Bab 3 : NJ

85 6 2
                                    

~Kita, ada kisah yang tak perlu orang lain faham, cukuplah hanya kita yang tahu.~

Tok! Tok!

Lena Nuh Jazmin terganggu. Misat mata sebelum bangun dari perbaringan dan toleh kepada pintu bilik. Bunyi ketukan datang dari situ, bermakna datang dari luar. Dia tunduk pada tempat tidur Luqman Firdaus yang sudah kosong. Sejenak telinganya menangkap bunyi pancuran air dari bilik air.

Tok! Tok!

Lagi ketukan pintu kedengaran. Nuh Jazmin turunkan kakinya ke lantai dan menapak ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan. Terserlah wajah polos milik Nia Jasmine di sebalik pintu. Nuh mengerut kening.

"Morning!" Nia menyapa bersama sengih yang melebar bergayut dibibirnya.

Nia dengan uniform baju kurung sekolahnya tanpa memakai tudung sekolah. Rambut panjangnya disikat dan diikat kemas.Walaupun dia tak suka dengan kehadiran abang-abang handsome ni, dia tetap perlu buang perasaan sementara itu jauh-jauh. Sebabnya, semalam dia sudah kena 'brainwash' dengan Mia.

Kata Mia, dia perlu menghormati dan melayani tetamu abah dengan sebaik mungkin. Anggap saja dengan cara tu dapat menjaga air muka dan maruah abah yang sememangnya dikenali di kampung ini. Bekas pengetua sekolah, siapa yang tak kenal.

"Yes?" Nuh memetik jarinya di depan muka Nia, nampak macsm gadis itu mengelamun saja.

Pelik juga Nuh dengan kemunculan Nia di pagi hari ni. Tak mungkin muncul semata-mata nak menyapanya dengan perkataan 'morning' tu. Tentu ada penyebab lain yang membuatkan budak perempuan itu mengetuk pintu biliknya. Lagipun dia bukannya buta untuk mengesan 'ketidaksudian' Nia menerima kehadirannya dengan Luqman di rumah ni.

Nia berdeham dulu sekadar membasah tekak. Buang rasa kekok. Termalu sekejap.

"Maaf, kalau saya ganggu..." Nia memulakan ayatnya, takut disalahertikan oleh Nuh. Dia cuma mahu mengambil beberapa barangan sekolahnya. Semalam dia terlupa mengambilnya ketika proses memindahkan barangannya ke bilik Mia.

"Nak apa ni?" tanya Nuh semula. Berpeluk tubuh lalu bersandar ke daun pintu.

"Boleh saya masuk sekejap? Saya nak ambil barang sekolah saya," pinta Nia penuh sopan. Walaupun itu biliknya, tapi dalam situasi sekarang ini bilik itu sudah menjadi 'hak' orang lain dan dia wajib menghormati privasi pemilik sementara itu.

"Nak masuk?" soal Nuh pula dengan kening berkerut. Dah kenapa budak kecik ni nak masuk? Nia dilihat dari atas ke bawah berulang kali. Comel pulak budak ni pakai baju sekolah. Sempat Nuh puji Nia dalam hati.

"Sekejap je. Saya nak ambil barang sekolah saya. Nanti dah settle ambil barang, saya keluar. Lagipun saya dah lewat ni, sekejap lagi saya dah nak ke sekolah."

"Emm... masuk la tapi cepat sikit, Luqman tengah mandi. Nanti dia terkejut pulak tengok kau ada dalam bilik ni." Nuh menguak pintu bilik dengan lebih luas untuk untuk memberi ruang kepada Nia.

"Okay. Terima kasih." Tanpa membuang masa, Nia segera memetik suis lampu bilik dan sekelip mata sahaja bilik itu terang berderang. Nia putar pandangan sekeliling bilik. Masih kemas walaupun tidak serapi ketika dia menjadi penghuni bilik itu.

Nia ke almari buku lalu mengambil beberapa buku sekolahnya nanti. Bekas kotak pensel sempat disambar dan juga beberapa barang keperluan lain. Kalau boleh dia pun tak mahu berlama-lama di situ, tidak selesa dengan pandangan semacam Nuh. Seram!

"Dah settle, terima kasih," ucap Nia bila tiba di ambang pintu tempat dimana Nuh kekal berdiri sejak dari tadi.

"Emm..." Hanya itu yang Nuh balas seraya menutup pintu bilik.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now