[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

918K 65.4K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 50 |

14.2K 1.2K 86
By delilanatasha


550 likes : update

IRINGAN mempelai wanita masuk ke ballroom bersama si ibu. Nathalia tersenyum manis ke arah tetamu yang mula menala lensa kamera ke arahnya. Saat gemersik biola mula terdengar, Nathalia tersenyum indah.

Ianya dipersembahkan oleh Raya Maraya sendiri. Membuatkan semua tetamu menoleh ke arah tepi pentas.

Raja Maraya mengenakan gaun merah darah, rambut yang disanggul rapi dan mempunyai sedikit juntaian rambut di kiri wajahnya. Ada Zalfa, rakan sekolahnya, setia menjadi chord page turner.

Tak sia - sia Nathalia dan Raja Hadi berkeras mahukan Raja Maraya yang memainkan biola di hari persandingan mereka.

Farel yang segak mengenakan tuxedo hitam itu sibuk merekam momen tersebut. Bukan momen pengantin malah momen si kekasihnya membuat persembahan buat pertama kali di hadapan khalayak ramai.

Terbongkok - bongkok badannya mencari angle yang cantik.

Buk!

Badannya berlanggar dengan Raja Laila yang sedang mengambil gambar Nathalia yang sudah selamat sampai ke pelamin.

"Ish, tepilah. Kau buta ke aku tengah rakam princess aku ni?!"

Raja Laila yang memegang kameranya itu berdecit.

"Kau yang buta kata aku pula buta. Tertonggeng - tonggeng. Cari port lainlah nak ambil gambar. Aku siku muka kau nanti!"

"Shh! Diam! Majlis orang ni!" Eshal memukul belakang Farel yang sedang bercekak pinggang memandang Raja Laila.

"Kau pukul aku—"

"Kau nak buat apa dengan bini aku?" Raja Ummar menyergah Farel yang mula memandang Eshal dengan pandangan tidak berpuas hati.

Bahu si isteri dirangkul sambil menatap Farel dengan jongketan kening garang.

"Nasib baik Eshal ada. Kalau tak aku tarik telinga babi kau tu" jeling Farel sambil membetulkan tali lehernya. Raja Laila dijelingnya sedikit. Tak jadi marah Eshal yang sudah tersengih mengejek.

"Pig bun lah bukan telinga babi. Babi tu kau!" Balas Raja Laila geram. Cantik - cantik dia berdandan, dibabikan nya kita?

Farel menjuih bibir. Matanya mula melilau ke arah tepi pentas dimana kekasihnya berada. Ketika mata Raja Maraya yang berada di tepi platform aisle turut memandangnya, segera Farel menolak tubuh Raja Laila agar menepi.

"Berambus dari laluan aku! Princess aku cari aku!"

Melongo si Laila, begitu juga Eshal yang menjadi saksi.

"Hantu galah dah lama tak kena penampar aku gamaknya. Pegang aku, Eshal. Sebelum aku hayun tangan ke muka dia!" Raja Laila sudah menyinsing lengan bajunya, mengacah mahu menumbuk Farel dari arah belakang.

Tetapi tiada sesiapa pun yang endahkan Raja Laila. Termasuk Raja Ummar yang sudah memandang adiknya dengan pandangan menjengkelkan.

"Macam budak tiga suku" kutuknya perlahan.

"Rel? You watched me?" Soal Raja Maraya dengan sengihan.

"Of course I did. You mesmerised me, baby. As always" pujinya dengan senyuman lebar. Seketika, Zalfa yang melopong mulutnya itu dijeling. Mati senyumannya.

"Apa?" Sergah Farel garang. Menganga pula dia.

"Apa?" Soal Zalfa semula. Baru kembali ke realiti dunia. Kaget dengan senyuman Farel yang tidak pernah - pernah dia lihat. Biasanya lelaki ini kekal dengan wajah ais dan tidak berperisa.

Sekali senyum, Zalfa yang sudah bertunang ini sahaja melongo.

"Ternganga macam orang patah rahang ni, ada makan siku aku dekat sini" Raja Maraay menambah sekali dengan jelingan maut.

Cemburu!

"Eiy, why so bekheng? Eloklah kalau berjodoh dengan Farel pun. Dua - dua—"

"Dua - dua apa?" Serentak Farel dan Raja Maraya memintas percakapan Zalfa.

"Dua - dua fhak" Zalfa menghambur geram. Segera dress labuhnya dipegang lalu dia turun daripada panggung. Malas mahu melayan dua ketul ni.

"Marah betul" gumam Raja Maraya sambil memasukkan biola pemberian Farel ke dalam hard case kembali.

Sekilas, meja makan yang mula diduduki oleh para tetamu dipandang mereka. Lebih tepat ke arah meja makan keluarga Raja Maraya. Yang menempati Raja Murad dan Puan Asiah.

Sepatutnya, Raja Maraya duduk bersama mereka. Itu meja yang dikhaskan untuk keluarga sebelah Raja Hadi.

"Jom, aku hantar kau ke meja papa dengan mama?" Ajak Farel lembut sebelum hard case biola mula berubah tangan. Kini, Farel menjimbit hard case tersebut dengan berdamping si kekasih yang mula turun daripada panggung.

Peliknya, langkah Raja Maraya bukan ke arah meja keluarganya selain ke arah meja keluarga Farel. Ada Mejar Zharif dan Puan Fauziah disitu. Farhin menaikkan tangan melambai ke arah Farel dan Raja Maraya.

"Kak Mar, I'm delighted to hear your beautiful violins. What a legendary comeback!"

Raja Maraya terpana mendengar pujian melambung itu. Wajahnya sedikit membahang. Lebih - lebih lagi Mejar Zharif dan Puan Fauziah turut bersetuju.

"Betul cakap Farel. You played violin like an angel. I love to hear more."

Tepukan kecil diberi, sedang - sedang untuk halwa telinga mereka di meja itu sahaja.

"Cukup sekadar senyuman yang diberi ketika Mar membuat persembahan. Itu dah cukup bermakna. Mar berbesar hati sebab semua orang sukakan persembahan Mar malam ni"

Mejar Zharif angguk. Setuju. Senyuman mereka tercipta ketika alunan biola mula memenuhi ballroom.

"Abah nak tanya, boleh?"

"Boleh, tanyalah" senyumannya terukir manis.

"Boleh ke Mar mainkan biola di pembukaan hospital baru abah?" Pinta Mejar Zharif.

Dia tidak main - main. Niatnya mahu Raja Maraya bermain biola di oembukaan hospital itu bukan satu gurauan.

"Eh, seganlah Mar. Mar main biola biasa aje. Mar bukan orang yang ada nama" senyum Raja Maraya. Tangannya mula ditarik oleh Puan Fauziah untuk duduk.

"Bakat Mar luar biasa bagi umi. You know what, everyone was stopped doing their things when you started playing violin. Ramai yang suka" cerita Puan Fauziah.

"Ya, kak Mar. Nak buat persembahan tak perlukan tempaan nama besar. Cukup Kami ingat Nat dengan abang Hadi jemput professional violinist. Rupanya, kak Mar. Kami tak penah dengar akak main biola sehingga hari ini." Tambah Farhin.

Menunduk. Raja Maraya senyum simpul. Tak pernah ada irang memujinya bermain biola selain Farel dan Raja Hadi. Rasanya agak berbeza sehinggakan perutnya diserbu rama - rama. Bertebar.

Saat matanya bertentang dengan milik Farel, lelaki itu tersenyum bangga. Kenyitan mata dihadiahkan oleh Farel sebelum dia melirik ke arah pasangan mempelai yang sedang memotong kek.

Mama dan papa? Mereka selesa memerhati Raja Maraya dari jauh. Satu kata pun tidak keluar dari mulut mereka. Ucapan tahniah ataupun pujian? Jauh sekali.


RAJA Hadi memandang hard case biola yang ada di tepi pintu kereta Farel. Lelaki itu sedang 'berasap'. Melegakan kerongkong yang terasa pahit.

Kepulan asap rokok memenuhi sekitar mereka. Langsung tidak mengganggu tatapan mata mereka yang menghantar seribu satu persoalan. Bagaikan tahu apa yang terlintas di fikiran Raja Hadi, Farel tersenyum tawar.

"Kau marah aku dorong Mar untuk bermain biola lagi?" Soal Farel. Putung rokoknya dimatikan. Dipijak ke atas jalan tar di parking lot.

"Sikit pun aku tak marah. Itu impian adik aku. Aku tahu dia sangat sukakan biola. Tapi aku rasa terkilan. Sebab aku tak mampu sokong dia macam mana kau buat sekarang ni" ujar Raja Hadi dengan rasa yang tertahan.

"Tak semua benda kita boleh buat mengikut kehendak hati kita. Kita bukan Tuhan. Ada perkara, kau boleh buat. Kau pun ada hati nak dijaga. Aku faham kenapa kau tak berkeras untuk pertahankan impian Mar"

Kerutan dahi Raja Hadi mengundang senyum sinis Farel.

"Hadi, kau salahs seorang anak dalam keluarga. Aku tahu kau juga nak jaga hati papa kau. Kau tersepit antara nak sokong mar atau ikut cakap papa kau"

Hadi menunduk habis. Wajahnya diraup sedikit. Masih terbayang kesedihan di wajah adiknya ketika biola pertama miliknya dihancurkan oleh papa mereka sendiri.

Bagaimana teruknya Raja Hadi rasa ketika dia langsung tak boleh berbuat apa. Dia cuma bisa melihat. Takut mahu membantah. Kanak - kanak 10 tahun? Apa yang mereka boleh lakukan?

"Aku ni abang tak berguna. Aku dapat capai impian aku seorang diri tapi adik aku.." mata Raja Hadi memanas. Rasa sebaknya tak terkata.

Impianya untuk menjadi seorang juruterbang disokong kuat oleh mama dan papanya. Tiada bantahan. Tiada soal itu dan ini. Malah, papa juga sanggup berhabis duit demi menghantar Raja Hadi ke universiti untuk melanjutkan pelajaran untul mencapai cita - citanya yang satu itu.

Mar? Anak gadis itu dipaksa untuk tumbuh dewasa sebelum usia. Minat tak pernah ditanya. Pelajarannya juga ditentukan oleh papa sendiri.

Kerana itu, Raja Maraya mengambil alih syarikat papa sebagai ahli perniagaan dan pereka dalaman. Semuanya diatur papa.

"Kau abang tak berguna? Habis Luqman tu apa? Abang dari neraka?" Selar Farel dengan ketawa sinis.

Ah, itu satu hal. Raja Luqman juga gila. Malas mahu mengulas soal Raja Luqman, Raja Ummar dan Eshal. Keadaan mereka agak kucar - kacir dengan drama mereka sendiri. Cinta tiga segi.

"Luqman tu celaka" Raja Hadi menghambur ketawa sadis. Dia turut bersandar di badan kereta Farel. Memandang ke arah langit yang ditebar bintang yang berkilau.

"Aku salute kau, Hadi. Kau jaga Mar dengan rapi sepanjang 30 tahun dia hidup. Aku tak pernah jumpa perempuan sehebat dia. Semuanya berkat kau, Hadi. You form her into a gorgeous shape and walla! There is Raja Maraya."

Raja Hadi masih menunduk. Lemah mahu memandang Farel yang sedang menepuk bahunya.

"Apa plan kau orang nak ambil hati papa?" Soal Raja Hadi.

"Tak tahulah. Tak ada plan. Just follow the flow"

Raja Hadi melongo.

"Woi, bapak aku tu degil tahu. Macam Mar. Jangan macam ni, gila. Plan lah sesuatu. Usaha. Macam kau nak dapatkan Mar dulu" kata Raja Hadi. Berbaur dengan rasa risau.

"Kalau kedegilan bapak kau macam Mar, maknanya aku dah menang. Bukti, Mar aku punya sekarang"

"Kalau degil Mar aku boleh hadap, degil bakal bapak mertua aku tu tahulah aku nak buat macam mana. Jangan risau ya abang ipar" seloroh Farel.

Raja Hadi menjuih bibir. Kerek!

Raja Maraya yang berjalan ke arah mereka dipandang. Terkedek - kedek wanita itu berjalan dengan kasit tumit tingginya sambil melambai tangan. Senyum lebar wanita itu, bagaikan satu terapi bagi mereka.

Farel Ziyan dan Raja Hadi saling bertatapan dengan pandang yang tersirat makna.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan Mar" ujar Farel. Kali ini dengan senyuman manisnya. Menenggelam lesung pipitnya membuatkan Raja Hadi turut tersenyum.

"Terima kasih sebab cintakan Mar dengan selayaknya. Aku hanya percaya kau untuk jaga Mar." Bahu Farel ditumbuk perlahan.

550 likes : update

Continue Reading

You'll Also Like

95.9K 5.1K 49
[SERIES 1 : SOLACE LOVE] Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua...
287K 13.7K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
371K 10.7K 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila...
29.6K 1.6K 23
Tuan Erena Darlisya | Danny Arshad Tuan Ervan Darwish merupakan seorang pemilik syarikat terbesar di Malaysia dan dia dikenali oleh beberapa negara l...