His Love [C]

By singlelove_

418K 17.9K 698

Tuan Malique Zhafran πŸ’• Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 26

8.2K 274 18
By singlelove_

Terjaga Tasneem dari lenanya apabila mendengar bunyi alarm. Dia mencelikkan matanya dan berganjak sedikit ke hadapan untuk mencapai handphone nya.

Dapat saja langsung ditutup alarm itu. Tasneem terasa pinggangnya memberat dek kerana ada satu tangan kekar yang memeluknya dari belakang.

Siapa lagi kalau bukan Malique.

Tiba-tiba, Tasneem teringat kejadian aktiviti ghairah mereka semalam. Bukan ghairah. Tapi, sangat ghairah.

Ini pun Tasneem rasa suara dia macam ada dan takda saja. Sebab semalam asyik menjerit.

Sebab apa? Tak tahu lah.

Tasneem berpusing menghadap suaminya yang masih lena. Ditatap wajah kacak Malique. Dia mendekatkan wajahnya dengan Malique lalu dicium sekilas hujung hidung si suami.

Tersenyum Tasneem saat Malique menggaru hidungnya. Selalu Malique yang cakap Tasneem tidur macam baby. Tapi kali ni, Tasneem pula yang kata Malique tidur macam baby.

Tasneem terbayang kalau mereka ada anak nanti. Mesti comel. Tak sabar.

Sebelah tangan Tasneem naik menyentuh pipi suaminya. Selepas itu, Tasneem membelai rambut Malique. Dikemaskan sedikit.

Nasib lah hensem walaupun tidur dengan rambut serabai. Maaf lah.. korang kena faham semalam diaorang buat apa.

Hish, korang ni.

Lama Tasneem merenung suaminya sehingga dia langsung tidak sedar yang Malique sudah bangun. Tersenyum Malique apabila matanya langsung dihiasi wajah bidadarinya selepas dia membuka mata.

Tersentak Tasneem apabila terasa tangannya disentuh yang masih memegang pipi Malique.

"Hai." Sapa Malique dengan suara serak. Biasa lah baru bangun tidur.

Memerah wajah Tasneem ketika mendengar suara maskulin suaminya. Dia melentokkan dahi di atas bahu Malique.

Terletus tawa kecil Malique. Malu lah tu. Semalam tak malu. Siap minta lagi.

Eh?

Makin membahang wajah Tasneem apabila merasa kepalanya dicium bertalu-talu oleh Malique. Dipeluk tubuh Malique. Dapat Tasneem rasakan kehangatan di badan Malique.

Selesanya.

Malique melihat jam yang tergantung. Sudah pukul 5:15 pagi. Kiranya diorang baru tidur dua jam. Tapi asal Malique rasa macam segar dan bersemangat sangat ni?

"Sayang." Seru Malique perlahan.

"Hm." Sahut Tasneem.

"Kau punya dua ketul ni rasa empuk lah dekat lengan aku." Kata Malique sambil melingkarkan tangan di pinggang Tasneem.

Kaku terus Tasneem dibuatnya. Faham lah Tasneem apa yang dua ketul empuk tu. Malique ni memang lah. Jangan sampai Tasneem hempuk dia.

"Diam lah." Marah Tasneem.

"Tapi serius ni sayang. Bawah aku rasa macam nak menegak balik." Saja Malique nak menyakat.

"Hah?" Laju Tasneem mengangkat wajahnya merenung sang suami. Menelan air liur dia apabila dia dapat memahami kata-kata suaminya barusan.

"Kendurkan dia. Haura penat. Semalam abang dah puas." Selamba badak saja si Tasneem ni membalas.

Terus Malique menghamburkan tawa besar. Rasa lawak dengar ayat isterinya itu.

"Abang gurau lah. Dah, jom bangun. Nanti nak masuk subuh. Sayang kena mandi wajib dulu." Ujar Malique sembari bangun dari baringannya.

Badan Tasneem ditolak ke tepi sedikit. Malique mula menuruni katil dan diambil boxer yang tergeletak di atas lantai lalu dipakai. Berpusing Malique memandang sang isteri yang masih baring sambil menatap dirinya.

Terjungkit kedua alis Malique. Lah. Nakal betul isteri dia ini. Dalam malu-malu, sibuk tengok-tengok. Malique berdehem seketika dan membuat Tasneem tersentak.

Lantas Tasneem mengalihkan pandangannya. Kantoi lah. Malu weh. Tasneem menggigit sedikit bibir bawahnya

Tak lama selepas itu, dapat Tasneem rasakan katil di bahagian terasa agak tenggelam. Tahu lah dia bahawa Malique menaiki katil semula.

Dalam kiraan tiga saat saja, habis wajahnya dicium dengan Malique. Terkekeh ketawa Tasbsem dibuatnya. Geli sebab jambang suaminya terkena pada wajah.

"Hahahahah.. abang. Hahahaha.. abang stop." Tak berhenti Tasneem ketawa.

Pagi itu, memang bising dengan suara Tasneem yang banyak ketawa. Malique tersenyum puas apabila melihat Tasneem yang tercungap-cungap selepas digomol olehnya. Geram.

Dah curi tengok orang. Pandai pula nak malu. Ha, rasakan sekarang.

~~~~~~~~~~

Sehabis saja Malique memberi salam. Lantas Tasneem bergerak ke hadapan dan menyalami tangan suaminya. Dikucup kekura tangan kekar itu.

Angkat sahaja kepalanya, dahi dia terus melekap dengan bibir Malique. Malique mencium isterinya dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta. Diluahkan segala perasaannya melalui ciuman itu.

Usai itu, Malique menjauhkan bibirnya dari dahi Tasneem dan ditekup kedua pipi isterinya ini. Ditatap dalam wajah jelita sang isteri. Kini, Tasneem adalah seutuh miliknya. Hak dia yang sepenuhnya.

Sudah menjadi tanggungjawab dia. Isteri yang patut dia didik menjadi isteri yang solehah. Isteri yang seharusnya diberi rasa sayang dan cinta yang selayaknya.

Ini lah bidadari dia. Dan in syaa Allah, akan menjadi bidadarinya juga di syurga kelak.

"Abang sayang isteri abang. Haura abang. Cinta hati abang. Bidadari abang." Sejurus itu, dikucup kedua pipi Tasneem.

Membahang panas wajah Tasneem apabila Malique melontarkan kata-kata manis kepadanya.

"Sweet talker." Komen Tasneem sambil memukul perlahan bibir suaminya dengan jari telunjuk kanannya.

"Baby, abang serius." Orang betul-betul, dia ingat main-main.

Tergelak Tasneem. Dia tahu. Tapi dia malu. Sebab itu lah Tasneem buat macam tadi. Saja. Nak hilangkan rasa malu dia itu.

"I know. Abang suami Haura. Abang kawan baik Haura. Abang pelengkap hidup Haura. Abang juga syurga Haura. So.. thank you for loving me." Dilentokkan kepalanya di bahu Malique.

Lengan Malique dipeluk dengan erat. Tasneem sebenarnya rasa nak menangis. Sebab dia tak pernah dicintai dengan begitu hebat seperti sekarang.

"Haura pun pelengkap hidup abang. Thank you for loving me back." Dikucup puncak kepala Tasneem.

Tangan Tasneem yang digenggam. Dibawa ke bibirnya. Dikucup tangan isterinya itu.

Mata Tasneem terkedip-kedip menahan agar air matany tidak jatuh mengalir ke pipi. Dia terharu sangat dengan setiap perlakuan suaminya terhadap diri dia. Tak pernah sekali Malique melayannya dengan begitu kasar walaupun Malique seorang yang kasar.

Tapi bila dengan dia. Malique berubah menjadi seorang yang sangat lembut. Malique sanggup menukar nada hicaranya setiap kali berbual dengan Tasneem.

Malique mahu memanggil dia dengan panggilan yang romantik. Malique sanggup melayan kerenah manja dia. Malique tida pernah membebankan dia sebagai seorang isteri. Malique selalu melayan dia dengan baik.

Malique yang jenis tidak suak bersentuhan. Kini suka bersentuhan. Itupun dengan Tasneem saja lah. Sebab Malique kalau tak peluk Tasneem. Tak tenang hidup dia.

Juga, Malique bukan lah seorang yang suka melindungi seseorang dalam hidup dia. Tetapi sekarang Malique sangat ingin melindungi Tasneem.

"Isk.." Terjungkit kedua kening Malique saat mendengar esakan tangis.

Lantas Malique merenggangkan pelukan Tasneem di lengannya. Diusap lembut wajah basah itu. Pelik dia. Kenapa isterinya tiba-tiba menangis ni? Dia ada cakap perkara yang mengguriskan hati Tasneem ke?

"Haura kenapa ni?" Menggeleng Tasneem tidak apa-apa.

"Kenapa menangis? Abang ada buat salah ke?" Tasneem menggeleng lagi.

"Haura.. jangan menangis macam ni. Haura buat abang risau lah." Mencebik bibir Tasneem.

"Haura.. kenapa? Cakap dengan abang. Haura nak coklat? Ke nak aiskrim? Nanti kita pergi beli." Makin mencebik bibir Tasneem. Dia mendepakan tangannya minta dipeluk.

"Come." Ditarik lembut isterinya masuk ke dalam dakapan. Diusap belakang kepala Tasneem. Tak tahu lah apa penyebab Tasneem menangis.

Tapi Malique setia memujuk kekasih hati dia ini. Bagi Malique, air mata Tasneem sangat berharga. Kalau boleh, dia tak nak Tasneem menangis kerana sakit. Apa lagi dia yang menjadi punca Tasneem menangis.

Kalau menangis bahagia, Malique benarkan. Takpalah. Menangis bahagia itu tandanya sangat bagus.

Selepas beberapa ketika, tangisan Tasneem semakin mereda. Dia menjarakkan dirinya dengan Malique. Tapi masih lagi Malique memeluk pujaan hati dia ini.

Diseka air mata Tasneem. Penuh dengan kelembutan. Dia tak nak sakitkan Tasneem.

"Kenapa abang baik sangat?" Tanya Tasneem tiba-tiba.

"Hah?" Kini giliran Malique pula yang 'hah'.

"Haura menangis sebab abang baik sangat dengan Haura. Haura tersentuh. Abang selalu utamakan Haura." Jujur Tasneem. Dicebikkan bibirnya.

Lah.. itu ke punca Tasneem menangis tadi? Beria lah Malique ingat yang mungkin dia ada buat perkara atau melontarkan kata-kata yang membuatkan Tasneem terasa.

Dikucup dahi Tasneem sekejap. Selepas itu, Malique menggeselkan hidung mereka. Memang tabiat Malique sekarang.

"Haura nak ke abang tengking Haura? Haura nak abang marah-marah Haura? Haura suka ke abang buat macam tu? Haura nak kena maki dengan abang? Haura nak abang tinggikan suara dengan Haura? Macam tu ke, my Haura?" Soal Malique bertubi-tubi.

Dan semua soalan Malique barusan dibalas dengan gelengan oleh Tasneem. Tak nak lah. Abe Malique ni dah terlalu red flag untuk dia bila dekat atas katil.

Ups! Haha.

"Lepastu Haura nak abang buat apa? Biar abang tak baik sangat dengan Haura?" Soal Malique lagi. Dia nak tahu isterinya jawab apa.

Tasneem senyap tidak menjawab soalan Malique. Dia merenung ke dalam suaminya.

Malique yang melihat diamnya sang isteri. Langsung mencuit hujung hidung Tasneem. Tersenyum Malique dengan tingkah Tasneem.

"Abang tak boleh nak marah, tengking, maki, tinggikan suara dan seumpamanya pada Haura abang ni. Haura terlalu comel untuk abang buat semua tu. Tak sampai hati abang nak buat perkara tu pada bidadari abang ni dan bakal ibu kepada anak-anak abang kelak." Malique berhenti seketika sebelum mencium bibir Tasneem sekilas. Memincing mata Tasneem. Suka ambil kesempatan.

"Lagi satu, sebagai lelaki dan seorang suami. Seharusnya mereka melayan dan meratukan wanita mereka. Tak seharusnya mereka layan dengan kasar. Bila suami selalu mengutamakan isteri dan berkongsi rezeki. In syaa Allah. Allah perluaskan rezeki baginya. Isteri adalah pintu keberkatan bagi seorang suami." Ujar Malique panjang lebar.

Terbit senyuman lebar di bibir Tasneem. Puas hati dia dengan jawapan Malique.

"Bagusnya.. suami sayang ni. Sebab tu lah Haura sayang sangat dengan suami Haura ni." Tutur Tasneem gemas dengan sikap Malique.

Dia menekup kedua pipi Malique lalu dicium kedua pipi suaminya.

"Seronoknya dapat morning kiss. Nak lagi." Malique memuncungkan bibir meminta Tasneem mencium di bibir pula.

Tasneem membuat muka lalu menolak pipi Malique. Orang dah bagi betis nak paha pula. Melebih eh.

Terletus tawa nipis Malique. Comel lah seketul Haura ni.

Usai itu, mereka bangun dari duduk dan melipat sejadah. Sejak tadi mereka tak bangun-bangun. Boleh pula buat luahan hati sampai menangis.

Haih lah.


Tbc..

Watak Tasneem ni saya pilih yang tak bertudung. Tapi dalam cerita saya ni, saya buat dia bertudung. Jadi, jangan konpius, okay?🥰

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 255 40
{π‘©π’†π’•π’˜π’†π’†π’ 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 1} [Karya Pertama] STARTED - 10 MAY 2022 END - 22 MAY 2023 "You have a place in my heart no one could ever have" MARVIN L...
328K 9.2K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
3.3M 296K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
7.7K 773 63
Highest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang...