His Love [C]

Bởi singlelove_

426K 18.1K 698

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... Xem Thêm

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 23

7.8K 316 9
Bởi singlelove_

Tersentak Tasneem apabila ada tangan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang. Berpaling sekejap kepala Tasneem memandang suaminya yang merehatkan kepalanya di bahu kanan Tasneem.

Kini, mereka berdua sudah pun pindah di penthouse Malique pagi tadi. Dahtu ada pula drama. Datin Sri Zarina menangis tak bagi anak-anaknya pindah.

Tapi setelah dipujuk oleh Dato Sri Taarif. Baru lah Datin Sri Zarina okay.

"Lama lagi ke?" Soal Malique perlahan. Ditiup telinga isterinya. Menggeliat geli Tasneem.

"Jangan lah kacau." Tasneem memukul perlahan tangan Malique yang berada di pinggangnya.

Tergelak perlahan Malique dengan tingkah isterinya. Tasneem pukul tangan dia pun tak rasa apa. Biasa saja.

"Awak lapar ke?" Tanya Tasneem sambil menyusun baju-baju yang telah dilipat masuk ke dalam almari. Disusun elok-elok dan ditata rapi.

"Sikit." Jawab Malique seraya melepaskan pelukan. Kesian tengok Tasneem susah payah nak masukkan baju bila dia memeluk gadis itu.

"Aw-abang nak makan apa?" Terkedu Malique apabila mendengar panggilan Tasneem buat dirinya.

"Wait. You call me what?" Tersipu malu Tasneem. Dia menyudahkan dahulu kerjanya mengemas semua pakaian itu.

Selesai saja, dia berpusing menghadap Malique yang menunggu bicara Tasneem. Tasneem mengemam rapat bibirnya dan matanya dibawa merenung wajah kacak Malique.

"Saya panggil awak.. abang." Tutur Tasneem sambil menatap ke dalam mata Malique.

Terkaku, terdiam, terkedu dan segala 'ter' Malique rasakan apabila Tasneem memanggilnya abang. Memang lah dia lagi tua dari Tasneem dan panggilan itu selalu isteri memanggil suami diaorang.

Cuma bila Tasneem yang panggil dia dengan panggilan ni. Perasaan tu lain. Malique rasa bahagia sangat.

Tak pernah lagi dia rasa sebahagia ini.

"Awak tak suka ke saya panggil awak abang?" Tanya Tasneem. Mana tahu Malique tak suka. Dari tadi diam saja. Takut lah juga Tasneem.

"T-tak. Aku suka. Panggil lagi." Malique merapati Tasneem dan dipeluk isterinya.

"Hah?" Blur Tasneem jadinya.

"Panggil aku abang lagi." Arah Malique dengan bibirnya yang mengukirkan senyuman.

"Abang." Lembut suara Tasneem.

Malique mengemam bibirnya untuk menahan dari tersenyum. Tapi tak boleh. Dia tetap tersenyum.

"Lagi." Arahnya sekali lagi.

"Abang." Tasneem langsung menyembamkan wajahnya di dada bidang Malique. Malu lah. Dah lah Malique pandang dia tak lepas. Merah dah muka Tasneem.

Malique suka pandang dia lama-lama.

"Oh my god, sayang.." Dilabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya bertalu-talu.

Setelah itu, dia mencempung Tasneem. Terjerit Tasneem kerana tindakan suaminya. Pantas dia mengalungkan tangannya di batang leher sang suami.

Malique berjalan keluar dari closet dan berpusing di tengah-tengah ruang bilik tidur mereka. Tasneem menyembamkan wajahnya di ceruk leher Malique.

Tergelak Tasneem apabila suaminya bersikap begini.

"Lagi, sayang. Call me abang again." Arah Malique lagi setelah menghentikan perlakuannya.

"Suka sangat ke?" Mengangguk Malique.

"Abang. Abang, abang, abang, abang, abang, abang!!!" Di akhir panggilan, Tasneem menjerit kuat kerana Malique mula berpusing lagi.

Tak lama selepas itu, Malique berhenti dari berpusing. Diletakkan isterinya perlahan-lahan di bawah. Dipegang kepala Tasneem dan diurut sekejap.

"Pening lagi?" Menggeleng Tasneem.

"Aku suka kau panggil aku abang." Lebar senyuman Tasneem. Lantas dia kembali memeluk suaminya.

"Saya boleh panggil awak abang. Tapi awak stop lah 'kau-aku' tu." Kata Tasneem sambil mendongak merenung suaminya.

Malique menunduk membalas pandangan kekasih hatinya ini. Dikucup pantas dahi Tasneem. Tersengih suka Tasneem dibuatnya.

"A.. abang cuba." Makin lebar lah senyuman Tasneem. Lesung pipit dia pun makin dalam.

"Comelnya.." Tasneem mengeratkan pelukan mereka.

Malique menggoyangkan badan mereka berdua ke kiri dan ke kanan. Sungguh dia cakap, dia sangat merasa bahagia.

Dia bersyukur kerana Tasneem yang menjadi isterinya. Kalau bukan Tasneem, belum tentu dia akan merasa sebahagia ini.

~~~~~~~~~~

Tasneem mengangakan mulut apabila Malique hendak menyuapnya. Kata Malique biarlah dia yang suap Tasneem makan. Sebab tadi Tasneem dah susah payah masak.

Barang sepah tadi pun Malique yang kemas. Seronok Tasneem.

Malam ni, Tasneem masak simple saja. Sardin dan telur dadar. Itu pun dah cukup buat mereka berdua. Lagi satu, masing-masing penat dan tak sempat nak beli barang dapur.

Apa yang ada saja di dapur tadi Tasneem masak. Malique pun tak kisah.

"Haura nak lagi ke?" Tanya Malique seraya menyuap dirinya.

Tasneem menggeleng tidak mahu. Dah banyak dia makan. Sampai tak sedar dah dua kali tambah. Mungkin sebab penat sangat sampai rasa lapar.

"Okay. Aku- eh, abang habiskan yang ni." Mengangguk Tasneem. Dia menuangkan air di dalam cawan Malique.

"Saya tunggu abang habis makan." Malique mengerling isterinya sekilas. Selepas itu, dia merapatkan wajahnya dengan wajah Tasneem lalu digeselkan hidung mereka.

Memang dah jadi habit Malique. Dia suka gesel hidung dengan Tasneem. Lagi satu dia suka tengok lesung pipit Tasneem. Comel.

Tersengih senang Tasneem. Dia mencium pipi Malique sekilas.

Selepas beberapa minit menunggu Malique menghabiskan makanan. Akhirnya habis juga. Tasneem menghulurkan cawan kepada Malique. Tapi Malique tak ambil. Dia nganga kan sedikit mulutnya minta disuap minumnya itu.

Tasneem yang memahami terus sahaja mendekatkan cawan di bibir Malique. Sesudah itu, dilap mulut Malique apabila dilihat ada sedikit sisa air di tepi bibir suaminya.

"Thank you, sayang." Dibelai lembut rambut Tasneem.

"You're welcome." Sahutnya.

Malique bingkas bangun dari duduknya dan membawa segala pinggan dan mangkuk yang digunakan tadi. Tasneem pula membawa cawan.

Diletakkan di dalam sinki. Tasneem menunggu Malique menyudahkan mencuci tangan sebab dia nak basuh pinggan, mangkuk dan cawan kotor.

Lihat Malique sudah selesai mencuci tangannya. Lantas Tasneem ingin mengambil alih. Tetapi suara Malique menghentikan perlakuan Tasneem.

"Biar abang je basuh. Haura duduk sana." Arah Malique. Memuncung bibir Tasneem. Dia akur jua.

Baru dia tahu macam ni perangai Malique. Memang Malique tak suka susahkan dia. Dari awal mereka jadi suami dan isteri pun. Malique selalu senangkan dia. Padahal itu tugas isteri.

Tapi Malique cakap tak nak bebankan dia. Setakat gosok baju tu semua. Dia boleh buat. Malique tak nak Tasneem merasa penat.

Siap saja mencuci pinggan, mangkuk dan cawan. Malique susun dengan rapi. Dapat Tasneem lihat yang Malique sangat teliti orangnya.

"Good job, abang." Ujar Tasneem seraya memberi dua thumbs-up kepada suaminya.

Berpusing Malique memandang sang isteri. Setelah itu, dia berjalan merapati Tasneem. Dekat saja langsung dipaut pinggang ramping Tasneem. Rambut Tasneem yang menutup sedikit wajah Tasneem diselitkan ke belakang telinga.

"Am I being good to you?" Mengangguk Tasneem.

"Can I get a kiss?" Berkerut dahi Tasneem. Tiba-tiba minta kena cium.

"For.. what?" Soalnya.

"Because I'm good." Tergelak kecil Tasneem. Sebab dia bagus, kena cium lah ni?

"If I said I don't want?"

"Hmm.. if that's the case, let me kiss you." Tidak menunggu sesaat, Malique langsung menyatukan bibirnya dengan bibir Tasneem.

Terbeliak mata Tasneem. Dapat dia rasakan bibir Malique yang sedang mengurut bibirnya. Lama-kelamaan, Tasneem terbuai dengan ciuman hangat dan lembut Malique.

Selepas beberapa minit, Tasneem memukul perlahan bahu Malique akibat dia hampir kehabisan nafas. Tercungap-cungap Tasneem. Memerah wajahnya.

Tersenyum Malique melihatkan isterinya yang seperti orang yang tidak cukup nafas. Dengan pipi merah tu. Hmm.. comelnya.

"Dah okay?" Tanya Malique dengan nada yang tersangat lembut.

Mengangguk Tasneem sambil menundukkan kepala. Malu nak pandang Malique. Malique melabuhkan kucupan di ubun-ubun sang isteri. Dah kalau tunduk saja. Tahu lah Malique yang Tasneem tengah menahan malu dengannya.

"I love you, baby." Sejurus itu, Tasneem mengangkat kepalanya merenung sang suami yang turut menunduk memandangnya.

"Pergi depan jom? Tengok tv." Ajak Tasneem. Matanya terkelip-kelip di hadapan Malique.

"Come." Malique akur. Dia bukan terasa hati sangat pun kalau Tasneem tak balas kata-kata dia tadi. Dia sendiri tahu yang Tasneem masih malu dengannya.

Sesampai saja di ruang tamu, Tasneem dan Malique mengambil tempat di sofa kembar tiga. Ruang sofa tu besar. Tapi Tasneem dan Malique duduk berhimpit. Rapat sangat.

Banyak gila ruang yang ada lagi. Boleh muat dalam empat orang lagi agaknya.

Masing-masing diam. Tidak ada seorang pun yang berbicara. Fokus pada kaca televisyen dan cerita yang sedang disiarkan.

Tasneem mengemamkan bibirnya sebelum dia menjauhkan sedikit jarak antaranya dengan Malique dan mendongak merenung wajah tampan Malique.

Malique yang sedar akan renungan Tasneem langsung berpaling memandang Tasneem. Dijungkitkan kedua alisnya bertanya kenapa.

"Nak tanya boleh?" Pinta Tasneem.

"Boleh. Sayang nak tanya apa?" Malique menyelitkan rambut Tasneem yang terjuntai di dahi ke belakang telinga. Dikemaskan rambut isterinya.

"Kenapa abang panggil saya Haura?" Tergelak Malique mendengar soalan Tasneem.

"Sebab abang suka nama tu. Dulu kan.. abang pernah ada impian." Malique menjeda seketika. Ditarik Tasneem merapat dengannya. Malique mana boleh jauh-jauh dengan Tasneem.

Katanya nanti rindu. Mengada lebih. Padahal orang tu depan mata.

"Impian apa?" Tanya Tasneem ingin tahu.

"Impian nak letak nama Haura sebagai nama anak. Tapi tak sangka yang abang dapat isteri nama Haura. Sebab tu abang panggil Haura, Haura." Jelas Malique tidak berselindung.

Memang dia ada impian tentang nama ini. Malique tersangat suka dengan nama ini.

Berbinar mata Tasneem mendengar cerita suaminya. Dia mendongak memandang Malique.

"Yeke?" Mengangguk Malique mengiyakan apa yang dia katakan barusan.

"So, abang nak letak lagi tak nama Haura tu pada anak?"

"Nak. Biar dia sama nama dengan mama dia ni." Dicuit hujung hidung isterinya. Tersengih suka Tasneem.

"Abang nak anak dengan saya ke?" Berkerut dahi Malique. Apa punya soalan bini dia ni? Dijentik perlahan dahi Tasneem.

"Aw." Mengaduh sakit Tasneem. Digosok dahinya. Memuncung bibirnya.

"Soalan tu lain kali bijak lagi." Mendatar suara Malique seraya mengalihkan tangan Tasneem dan digantikan dengan tangannya. Diusap lembut dahi Tasneem. Penuh dengan rasa kasih dan sayang tau.

"Sorry. Saya tanya je."

"Tak kena soalan kau tu." Mencebik bibir Tasneem.

"Okay.. sorry." Pinta Tasneem seraya mengambil tangan kanan suaminya dan dicium. Usai itu, dia mengangkat kepalanya dan tersenyum manis ke arah sang suami.

"Meh." Dipeluk isterinya. Tasneem menyandarkan kepalanya di dada Malique. Keras. Wow.

"Selain dari Haura. Why sayang?" Terjungkit kedua kening Malique.

"Sebab Haura kesayangan abang." Membahang wajah Tasneem. Suka lah dengan jawapan abe Malique. Ish.

Abe Malique sweet.

"Lepastu kan.. abang suka panggil Haura dengan baby juga. Tapi sekarang dah jarang. Kenapa?" Nak tahu lah juga. Sebab dulu rajin Malique panggil dia baby.

Cuma sekarang ni lebih banyak Haura dan sayang saja. Baby dah kurang.

"Cukup abang layan Haura macam baby. Manjakan Haura macam baby. Haura tidur pun macam baby." Jawab Malique sambil bermain dengan rambut Tasneem.

Lagi merah muka Tasneem. Puas hati dengan jawapan Malique. Tapi dia yang malu.

Tasneem menyembamkan wajahnya di celah ketiak Malique. Kalau boleh masuk dalam ketiak Malique tu. Mesti Tasneem dah masuk. Nasib lah ketiak Malique tu wangi. Kalau busuk.. jangan harap lah.

Terlepas tawa Malique apabila melihat tingkah Tasneem yang malu begitu.

Suka hati korang lah. Author penat.


Tbc..

Korang macam baby ke? Tak. Kita semua macam toyol🤣🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

382K 13.1K 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan...
425K 13.8K 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Su...
136K 6.4K 42
[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱...
84.6K 5.2K 60
COMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ ...