[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 30 |

12.8K 952 133
By delilanatasha



        RAJA Luqman dan Raja Hadi memandang Farel dan Dani yang masih bertentang mata hebat. Seorang dah berdarah hidung. Seorang dah lebam tulang pipi.

"Dalam banyak - banyak tempat kenapa depan office aku?" Soal Raja Luqman tegas.

Terkejut bukan main saat pengawal keselamatan melaporkan tentang kejadian bertumbuk di parking lot pejabatnya petang tadi. Difikirkan ada musuh yang menyerang. Rupanya, dua manusia yang bodoh dan dibutakan oleh sosok wanita.

"Tanya dia! Siapa suruh dia datang jumpa Mar aku? Ada aku suruh?" Kepala Dani ditunjal kasar oleh Farel.

"Ni dah lebih! Aku balas sekali aje kan!" Dani mencuba membalas perbuatan Farel tetapi segera ditepis oleh lelaki itu. Hal itu membuatkan mereka berdua kembali bergelut.

"Si sial ni!"

"Kau lah yang sial, sial!"

PAK!

PAK!

BUK!

PAP!

"MUKA SKEMA!" Satu tamparan separa kuat mengenai wajah Dani.

"DAHI BERPARUT!" Dilanjutkan lagi pergaduhan itu apabila Dani bertindak menampar belakang kepala Farel dengan kuat. Farel menjerut leher Dani menggunakan lengannya.

"Berhenti sekarang musibat - musibat sekalian. Jangan sampai aku tak izinkan adik aku berkawan dengan kau orang berdua. Apa apa pun tak dapat" tegas Raja Hadi. Belakang kolar baju Dani ditarik menggunakan sebelah tangan apabila Dani berusaha mahu mencekik Farel.

"Kau bawa dia jauh - jauh daripada aku, Hadi. Jangan sampai ada orang makan kasut aku harini!" Bahu Dani ditolak kasar sebelum Farel mengacak rambutnya sedikit.

"Apa nak jadi dengan kau orang ni? Mar tu ada satu je. Nak satu lagi Mar minta dengan mama aku"

"Tak lawak lah sial" Farel menjeling Raja Hadi yang masih berusaha menahan tawanya. Situasi tengah tegang ni. Macam mana dia boleh buat lawak tak sampai macam tu?

"Teruskan dengan perangai budak - budak kau orang ni. Mar kahwin dengan Ummar baru tahu" niat hanya mahu bergurau, tetapi kini Raja Luqman ditikam tatapan maha tajam milik Farel dan Dani.

"Ummar pun nak masuk line? Nak mampus ke kala jengking bodoh tu?" Farel berdiri sambil bercekak pinggang.

'Mar kenapa kau kena cantik snagat? Sampai sepupu kau sendiri pun nak masuk line? Susah lah aku macam ni.'

"Let see if you dare to touch me, Lieutenant." Suara Raja Ummar terdengar di muka pintu. Terkedu tak terkata. Sejak bila Raja Ummar sampai? Lelaki itu bersama Eshal. Gayanya baru pulang dari kuliah. Gadis itu terkebil - kebil memandang semua orang yang ada di dalam ruangan itu.

"Eshal baru balik? Dari kampus?" Soal Raja Luqman sambil memandang jam ditangannya. Ah, dah mahu Maghrib. Mungkin baru balik.

"Ya, baru balik dari kelas. Tadi Ummar kebetulan ada berdekatan kampus so dia jemput Eshal terus. Ni, kenapa bising - bising? Sampai ke luar boleh dengar" soal Eshal pula.

"Beruk - beruk berebut bunga macam ni lah Eshal" jawab Raja Hadi bersahaja.

"Oh, patutlah. Kena kena kena" laju Eshal menjawab dengan sengihan jahat. Senyuman sinis untuk Farel yang sudah berasap telinga.

"Kau—"

"Kau apa?" Pintas Raja Ummar dengan wajah dingin.

"Shit" gumam Farel tidah berpuas hati. Tak guna bergaduh dengan Eshal Alaya apabila ada Raja Ummar disini. Dia kembali duduk ditempatnya. Sekilas, wajah Dani Imran yang mencuka dipandang.

"Dani, kau balik lah dulu. Soal Mar ni, both of you berbincang elok - elok dengan Mar sendiri. Jangan buat perangai macam budak sekolah ni lagi" pesan Raja Luqman.

"Cut off semua hubungan kau dengan Mar. Aku tak mahu dengar kau berhubung dengan dia lagi" Farel bersuara.

"In your dream." Dani Imran bangun membetulkan kot dibadan sebelum beredar keluar.

"Skema nak mampus. Ada hati nak lawan aku" cemuh Farel dengan jelingan tajam.

Kini, mereka semua berpandangan antara satu sama yang lain. Farel mendekati Raja Hadi lalu bahu lelaki itu dirangkul.

"Eh kau dah kenapa—"

"Aku boleh bagi Nathalia cuti dengan bergaji untuk minggu ni." Ujar Farel dengan senyuman dan jongketan kening.

"T..then? Kau nak—"

"Kerja kau tak banyak, Hadi. Sikit je. Sekarang, kau nak ke tak?" Beberapa detik berfikir, Raja Hadi memincingkan matanya.

"Okay."

"Okay?!"

Bukan Farel sahaja yang terkejut malah semua orang yang ada disitu. Raut wajah Raja Hadi turut berubah sedikit tegang. Lama, mata Farel dan Raja Hadi saling bertentangan.

"Aku tolong kau. Tapi bukan sebab Nat. Tapi sebab aku tahu Mar pun sayangkan kau. Cuma dia tak tahu macam mana nak luah disebabkan banyak perkara yang ada di kepala."

"Ini, peluang aku bagi pada kau, Farel. If you love her, earn her. Jangan sia - sia kan dia atau kau akan berhadapan dengan aku secara langsung kali ni. Mar is everything for me. You hurt her again, then I won't hold back"

Senyum. Farel mengangguk sekali.

"Kau boleh pegang kata kata aku kali ni. Aku tak akan sia sia kan Mar. Aku janji"



        RAJA Maraya duduk di pinggiran gelanggang. Kakinya yang berjuntai tidak mencecah lantai diayun perlahan. Baru sahaja selesai memanaskan badan setelah berminggu direhatkan kerana bahunya yang tercedera.

Kata - kata mama dan papa kian berlegar dikepala. Terkadang membuatkan dirinya kian diasak rasa bersalah.

"Tak boleh ke adik terima aje Dani? Dani budak yang baik"

"Kalau tak mahu Dani, adik cubalah dengan Ummar. Adik dah 28 tahun. Bila adik nak berkahwin?"

"Selepas adik tolak Farel, papa tak rasa dia akan terhegeh - hegeh mahukan adik lagi. Adik dah menconteng arang di muka dua keluarga. Jadi, terima sahaja Dani. Bersyukurlah Dani masih mahu terima baik buruk adik"

Betulkah? Susah payah Farel cuba menghubunginya dari Turki setiap hari tetapi usaha itu hanyalah demi menutup satu perkara.

Balas dendam.

Jika benar apa yang dikatakan papa, Farel memang masih tak berubah. Masih sama dan bodohnya Raja Maraya kerana hampir terjatuh buat kali kedua. Mengenangkan itu, Raja Maraya tersenyum sinis.

Otaknya mungkin berfikir jauh, segalanya untuk hal berjaga - jaga. Jika tidak, dia yang akan tersungkur di kaki Farel.

"Kali ni, aku tak akan bertindak melainkan biarkan Farel terbakar sendiri."

Tap

"Sejauh mana otak kau dah menerawang, Mar?"

Lampu yang tadi malap mula sedikit terang. Hanya satu sudut yang terpancar cahaya lampu iaitu di sudut hujung gelanggang. Ada Farel dengan berpakaian santai. Hoodie dan sweatpants.

Raja Maraya merenung wajah kosong Farel dengan mata yang kian melayu. Tanda dia tiada mood mahu berbalas kata.

Farel mendekati gelanggang. Lebih tepat dia mendekati Raja Maraya yang masih statik ditempat.

"Ini, serahkan pada Luqman esok sebelum ke Pulau Tioman. Aku tak dapat jumpa Luqman sebab dah nak gerak ke Sabah sebelum Subuh nanti" kepilan kertas diletakkan di sisi Raja Maraya.

Itu kertas urursan hospital dan Black Angels. Malas mahu ambil tahu, Raja Maraya mengangguk sekali.

"Pergi pukul berapa esok?" Soal Farel, cuba berlembut. Mengetahui rancangan mereka semua mahu bercuti di kampung Eshal di Pulau Tioman, ada Raja Hadi dan Raja Ummar sekali. Tidaklah Farel risau sangat.

Tangannya memagar tubuh Raja Maraya, mendekatkan wajah mereka berdua tanpa menghiraukan kerutan di dahi wanita itu. Dia tersenyum saat wangian floral milik Raja Maraya menusuk hidungnya.

"Jauhkan diri you daripada I, Farel." Tegas Raja Maraya, menolak dada Farel agar menjauh. Beralah. Farel kembali berdiri tegak. Tetapi satu tapak pun dia tidak berganjak.

"Biar aku jelaskan soal Brina pada kau"

"Tak perlu. Tak penting untuk I"

"Penting. Ia penting, Mar. We need to talk" tegas Farel.

"Tak ada apa yang perlu dibincangkan. Sebab I tak mahu dengar. Cukuplah Farel. Stop. I dah tak boleh paksa diri untuk percayakan you."

"I'm so sorry but I wouldn't stop. Kau khianati aku buat kali kedua pun tak akan buat aku berhenti kejar kau. Call me stupid but I can't lose you this time" tangan Raja Maraya cuba dicapai tetapi seperti yang dijangka. Tangannya ditepis kasar.

"Kenapa? You rasa tercabar dengan Dani?" Sangkal Raja Maraya. Jika ya, sebab untuk menolak Farel jauh daripada hidup semakin bertambah.

"Dani is not my competitor. Dia ada atau tak ada tak akan mengubah apa apa"

Jeda.

"You flame me up. You watch me slowly burn but I still want you. Maybe until I turn to ashes but still, I won't give up on you."

Raja Maraya menggeleng lemah.

"Please, stop. We will not end up together. I can't forget what you did."

"But you love me, Mar. Kalau kau tak sayangkan aku, kau tak akan muncul di hospital tempoh hari. Kau tak akan menangis hanya kerana peluru tembus di bahu aku. Dan kau tak akan bandingkan diri kau dengan Brina"

Membulat mata Raja Maraya kini. Nampaknya, kejadian di hospital tempoh hari sudah diketahui oleh Farel. Mungkin Puan Fauziah dan Mejar Zharif yang menyampaikan.

Anak mata mula dilarikan secara rambang. Malu ada sebal pun ada. Raja Maraya turun dari gelanggang, mahu beredar segera.

"Betul kan? You love me, Mar. God, please!" Tangan Raja Maraya disentap dari arah belakang.

"Kalau betul sekali pun I would say I'm regretting it. I menyesal sebab call you waktu you di Turki. Kalau ini yang I harus hadap, I terpaksa berlawan dengan otak I sendiri!"

Farel mengerutkan dahinya. Dia cuba menghadam kata - kata Raja Maraya dengan perlahan - lahan.

"You tahu tak hari - hari kepala I ni cakap you masih sama Farel? You dekati I cuma untuk balas dendam. You tak ikhlas. You cuma datang pada I bila I dah berubah penampilan. You itu! You ini! I rimas!" Lantang suara Raja Maraya menjerit.

Kepala sendiri dipukul berkali - kali saat ia begitu penuh dengan suara suara yang tak diingini. Satu esakkan terdengar keluar dari bibir Raja Maraya membuatkan Farel terkedu tak terkata.

"Berapa kali lagi I kena kalah baru you akan berhenti? Sehancur mana you nak I jadi? You tak puas lagi ke tengok I macam ni?" Kuat bibir sendiri digigit. Raja Maraya menahan esakkan kuat.

"Mar aku—"

"You nak apa? You nak tubuh I? Atau you nak bunuh I pula kali ni?!"

"Raja Maraya!"

"Tell me! Apa you nak? Kenapa you degil sangat tak mahu berhenti ni, Farel?!"

Mata bertentang mata. Masing - masing meletak jeda, membiarkan nafas masing - masing terhembus kasar.

"That's why I tak suka communication. I hate to communicate because I will create mess."

Perlahan, kakinya mengundur kebelakang. Meninggalkan Farel yang bertakung dengan air matanyanya. Sesukar ini? Apa yang ada di dalam kepala Mar sehingga sekeras ini hatinya?

Continue Reading

You'll Also Like

4.6K 155 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...
834K 10.3K 12
Kerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tid...
258K 19.7K 44
"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik...