dengan si Rys ni." makinya perlahan.

"Kenapa?" soal Ashraff apabila sedar nama isterinya seakan disebut.

Mikaeyl memandang wajah Ashraff. Terkejut dirinya apabila suara Ashraff menerjah gegendang telinganya.

"Tak ada apa. Rys... Dia ajak cousin-cousin  lain lepak sekali. Ermmm aku pun nak join juga," tipu Mikaeyl.

Ashraff memandangnya pelik. Lepak?

"Rys tak bagi tahu aku apa-apa pun?"

Mikaeyl sudah mula gelisah. Alamak! Obvious sangat ke dia bila cakap pasal Aryssa?

"Mungkin dia lupa kut." ujar Mikaeyl.

Ashraff membalas dengan anggukkan kepalanya. Mungkin betul, Aryssa lupa hendak memberitahu kepadanya sesuatu.

••••

ARYSSA khusyuk membaca info-info yang dicari oleh anak-anak buah abang Edrian dan beberapa buah sepupu sepapatnya. Maklum la semua cekap buat kerja. Maka, cepat sajalah maklumat yang dia dapat.

"Rys... Aku rasa ni ada kaitan dengan Puan Sri Amylia." kata Bella lalu menghulur beberapa keping kertas.

Aryssa mengambil kertas itu. Matanya membaca setiap suku kata tajuk utama.

Edward and Aariz berbaik?

Perkahwinan tergempar antara dua musuh syarikat.

Mereka berbaik kerana anak?

Dan banyak- banyak lagi headlines diberi. Tapi ini bukan kaitan dengan permusuhan dua keluarga itu.

"Aku sendiri tak tahu kenapa atuk kau benci sangat dengan atuk! Tapi serius aku tak dapat cari punca," keluh Bella.

Aryssa memeluk tubuhnya. Dia sendiri pun masih mencari punca kenapa dua keluarga ini berantakkan? Nak kata pasal cinta? Rasanya nenek pernah bagi tahu atuknya sememangnya ada musuh. Mungkin syarikat atau harta?

"Rys? Kau tak nak balik lagi ke? Dah pukul berapa dah ni?" soal Bella apabila jam sudah menunjukkan lewat malam.

Aryssa menilik jam dipergelangan tangannya. 12 malam. Sepatutnya Ashraff tiba di rumah 11  malam. Maksudnya... Kejap! Ashraff?

"Nasib kau ingatkan. Aku balik dulu. Nanti apa-apa bagi tahu okay." Sling bag yang berada di atas meja diambilnya.

Dalam hatinya sudah berdongkol geram akan kesilapannya.

•••••

SAMPAI sahaja di rumah terus Aryssa berlalu masuk ke rumah. Melihat keadaan runahnya yang gelap membuatkan dia yakin bahawa Ashraff sudah tidur, namun...

Tap!

Semua lampu yang tadi tertutup kini nyala dengan terangnya. Wajah Ashraff yang berada di tangga membuatkan Aryssa rasa dia berada dalam senarai pesalah.

"Aryssa Elenna?"

"Pergi mana tadi? Dah pukul 1 pagi baru balik?" soal Ashraff, tegas.

Aryssa sengih. Kepalanya digaru perlahan.

"Heheheh, keluar. Lepak dengan Bella." tipu Aryssa.

Ashraff memandang isterinya. Dia tahu Aryssa menipunya. Itupun kerana Mikaeyl ada bagi tahu tentang rancangan Aryssa kepadanya. Matanya memandang pakaian Aryssa.

"Lepak pakai baju hitam? Are you serius, Aryssa?"

Aryssa mula resah. Jarang-jarang Ashraff memanggilnya dengan nama. Paling teruk pun I you je.

"Aryssa..." sekali lagi namanya dipetik.

Aryssa mengalah. Keluhan terlepas dari bibirnya. Tak guna dia berahsia. Apa-apa pun Haykal pasti akan beritahu Ashraff jua.

"Okay, fine. Sayang tak lepak pun. Sayang pergi jumpa anak-anak buah sayang. Tapi... Jangan risau, Kal dengan Bella ada okay."

Ashraff ukir senyum senang. Dia bersyukur kerana memiliki Aryssa. Dalam menipu dia tetap akan jujur jua nanti.

"Biy tak marah sayang. Dah naik mandi, lepas tu kita tidur. Esok kita nak ke rumah bonda." ujar Ashraff.

Aryssa mengangguk kepalanya. Akur dengan arahan Ashraff lalu mereka pun naik ke atas dan menunggu hari keesokannya.

....

Continue Reading

You'll Also Like

144K 3.3K 42
[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Put...
374K 23.2K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
1M 20.8K 45
He's so cold. Like an ice strike into little soul. She's hot. She can melt this little icy blast. The more he tried to escape, the more he's turnin...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...