[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

922K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 42 |

14.1K 1K 144
By delilanatasha





ESHAL Alaya dan Raja Laila memandang Raja Maraya dengan wajah yang terkesima. Rasanya, telinga mereka masih tak pekak. Masih normal!

Eshal menyisip sedikit air di gelasnya sebelum merapatkan tubuh ke arah Raja Maraya yang duduk dihadapannya.

"Kali ni, kau tak game Farel kan?" Suara Eshal perlahan, separa berbisik.

Manalah dua gadis itu tidak risau? Raja Maraya ada rekod memainkan hati Farel. Siap ditangkap basah. Risau pisang berbuah dua kali, elok mereka ceramah dahulu si Raja Maraya ni.

"Tak, kali ni betul punya. We are officially a couple" senyumannya ditarik tinggi. Manis.

"Omg! Kak Mar dah tak single!" Raja Laila menekup mulutnya tidak percaya. Membulat mata bundar itu membuatkan Raja Maraya ketawa.

"Pelik sangat ke kalau aku dah tak single? Tapi aku faham kau orang terkejut. Sebab aku terlalu cantik untuk dimiliki"

Rambutnya dikibas kebelakang bahu dengan wajah kerek. Langsung, dua gadis dihadapannya itu menjeling tidak puas hati.

"Macam biul aje aku tengok. Ada kad lain selain IC ke, kak?" Eshal berseloroh.

"Kad nikah belum ada. Kau sabarlah, aku bagi kau dengan Ummar dulu kahwin" Balas Raja Maraya. Dia tersenyum puas saat Eshal kembali menayangkan wajah jengkel kerana tidak dapat kenakan Raja Maraya.

"Apa reaction family kau, kak?" Soal Eshal lagi. Itu yang sebenarnya. Dia mahu tahu apa reaksi keluarga Raja Maraya saat mendengar berita mengejutkan ini.

"Dia orang tak tahu lagi. Tapi, aku rasa mereka dah boleh agak kot. Sebab sebelum aku pergi ke kem untuk cari Farel, aku sempat beritahu Dani yang aku cintakan Farel"

Eshal mengangguk faham. Drama begini selalunya dia terlepas. Apa malang betul nasibnya? Tak berpeluang menyaksikan drama keluarga secara langsung.

"Ni, dah settle ya baju nikah kau? Aku nak balik ke pejabat ni" Raja Laila mengerling ke arah jam ditangan. Ah, peduli apa jika masuk lambat? Bos dia si abangnya, Raja Ummar.

Tambahan pula, dia diminta untuk menemani Eshal fitting baju pernikahan Eshal dan Ummar tidak lama lagi. Lagilah Ummar tak kisah jika dia tak masuk ke pejabat sekali pun.

"Dah settle. Pergilah. Aku balik dengan kak Mar. Thank you sebab teman aku, Laila" ujar Eshal dengan sengihan.

"Anything for my sister-in-law to be." Senyum Raja Laila sambil keningnya menjongket sebelah.

"Jom, aku ada nak beli barang sikit dekat mart—"

BRAK!

"Oh my God! My handbag!"

Seorang wanita berambut perang kekuningan tidak sengaja merempuh tubuh Raja Maraya yang baru sahaja bangun dari duduk. Secara langsung, kopi di tangan Raja Maraya tertumpah ke atas beg tangan wanita itu.

"Mata you dekat mana? Atau you buta?!" Tengking wanita tadi. Seraya itu, wajahnya diangkat memandang Raja Maraya yang sedang mengambil tisu diatas meja.

Dang!

Itu doktor Brina Bailey. Wajah cuak Raja Maraya bertukar riak. Segala rasa bersalahnya serta - merta terbang entah kemana. Tajam, mereka berdua saling bertatapan sesama sendiri.

Merasakan angin yang kurang baik antara dua wanita itu, Raja Laila menyiku lengan Eshal. Tetapi, Eshal menggeleng tanda tidak tahu.

"It's you again" Raja Maraya memecah hening.

"No wonder, perempuan clumsy macam you rupanya yang langgar I" selar Brina sambil merampas tisu dari tangan Raja Maraya. Segera beg gangan berjenama mahal itu dilap.

"Excuse me, you yang langgar I. I tengah bangun and you tiba - tiba langgar I masa I berpusing badan" penjelasan yang tidak perlu pun dinyatakan.

Terang - terangan salah Brina tadi. Dia yang berjalan tidak memandang hadapan. Sudahlah berjalan di kaki lima antara celahan meja dihadapan kafe.

"Siapa suruh you duduk tengah jalan?"

"Apa yang you harapkan ada di ruang makan depan kafe? Karpet merah? I repeat, Ini kawasan makan, bukan pentas catwalk." Bidas Raja Maraya.

Brina mendekati selangkah. Kemas - kemas tanganya menggenggam pemegang beg, menahan geram.

"You jangan fikir you dah menang, Maraya. I'm not done yet. Sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai apa lagi yang baru declare"

Raja Maraya mengukir senyuman sinis. Hal Farel sememangnya menjadi hal yang diketengahkan oleh Brina. Itu sahaja punca mengapa Brina begitu membencinya.

"Woah, I'm scared"

Rambutnya dikibar kebelakang sebelum membelakangi Brina. Malas mahu melayan perempuan gila. Buang masa saja.

"I don't know how can you be so confident, Maraya. I don't think Farel likes you because you are pretty. Jadi, jangan berangan!"

Masih belum berpuas hati? Raja Maraya berpaling memandang Brina yang tampak mengetap bibirnya. Apa yang membuatkan Raja Maraya geram, hampir semua orang yang berada di kawasan kafe itu memandang ke arah mereka.

"Don't bark if you can't bite. You look so stupid right now" dengan wajah kosong, anak mata Raja Maraya bergerak atas dan bawah.

Merinding melihat tatapan itu, Brina mencari akal. Tak, dia tidak akan benarkan Raja Maraya menang untuk kali ini.

"Don't worry, I won't bite someone like you. I have taste. Apa kelas nak lawan perempuan yang berkulit gelap? Terang - terangan I'm on the next level—"

BUK!

"Say that again, you racist hoe"

Selamat beg tangan Eshal Alaya mendarat di kepala Brina Bailey. Terkejut bukan kepalang. Semua orang yang ada disitu sudah berbisik sesama sendiri.

"At least, be smarter. Shaming people skin doesn't make you look cool" Raja Laila mendekati Brina, mencapai tas tangan Esha yang berada di hujung kaki Brina.

"Siapa kau orang ha?!" Jerit Brina tepat di wajah Raja Laila.

"Yang pasti aku bukan makcik kau. And one more thing, bercakap tu kalau tak jerit tak boleh ke? Eiy, aku tambah satu lagi kang!"

Raja Laila mengangkat tinggi tangannya, mahu dihayun kekura tangannya ke wajah Brina tetapi ditahan.

Sabar, Laila. Jika tidak dikenang Raja Maraya yang menariknya, mungkin dia sudah melibas wajah Brina menggunakan handbag Eshal tadi.

"You know what? Farel has luxury tastes. That's why he chose me. He called me a shining gem. And hot. Every fucking days. Even the tasteless people would say I'm attractive. Jealous, dear Brina?"

Sengaja menyimbah minyak di bara, Raja Maraya terkekeh kecil.

"Farel would call you gem too. But with J initial. Jam-ban" Eshal menambah.

Bibir Brina bergetar hebat tatkala orang disekeliling mereka sudah tertawa. Ada yang merakam sejak dari tadi sudah tiada segan silu bersiul, mengejek.

"You bitch!"

Brina berjalan lanu ke arah Eshal. Sanggul gadis genit itu mula ditarik olehnya. Hal itu menyebabkan Eshal dan Brina bergelut.

"Fuck!"

Raja Maraya dan Raja Laila mula meleraikan pergelutan.

"Kau hina kak Mar! Ini makan dia!"

Rambut Beina dijambak kuat sebelum belakang kepala wanita itu ditampar beberapa kali.

Tak lama, tangan Eshal digenggam oleh Brina. Kini giliran sanggul Eshal dijambak pula.

"Oi! Jangan tarik tudung dia!" Raja Laila cuba menarik genggaman Brina daripada sanggup Eshal. Tetapi sayang tidak berjaya. Makin kuat pula dia mengayun kepala Eshal.

"Lepaskan rambut aku!"

"Tak nak! Kau minta maaf dengan kak Mar dulu!"


RAJA Ummar, Farel dan Jibrael melangkah masuk ke dalam balai polis. Segera sosok Raja Maraya, Eshal dan Raja Laila mereka cari.

"Boo? Ya Allah! Apa benda kau buat ni?!" Raja Ummar mendekati Eshal yang sedang menatap Brina Bailey dengan renungan tajam.

"Awak tengok dia ni Ummar! Dia hina kak Mar!" Kuat Eshal menjerit di dalam balai polis sambil menunding ke wajah Brina.

Brina hanya mengguling bebola mata.

"Kau buat muka macam tu kenapa bodoh?!"

Buk!

Satu tendangan kecil singgah di betis Brina.

"Kau nak apa lagi haa?! Hidung aku dah berdarah sebab kau tumbuk! Tak puas hati lagi?!"

Buk!

Brina membalas tendangan Eshal.

"Fucking touch my fiancée again, perempuan tak perempuan aku pecahkan muka kau dekat sini"

Kerusi beroda yang Brina duduki mula ditendangnya agar menjauh sedikit.

"Cool down, Scorpion. Tak apa. Semua dah settle. Cuma, aku nak tanya kau. Nak ambil apa - apa tindakan? Mengikut kesaksian, cik Brina yang serang cik Eshal dulu." Ujar Inspektor Rafael, salah seorang kenalan rapat Raja Ummar.

Inilah pegawai polis yang bekerja secara sulit bersama Hud Yaqeez.

Perlahan - lahan kepala Raja Ummar berpaling memandang Brina yang sudah beriak cuak. Mati! Matilah dia! Wajah bengis Raja Ummar langsung tidak ditatapnya.

"Rafael, throw her in the fucking cell"

Dang!

"Baiklah. Ini, IC cik Eshal. You may go now. Cik Eshal jika ada apa - apa yang mahu saya bantu, boleh beritahu pada saya secara langsung ya. Minta maaf atas segala kesulitan" Inspektor Rafael menunduk sedikit ke atah Eshal Alaya.

"W..what the hell?! Macam mana you guys buat kerja? I'm fucking injured! Perempuan tu  langsung tak ada calar! Macam mana I pula yang bersalah?!" Tengking Brina sambil menghempas tisu yang digunakan untuk mengelap darah hidungnya.

"Injured your ass!" Eshal bangun sambil kedua - dua jari tengahnya ditala ke arah Brina.

"Astaghfirullahalazim, boo. Allahuakhbar siapa ajar kau ni?" Digenggam kemas tangan Eshal. Menghalang gadis itu daripada mencarut menggunakan bahasa tubuh.

"That's my girl" gumam Raja Maraya. Farel hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu ini semua ajaran siapa. Dua tahun Eshal menghilang, Raja Maraya dan Nadyne sahaja yang tahu Eshal dimana.

"You may contact your lawyer for any defending act. So, this way" Inspektor Rafael menyuruh dua anggota polis perempuan untuk membawa Brina ke arah lokap.

"Farel! Farel tolong I! Please!" Brina meronta dalam pegangan pegawai polis. Matanya mula berkaca, memandang sayu ke arah Farel yang beriak kosong.

"You're assaulting my princess. So, you deserve it. Tidur lokap lah kau malam ni, Brina" Farel mengangkat bahunya bersahaja.

"Fuck! I hate you Farel! I hate you!"

"Aku sepuluh kali ganda lagi benci kau. Bawa dia berambus dari mata aku. Semak" arah Farel dengan tona suara yang dingin, menghantar bayangan Brina yang mula diheret ke arah lokap.

"Princess, are you okay?" Farel merendahkan sedikit badannya agar bisa melihat wajah Raja Maraya dengan lebih jelas. Manalah tahu, Mar juga terluka?

Mahu tercabut jantungnya ketika menerima panggilan daripada pihak polis yang mengatakan Eshal, Raja Maraya dan Raja Laila terlibat dnegan pergaduhan di tempat awam.

Perempuan, memang tak reti gaduh senyap - senyap ya?

"I'm okay, Rel. Eshal tu yang I risau. Dia betul - betul bertumbuk dengan Brina tadi tau. I ajar dia Muay Thai suruh defend diri. Tapi dia guna untuk belasah Brina pula. You nampak tak hidung Brina dah patah? Semua kerja Eshal"

Bebelan Raja Maraya didengari oleh mereka semua. Jibrael sudah menggelengkan kepalanya sambil memandang Eshal yang masih mencuka.

"Nasib baik Eshal dah ganyang dia. Kalau tak, memang aku yang patahkan tulang belangka dia, princess. Berani dia cari pasal dengan kau?"

Farel menjongket kening kepada Eshal.

"Kali ni, aku approved kerja kau Eshal. Terima kasih sebab bela Mar" ujar Farel dengan senyuman nipis.

"Kak Mar tu baik sangat. Perempuan kurang ajar macam tu memang ini aje caranya. Aku tahu kau tak nak cederakan dia sebab kau belajar Muay Thai, tapi aku kisah apa. Dia memang layak kena balun pun"

"Betul! Lila setuju! Nasib baik Lila tak backhand dia tadi tau!"

"Kenapalah Lila tak backhand kan aje? Boleh Jib masuk campur sekali. Syok pula Jib tengok abang Ummar action tadi" seloroh Jibrael.

"Jib, bangang tu simpan untuk anak - anak kita sikit boleh?" Selar Raja Laila.

"Tak boleh. Biarlah anak - anak kita dapat kebangangan Lila je. Seronok sikit Jib nak membahan Lila depan anak - anak nanti—"

"Kalau kau dua ekor nak mengarut pasal anak lagi, pergi berambus balik."

Tersengih mereka berdua saat panahan helang milik Raja Ummar menikam wajah mereka. Garang!

Continue Reading

You'll Also Like

2M 98.4K 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywat...
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
245K 4.7K 10
[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang d...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...