[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

915K 65.3K 6.5K

๐‘ฝ๐‘ถ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ฐ [ ๐‘น๐‘ญ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘บ ] โ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. โž Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - ๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘

| 52 |

13.2K 1.1K 127
By delilanatasha




"MAR, dengar sini. Please stay with me. Kau kata kau sayang aku, kan?" Farel menepuk pipi Raja Maraya yang sudah terpejam matanya.

Ditekan bahagian belakang pinggang ramping itu menggunakan kain yang ada di dalam kereta tadi untuk menghentikan pendarahan.

"Rel.. s..sakit" adunya. Perih yang terasa di belakang pinggang makin menyengat ketika Farel menekannya.

"Yes, princess. I know, I know. Now, pandang aku. Jangan pandang tempat lain" arah Farel dengan suara gementar.

Iris mereka bertembung.

"Handsome" gumam Raja Maraya dengan senyuman lemah.

Bibir Farel bergetar menahan tangis. Sengaja dia menyungkap nafas sendiri, tak mahu lemas dalam rasa yang kian pahit.

"Princess jangan buat aku macam ni. Tolong bertahan"

Diayun perlahan tubuh Raja Maraya yang berada dalam pangkuannya. Peluh yang merenek didahi kekasihnya itu diseka bersama air mata.

Saat kereta yang dipandu Raja Hadi mula berhenti tepat di hadapan lobi, segera pintu kereta dibuka.

Tubuh longlai Raja Maraya dicempung Farel tanpa itu dan ini. Ruang kecemasan dituju. Untung, sosok Nathalia yang sedang bertugas kelihatan ada disitu.

"Mar?!" Teekejut bukan kepalang Nathalia saat melihat Farel sedang mencempung Raja Maraya yang hampir tidak sedarkan diri.

"Get ready. Kosong OR serta merta. Priorities. Her." Sebutannya sebutir - sebutir agar arahannya terdengar jelas dan tegas.

"B..baik. Letak dia atas katil dulu." Nathalia menolong Farel membaringkan Raja Maraya diatas katil.

Tepat ketika itu, darah pekat mula keluar dari mulut. Bersembur membasahi bajunya.

"Shit"

Tubuh Taja Maraya ditolak agar terbaring di posisi mengiring. Belakang baju itu diguntung tanpa segan silu. Tiada masa mahu fikirkan soal malu!

"Damn, almost hit the lodorsis."

Nathalia segera mencapai telefon di dalam poketnya. Dibiarkan Farel menguruskan proses hentikan pendarahan bersama beberapa jururawat yang lain.

"Hello? Yes, we've got an emergency case. A 30s woman, and we need a back up for emergency operation. ASAP" tegas Nathalia di telefon.

Ekor mata Nathalia menangkap sosok Farel yang mula menanggalkan pakaiannya yang dipenuhi darah. Mahu menyalin ke pakaian medical scrub suit.

"Farel, no" Nathalia menggelengkan kepalanya. Tetapi, arahannya sia - sia. Farel bagaikan tuli telinga. Wajah Farel beriak tegang, jaket kulit tadi diletakkan berhampiran hujung kepala Raja Maraya.

Mana boleh! Farel di dalam kondisi yang tidak baik. Jangan harap dia boleh menguruskan operasi ke atas Raja Maraya. Raja Hadi yang kaku berdiri itu didapatinya.

"Abang.. tolong pujuk Farel. Biar Nat yang lakukan pembedahan kali ni. Bahaya kalau dibiarkan kepada Farel. He's not in good shape" lengan suaminya dipegang kejap.

"Farel.."

Bagaikan hilang kudratnya mahu berkata saat Farel berlutut di tepi katil yang menempati Raja Maraya. Lelaki itu menangis!

Bukan Raja Hadi dan Nathalia sahaja yang lihat. Malah semua orang yang ada di ruang kecemasan. Farel berulang kali mengesat wajahnya, tetapi ia masih diganti dengan air mata yang baharu.

Tangan Raja Maraya naik mengelus rambut Farel. Keadaannya semakin melemah, memandangkan Farel baru sahaja memberi ubat tahan sakit untuk sementara waktu.

"No, biar aku yang buat, Farel" Nathalia berkeras.

"Aku akan ketuai pembedahan kali ni. Jangan sesiapa berani sentuh Mar" Farel mencerlung garang. Segera menarik tangan Raja Maraya yang berada di puncak kepalanya.

Lama, tangan itu diciumnya. Tidak dihiraukan jika Raja Hadi mahu membunuhnya sekali pun.

Diarah kepada jururawat agar menyiapkan segala keperluan. Termasuk meminda Raja Maraya ke ruangan pembedahan segera.

"Tapi.. emosi kau sedang celaru, Farel" Masih cuba memujuk Farel yang berjalan menuju ke arah rak penyimpanan baju persalinan.

"Aku boleh, Nat. Kau cuma perlu assist aku. Macam biasa. Aku tak percayakan orang lain untuk selamatkan Mar"

"Kalau jadi apa - apa? Macam mana? Aku faham kau risaukan Mar. Tapi kita kena fikirkan keselamatan Mar juga."

"Tolong, Farel. Jangan letak semua beban di atas bahu kau. Jangan tanggung semua ni seorang diri. Beri orang lain peluang untuk tolong sekali"

Farel menggeleng. Dia tetap dengan pendiriannya.

"Pilih doktor dan jururawat yang terbaik. Ini melibatkan nyawa Mar. Aku tak mahu ada kesilapan sedikit pun" tegas.

Tahulah Nathalia kini. Kedegilan Farel Ziyan memang tidak dapat dibendung. Nafasnya dihela berat. Sakit kepalanya dengan situasi ini.

Tidak lama, terlihat Raja Murad, Puan Asiah dan Dani Imran yang tiba.

"Mana adik, abang?! Mana adik?!" Raja Murad tidak dapat menahan emosinya lagi. Kerumunan jururawat yang sedang menukar pakaian Raja Maraya diserbunya.

"Ketepi! Itu anak aku!" Raja Murad berjaya membuka ruang. Raja Maraya yang masih berpakaian sama itu dipandang dengan beliakkan mata.

Disebabkan Raja Maraya berbaring di posisi mengiring, luka di bahagian belakang pinggang itu kelihatan. Masih ada darah yang belum dibersihkan sepenuhnya. Peluru juga
belum dikeluarkan dari isi daging.

"Adik.."

Lemah lutut Raja Murad saat melihat tubuh
anaknya berlumuran darah. Tangisannya
menghambur kuat sambil memeluk
Raja Maraya yang separa sedar.

"Maafkan papa. Adik tolong bertahan. Papa tak ikhlas jika adik pergi. Papa tak akan mampu maafkan diri papa" raungannya menggamit perhatian semua orang.

Berkerdip mata Raja Maraya. Kosong pandangan dituju rambang ke lelangit siling hospital.

"You deserve it. Adik harap adik mati malam ni."

Dibuat semua orang tergamam dengan jawapan Raja Maraya itu. Puan Asiah sudah terjelepok dilantai. Longlai lututnya saat mata tiada sinar milik anaknya itu mula memejam sepenuhnya.

"Adik tak boleh mati. You need to stay alive!"

Tubuh kaku Raja Maraya itu dipeluknya semakin erat. Tuhan, jangan kau ambil anak aku sekarang. Bukan sekarang!

Sakit didadanya bagai dijerut dawai berduri. Saat Farel dan beberapa doktor cuba meleraikan pelukkan mereka, Raja Murad bagaikan diserang histeris.

"Bawa pesakit masuk ke OR dahulu. Nanti aku menyusul" arah Nathalia kepada doktor Fea.

"Baik, Nat" Doktor Fea mengangguk. Segera ditolak katil pesakit menuju ke arah OR tanpa menoleh ke arah Raja Murad yang menjerit memanggil nama anaknya.

"Adik dengar cakap papa! Adik jangan lemah!"

"DIAM MURAD!" Jerkah Puan Asiah. Wanita itu sudah meraung bagi nak rak. Segera Nathalia memeluk tubuh longlai si mertua. Diusap belakang Puan Asiah agar bersabar.

"Anak aku sendiri mengharapkan kematian sebagai satu penyelesaian masalah. Kau memang teruk, Murad! Selama ni aku bersabar dengan kau. Tapi malam ni, aku dah tak boleh diam. Aku tak akan maafkan kau kalau terjadi apa - apa pada Mar!"

Lantang Puan Asiah bersuara. Jarinya turut menunding tegas ke arah suaminya sendiri.

"Mama, sabar, ma" pujuk Raja Hadi. Dibawa ibunya masuk ke dalam pelukan saat Puan Asiah bingkas bangun dari lantai. Bagaikan mahu menerkam ke arah Raja Murad.

"Mar tak ada bapak tak guna macam kau! Kau hancurkan hidup anak aku! Aku tak akan maafkan kau untuk perkara tu, Murad!" Tempik Puan Asiah.

Raungannya terdengar kasar. Puan Asiah mula melemas dalam oelukan anak sulungnya. Ia mengundang hiba semua orang termasuk Raja Ummar, Raja Luqman, Eshal, Raja Laila dan Jibrael yang baru sahaja tiba.

Raja Murad? Masih sendu menahan esakkan kasar daripada terhambur. Kepalanya masih walang memikirkan nasib anak gadisnya. Tetapi, kata - kata isterinya meresap ke dalam hati. Pedih.

"Uncle percayakan Farel?"

Mata memerah milik Farel bertembung dengan milik Raja Murad. Bagai ada satu rasa aneh yang mengasak hati lelaki tua itu, bibirnya diketap menahan getar.

Angguk.

"T..tolong.. selamatkan Mar. Selamatkan anak papa.." tangan Farel diraih. Genggamannya terasa sejuk.

Papa?

Tidak pernah Raja Murad membahasakan dirinya sebagai papa. Cebikan Farel mula kelihatan. Laju sahaja tubuh tinggi itu disauk memasuki pelukannya. Kini, tangisan mereka beradu sama kuat.

Betapa harunya rasa di ruangan kecemasan itu, mereka yang ada turut menangis kesenggukan. Tambahan pula dengan pelukan Raja Murad dan Farel yang ditemani suara tangis dua lelaki itu.

Puan Asiah memberi tatapan kosong. Tak henti - henti bibirnya mengucap istighfar dan zikrullah. Jika dihambur kata - kata kesat juga tiada gunanya. Dia lebih selesa memerhati suaminya dan Farel dengan jelingan pasrah.

"F..Farel janji. Farel akan selamatkan Mar. Farel akan satukan Mar dan papa kembali. Itu janji Farel"




SETIAP wajah di dalam bilik pembedahan dipandang. Semuanya bertopeng muka. Hampir tidak dicam oleh Farel.

Sedang berlangsungnya pembedahan ke atas Raja Maraya. Seperti yang dijanjikan, Farel ialah si ketua di ruangan itu manakala Nathalia sebagai pembantunya.

"Nat, do you see it?" Soal Farel.

"Oh finally" Nathalia membuntang mata lalu dia menarik nafas lega. Lama proses mencari peluru, akhirnya ia dijumpai.

Farel memberi ruang kepada Nathalia untuk membuat kerjanya. Jika berkaitan kerosakan tisu, Nathalia lebih handal. Itu kemahirannya. Serahkan saja pada wanita itu.

Nathalia duduk di kerusi kecil. Fokus pada membaiki tisu otot yang rosak. Tenang keadaan mereka tidak mampu menghambat rasa gusar di hati Farel. Wajah Raja Maraya yang terlena akibat bius penuh itu dipandang sayu.

Silap langkah, needle holders yang dipegang Farel mungkin sudah memecahkan pembuluh darah. Pancutan darah tersembur, membasahi wajah Nathalia yang bertopeng.

"Clamp!" Suara Nathalia keras memberi arahan. Kelam kabut sedikit, tetapi masih biaa dihandali oleh mereka. Nathalia langsung tidak memandang ke arah Farel mengerdip matanya beberapa kali. Cuba fokus.

"My bad. Sorry, Nat" dibetulkan needle holders sebelum clamp mula ditempatkan di kawasan tertentu untuk menghentikan pendarahan.

"Rel, fokus. Ataupun kau keluar dari sini." sempat Nathalia menjeling wajah kelat Farel. Kisah apa Nathalia jika Farel ketuanya? Prinsip mereka, siapa yang sedang melakukan pembedahan, dialah ketuanya. Sekarang, gilirannya.

Farel mengangguk lemah. Cuba yang terbaik untuk menumpukan perhatian

"Nadi patient melemah, Nat!" doktor Fea yang setia berdiri ke hujung kepala Raja Maraya bersuara cemas.

Nathalia dan Farel berpandangan buat beberapa detik.

"Farel, cut"

"C..cut" Farel memotong tali benang jahitan. Mengakhiri sesi pembedahan mereka. Tetapi, denyutan nadi masih lemah.

"Nadi patient.. hilang denyutan. Hampir dua saat untuk satu denyutan" Doktor Fea menelan liurnya setelah memeriksa nadi milik Raja Maraya.

"Farel, apa kita nak buat?" Desak Nathalia cemas. Tak tahu apa puncanya.

Cardiac arrest?

Inner bleeding lagi?

Farel yang kaku berdiri menatap Raja Maraya itu dipandang Nathalia dengan kerutan dahi. Tahu, lelaki ini sedang menganalisis keadaan Raja Maraya.

"Aspirin." Farel bernafas dengan kasar. Matanya berubah menjadi gelap. Wajahnya yang cemas tadi mula bertukar tegang serta merta.

Segera drips yang ada di hujung katil dicapai Farel. Ditukar dengan paket drips yang baharu. Membuatkan semua orang terpinga - pinga.

"Siapa pasang IV drips?!" Jerkah Farel lantang.

Jururawat dan doktor yang ada disitu berpandangan sesama sendiri. Tidak berani menjawab.

"K..kenapa doktor—"

"It's contain aspirin! Get me sodium bicarbonate with potassium. Now!"

Tekedu.

Selang beberapa detik sahaja, dos ubat yang diminta yasi audah tiba. Berada dalam genggaman Farel. Semua daripada mereka hanya mampu melihat Farel yang membuka penutup picagari. Potassium dengan dos yang mencukupi mula disuntik di urat tangan Raja Maraya.

Mereka menunggu. Lenih tepat, mereka menunggu reaksi Farel yang terlihat sedang mengatur nafas. Matanya berkaca, tunggu masa untuk pecah menjadi titisan air mata.

"Please.. please don't give up, Mar." Getaran pada suara Farel lagi - lagi mencengkam suasana. Hampir menangis lagi lelaki ini. Lututnya dijatuhkan disebelah Raja Maraya yang terbaring meniarap.

Wajah pucat itu dipandang. Tidak, nyawa kekasihnya masih betah dikandung jasad. Perlahan, bibir Farel mendekati telinga Raja Maraya.

"Selagi aku ada disini aku akan atur 1001 cara untuk selamatkan kau. Kau dengar tak? Jangan harap kau boleh pergi macam tu saja. Kau tak boleh tinggalkan aku, Mar"

Tit

Memberat kepala Farel seketika. Rasa mahu rebah serta merta. Mesin defibrillator berbunyi terkadang membuatkan dadanya mahu pecah dek debaran.

"Janji, pulang dengan bernafas, demi memberi dia merasa degupan jantung yang setia untuknya"

Tak semena mena, nukilan dirantai besi mula dibangkitkan. Tidak diendahkan lagi jika sesiapa yang mendengarnya. Ini, waktu dia dan Raja Maraya.

"Aku dah tepati janji aku untuk balik dengan selamat setiap kali ops. Jadi, tepati janji kau. Kahwin dengan aku, Mar."

Tit

Sesaat.

Tit

Sesaat lagi.

Farel mula mengeluarkan esakkan halus. Dia menarik tangan Raja Maraya. Diusap sayang sebelum menyembamkan wajahnya disitu.

"Mar.. tolong jangan tinggalkan aku lagi"

'Minta maaf, tetapi jangan suruh aku menerima ketentuan Tuhan lagi.'

Continue Reading

You'll Also Like

3M 169K 57
๐Ÿ.๐ŸŽ | ๐๐ข๐๐š๐๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐‹๐ฎ๐ญ๐ก [IN EDITING] [OLD VERSION] [COMPLETED] โJadi perempuan simpanan aku. โž - Luth Arreyan โDan satu masa na...
81.9K 7.1K 27
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
603K 1.6K 2
COVER EDITING!! Ayyan Mikael & Haira Irisha @ Brenda ๐‡๐ˆ๐’ ๐‘๐”๐“๐‡๐‹๐„๐’๐’: โ”€โ”€โ”€โ”€ Senyuman sinis terukir dari bibirnya. Jari jemari kasarnya liar m...
369K 10.7K 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila...