NJ. Ini Kisah Kita.

Door Tulip_Haura0629

2.1K 188 25

NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dal... Meer

Prolog 1
Prolog 2
Bab 1 : NJ
Bab 2 : NJ
Bab 3 : NJ
Bab 4 : NJ
Bab 5 : NJ
Bab 6 : NJ
Bab 7 : NJ
Bab 8 : NJ
Bab 9 : NJ
Bab 10 : NJ
Bab 11 : NJ
Bab 12 : NJ
Bab 13 : NJ
Bab 14 : NJ
Bab 15 : NJ
Bab 16 : NJ
Bab 17 : NJ
Bab 19
Bab 20 : NJ
Bab 21 : NJ
Bab 22 : NJ
Bab 23 : NJ
Bab 24 : NJ
Bab 25 : NJ

Bab 18 : NJ

68 9 0
Door Tulip_Haura0629

~I am jealous of everyone who is with you when I'm not with you.~

_Farid, tolong bagitahu abang Zaen, mintak dia datang ambik aku sekarang. Aku ada hal._ ~Nia

Pagi-pagi lagi Nia menghantar whatsApp kepada Farid Azuan, sakit hati punya pasal.

Walaupun dia tahu hari ini merupakan hari terakhir 'abang-abang'nya berada di sini tapi dia sudah tekad. Dia akan keluar dari rumah abah untuk seketika. Sengaja dia mengelak tidak mahu bersua muka dengan Nuh lagi. Hatinya sakit, terguris, tercalar dengan kejadian semalam. Kalau bukan sebab adanya Luqman, tak tahulah apa yang akan berlaku semalam.

'Arrghhh Nuh gila! Gila! Aku benci dia!!' batin Nia mnjerit melempias rasa marah dan dendam kepada Nuh.

Untuk jayakan misinya melarikan diri, terpaksa Nia gunakan khidma pertolongan dari Zaen Haidar. Dia tahu Zaen Haidar sukakannya, jadi dia terpaksa mengambil kesempatan di atas peluang yang ada dengan sebaiknya. Nia yakin Zaen Haidar tidak akan menolak permintaannya.

_Kau dah kenapa ni Nia? Jam 7 pagi kau nak abang Zaen datang ambik kau? Mengigau?_ ~Farid

_Aku tak kira. Kau bagitahu abang Zaen, mitak dia datang sekarang jugak! Aku nak bersiap sekejap._ ~Nia

Nia segera capai tuala di penyidai lalu melangkah ke blik air. Dia perlu bersiap secepat mungkin, tak nak perancangannya gagal dengan kemunculan Mia di bilik mereka.

Dianggarkan waktu sekarang adalah masa yang tepat untuk dia menyelinap keluar dari rumah abah memandangkan pada awal pagi begini pasti Mia sibuk di dapur, menyediakan sarapan dan yang lain sudah tentu berada di bilik masing-masing.

Selesai bersiap ala kadar, telefonnya berbunyi. Lihat nama Zaen, Nia segera tekan icon hijau lalu diletakkan di telinga kiri dan dikepit dengan kepala bahu. Tangannya segera memasukkan apa jua keperluan di dalam beg galasnya.

''Assalamualaikum Nia.'' Suara serak Zaen menyapa telinga Nia.

''Waalaikummusalam. Abang Zaen dah sampai ke?''

''Dah. Abang dah nak sampai tapi... kita nak pergi mana?''

Naif Zaen bertanya, mengundang rasa serba salah dalam diri Nia kerana telah menjadikan lelaki itu korban mangsa keadaan. Nia kemam bibir, dia berdecit kecil.

"Nia?" seru Zaen bila Nia tidak membalas pertanyaannya.

Nia menggeleng. Dia tidak boleh berpatah balik.

''Nanti kita bincang dalam kereta. Abang dah sampai ke? Abang jangan masuk dalam pagar rumah Nia, abang tunggu je dekat simpang jalan sana. Biar Nia yang pergi ke sana.'' Kali pertama dia buat kerja gila dengan mengarah lelaki yang lebih tua darinya. Semuanya gara-gara Nuh!

''Nia? Kenapa pulak ni? Anything happened?'' Zaen kepelikan. Tak pernah-pernah Nia begini sebelum ini.

Nia berdecit lagi.

''Nanti Nia bagitahu abang Zaen. Okaylah abang, Nia nak off phone dulu. Sekejap lagi kita jumpa. Assalamualaikum.'' Nia mematikan panggilan tanpa sempat Zaen membalas.

Telefon dimatikan dan dilempar ke dalam beg sandang. Usai memastikan segala keperluannya mencukupi, dia menggalas begnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan menuruni anak tangga, bimbang kalau pergerakannya dapat dihidu oleh penghuni lain.

Tombol pintu utama dipulas perlahan. Segera dia menyelinap keluar dan berlari ke pintu pagar. Pintu pagar kecil ditolak lalu dia bergegas berlari mendapatkan kereta Honda Accord milik Zaen Haidar yang sudah tersadai dibahu jalan. Makin dekat dengan kereta itu, makin laju langkah kaki Nia.

''Abang Zaen, jom!'' gesa Nia sesudah selamat masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipasang ke tempatnya.

Zaen tidak berkelip melihat Nia yang sedikit cemas itu.

''Kita... kita nak pergi mana sebenarnya ni?''

''Kita pergi Wetex Parade, nak?'' Nia tiba-tiba mengemukakan cadangan yang terlintas dibenaknya. Apa-apa sajalah yang penting, cepat pergi dari sini!

Zaen Haidar kerut kening. Setahu dia jarang Nia nak pergi berpeleseran dengan orang luar selain dari ahli keluarganya sendiri. Reaksi dan tingkah laku Nia sangat mencurigakan Zaen. Tiba-tiba Nia berubah laku, mananya dia tidak pelik?

''Wetex Parade? Serius ke ni?"

Niq angguk laju.

"Iya Nia serius. Nak release tension. Jom lah abang, gerak..." Nia mengesa lagi. Zaen makin curiga, dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Nia.

"Abah tahu tak Nia keluar ni?'' soal Zaen dengan simpan curiga yang makin bertingkat.

Nia senyap, kembung pipi.

''Nia curi-curi keluar, ya? Why?''

Nia senyap lagi. Tangannya menggenggam kemas tali pinggang keledar. Zaen tidak lepas dari perhatikan tindak tanduk Nia. Dia yakin pasti ada sebab kenapa Nia berubah tiba-tiba begini. Untuk mendesak Nia, itu bukan caranya.

''Okay macam ni, abang boleh bawa Nia ke sana tapi dengan syarat, Nia text dulu abah atau Mia. Bagitahu yang Nia keluar dengan abang. Abang tak nak nanti abah dan Mia fikir yang bukan-bukan pasal abang. Okay?''

Lama Nia diam, menimbang tara sebelum mengangguk, akur. Lalu dia keluarkan telefonnya dan menaip satu pesanan ringkas untuk kakaknya.

_Assalamualaikum akak, Nia keluar ni dengan Abang Zaen. Tiba-tiba ada hal. Akak tolong bagitahu abah ya?_ ~Nia

_Waalaikummualam. Nia keluar? Pagi-pagi macam ni? Kenapa tak jumpa dulu?_ ~Mia

_Urgent. Akak tolong bagitahu abah ya? Jangan risau, Insya-Allah abang Zaen jaga Nia elok-elok._ ~Nia

_Lama ke Nia nak keluar?_ ~Mia

_Tengoklah macam mana kak. Kalau siap awal, Nia balik awal._ ~Nia

_Okay dik. Hati-hati. Jangan makan yang bukan-bukan._ ~Mia

_Okay kak. Insya-Allah._ ~Nia

"I'm done. Okay, jom kita pergi."

Nia matikan semula telefonnya. Tidak nak sesiapa menghubunginya dan apa yang pasti, dia yakin akan ada panggilan dari Nuh Jazmin nanti. Itu dia yakin sangat!

''Kita ajak Farid, Bai dan Zam sekali, boleh? Rasanya itu lebih baik dari kita berdua je. Kan?'' usul Zaen cuba tempiaskan kegalauan hati.

Nia mengangguk tanda tidak kisah, yang penting sekarang ni dia oleh pergi jauh dari Nuh. Jauh-jauh sampai jangan ke temu lagi!

Zaen Haidar menekan-nekan telefon pintarnya, sedang berusaha menghubungi temannya yang lain.

* * *

8.30 pagi, masa untuk bersarapan.Tuan Ahmad Zakri mengambil tempatnya. Nuh dan Luqman juga muncul pada masa yang sama. Mereka mengambil tempat masing-masing. Nuh kerling tempat duduk Nia yang masih lagi kosong. Nuh mengarit kening.

'Ke mana Nia?' Nuh hanya menyoal dalam hati, tidak meluah secara nyata.

''Nia mana, Mia?'' Pertanyaan dari Tuan Ahmad Zakri mewakili bisikan hati Nuh.

''Emm... tqdi Nia ada whatsApp Mia, katanya dia keluar sekejap dengan Zaen. Ada hal, urgent katanya.''

Jawapan Mia itu buat Nuh tercenggang. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Nia keluar pagi macam ni? Kenapa?

''Keluar? Pagi-pagi macam ni? Dia pergi mana?''

''Entah la abah. Tak pulak dia bagitahu Mia dia nak pergi mana. Kejap lagi dia balik la tu kot. Makan la abah, Nuh, Luq.''

''Emm Nia ni suka sangat buat orang risau... Kejap lagi abah call Zaen tanya mereka pergi mana," rungut Tuan Ahmad Zakri, risau juga dengan anak bongsunya itu. Nia tu bukannya boleh duga sangat perangai dia. Bila gilanya datang, haru juga dibuatnya. Suka buat keputusan terburu-buru.

''Nuh, Luq, dah siap ke kemas barang-barang?''

''Ada separuh lagi tak siap, abah. Sekejap lagi sambung,'' jawab Nuh sambil meniup sedikit mee goreng yang masing berasap di depannya sebelum dibawa ke mulut. Seleranya mati tiba-tiba. Tak terasa mee itu dilidahnya walaupun dimasak dengan penuh rencah oleh Mia.

''Terima kasih ya Nuh, Luq.. sebab sudi jadi anak angkat abah. Abah suka sangat sepanjang Nuh dan Luq ada kat sini. Senang-senang datang la sini lagi.''

''Insya-Allah abah, nanti kami datang lagi. Kami pun nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat abah sebab sudi terima kami.'' Luqman membalas. Nuh mengangguk, mengiyakan.

''Nanti bertolak pukul berapa?''

''Pukul 2 nanti abah. Nanti abah boleh hantar kami tak?'' Giliran Nuh pula betanya, sekadar menutup kegalauan hati.

''Oo lepas zohor la? Boleh, tak ada masalah. Nanti lepas solat kita bersiap ke sana.''

Nuh mengangguk. Fikirkan sekejap lagi mereka akan pulang ke universiti, membuatkan hati Nuh berbelah bagi. Sudah tamat tempoh kebebasan yang diberikan oleh Luqman. Selepas ini kehidupannya kembali menjadi 'banduan' yang tidak bergari oleh mereka yang jauh nun di sana. Nuh akan kembali di bawah pemantauan Luqman Firdaus.

Hari ini juga hari terakhir dia bersama keluarga angkatnya. Selepas ini tiada lagi menu masakan air tangan Mia. Tiada lagi yang sudi mengelarnya 'anak lelaki abah'. Tiada lagi wajah cemberut Nia setiap kali dia mengusik. Arghh Nia... ke mana budak kecik tu pergi?

Seleranya mati bila teringat kejadian semalam. Dia sedar dia sudah keterlaluan dengan Nia semalam. Harapnya sebelum dia bertolak balik nanti, dia sempat berjumpa Nia. Dia mahu memohon kemaafan pada Nia atas segala terlanjurannya semalam.

* * Imbas kembali * *

Sekembalinya mereka ke dewan, dari jauh Nia sudah nampak susuk Benjamin sedang bersandar disebalik dinding berdekatan pintu utama dewan yang kelihatan sudah separuh malap. Itu tandanya majlis malam itu sudah pun berakhir. Benjamin angkat tangan kanannya bila terpandangkan Nia yang ada di dalam perut kereta Tuan Ahmad Zakri bersama Luqman dan Nuh. Nia turut membalasnya.

''Nia pergi ambik purse Nia sekejap.'' Beritahu Nia, bersedia untuk membuka pintu kereta namun pergerakannya terhenti bila terdengar Nuh berkata sesuatu.

''Just sit in the car, let me go get it.''

Nia tarik hujung bibirnya.

''Its okay. That's my stuff. I don't want to bother you or anyone else.'' Laju saja Nia menolak pintu kereta tanpa mengendahkan Nuh dan Luqman yang memanggil namanya berulang kali.

Segera Nia lajukan langkahnya bagi mendapatkan Benjamin. Niatnya cuma satu, dia mahu segera ambil purse dari tangan Benjamin dan balik berehat. Jam sudah hampir menunjukkan angka 12 tengah malam, badannya betul-betul terasa penat. Mata sudah terbayang-bayang keenakkan beradu di atas katil saja sekarang ini.

''Ben..''

''Hai Nia. Bawak bodyguard ke?'' Sengaja Ben berseloroh tapi sebenarnya dia meyindir Nuh yang kebetulan tiba di sebelah Nia atau dengan lebih tepat lagi langkah Nuh lagi laju dari Nia.

Nia sekadar senyum hambar. Malas mahu melayan gurauan tidak lucu sesiapa sekarang ini. Otak penat, badan letih.

''Mana purse Nia?'' tanya Nia terus tanpa berselindung. Cepat dapat purse, cepat boleh blah.

''Ada-ada. Nah, ini dia.'' Benjamin menghulurkan purse kepada pemiliknya.

Nia segera menyambut lalu membukanya, periksa kalau-kalau ada barangnya hilang.

''Semua ada kan?''

Laju Nia mengangguk.

''Terima kasih Ben. Kalau awak tak ambil tadi, entah kat mana dah purse Nia sekarang ni.'' Nia membalas, terharu dengan kebaikan lelaki itu.

''It's okay Nia. Next time be careful ya.''

'''Insya-Allah. Saya balik dulu ya, Ben. Dah lewat sangat ni. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sekali lagi ya, Ben?" Nia pinta diri, tak selesa bila Nuh asyik perhatikan dia dengan Ben dengan qa

''Okay sweetheart. Mungkin lain kali kita boleh jumpa lagi, kan?" giat Ben berani, lalu mengenyit mata kanannya kepada Nia. Sengaja mahu bakar perasaan Nuh. Dia bukannya tak nampak dengan perubahan muka Nuh.

''Insya-Allah. Semoga ada rezeki," balas Nia lalu tersenyum manis.

Nuh di tengah-tengah antara Benjamin dengan Nia, membulatkan mata, terkejut dan tidak percaya dengan tindakan berani Benjamin terhadap Nia. Dan Nia, senyum?

Nia angkat kaki, meninggalkan Nuh yang masih terkulat-kulat ditempatnya. Buat apa menanti di situ lagi sedangkan Benjamin juga sudah meminta diri.

Nuh memicingkan matanya, kepal penumbuk lalu mengekori Nia dari belakang.

''Kau jangan nak pandai-pandai menggatal dengan orang lain Nia! Kau tu budak lagi!'' bentak Nuh keras sebagai amaran kepada Nia.

Ketika itu mereka berdua berjalan seiringan ke tempat letak kereta. Luqman pula menunggu di dalam kereta seperti yang diminta oleh Nuh.

''So?'' Nia meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan amaran Nuh. Dia perlu peduli?

Nuh ketap bibirnya kuat, tercabar dengan balasan Nia. Lantas tanpa pedulikan Nia lagi, lengan budak mentaklh itu ditarik sehinggakan tubuh Nia terdorong ke belakang dan terjatuh ke dalam pelukannya. Nuh terkejut dengan tindakannya sendiri dan lebih mengejutkan bila keadaan mereka yang begitu juga.

Nia juga tergamam sama, spontan pula kedua tangannya mendarat elok di dada Nuh. Untuk seketika mereka saling bertatapan sehinggalah Nuh berdeham.

Nia juga sama, termalu sendiri. Lantas dia berdiri tegak,membetulkan kedudukannya tapi tangan Nuh yang mencengkam lengannya tidak dilepaskan lagi. Nia tarik tangannya, Nuh mengeras.

"Lepaslah!" bentak Nia sambil berusaha melepaskan dari pegangan Nuh.

Nuh tidak mengendahkan bentakkan Nia, malah makin kejap dia mencengkam lengan itu. Dia masih marahkan Nia dinatas kesalahan tidak mengendahkan amarannya.

''Kau jangan nak buat aku marah Nia. Baru je tadi aku dah cakap jangan rapat sangat dengan Ben, yang kau menggatal pergi layan dia tu, kenapa? Siap bergambar bagai dengan dia tu, kau dah kenapa?'' jerkah Nuh, terbayang-bayang kemesraan Nia bersembang dengan Benjamin tadi menjentik amarahnya.

Terangkat sedikit bahu Nia dengan jerkahan itu tapi untuk dia tunduk dengan Nuh, tidak sama sekali! Dia bukan perempuan yang boleh Nuh sesuka hati gunakan!

''So? Ada kaitan ke saya dengan awak kalau saya nak menggatal dengan dia sekali pun?'' cabar Nia.

Nuh terdiam. Berkerut keningnya. Apa maksud Nia?

''See, tak ada kaitan pun kan? I'm just your 'adik' untuk malam ini dan akan berakhir pada hari esok. After all this, i'm not longer your sister. Right?'' bidas Nia bila Nuh diam tanpa menjawab soalannya tadi.

Nuh tak faham. Apa Nia merepek ni?

''Apa kau merepek ni, Nia? Kau tetap adik aku dan aku ni abang kau walaupun cuma abang angkat kau. Dan sebab aku ni abang kau, aku tak suka bila kau layan orang yang bukan-bukan. Dan orang tu pulak Ben, kau tak kenal dia tu siapa,'' Nuh masih mempertahankan teorinya dan dia tetap mempertahankan hujahnya. Dia berperasaan begini hanya kerana Nia itu adik angkatnya dan dia tidak mahu Ben gunakan itu sebagai batu loncatan untuk Ben membalas dendamnya.

''So, apa bezanya dia dengan awak? Awak pun lebih kurang dia, kan?'' tungkas Nia geram. Nuh nak mengata orang tapi tak sedar diri, dia pun lebih kurang sama.

''Nia!'' jerkah Nuh sekali lagi. Dia dapat merasakan yang Nia sengaja mahu mencabar kesabarannya.

Laju Nia tarik lengannya dari pegangan Nuh yang sedikit longgar lantas dia berlari menuju ke kereta.

"Lepaskan saya, Nuh." Nia terjerit, terkejut bila tiba-tiba pingangnya dirangkul dari belakang secara kasar.

"Nuh lepas!" Nia meronta.

"Kau jangan nak cabar aku, Nia!" Nuh tarik Nia, jauhkan dari kereta.

"Apa awak nak buat ni Nuh?" Nia cuak. Nuh tolak tubuh kecil itu ke belakang. Nia terdorong ke belakang dan terjatuh di atas rumput. Mendongak dia pandang Nuh yang tengah tahan rasa bengangnya.

"Kau yang cabar aku Nia! Kau yang suka lawan aku! Apa masalah kau dengan aku hah?"

Nia bangun. Tantang Nuh berani.

''Awak nak tahu kenapa? Sebab saya tak suka awak. Awak berlagak! Bajet bagus! Awak ingat bila ramai perempuan suka awak, itu termasuk dengan saya? Maaflah Nuh, saya tak suka lelaki kuat berlakon macam awak! Cukup-cukuplah awak nak berlakon jadi abang yang baik kepada saya sedangkan dibelakang saya, macam-macam awak dah mengutuk saya.''

Makin berasap telinga Nuh. Setapak dia mara. Nia berundur setapak. Berundur bukan kerana takut tapi Nia sedang berjaga-jaga dengan kegilaan Nuh.

''Kau cakap apa? Aku berlagak baik? Aku buat apa hah?'' berang Nuh dengan tomahan Nia.

Nia senyum sinis. Dengan memek muka diherotkan, dia mengajuk semula apa yang dia dengar.

''She's just a little girl. No need to compared with you, okay? Dia tak secantik Zara pun. Cuba Zara tengok dia. Dia dah lah pendek, kentot, sesuai ke dengan Nuh yang tinggi ni? Tak kan? Haaa dekat situ pun Zara dah nampak betapa tak serasinya kitorang? One more thing, Zara tengoklah rambut berkarat dia macam mana, bukan type Nuh la. Nuh suka yang natural beauty macam... macam you lah, Zara.''

Terbuka luas mulut Nuh. Adakah Nia?

''Terkejut kan? Yes, saya ada masa awak dengan dia tengah ber'honeymon' dekat belakang dewan tadi. Saya bukannya bodoh macam yang awak sangkalah Nuh. I may be underage but I'm not stupid."

Sekali lagi Nuh terdiam. Tak tahu apa yang patut diperkatakan kepada Nia. Mahu membela diri, sah-sah dia kalah. Apa yang Nia cakap itu semuanya betul! Semuanya keluar dari mulutnya!

"Nia, aku..."

Nia tahan Nuh dari mendekat.

''Awak sendiri yang bagitahu tak nak ada hubungan dengan kitorang lagi selepas semuanya berakhir, bukannya kitorang yang menghalau. Kalau abah tahu awak cakap macam tu, mesti abah sedih. Abah dah pun anggap awak dengan Luq sebahagian dari keluarga kami.'' Sambung Nia.

''Aku..'' Nuh cuba menerangkan, sekali lagi lengan Nia ditarik walaupun Nia melarang.

''No need to explain anything Nuh. I'm not your league. Please, hands off.'' Nia cuba tarik lengannya dari Nuh. Cuba menjarakkan diri yang dirasakan sudah cukup rapat dengan Nuh. Dia tak selesa.

''Nia bukan tu maksud aku. Aku tak... tak bermaksud macam tu pun. It's just words, it doesn't mean anything.''

Nia senyum sinis. Alasan. Nia menyambung lagi,

'''Maybe for you, it's just words but for me it means a lot. This is the painful truth.'' Sekali lagi Nia cuba tarik lengannya. Malas mahu dengar apa jua ulasan Nuh lagi.

Nuh yang melihat Nia tersenyum sinis begitu, terasa ulu hatinya dipanah oleh sesuatu. Dia rasa kalah, dia rasa tak berguna di mata gadis itu. Tanpa amaran lagi, dia makin mengetatkan lagi cengkamannya pada lengan Nia sehingga terdengar Nia merintih kecil.

''Nuh sakit...''

''Kau jangan sesekali fikir yang bukan-bukan tentang aku, Nia! Cukup untuk kau tahu yang itu bukan maksud aku.'' Nuh menderam, amaran keras.

''Nuh... sakit..'' Nia merintih lagi. Kali ini matanya pedih-pedih.

''Sekali lagi aku cakap, jangan buat sesuatu yang aku tak suka! Bila aku cakap jangan berhubung dengan Ben, it's mean no! Aku tak suka kau jadi mangsa Ben. Kau faham tak?'' Nuh diamuk rasa yang tak menentu. Terbayang Nia bersembang dengan Ben, Nia bergambar dengan Ben. Arghhh semuanya membuatkan hatinya panas! Tanpa sedar dia terbayang wajah lain dalam diri Nia yang jadi penyebab kepada Nuh hilang kawalan.

''Nuh lepas! Sakit!'' Nia mengaduh makin kuat. Kali ini air mata tanpa segan mengalir.

''Kau faham tak ni Nia?'' Kali ini Nuh mengoncang kedua belah bahu Nia pula. Dia mahu dengar 'ya' dari Nia untuk memuaskan nafsu amarahnya.

''Nuh, apa kau buat ni?! Lepaskan Nia, Nuh!'' Luqman muncul sambil cuba meleraikan mencengkam Nuh di lengan Nia.

Nuh tidak peduli. Matanya tepat dihalakan kepada anak mata Nia yang sudah basah itu.

''Nuh!'' Luqman menepik kuat di telinga Nuh,menyedarkan temannya itu dari rasukan amarahan.

Serentak itu Nuh lepas Nia. Nia laju melarikan diri ke kereta dengan teresak-esak. Nuh tergaman.

"Luq, apa dah aku buat?" Nuh bingung, menyoal. Luqman menepuk bahu Nuh seraya bawa Nuh ke kereta.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

1.3M 66.8K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
3M 95.7K 28
"Stop trying to act like my fiancΓ©e because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
3.6M 290K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
268K 20.4K 60
Archana have everything that a girl could wish for, studying in one of the top universities of India, she have everything a human ever need, loving p...