Aryssa

By gadishazel

174K 6.8K 76

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

A || 14

2.8K 131 0
By gadishazel

.....

ASHRAFF mengeluh buat sekian kalinya. Perbualannya dengan Annissa tengahari tadi amat berat pada hatinya. Siapa sangka, ibu kepada Annissa berdendam dengan Aryssa hingga mahu membunuh gadis itu.

Kedengaran pintu bilik diketuk. Ashraff memandang ke arah pintu biliknya. Tak lama selepas itu, wajah Arsha muncul dibalik pintu.

"Kenapa?" tanya Ashraff sebaik wajah Arsha menyapa pandangannya.

Arsha sengih. Pintu bilik abangnya dikuak luas. Kaki melangkah masuk ke bilik abangnya.

"Angah tengah buat apa?" Matanya memandang kertas kerja yang berselerak di atas meja abangnya.

"Dah nampak tapi pura-pura tak nampak," sindir Ashraff.

Arsha senyum lalu duduk di birai katil abangnya. Sengaja dia mahu melepak di bilik abangnya. Rindu!

"Arsha nak apa masuk bilik angah? Mesti ada sesuatu nak minta tolong angah kan?" Ashraff menembak. Pen diletak di atas mejanya.

Arsha yang mendengar tembakan abangnya hanya tarik bibir sengih menampakkan gigi. Nampak sangat ke?

"Ermmm, Arsha bukanlah nak sibuk. Tapi angah tak ada siapa-siapa ke, dalam hati angah? Sha rasa, angah faham kan apa yang Sha cakapkan?"

Ashraff diam. Matanya memandang wajah Arsha.

"Kalau tak ada, apa Sha nak buat? Nak cari calon untuk angah? Sha tahukan angah ada kerja kedua?" ujar Ashraff. Berharap adikbya faham akan keadaan dirinya.

"Yea-yea. I know, tapi abang tak kesian ke dekat bonda? Dahlah bonda tak tahu anak dia pernah membunuh. Dan nasiblah bonda tak macam mak-mak dalam tv tu. Kalau tak, habis la angah ikut pilihan bonda." potong Arsha sambil membebel kepada abangnya.

Dia kenal abangnya. Agak terkejut pada mulanya bila abangnya memberitahu bahawa dia seorang ahli Mafia. Yalah selalu orang di luar negara aje ada kumpulan sebegini. Dan tidak pula dia sangka bahawa abangnya juga sama.

Ashraff mengeluh perlahan. Dia faham maksud Arsha. Umurnya makin tua bukannya muda tapi siapa mahu pada dirinya?

"Angah tak minat ke, dekat Kak Rysa? Dah la baik, sopan, comel. Kalau abang ada anak dengan Kak Rysa mesti handsome dan cantik kan?"

Ashraff memandang wajah Arsha.

Aryssa.

Dia akui, dia juga tertarik dengan gadis itu. Tapi, tak mungkin, gadis itu mahu dirinya.

"Ish, tak nak la angah. Dah la, along pun tak tahu angah buat kerja gila ni. Buatnya abang Rian tak suka macam mana?"

Arsha melangkah dekat ke arah abangnya.

"Angah, tak semua orang suka apa yang kita suka. Macam angah, minat mafia tapi tiada siapa tahu kecuali Arsha. Kalau betul angah suka Kak Rysa, In Sha Allah sepanjang kejujuran angah dengan Kak Rysa, mungkin akan ada kebahagian pada keluarga angah. Cuba dulu. Kita tak tahu apa penerimaan Kak Rysa bila tahu abang ni mafia," pujuk Arsha.

Ashraff terdiam. Sedikit sebanyak dia akui semua yang dikatakan oleh Arsha ada benarnya jugak.

•••••

ARYSSA bangun awal pada pagi itu walaupun cuti hujung minggu. Dia yakin, abangnya pasti akan mengejut secara kejam.

"Hai, bangun dah cik puteri kita?" sindir Edrian sebaik nampak Aryssa melangkah turun ke bawah.

Aryssa menjeling lalu berlalu ke meja makan.

"Akak masak apa hari ini?" soal Aryssa.

"Nasi goreng aje, sebab tengahari nanti akak dengan abang makan tengahari dengan family akak. Kamu ikut eh?" ujar  Tengku Arfa sekali gus mengajak adik iparnya.

Terhenti tangan Aryssa mencedok nasi ke pinggannya. Teringat dia peristiwa minggu lalu.

"Erkkk, tak apa la, kak. Rys rasa Rys duduk rumah aje la." Aryssa memberi alasan.

"Orang dah ajak tu, pergi aje la. Lagipun, bonda ajak kamu dengan Ryl sekali. Takkan la kamu nak menolak pulak." sampuk Edrian memberi arahan pada adiknya.

"Tapi... Rys dah janji dengan Athrien nak keluar hari ini." tutur Aryssa.

"Keluar tu petang nanti pun bolehkan? Jom aje la. Bonda nak jumpa kamu. Haritu tak sempat nak berbual, kamu dah lari."

Kini Aryssa rasa dirinya dalam ambang masalah. Dia bukan tak mahu pergi. Tapi...

"By hook or by crook kamu kena ikut juga. Jangan nak bagi alasan, Aryssa Elenna." tegas Edrian. Dia bukan mahu mengonkong adiknya cuma dia risau. Lagi-lagi sejak Mikaeyl memberitahu sesuatu yang dia tak jangka.

"Ish, ya la - ya la!" Aryssa mengalah. Dia sememangnya lemah dalam berlawan abangnya.

•••••

PAGI itu, Ashraff pulang ke rumah bersama barang yang dipesan oleh bonda. Melihat dari segi barangan yang dia beli macam nak buat kenduri pun ada.

"Banyak, bonda suruh angah beli barang? Nak buat kenduri ke?" soal Ashraff sengaja.

Tengku Syahirah menepuk lengan anak keduanya itu.

"Apa pulak kenduri. Bonda ajak along dengan keluarga abang ipar kamu makan tengahari sekali. Lagi pun, bonda nak berkenalan juga dengan adik abang long kamu tu... Siapa nama dia, Ryn? Ary?"

"Aryssa, bonda."

"Haa... Aryssa! Bonda berkenan sangat dengan dia tu. Lembut, walaupun tak bertudung tetap sopan dengan bonda. Kalau la, bonda ada anak lelaki lagi seorang memang bonda kenalkan la," puji Tengku Syahirah.

Ashraff mencebik.

Habis dia ni apa? Anak pungut?

"Kenapa nak kenalkan dekat anak lelaki bonda yang baru tu? Kenapa tak kenal dekat angah je." Lirih sahaja suaranya berkata.

Tengku Syahirah yang mendengar anaknya seakan cemburu terus berpaling memandang wajah anaknya.

"Haih, bonda macam ada bau-bau cemburu ni. Kamu jealous ke?" soal Tengku Syahirah.

Ashraff diam. Cemburu ke?

"Kalau betul berkenaan bagi tahu bonda. Boleh bonda bagi tahu abang ipar kamu pasal hal ini. Tak ada la, kamu bawak anak dara keluar sesuka hati." sindir Tengku Syahirah setepek.

"Hmm, tak apa la. Angah naik dulu. Apa-apa panggil angah kat atas eh," terus sahaja Ashraff lari naik ke tingkat atas.

Tengku Syahirah hanya memandang kepergian anaknya itu. Kepala digeleng perlahan. Itu la anak muda sekarang, dah suka tapi tak nak mengaku bila orang tu dah berpunya baru nak menangis tak berlagu.

•••••

KINI mereka semua berada di villa keluarga Tengku Arfa memandangkan keluarga Adira masih di luar negara.

"Banyak bonda masak hari ini? Ohhh, semua ni lauk kesukaan along ni." ujar Tengku Arfa penuh teruja.

Aryssa yang melihat kakak iparnya itu hanya menggeleng perlahan. Memang kakak iparnya itu garang tapi sekali keluar manja hmm memang parahlah abangnya nak melayan.

"Eh, diri lagi buat apa? Duduk la. Arsha, tolong panggil angah turun makan. Kita makan sekali," arah Tengku Syahirah.

Arsha sebaik mendengar arahan dari Bonda segera naik ke atas. Aryssa mengambil tempat di sebelah abang keduanya memandangkan sebelah sana sudah penuh kerusi oleh keluarga kakak iparnya.

Tak lama lepas tu, Ashraff dan Arsha turun bersama. Ashraff mengambil tempat dihadapan Aryssa.

"Eh, Rysa, makan la lagi, kenapa tak sedap ke bonda masak?" soal Tengku Syahirah.

Aryssa terkedu. Perlahan kepala berpaling memandang ke arah Tengku Syahirah.

"Eh, bukan bonda. Sedap, cuma rindu sikit dengan makanan Malaysia."

"Ouhhh, kalau macam tu datang aje la rumah bonda kalau mengidam apa-apa. Tak pun, suruh aje Ashraff datang ambik kat rumah. Bawa ke sini."

Dan ketika jua, Ashraff tersedak dek namanya disebut oleh Tengku Syahirah.

"Eh, Raff. Kamu okay ke? Nah air," Edrian terus menghulurkan segelas air ke adik iparnya.

Ashraff senyum.

"Terima kasih,"

"No problem la."

"Daddy! Daddy... I want to tell you a secret." ujar Dayyan, tiba-tiba

"Later Dayyan. Eat first." kata Edrian menghalang anaknya dari terus berbual.

Dayyan tarik muka masam. Tengku Arfa memandang wajah anaknya.

"Dayyan... Awak nak bagitahu apa dekat daddy? Cuba bagitahu mummy. Secret apa yang awak nak beritahu daddy." pujuk Tengku Arfa.

"It's about Mama Rys and Papa Raf."

Serentak semua yang berada di meja makan berhenti mengunyah. Wajah Aryssa dan Ashraff dipandang silih ganti.

"Kenapa dengan mama Rys dan Papa Raf, Dayyan?" soal Arsha. Mendengar rahsia yang ingin dipecah oleh anak saudaranya itu membuatkan dia tertanya.

"Ouh, last week, Dayyan saw them hugging each other."

Aryssa dengar rahsia yang dikatakan oleh Dayyan seakan mahu pengsan. Dan berharap bahawa abangnya mahu dengar penjelasan darinya.

.....

Continue Reading

You'll Also Like

55.7K 2.5K 46
"𝐈𝐦 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭...
398K 12.5K 74
[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampaila...
624K 23.3K 49
Nina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 I...
105K 5.7K 50
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi b...