[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 37 |

11.7K 908 78
By delilanatasha



"HADI?"

Farel mengintai sedikit ke dalam pejabat milik lelaki itu. Setelah meletak jawatan sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan, kini Raja Hadi mula berganding bahu bersama Raja Luqman dan Raja Maraya bagi menguruskan syarikat rekaan perabot milik ayahnya, Raja Murad.

Di dalam pejabat itu, ada Raja Hadi yang sedang menyiapkan kerjanya. Biarpun sudah tengah malam, lelaki itu masih bergadang di pejabat. Wajah mendung Farel dipandang hairan.

"Kau mimpi apa datang sini? Mar tak ada. Dia dekat rumah" ujar Raja Hadi. Matanya sambung fokus pada PC kembali.

"Aku cari kau bukan adik kau"

Hal itu berjaya membuat Raja Hadi kaget habis. Dadanya dipegang sedikit. Mahu sakit jantung mendengar jawapan Farel. Lelaki yang berbaju kemeja putih itu mula duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

"Muka macam minta penampar aku je ni? Kau kenapa? Gaduh dengan Mar?" Tebak Raja Hadi.

Farel mengangguk. Tak jadi mahu menyambung kerjanya, Raja Hadi berpaling semula ke arah Farel yang termenung panjang.

"Betul kata kau, Hadi. Kau bukan penghalang terbesar aku untuk dapatkan Mar. Tetapi Mar sendiri merupakan cabaran terbesar aku. Aku hampir putus asa, Hadi"

Terpana sebentar mendengar itu. Raja Hadi mula membetulkan tubuhnya menghala ke arah Farel.

"I've warned you. Kau yang tak mahu dengar. Kau kata kau tak akan menyerah. Apa dah jadi dengan azam kau tu?" Sengaja mahu mengapi - apikan hati yang sudah mula memanas. Farel meraup kasar wajahnya.

"Apa.. aku kena buat Hadi? Tak ada cara khusus ke untuk lembutkan hati dia? Dia friendzone aku sial" luah Farel tak tertahan.

Tidak lama, tawa Raja Hadi memenuhi ruangan. Senak perutnya dek ketawa besar yang menggeletek hati. Inilah kali pertama dia melihat Farel begitu lemah.

Mar kau buat apa pada Farel?

"Mar tu nampak aje keras hati. Tapi aku tahu—"

"Tak payah acah - acah tahu. Hati dia memang keras! Jangan sampai aku plan tangkap basah lagi sekali, Hadi. Aku dah cukup fed up dengan istilah taaruf dia tu!"

Farel menarik geram rambutnya sendiri.

"Oi, sabar, sabar. Rambut dah handsome, jangan tarik - tarik. Duduk, kita bincang" pujuk Raja Hadi.

"Bincang apa Hadi? Dia reject aku buat kali ke entah keberapa! Bagitahu aku macam mana aku nak sabar?"

Raja Hadi mengetap jari di dagu, berfikir. Apa kelemahan adiknya? Tidak lama, senyuman tersungging diwajah kacak itu.

"Aku ada idea. Tapi kau pun kena keras hati sama. Sanggup?"

Farel menelan liur sendiri.

"Apa apa sahaja. Asalkan Mar jadi milik aku."


        BUNYI tambourin mula memecah suasana yang baru sahaja hening. Dengan mic ditangan masing - masing, Jibrael dan Vince bersedia mahu menyanyi.

"Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu kukembali
Biarkan saja berakhir di sini"

Merdu suara Vince langsung tidak mampu menangkis segala rasa yang berselirat di kepala Raja Maraya. Wanita itu bersandar lemah dengan tatapan kosong di skrin televisyen pusat karaoke.

"Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahagiamu"

Vince menyiku sedikit perut Jibrael yang masih asyik menyanyi. Bibirnya menjuih ke arah Raja Maraya yang tampak kejung ditempat tetapi tiada riak. Kosong sahaja.

"Awek Dragon kenapa termenung jauh ni? Setan alim mana rasuk kau? Nak aku ruqyah kan kau?" Jibrael menyergah menggunakan mic. Sekali, jelingan tajam Raja Maraya yang dia perolehi.

"Oh, kena mention nama Dragon baru dia bagi reaction. Faham, faham" seloroh Vince.

"Apa?" Soal Raja Maraya sedikit malas.

"Aku tahu kau tengah serabut, kak Mar. Tapi, kita dekat tempat hiburan ni. Kata nak healing. Melebihkan macam kau yang kena reject" selar Jibrael dengan cekakan dipinggang.

"Entah, Raja Mar. Sikit - sikit boleh lah. Lebih - lebih siapa nak layan? Buatkan Dragon betul fed up dengan kau, andartu lah sampai mati" giliran Vince menambah api di bara.

Hening.

Vince menekup mulutnya sambil memandang Jibrael. Tersilap katakah dia?

"Susah ya nak beri kepercayaan pada orang? Ada tips nak handle masalah aku ni?"

Sinis tetapi tidaklah membirat dihati. Jibrael dan Vince mengerti maksud Raja Maraya. Situasi wanita itu sendiri sedang kacau bilau.

"Faham, hati sendiri susah untuk dibuka. Tapi, kau sebenarnya dah mula beri kunci pada hati kau pada Farel. Farel tu, tunggu kau jemput dia masuk sahaja, kak"

Raja Maraya terdiam.

"Ada kunci pun masih perlu meminta izin tuan rumah untuk masuk."

"Bukan tak boleh berhati - hati. Tapi jangan sampai kita jadi buta hati. Kau tak nampak ke usaha Farel selama ni macam mana? Di tahap mana lagi kau nak Farel berjuang dapatkan cinta kau? Perlu ke dia bergadai nyawa?" Tambah Jibrael dengan senyuman tenang. Vince mengangguk setuju.

"Kalau aku dah fed up jadi Dragon. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum. Usaha aku tak dilihat terkadang boleh jadi barah dihati. Baik aku undur diri aje."

Vince turut bersandar di kerusi. Sudah masuk mood menceramah, mahu bernyanyi pun tiada rasa.

"Bukan mudah. Usaha dia telefon kau hari - hari dari Tukri hanya untuk dengar suara kau. Tolong kau sorok Eshal dari Ummar selama beberapa tahun ni. Kau tak rasa tindakan Farel tu akan menyebabkan nyawa dia dihujung pistol Ummar ke? Dia sanggup ambil risiko tu hanya untuk kau, kak"

"Aku.. takut"

"Kau nak takut apa? Takut Farel mempermainkan kau?"

Angguk.

"Kalau dia nak mempermainkan kau, dia tak mengadu semua ni dekat Hadi malam tadi" cebik Jibrael. Tidak lama kekehan kecil terkeluar dari bibir dua lelaki itu.

Melotot mata. Raja Maraya memandang Jibrael dengan wajah yang tidak percaya. Farel? Mengadu pada Raja Hadi tentang mereka?

"Kak Mar. Semua orang tahu kau dan Farel saling mencintai. Jangan kata aku tak tahu isi hati kau orang. Walaupun aku muda setahun daripada kau, tapi bab bercinta, aku tak benak macam kau"

Tak mahu berkata banyak, cukuplah sesi membuka minda Raja Maraya untuk hari ini. Lihat wajah terkedu Raja Maraya sudah membuatkan hati Jibrael puas.

Jibrael mencapai telefonnya yang baru sahaja berdering.

Raja Laila.

Dengan senyuman, Jibrael menerima panggilan itu.

"Yes, dear?"

"..."

"Okay, Lila. Calm down and talk slowly. Jib tak dapat catch up, dear"

"..."

"ESHAL WHAT?!"

Kali ini, tumpuan mereka semua beralih pada Jibrael yang baru sahaja bertempik kuat. Lagi - lagi nama Eshal yang diketengahkan. Membuatkan Raja Maraya dan Vince berdebar habis.

"What about you, Lila? Are you hurt? Allahuakhbar, tunggu disana sampai Jib sampai. Please find something like rope or whatever that you can use to tie her hands."

Jibrael menamatkan panggilan, langsung berdiri dan mencapai jaketnya yang tersidai di bahu sofa.

"Kenapa? Apa yang berlaku?" Soal Vince tidka sabar.

"Eshal kena attack. She's been stabbed and now Ummar on the way bawa dia ke hospital Farel."

Continue Reading

You'll Also Like

2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
258K 19.7K 44
"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik...
1.5M 55.3K 54
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] ********************************************* Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...