[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 41 |

14.4K 1K 113
By delilanatasha




LAMA Raja Maraya memerhati sisi wajah Farel yang tekun membaca artikel di PC. Wajah itu dingin. Ada kerutan di dahi sedikit. Tanda dia sedang fokus. Sudah menginjak pukul dua pagi. Matanya masih tidak disinggahi kantuk.

"Princess, kau tak mengantuk ke? Atau kau nak aku hantar kau balik kondo?" Soal Farel tanpa memandang ke arah Raja Maraya.

"I tak mengantuk. Tak apa. Teruskan kerja you." Jawab Raja Maraya. Selimut kecil yang diberi oleh Farel tadi dipeluk kemas sebelum kepalanya dibaringkan di atas meja. Tak lepas matanya menatap Farel.

Farel senyum. Lekas telapak tangan besarnya menutup mata Raja Maraya.

"Kau buat aku malu."

Terasa wajahnya membahang ketika ditatap Raja Maraya. Farel senyum simpul. Perutnya juga bersimpul urat melihat bibir Raja Maraya yang tersenyum biarpun matanya masih ditutup.

"Malu - malu pula. Terkam kang" seloroh Raja Maraya.

"Sembang." Cantas Farel. Berlaga mata sahaja Raja Maraya tak betah. Lagi mahu menerkam dia? Farel berani kerat jari yang Mar tak ada kekuatan untuk lakukannya. Mar pemalu!

"You lah mengajar. Sembang you kalah orang menjaja minyak. Semua nak nampak wow" balas Raja Maraya sambil menarik tangan Farel yang masih setia menutup matanya.

Farel memberi jelingan lalu bebola matanya diguling malas. Tekun dia mengelola tetikus sambil membaca.

"You sayang I banyak mana? Cuba describe"

'Hai, dia dah mula dah'

Soalan rambang dituju. Farel berfikir sejenak. Nampaknya tak jadilah dia nak buat research malam ini.

"Titisan hujan pun tak boleh lawan nilai cinta aku pada kau, baby."

Berkerut dahi Raja Maraya. Segera tubuhnya dipeluk kemas.

"Berguru dengan Hud ke apa you ni?" wajah Raja Maraya dipandang sekilas. Gayanya benar - benar geriap dengan ayat tidak berapa puitis miliknya tadi.

"Eh, mana kau tahu ni, princess? Kau stalk aku ya?" Usik Farel dengan mata yang sedikit meluas. Sengihannya merekah apabila Raja Maraya turut terkejut dengan pengakuannya.

"You.. ambil kelas sastera dengan Hud?" Polos soalan itu dikeluarkan. Seingatnya, Hud bukan pensyarah bahasa melainkan pensyarah yang berkaitan tanah, pokok dan landscape planning.

"Aduh, Mar. Jangan bendul sangat. Aku bergurau aje. Tak ada masa aku nak ambil kelas sastera dengan mamat tu."

"Cis, bendul ya? Kita tengok orang tu boleh hidup tak dekat Sabah nanti bila si bendul ni tak ada" senyuman sinis terjongket bersama dengan kening kirinya. Mengejek.

"Betul tu betul!" Suara Raden menyahut dari muka pintu pejabat. Dia masuk ke dalam ruangan itu bersama Iman dan Farish. Masing - masing membawa mee segera secawan seorang.

"Farish ada? Hi!" Raja Maraya melambai tangan ke arah Farish yang sudah tersengih.

"Kau lambai dia buat apa? Nanti dia suka kau macam mana?" Farel menarik semula tangan Raja Maraya agar turun. Kemas - kemas dia menggenggam tangan itu.

"I kan bendul. Tak akan lah Farish suka orang bendul—"

"Eh, suka!" Farish sengaja menyimbah minyak di bara. Tersengih bagai kerang busuk, dia memandang Farel yang sudah mencapai buku tebal di rak sebelah. Mahu membalingnya ke arah Farish yang sudah menyorok di sebalik PC milik Iman.

"Haa, baling, baling! Rosak PC kerajaan kau tanggung eh" ugut Farish. Puas hatinya melihat Farel yang tak jadi membaling buku tebal itu.

"Kau tahu kan belakang kem sana ada kereta kebal? Jangan sampai aku rempuh kau dengan benda tu nanti"

Jeling tajam. Merosakkan mood dia dan Mar! Wanita yang berada disebelahnya itu sudah terkekeh. Cemburu Farel memang tak kena tempat.

"Alang - alang dah declare ayuhlah kita celebrate secara kecil - kecilan." Iman menghulurkan mee segera berperisa kari ke arah Farel dan Mar, setiap seorang.

"Aku yang declare, yang kau orang yang melebih ni kenapa? Bosan sangat dah hidup single sampai nak ikut kecoh dalam hubungan aku?" Selar Farel.

"Berlagak eh sejak ada girlfriend. Aku siku muka musibat ni kang!" Raden mengacah mahu mengayun lengannya ke arah Farel. Lelaki itu tiada perasaan. Hanya menjuih bibir tanda malas melayan Raden.

"Apa pasal aku punya tak ada telur?! Mar punya ada" Farel mengintai ke dalam cawannya yang hanya kosong tanpa telur. Hanya ada mee sahaja. Berselang seli dia mengintai cawan mee segera miliknnya dan milik Raja Maraya.

"Kau ada telur sendiri kan? Pakai kau punya. Buat sendiri"

Raja Maraya melongo.

"Siallah! Tercemarlah telinga princess aku!" Segera telinga Raja Maraya ditekup. Tajam matanya menikam wajah Iman yang mengangkat bahu bersahaja.

"Mar, kalau kau nak tahu mulut Farel lagi sial daripada kita orang. Semua benda dia carutkan. Belum masuk lagi bila cerita pasal kau—"

"RADEN QAFLI!"

Raja Maraya hanya menadah telinga. Terkadang dia tertawa ketika Farel mula menyerang Raden dan Iman yang mula melarikan diri, mengelilingi meja panjang.

"Apalah yang kau suka pada Farel tu, Mar? Aku tak nampak apa - apa kecuali kebangangan dia" cemuh Farish dengan wajah yang menjengkelkan.

"When you're in love, you can't really tell what actually you like about him. Because everything about him was perfect" Raja Maraya senyum. Matanya redup memandang Farel yang mengepit kepala Iman menggunakan lengannya.

"Faham. Patutlah istilah cinta itu buta wujud. Ini sebabnya" Bukan menilai atau menghukum. Tetapi, Farish akui Mar dan Farel ialah pasangan yang tidak seharusnya bersama. Kisah silam yang masih berbekas di hati Raja Maraya bakal mengundang toksik ke dalam hubungan mereka kelak.

Tetapi, jodoh rahsia Tuhan. Pusinglah ke lekuk Bumi yang terdalam sekalipun, dua hati yang tertulis berjodoh akan bersatu jua. Harapnya, mereka berdua cekal.

"You rasa, Farel dengan I akan berkahwin tak?" Soal Raja Maraya.

Farish menyimpan senyum.

"Aku tak tahulah, Mar. Meramal ni bukan kepakaran aku. Tapi, kau kena percaya usaha tidak mengkhianati hasilnya. Dan paling penting, percaya pada Tuhan. Dia pemegang hati setiap makhluknya."

"Sekali Tuhan jentik rasa sayang, kau tak boleh berdalih lagi. Kau akan tetap rasa sayang biarpun mulut berkata benci."

Raja Maraya mengangguk setuju. Itu yang dia rasanya sejak kebelakangan ini. Hati berkata sayang tapi mulut disebaliknya. Lihatlah malam ini. Bersaksikan orang - orang di kem tentera, dia melafaz cintanya kepada Farel sendiri.

"Urusan jodoh, kau serah pada Tuhan. Yang mana ada didepan mata, pastikan tak tercicir. Aku cuma nak cakap, kau buat keputusan yang betul malam ni." Senyum Farish.

Raja Maraya senyum bangga. Tak sia - sia dia panjat tembok kem!

"Tapi panjat tembok tadi bukan keputusan yang betul ya. Itu keputusan nak menempah maut namanya. Nasib baik Farel tak tarik kaki kau biar jatuh tergolek" lekas Farish memintas. Bagai tahu apa isi kepala wanita itu.

Raja Maraya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Baru sekarang dia berasa malu dengan siapnya tadi. Gelabah tak tentu arah.

"Apa pilihan I ada? Guard tak bagi I masuk. I panjat ajelah. Ingatkan tak tinggi untuk lompat. Tapi tinggi rupanya." Luah Raja Maraya.

Sah, jodoh cerminan diri juga merupakan pepatah yang bukan sengaja diwujudkan. Mar dan Farel memang serupa. Sama saja dua orang tu!

"Macam manalah perangai anak - anak kau orang nanti? Agaknya panjat bangunan pula" seloroh Farish.

Raja Maraya menggulum senyum. Lucu memikirkan hal itu. Jika boleh, biarlah tidak mengikut perangai dia. Yang elok - elok saja yang dia harapkan.

Continue Reading

You'll Also Like

4.6K 155 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
1.5M 55.3K 54
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] ********************************************* Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...