[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 27 |

11.8K 1K 63
By delilanatasha


470 votes : update

"RAD, mana Farel?!" Raja Maraya tidak mahu menunggu saat wajah Raden keluar dari ruang rawatan. Dia bagaikan mahu merempuh pintu, tetapi dihalang oleh Raden dan Raja Hadi.

"Sabar Mar. Farel okay—"

"How do you know? Dekat mana cederanya? Siapa yang tembak dia? Tell me!" Tegas Raja Maraya.

"He's fine. Kami dah berjaya keluarkan peluru dan Farel dikenakan beberapa jahitan. Sekarang, Farel cuma perlu berehat. Sepuluh jam atas helikopter gempur. Dan apa yang terjadi disana agak sulit untuk diberitahu umum. Kalau kau nak tahu, kau tunggu Farel dah okay sedikit? Tanya dia sendiri, okay?"

Mendengar itu, Raja Maraya pasrah. Dia hanya mampu mengangguk lemah biarpun hatinya memberontak mahu tahu lebih lanjut. Demi menghormati keputusan Raden, Raja Maraya mengundur beberapa langkah kebelakang.

"Tunggu dekat sini, Iman tengah cuci luka dia yang terbuka semula tu. Nanti doktor Brina akan escort kau orang. Aku kena settle kan beberapa perkara dengan orang atasan" bahu wanita itu ditepuk beberapa kali sebelum Raden mengangguk ke arah Raja Hadi di belakang. Lelaki itu turut membalas anggukan.

Kini, hanya tinggal seorang doktor wanita berambut perang dan gayanya seperti berkacuk tanah Eropah. Wajah wanita itu tidak begitu ramah. Kosong sahaja rautnya.

"You semua boleh balik dulu. I akan suruh Tuan Raden call you semua bila Rel dah sembuh. Sekarang, dia tak boleh berjumpa orang. Kena rehat" tona dingin.

Ini menimbulkan rasa tidak menyenangkan. Angin antara mereka sudah berubah tegang. Lagi - lagi panggilan Rel mula keluar dari bibir doktor wanita itu.

"I will stay. Tak kira berapa jam lamanya you semua tangani Farel. I. Will. Stay" tegas Raja Maraya.

Satu decitan halus muncul dari bibir doktor tersebut. Tersentak dengan perilaku itu, Raja Maraya membaca tanda nama di kot putih tersebut.

Doktor Brina Bailey.

"You semua akan menyusahkan staff jika berkumpul ramai ramai disini. Ini bukan hospital biasa. Ini hospital medan. Orang biasa tak patut ada disini." Tajam matanya menatap wajah cantik Raja Maraya.

Satu perasaan cemburu mula menguasai diri. Patutlah Farel gila bayang. Jika dikatakan model antarabangsa juga Brina akan percaya. Wanita ini berkilau dengan caranya tersendiri.

"And I believe that you're also an ordinary people. You're not a part of military medic, dear doctor" bidas Raja Maraya sekali.

Payah Brina menelan liur saat Raja Maraya sudah mengetahui status dirinya yang hanya merupakan doktor sukarelawan. Mana tidaknya, orang lain beruniform biarpun bersarung kot putih tetapi Brina tidak.

"Whatever you said, you must be Raja Maraya, am I right?" Tangan disilang ke dada.

Brina Bailey sinis menyabung tatapan mata dengan wanita dihadapannya. Tinggi wanita ini hanya sekitar 160 sentimeter. Tidak jauh beza dengannya. Senang untuk dia menatap terus ke wajah cantik itu tanpa perlu mendongak atau menunduk.

"Did Farel tell you? He might be obsessed with me since 11 years ago. God" Raja Maraya tersenyum sambil melekapkan tangannya ke dahi.

"Shut the fuck up! He's my boyfriend!" Jari telunjuk Brina naik tegas menunding di wajah Raja Maraya yang masih ketawa.

"Lady, do not curse to my sister—"

"I got this, abang. Back off" tanpa sempat Raja Hadi menolong, Raja Maraya sudah menghalangnya.

Setapak dua, Raja Maraya semakin menghampiri Brina yang mula berubah riak wajah. Sengaja, badannya ditegakkan, menatap terus ke dalam anak mata Brina. Tindakan yang begitu membuatkan Brina turun memandang lengannya yang bersentuh dengan dada Raja Maraya. Sekali lagi air liurnya diteguk kasar.

"Nampak macam I ni gersang nak jantan ke?"

Setapak, Brina melangkah kebelakang. Bagaikan ada kepulan asap hitam dibelakang Raja Maraya. Aura wanita ini terlalu menggerunkan. Ada rasa tidak enak menyapa saat anak mata hitam itu tidak putus menyabung mata dengan miliknya. Siapa, dia?

"Yes, sampai you kena tangkap basah dengan Rel. Dah cukup membuktikan you are very something, miss Maraya"

Dang!

Wajah bersahaja tadi mula bertukar tegang. Sebelah mata mengerdip laju, menahan rasa di hati.

"And I dengar cerita, you guys cuma bayar denda? I'm so sorry for that. Farel memang buat pilihan yang tepat untuk tidak berkahwin dengan you."

"Watch your mouth, young lady" suara Mejar Zharif terdengar dari arah belakang Raja Hadi. Sosok tegap itu masuk dengan aura yang mendingin sehingga ke tulang hitam.

Ada puan Fauziah dan Farhin Ziyan di sebelahnya. Masing - masing jelas terkedu dengan kata - kata Brina sebentar tadi.

"Tuan.."

"Jangan keluarkan hujah jika tak tahu apa yang sebenarnya yang telah terjadi. Wanita, harusnya menjaga tutur kata. Kerana akal kau orang cuma punya satu. Jadi, gunakan ia sebaiknya. Jangan disebabkan satu akal itu membuatkan kau orang nampak seperti langsung tiada akal" tegas Mejar Zharif. Suaranya sedikit keras.

"Anak saya berkahwin dengan Maraya ataupun tidak, langsung tidak ada kena mengena dengan kamu, doktor Brina."

Mata helang itu, sedikit sebanyak membawa tatapan seperti Farel Ziyan. Mata Raja Maraya mula bertakung penuh dengan air mata. Kini, rasa haru dan kecewa berkecamuk tetapi tidak mampu menjadi satu.

"Masuk, jalankan kerja kamu. Sebelum saya buat laporan pada orang atasan tentang kamu dan kamu dikenakan tindakan tatatertib"

"B..baik Tuan. Saya minta maaf" Brina Bailey menunduk sekali. Langsung tubuhnya dibawa masuk ke dalam OR.

Keluhan berat dilepaskan oleh Mejar Zharif sebelum dia memandang Raja Maraya yang berada disebelahnya.

"Mar baru sampai?" Soal Mejar Zharif setelah bahunya sedikit mengendur. Wanita itu mengangguk sekali dengan mata yang berbalam dan kabur.

"Farel akan baik - baik saja. Mar jangan risau." Suara lembut Mejar Zharif berjaya membuatkan tangis Raja Maraya pecah. Segera Puan Fauziah mendekatinya, memeluk Raja Maraya yang tersedu - sedu menangis.

"He found another woman. He replaced me with another woman. Mar dah terlambat ke?"

Mejar Zharif dan Puan Fauziah berpandangan sesama sendiri dengan tatapan sayu. Jujur, mereka juga tidak percaya dengan apa Brina baru sahaja akui. Farel kata dia cintakan Mar? Bagaimana hatinya mula beralih arah?

"Kita masih belum dengar penjelasan Farel, sayang. Mar jangan macam ni. Kita dengar dulu—"

"But she knows everything. Perempuan tu juga kena dengan citarasa Farel. She got fair skin, pretty and feminine. Mar dah kalah. Mar nak saingi perempuan tadi pun rasa tidak layak. Farel.. Farel dah bosan dengan Mar"

"Mana ada! Mar tak pernah kalah saing. You're pretty inside out, sayang. Jangan fikir terlalu jauh. Umi tahu Farel macam mana. Sekali dia berjanji, semuanya termaktub buat selama - lamanya. Kalau Mar tak boleh percayakan Farel, tolong percayakan umi"

Diketap kuat bibirnya sendiri, wajahnya dibenam pada bahu Puan Fauziah. Tolong, halau rasa yang bersarang didada. Apa yang tinggal cuma rasa kecewa. Rasa ragu dan rasa tergugat.


BAHUNYA dipegang ketika rasa perit dan berdenyut tiba. Segala rawatan berjalan dengan lancar. Ketika dia sedang berehat, suara abah dan umi terdengar. Ada Brina dan Raden. Ada juga beberapa kawan - kawannya yang lain. Kini, tugasnya di Turki disudahi dan Farel diarahkan untuk berehat bagi fokus pada proses penyembuhan.

"Mana Mar?" Soal Farel pada Mejar Zharif. Abah dan umi berpandangan sesama sendiri. Kemudian, umi mengukir senyuman nipis.

"Sekejap lagi sampai lah tu. Sekarang kan waktu pejabat? Nanti Mar sampai, umi kejutkan. Rel rehat dulu, ya?" Pujuk Puan Fauziah.

"Raden kata Mar ada di ruang menunggu pagi tadi. Kenapa dia balik? Dia tak mahu jumpa Rel?"

Terkedu, tidak menyangka Raden sudah menyampaikan berita kehadiran Raja Maraya dengan begitu cepat. Alasan apa yang mereka mahu cipta? Terang - terangan Mar sendiri yang mahu pulang. Katanya, mendengar Farel pulang dengan selamat saja sudah cukup.

"Tak adalah. Mar balik mungkin sebab ada hal mustahak di office. Nanti Rel call dia waktu lunch. Ataupun, mungkin dia datang masa tu? Tak lama dah nak lunch ni"

Umi memang pandai menyedapkan hatinya. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk. Biarpun dia dapat merasakan ada sesuatu yanh tidak kena.

"Apa yang jadi, Rel? Kenapa bertindak melulu macam tu? Leftenan Farish tak ada di lokasi. Dan Rel tahu Rel tak boleh angkat senjata dalam hospital medan? Lagi - lagi pada penduduk tempatan. Kenapa Rel buat juga?" Soal Mejar Zharif sedikit tegas.

"She wanted to kill that kid. Rel tak boleh terima bila dia nak sentuh pesakit Rel. Rel berpenat lelah selamatkan dia. Daripada dia koma sehinggalah dah sedar. Alang - alang, biar Rel perjuangkan sehingga akhir." Luah Farel. Dia bangun dari pembaringan, duduk di birai katil.

Mengingat kembali kejadian semalam, hati Farel dicengkam rasa sakit. Sanggup, seorang ibu mahu membunuh anaknya sendiri hanya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya cacat kekal? Malu? Apa yang mahu dimalukan?

"Dia cakap, dia rela lihat anak dia mati daripada anak dia kena hidup sebagai orang cacat, orang tak ada kaki. Farel kecewa dengan dia sebagai seorang muslim. Dia tahu Tuhan itu wujud. Tapi dia lupa sesuatu, Tuhan penentu segalanya."

Farel mengangkat wajah, tersenyum lemah ke arah umi yang mengusap lembut kekura tangannya.

Apa yang ada pada angin Turki? Farel, begitu banyak berubah dari segi pemikirannya. Bagaikan dapat merasai kesakitan yang ada, Puan Fauziah mengangguk setuju.

"Umi, Rel tak rasa Rel salah. Rel angkat senjata bagi tujuan melindungi. Bukan untuk tunjuk kuat. Tapi, kalau Rel kena gantung atau dibuang sekalipun, I would be proud of myself. Sekurang - kurangnya budak tu selamat."

Mejar Zharif menghela nafas panjang. Budak degil. Kepala Farel diluku perlahan sebelum Farel tersenyum.

"Ya, Rel tak salah. Rel dah buat perkara yang betul. Umi bangga dengan Rel" tubuh Farel dipeluk lama dengan senyuman. Matanya menatap lama si suami yang berpeluk tubuh. Dia turut tersenyum.

"Peluklah umi. Janji abah Rin punya"

Suara Farhin terdengar di muka pintu bilik air. Segera pinggang si abah dipeluknya. Mana boleh tengok Farel bermanja. Dia pun mahu!

"Dengki" Farel menjeling adiknya. Saat itu, tawa mereka berempat meletus.

"Rel, thank you for keeping your promise. Terima kasih sebab pulang dengan bernafas " di sebalik pintu wad, Raja Maraya tersenyum.

Bekal yang dimasak tadi disangkut pada tombol pintu, membawa diri pergi. Seperti yang dikatakan tadi. Cukup untuk dia tahu Farel pulang dengan selamat. Sisanya, biar takdir yang menentukan. Mindanya terlalu bingit dengan pelbagai suara.

470 votes : update

Continue Reading

You'll Also Like

657K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
4.6K 155 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...
245K 4.7K 10
[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang d...