His Love [C]

By singlelove_

426K 18.1K 698

Tuan Malique Zhafran ๐Ÿ’• Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 47

5.5K 241 12
By singlelove_

Tasneem duduk di balkoni dari petang sehingga malam. Malique langsung tak masuk ke dalam bilik mereka. Dia tak tahu apa salah dia kali ini. Tapi Malique melayannya dingin sangat.

Tasneem terasa hati dengan sikap Malique.

Angin sejuk yang menerpa ke wajah Tasneem dibiarkan. Tasneem memegang bahagian rahangnya. Diusap perlahan. Terasa pedih.

"Mama.. Aneem rindu mama." Lirih suara Tasneem. Dia mendongak memandang langit yang penuh dengan bintang.

Tersenyum manis Tasneem apabila teringat kenangannya semasa kecil bersama dengan Puan Suraya.

"Kalau mama ada sekarang kan.. Aneem nak cerita banyak benda pada mama. Tapi takpa. Ada umi. Umi sama macam mama. Mama mesti dah happy dekat sana kan? Aneem dekat sini pun happy. Ada suami yang sayang Aneem." Celoteh Tasneem sambil berkata sendirian. Dia bercerita seakan ada Puan Suraya ada bersamanya.

Flashback

Tasneem berjalan ke arah mama nya yang sedang mengembur tanah di dalam pasu. Dekat saja, langsung dipeluk Puan Suraya dari belakang.

Panjang tangannya memeluk leher Puan Suraya. Dia menyengetkan kepalanya memandang mama nya itu.

Menoleh seketika Puan Suraya memandang anaknya. Sebelah tangannya naik mengusap lembut pipi Tasneem.

"Kenapa sayang?" Tanya Puan Suraya.

"Bila papa nak balik? Aneem rindu papa." Tanya Tasneem. Dia rindu akan Tuan Taarif.

"Esok papa balik. Sian anak mama rindu papa ya?" Tasneem mengangguk sambil mencebikkan bibirnya.

Tergelak Puan Suraya melihat bibir cebik anaknya.

"Mama ada masakkan ayam goreng untuk Aneem. Nak makan tak?" Laju Tasneem mengangguk dengan wajah ceria.

"Okay. Mama siapkan ni dulu lepastu kita makan."

"Okay, mama." Jawab Tasneem sambil membantu Puan Suraya menggembur tanah di dalam pasu.

Sesekali dia saja menyakat Puan Suraya. Puan Suraya masukkan tanah. Dia buang tanah tu. Lama-lama Puan Suraya bercekak pinggang memandang anak daranya yang nakal ini.

End Flashback

"Rindunya dengan mama." Luah Tasneem seorang diri.

Selalunya waktu macam ni, dia akan duduk berdua dengan Malique. Tapi sekarang tak. Malique sibuk dengan kerja. Tambah lagi sikap Malique yang dingin.

Entah kenapa lah.

"Haura." Terhinjut kedua bahu Tasneem saat mendengar suara garau yang berada di belakangnya.

Berpusing Tasneem memandang suaminya yang sedang berdiri sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Tasneem melihat wajah mendatar suaminya. Dia bangun dan berdiri menghadap Malique.

"Ya, abang." Sahut Tasneem dengan lembut.

"Buat apa duduk luar ni? Haura tak sihat lagi." Tersenyum Tasneem apabila Malique risau tentang diri dia.

"Haura bosan. Sebab tu ambil angin malam." Kata Tasneem sambil matanya masih menatap wajah dingin Malique.

Diam Malique mendengar balasan Tasneem. Dia merenung serata wajah sang isteri. Rindunya. Walaupun mereka serumah. Tapi Malique sejak tadi terperap dalam bilik kerjanya. Langsung tak keluar.

Menjenguk Tasneem pun tidak. Dia langsung tak tahu yang isterinya dah makan atau belum. Apa yang isterinya buat. Semua dia tak tahu.

Terlepas keluhan Malique. Dia menapak mendekati Tasneem lalu diraih Tasneem ke dalam pelukannya. Dicium ubun-ubun Tasneem.

Tasneem membalas pelukan suaminya. Mukanya disembamkan di dada Malique. Dia rasa macam nak menangis. Dari tadi pelukan ini yang dia tunggu.

Lepas saja dia keluar dari bilik kerja Malique. Tasneem terus masuk ke bilik. Turun untuk makan puk tidak. Dia terasa dengan Malique. Dia ingatkan Malique akan datang memujuk dia.

Ternyata tidak.

"Sayang dah makan?" Menggeleng kepala Tasneem.

"Kenapa belum?" Soalnya lagi.

"Haura tunggu abang. Dari tengah hari lagi. Tapi abang dah makan. Haura ajak abang teman. Tapi abang sibuk. Haura takut nak turun sorang. Tangan Haura pun masih sakit." Adu Tasneem di sebalik pelukan mereka.

Terpejam mata Malique. Ini bermaksud isterinya tak makan sejak dari tengah hari lagi lah.

Malique merenggangkan pelukan. Dilihat serata wajah cantik Tasneem. Basah dengan air mata. Rahang Tasneem pun nampak lebam. Diusap lembut rahang isterinya.

"Stt.." Berdesis sakit Tasneem apabila Malique tertekan sedikit bahagian rahangnya.

"Sorry, sorry." Pantas Malique meminta maaf. Dahi Tasneem dicium bertalu-talu.

"Takpa." Malique menyeka air mata Tasneem yang masih mengalir.

"Jom makan. Abang teman."

"Tapi Haura tak masak."

"Abang dah order. Dah sampai pun makanannya." Tersimpul senyuman kecil Tasneem.

Malique menarik lembut tangan Tasneem. Tapi terhenti langkahnya saat Tasneem memanggil Malique.

"Kenapa Haura?" Tasneem mengemam bibirnya.

"Abang marah Haura ke?" Soal Tasneem. Dari tadi dia nak tanya. Akhirnya terluah juga soalan ini.

Redup pandangan Malique terhadap si isteri. Dia tahu. Mesti Tasneem terasa sangat dengan perlakuan dia tengah hari tadi.

"Haura terasa?" Mengangguk Tasneem.

Malique melabuhkan duduknya di kerusi dan menarik Tasneem untuk di atas pahanya. Tangannya memeluk pinggang ramping Tasneem.

"Abang minta maaf. Abang tahu yang abang tak sepatutnya buat macam tu. Tapi abang rasa bersalah sangat. Lagi-lagi tengok sayang macam ni. Hati abang sakit. Tapi abang lupa yang isteri abang lagi sakit. I'm sorry, my heart." Tasneem memandang wajah Malique.

Nampak keikhlasan di dalam mata Malique. Tanpa kata apa, dia langsung memeluk suaminya.

"Haura ingat abang benci Haura."

"Abang takkan pernah benci Haura."

"Haura tak suka abang marah Haura."

"Abang tahu."

"Jangan lah marah Haura.." Bergetar suara Tasneem.

Malique membalas pelukan isterinya dengan lebih erat. Mukanya disembamkan di bahu Tasneem. Luluh hati dia mendengar getaran suara Tasneem ketika ini.

"I will, baby." Masing-masing diam. Hanya kedengaran suara esakan tangisan Tasneem sahaja.

Dapat Malique rasa badan Tasneem merasa panas. Tasneem demam. Haih.

Kesian isterinya.

Lama mereka berpelukan sehingga Tasneem senyap. Malique dapat rasakan hembusan nafas yang tenang di ceruk lehernya. Dia yakin. Pasti Tasneem dah tidur sebab penat menangis.

Digosok belakang badan Tasneem dan direnggangkan pelukan. Dilihat wajah tenang Tasneem yang sedang lena. Dicempung tubuh kecil Tasneem masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Selepas itu, dia mengorak langkah menuju ke arah katil. Diletakkan isterinya dengan penuh berhati-hati agar lena Tasneem tidak terganggu. Merengek perlahan Tasneem. Pantas Malique menepuk punggung Tasneem bagi melelapkan isterinya semula.

Usai itu, dia bangun dan menutup pintu gelongsor yang dibuka lalu kembali semula ke katil. Dia naik ke atas katil dan membaringkan dirinya. Ditarik Tasneem ke dalam dakapan hangatnya.

Terus tak jadi makan. Rasa lapar tiba-tiba hilang. Hm.

~~~~~~~~~~

Terjaga Tasneem dari tidur apabila perutnya sejak tadi berkeroncong minta di isi. Dia mencelikkan mata dan memandang ke arah jam yang tergantung. Sudah pukul 4:30 pagi.

Dari semalam dia tak makan apa-apa. Malam tadi pun Malique ajak dia makan. Dia boleh tertidur dekat bahu Malique.

Suaminya ini mesti tak makan juga. Ikut tidur sama macam dia.

Dengan gerakan perlahan, Tasneem bangun dari baringannya dan beranjak sedikit jauh dari Malique. Tak nak suaminya tersedar. Dia mengerling seketika melihat wajah lena Malique.

Selepas itu, Tasneem turun dari katil dan mengorak langkah keluar dari bilik. Nak kejutkan Malique, kesian pula. Mesti suami dia penat. Takpa lah.

Dalam rasa takutnya itu. Dia gagahkan juga dirinya untuk keluar dan turun ke dapur.

Nasib lah rumahnya tak gelap. Memang Malique tak akan matikan lampu kerana Tasneem takut gelap.

Kalau bil api nak kena bayar mahal pun. Apa dia kisah. Duit dia berkepuk. Kita yang duit tak berkepuk ni, kena jimat. Faham?

Tasneem membuka peti ais dan mengeluarkan satu bungkus nasi ayam yang di order Malique malam tadi. Diambil pinggan dan nasi ayam tadi lalu diletakkan ke dalam pinggan.

Setelah itu, dimasukkan pinggan tersebut ke dalam oven untuk dipanaskan. Dia duduk di atas tool bar sambil menunggu nasinya dipanaskan. Dia menongkat dagu di tangannya.

Termenung seketika Tasneem jadinya.

Tak lama kemudian, Tasneem mendengar bunyi dentingan di oven. Lantas dia bangun dan menapak ke arah oven. Dikeluarkan makanannya dan dibawa ke meja.

Usai itu, dia mengambil sudu serta garfu. Air kosong turut diambil juga.

Perasaan gementar dan takut yang dia rasakan sekarang. Dibiarkan saja. Tasneem mencuba untuk lawan perasaannya sekarang. Dia tak boleh nak terus-terusan rasa takut.

Baru dua suap masuk ke dalam mulut, Tasneem terkejut melihat Malique yang sudah berdiri di hadapannya. Dah lah tak berbaju. Berseluar track panjang. Nampak perut ketul-ketul aum dia tu. Rambut pula serabai. Nampak sangat muka baru bangun tidur. Tapi hensem.

Haih. Lemah iman cenggini.

"Allah. Abang! Terkejut Haura." Tasneem menggosok perlahan dadanya.

Malique menapak mendekati Tasneem dan dialihkan tangan Tasneem lalu dilekapkan tangannya di dada Tasneem. Dia merasakan jantung Tasneem laju berdegup. Betul-betul terkejut.

Tersengih dia di hadapan Tasneem.

"Sorry, baby. Kenapa tak kejut abang? Kenapa turun sorang?" Soal Malique seraya melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Tasneem.

Kepala Tasneem dibelai dengan penuh sayang. Sebelah tangannya lagi menongkat kepalanya sendiri. Menyenget dia merenung wajah bersih Tasneem.

"Tak nak kacau abang tidur. Haura tahu, mesti abang penat." Jawab Tasneem selari menyuap lagi sesudu ke dalam mulutnya.

Apabila ada kesan comot di tepi bibir Tasneem. Ibu jari Malique mengesat kesan tersebut dan dijilat. Tasneem yang melihat tindakan suaminya terus membahang wajahnya.

"Merahnya pipi. Panas ke? Awal lagi ni sayang. Abang yang tak berbaju ni pun rasa sejuk." Diusap pipi Tasneem.

Mengemam rapat bibir Tasneem. Dia menggeleng perlahan sebelum menyambung makan semula.

Agak lama mereka diam. Malique ralit merenung wajah Tasneem. Tasneem pula fokus pada makanan. Dia lapar itu yang tak perasan langsung Malique tengok dia dari tadi.

Jadi setiap kali ada kesan comot di bibir isterinya. Malique akan setia mengelap. Berulang kali tindakannya sehingga Tasneem habis makan.

"Dah?" Mengangguk Tasneem.

"Meh, abang cuci pinggan."

"Eh.. takpa. Haura boleh buat. Abang duduk sini." Malique menahan isterinya. Dia memegang kedua bahu Tasneem.

"Takpa. Sayang duduk. Biar abang yang buat." Sejurus itu, tanpa menunggu balasan Tasneem. Malique bingkas bangun sambil membawa pinggan kotor Tasneem tadi ke sinki untuk dicuci.

Tasneem diam memerhati perlakuan suaminya. Termenung dia memandang Malique. Langsung tak sedar yang Malique dah selesai mencuci pinggan kotornya tadi.

Tersentak Tasneem saat hidungnya dicuit Malique. Dipegang hidungnya yang terasa basah.

Mencebik bibirnya. Geram Malique tengok bibir cebik isterinya itu. Dikepit bibir Tasneem dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.

"Eii.. abang." Marah Tasneem. Dia memukul bahu Malique dengan kuat. Terus Malique Mengaduh sakit.

"Aw, sayang. Ya Allah, sakit." Digosok bahunya. Merah weh.

"Padan muka. Balasan abang buat Haura semalam."

"Balas dendam lah ni?" Menjeling manja Tasneem.

"Hei. Merajuk ke?"

"Hmph!" Tasneem mengalihkan pandangannya.

"Alolo.. manja abang ni merajuk. Rahang sayang ni okay tak? Meh abang tengok tangan." Dipegang tangan Tasneem. Diusap lembut.

Selepas itu, dia mengucup tangan isterinya. Lama dia cium. Redup pandangan Tasneem memandang suaminya.

"Abang." Seru Tasneem. Lantas Malique memanggungkan kepala memandang Tasneem.

Dia senyap menunggu bicara Tasneem.

"Haura tak nak abang rasa bersalah. Apa yang jadi pada Haura bukan salah abang. Jadi jangan rasa bersalah. Dan Haura tak suka apa yang abang buat semalam pada Haura. Haura takut. Tapi abang abaikan Haura." Jujur Tasneem.

Malique mengelipkan matanya beberapa kali sebelum menarik Tasneem ke dalam pelukan. Dicium ubun-ubun sang isteri. Sungguh apa yang dikatakan Tasneem barusan memang benar.

Dia tak sepatutnya mengabaikan Tasneem semalam. Walhal itu bukan salahnya dan dia pun tak nak dan tak minta apa yang terjadi semalam terjadi pada isterinya.

"Abang minta maaf, baby. Abang tahu, abang salah. Berapa banyak kali abang minta maaf pun, hati sayang tetap akan ada parutnya. I'm sorry baby." Perlahan mengalir air mata Tasneem. Dia membalas pelukan sang suami.

"Sayang minta abang jangan ulang lagi. Sayang takut. Takut sangat. Sayang cuma nak ada abang sentiasa dengan sayang. Lepas papa, abang lah yang sayang meletakkan harapan penuh untuk jaga dan lindungi sayang." Ujar Tasneem sambil tersedu-sedu.

Makin lirih hati Malique mendengar kata-kata Tasneem. Ya Allah, kenapa lah dia abaikan isterinya semalam?

"Okay. Abang janji abang takkan buat lagi."

Tasneem melepaskan pelukan. Ditatap wajah kacak Malique.

"Prove it. Sayang tak nak berharap pada janji abang." Mengangguk Malique. Dia faham. Dia faham sangat apa yang dikatakan isterinya barusan.

"Hari ni abang cuti. Sayang nak buat apa? Hari ni abang ikut semua plan sayang. Sayang ada nak keluar?" Menggeleng Tasneem. Malique mengesat air mata Tasneem dan dicium kedua pipi Tasneem.

"Nak duduk rumah je. Rahang dan tangan Haura sakit lagi." Malique mengusap lembut rahang si isteri. Masih nampak kesan lebamnya.

"Apa kata.. hari ni kita tengok movie? Nak tak?" Sambung Tasneem. Ceria saja wajahnya.

'Kuatnya awak, sayang. Abang always love you.' Getus hati Malique sambil tersenyum merenung wajah isterinya. Nampak comel sangat bila tengok Tasneem senyum sampai nampak lesung pipit.

Memang senyum kegemaran Malique. Sebab ada lesung pipit.

Malique mencucuk perlahan lesung pipit Tasneem.

"Haura sayang nak tengok movie apa?" Soal Malique. Nak melayan isterinya. Semalam dia dah abaikan Tasneem.

"Nak tengok movie.." Tasneem mengetuk jarinya di dagu. Lagak gayanya seakan sedang berfikir.

"Hm. Movie apa, Haura sayang?"

"Kejap lah. Bagi lah Haura fikir."

"Okay, okay."

"Ha! Haura tahu."

"Apa?"

"Nak tengok movie despicable me. Okay tak?" Mengangguk Malique seraya tersenyum manis ke arah isterinya.

"Okay sangat. Hari ni abang layan semua apa yang Haura nak."

"Lepastu nanti abang order pizza tau. Sekali dengan ramen plus cheese."

"Alright baby. Jom. Kita naik mandi. Nanti dah nak masuk subuh." Ajak Malique selari menutup perbualan mereka.

Karang bermacam-macam makanan yang diminta Tasneem. Sakit-sakit pun makan tak lupa.

"Yeayyy!! Thank you, abang."

"You're welcome." Tasneem memuncungkan bibir minta dicium.

Malique yang faham langsung melekapkan bibirnya. Usai itu, mereka berdua naik ke atas. Nak mandi. Nanti nak solat subuh.

Baik anda solat sebelum anda disolatkan.

Sentapzzzz.


Tbc..

Siapa marah Malique semalam? Aiyokkk🤣🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

488K 20.2K 76
ยฐ1 ST BORNยฐ TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat sep...
383K 13.1K 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan...
378K 20.9K 75
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ing...
136K 6.4K 42
[completed] 1st Series ๐“ ๐“ช๐”‚๐”‚๐“ฒ๐“ถ & ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ฒ๐“ผ๐“ผ๐“ช โ๐”‡๐”ฌ ๐”ถ๐”ฌ๐”ฒ ๐”จ๐”ซ๐”ฌ๐”ด ๐”ด๐”ฅ๐”ž๐”ฑ'๐”ฐ ๐”ช๐”ฌ๐”ฏ๐”ข ๐”Ÿ๐”ข๐”ž๐”ฒ๐”ฑ๐”ฆ๐”ฃ๐”ฒ๐”ฉ ๐”ฑ๐”ฅ๐”ž๐”ซ ๐”ฉ๐”ฌ๐”ณ๐”ข ๐”ž๐”ฑ ๐”ฃ๐”ฆ๐”ฏ๐”ฐ๐”ฑ...