[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

918K 65.4K 6.5K

š‘½š‘¶š‘³ š‘°š‘° [ š‘¹š‘­š‘Ø š‘ŗš‘¬š‘¹š‘°š‘¬š‘ŗ ] ā Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. āž Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - šŒš€š‹šˆšŠ šŠš‡š€šˆš‘

| 24 |

11.8K 993 98
By delilanatasha




450 votes : update


"CUT"

"Cut"

Farel menyudahi jahitannya dengan sempurna. Matanya menyepet kerana tersenyum saat Mejar Raden Qafli mengangguk tanda dia sudahpun mengakhiri pembedahan dengan sempurna.

"Bacaan nadi macam mana?" Soal Raden pada Doktor Brina yang tampak ralit mengusap kepala kanak - kanak yang dibedah tadi. Doktor Brina mula memandang defribillator.

"Tekanan nadi stabil. Oksigen sahaja yang agak kurang stabil. Bawah bacaan 96 peratus. Jadinya, this kid masih perlu bergantung pada napping. But so far so good" senyum Doktor Brina.

"Good. Now, selesaikan apa yang patut. Farel. Ikut aku" arah Raden.

"Baik, Tuan" menabik hormat pada Raden dan Farel, mereka semua mula bertugas seperti biasa. Sempat Farel mendekati kanak kanak perempuan yang masih dibius penuh.

Kakinya terpaksa dipotong akibat gempa bumi yang terjadi malam tadi. Untung saja, pasukan penyelamat dapat mengeluarkan dia daripada timbusan bangunan.

"Good girl. You did it. Thank you for being such a strong girl" rambut keriting anak itu diusap lembut sebelum satu anggukan diberi kepada Doktor Brina yang ada di hujung kepala budak perempuan itu.

"Take care of her. Aku akan cuba slow talk dengan ibu dia" ujar Farel perlahan.

"Baik, Rel"

Mendengar itu, Farel mengejung.

Rel.

Nama panggilan yang digunakan oleh kebanyakkan orang yang Farel akrab tetapi hanya akan terdengar istimewa ketika nama pendek itu melantun di bibir seorang wanita bernama Raja Maraya. Farel mengerdip matanya sekali.

"Farel. Farel is better." Ujar Farel sedikit tegas. Doktor Brina mendongak memandang Farel yang baru sahaja mahu keluar dari ruangan bedah. Hairan.

"Kenapa? Raden boleh panggil you Rel. Kenapa I tak boleh?"

Sebelum sempat sosok tinggi lampai itu menghilang, Doktor Brina Bailey sempat bertanya. Doktor sukarelawan itu berkacuk darah orang putih, bermata coklat cair dan berambut semula jadi perang.

Farel berhenti melangkah. Sekali dia menoleh ke arah Doktor Brina, dia tersenyum kecil.

"Call me Farel or Tuan. Your choice" setelah melihat wajah kelat milik Doktor Brina, Farel berpuas hati. Langsung, ruangan itu ditinggalkan.

Raden yang melihat Farel berjalan melepasinya, Raden hanya menggelengkan kepala. Bukan dia tak dengar perbualan Farel dan Brina Bailey tadi. Lagipula, siapa yang tak tahu bahawa Brina sudah lama mahu mencuba nasib menjadi seseorang untuk Farel? Orang bodoh sahaja yang tidak tahu.

"Yang dikejar si hitam manis, tetapi yang mengejar si puteri salju." Seloroh Raden sambil menarik kerusinya untuk duduk. Farel menjeling tajam.

"Datang lah putih transparent sekalipun, tak akan boleh gantikan Mar" dingin Farel menjawab.

Dibuang kasar pelitup muka ke dalam tong sampah kuning lalu medical scrub suit ditanggalkan dari tubuh. Raden tertawa. Geli hati. Tetapi, dia bersetuju dengan jawapan Farel.

"Dah lapan bulan. Apa cerita? Memang bayar denda aje ke?" Soal Raden berhati hati. Kepulangan Farel ke pangkalan di Turki ini memang menggemparkan seluruh hospital medan.

Cerita tentang Leftenan Dr Farel Ziyan ditangkap basah sudah tersebar. Tetapi, tiada sesiapa pun yang berani bertanya tentang kesahihannya. Lebih lebih lagi, Raja Maraya dikatakan datang menjenguk Farel di tapak pendaratan helikopter lapan bulan lepas makin membuat mereka tertanya tanya. Apa yang terjadi sebenarnya?

"Cerita dah basi lah Rad. Duit denda tu agaknya dah jadi najis" sekali lagi Raden dijeling tajam. Geram pula melihat Raden tersengih. Baju yang baru ditanggalnya tadi dilibas ke bahu Raden.

"Rugilah tak dapat kahwin dengan Mar. Nampaknya aku ada chance— woi! Sakit! Sakit!" Raden menepuk lengan Farel yang menjerut kuat lehernya.

"Aku tak benam kau masuk loji lagi tau. Jangan sampai aku buat. Jangan sibuk - sibuk nak tackle Mar kalau aku masih hidup!" Farel melepaskan kepala Raden.

"Titew bagitahu Mar— haa! Okay, okay! Aku zip mulut aku!" Raden berdiri, memegang tangan Farel yang sudah naik mahu menghayun penumbuk ke arahnya. Matanya mencerlung garang. Sekali saja lagi, Farel tak segan silu mahu melepaskan penumbuk sulungnya.

"Dah pukul berapa?" Soal Farel sambil menyarungkan t-shirt di tubuh.

"Dah 11 malam"

"Holy shit! Aku tak call Mar harini!" Segera meja telefon dituju, mencapai gagang telefon lalu nombor milik Raja Maraya didail.

"Lapan bulan selepas kejadian tu, sekali pun dia tak pernah angkat call kau" bibir dijuih. Jauh di sudut hati, Raden kasihan kan Farel. Benar - benar gila bayang Farel dibuatnya.

Mar, definisi wanita berhati batu. Satu panggilan pun tidak pernah dijawab. Email, surat dan beberapa hantaran berbentuk bunga turut diberi oleh Farel. Satu ucapan ringkas sebagai tanda terima kasih masih tenggelam tiada bayang.

Seperti biasa, Farel melekapkan gagang telefon di telinga dengan begitu lama. Setia menunggu Raja Maraya mengangkat.

Jam ditangan dikerling. Ah, memang tepat lapan bulan dia kembali ke bumi Turki. Akhirnya, Farel memutuskan untuk merekam panggilan suara sahaja. Bibirnya dicemik sedikit, berdehem sekali bagi melegakan tekak yang agak kering.

"Day 240. I'm still waiting for your call. How are you, my princess? Sorry, aku baru ada masa untuk call kau. Mungkin sekarang kau dah tidur. Aku baru aje habis pembedahan. And I did it! Operation berjalan dengan lancar. I saved a life. And she just six years old kid"

Farish yang baru sahaja memasuki ruangan itu turut mendengar cerita panjang Farel kepada Raja Maraya. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia bersabung mata dengan Raden yang setia memerhati di hujung sudut bilik. Kepalanya menggeleng, tanda Raja Maraya masih tidak mengangkat panggilan Farel.

Pap

Gagang telefon diletak semula. Satu senyuman kecil terbit dibibir. Lega hatinya setelah meluah panjang lebar di rekaman pangilan suara. Harapnya, Raja Maraya mendengarnya. Badannya diregang sedikit sebelum tangannya naik menutup mukut. Menguap.

"Dah lewat. Aku masuk khemah dulu. iyi akşamlar" (selamat malam)

Farel menepuk bahu Farish yang berdiri di hadapan pintu, dia melepasi dua temannya itu dengan wajah bersahaja. Tanpa dia sedari, matanya yang berkaca sudahpun terlihat oleh mereka berdua.

Raden dan Farish tidak mampu berkata apa. Farel sudah kata, ini bayaran yang harus diberi agar dosanya pada Raja Maraya ditebus.

Nafas ditarik lalu dihembus. Cuba untuk bertenang. Kakinya longlai melangkah ke khemah.

Di luar hospital medan, sudah gelap gelita, ada kabus menebal. Ataupun asap daripada gempa yang terjadi tadi. Entahlah. Yang pasti, angin disini kurang sihat.

Farel kisah apa? Nafasnya memang sudah semula jadi sesak hanya memikirkan tentang Raja Maraya. Tiada beza dengan menghirup kuaiti udara di sini.

"Tak apa Farel. Mungkin dia sudah tidur. Esok, kau cuba lagi" senyuman cuba diukir biarpun air matanya sudah mahu menitis. Lemah sungguh rasa dirinya saat ini.

Farel berhenti di tepi batuan yang terbentuk, menghadap tanah lapang di sebelah hospital medan. Kepalanya mendongak memandang langit.

Kelam. Tiada satu pun bintang atau bulan yang kelihatan.

"Ya Tuhan, kenapa tak ada sebutir pun bintang pada malam ni? Atau kerana Mar sudah terlena? Jadi bintang pun turut membalamkan diri? Ya?" Farel senyum biarpun otot pipinya terada lemah.

"Risau dan gelisah dihati aku semuanya berpunca daripada aku sendiri. Mahu meluah pada-Mu saja aku rasa tak layak"

Farel memejamkan mata. Angin separa kuat bertiup ke wajah. Bukan angin berdebu melain kan angin yang bergitu nyaman dan sejuk. Ketenangan dijiwa perlahan - lahan dirasai. Mengambil angin pada waktu malam sememangnya membantu.

"Ya Tuhan, Kau pemegang setiap hati manusia di muka Bumi. Aku mohon, Kau jagalah Mar untuk aku seorang. Kau lembutkan hatinya, Kau berikannya kebahagiaan yang tidak terhingga. Kau rapatkan pintu hatinya untuk menerima lelaki lain selain aku"

Tanpa jemu, sepotong doa ini dipohon hampir setiap hari. Setiap hari juga, doanya bakal diakhiri dengan pujian ke atas nabi dan zikrullah.

Jika Farel seorang yang pentingkan diri, dia tetap akan menjadi seorang yang pentingkan diri. Tetapi, dia akan menjadi seorang yang pentingkan diri melaui doa - doanya. Dia tamak jika sesuatu yang berkaitan Raja Maraya.

"Mar, aku rindu"


"MAR?"

"Hm?"

Raja Maraya melorek senyuman saat wajah manis milik Dani Imran menjadi singgahan mata. Badannya ditegakkan semula, mempersilakan Dani untuk duduk di hadapannya.

"I pesan black coffee untuk you. You okay kan?" Soal Raja Maraya. Tangannya menunjuk ke cawan berpiring yang terisi kopi hitam yang masih panas.

Setahunya, lelaki ini menyukai kopi panas biarpun matahari terpacak di atas kepala. Ini hasil pemerhatiannya ketika Raja Ummar dan Dani bekerja sama untuk menambah baik rumah ibu bapanya tidak lama dahulu.

"You know my favourite, don't you?" Seloroh Dani. Rambutnya dikuak sedikit kebelakang dengan ketawa kecil. Melihat Raja Maraya yang tersenyum janggal membuatkan Dani melebarkan senyum.

"Sorry, I gurau aje. You dah lama sampai?" Soal Dani, cuba menukar topik berbual. Raja Maraya menggeleng sekali.

"I baru juga sampai. Tengok, kopi you pun masih berasap"

"Oh ya. Kalau macam tu, I sampai on time jugalah kiranya?" Kening Dani menjongket sebelah.

Hati Raja Maraya menggetus perlahan. Kacak tapi membosankan. Langsung tidak kena dengan citarasanya. Dani terlalu mencuba demi mengambil hatinya.

Ini, jika bukan paksaan Raja Murad, tidaklah dia ke sini, menerima pelawaan Dani untuk keluar bersama.

Sudah dikata, dia tidak mahu ada apa - apa komitmen atau kaitan dengan mana mana lelaki. Tetapi, tetap sahaja papa dan mama sibuk mencarikannya jodoh. Baru 28 tahun kot!

"Hm, more and less." Jawab Raja Maraya dengan senyuman paksa. Disisip sedikit minuman Matcha Latte yang dipesan tadi.

Cuaca yang agak kering dan perjumpaanya bersama Dani begitu kosong. Lihatlah, Dani sendiri masih membisu. Tak tahu apa mahu dibicarakan.

"Well, Mar. Do you have boyfriend?" Soal Dani berhati - hati. Belakang lehernya diusap pelan.

"No"

Senyum.

"Jadi, I ada peluang?" Soal Dani lagi. Ah, cliche nya ayat dia! Raja Maraya berbuat tidak mengerti. Dahinya berkerut bagaikan menghadam kata - kata Dani sebentar tadi.

"Peluang apa?"

"Peluang jadi boyfriend you" ketawa kecil terlepas. Cepat - cepat matanya beralih ke arah lain saat Raja Maraya menatapnya tidak lepas.

"Nope. You tak ada peluang" jawab Raja Maraya dengan senyuman. Kakinya naik menindih sebelah lagi kaki. Selesa menyandarkan belakang tubuh di badan kerusi. Wajah kelat Dani dipandang atas bawah.

"May I know why?" Berani Dani bertanya. Katanya tiada sesiapa memiliki hati gadis ini. Jadi mengapa dia tiada peluang untuk menambat hati Raja Maraya? Eloklah jika dia bertanya sendiri pada tuan empunya badan.

Lalu, kalung berwarna perak berkilau yang tersarung dilehernya dibawa keluar dari lurah dada. Agak membuntang mata Dani melihatnya, tetapi cuba dikawal riak wajahnya.

Ini, satu perkara yang Dani tidak berkenan. Cara pemakaian wanita ini terlalu terdedah. Saat kilauan perak itu berada di luar baju Raja Maraya, nama yang terukir di loket besi itu dibaca perlahan.

"Leftenan Dr Mohd Farel Ziyan"

Terpempan. Terkedu kata. Apa lagi yang harus menjadi penjelasan pada saat itu? Terang - terangan Raja Maraya menolaknya kersna insan yang bernama Farel Ziyan.

"You cakap you tak ada boyfriend? So.."

"He's not my boyfriend. But he's someone who will never die in my heart."

Dani membungkam. Cuba menghadam kata kata Raja Maraya.

"Tolong berhenti hubungi I dan keluarga I. I pilih untuk hidup begini. Jadi, tolong hormat keputusan I, Dani" Raja Maraya tersenyum, harapnya Dani mengerti. Keluhan berat terlepas daripada bibir lelaki itu. Wajah kacak itu mula mengendur dan berubah kecewa.

"Lucky him. Sadly, I could never be him." ujar Dani perlahan, terselit senyum pasrah tetapi ikhlas bait katanya dapat dirasai oleh Raja Maraya.

"Jadi diri sendiri lebih baik. Mungkin, ada perempuan yang lebih baik menunggu you. Perempuan yang dapat terima you tanpa menghiraukan kekurangan you. Kita tak tahu aliran takdir macam mana"

"Oh, c'mon Mar. Ayat tu jangan bagi nampak buaya sangat. Meluat I jadinya" Dani menjeling sedikit ke arah Raja Maraya yang mengekek ketawa.

"Your parents tahu soal dia? Gayanya macam tak tahu aje. Papa you bagi I green light nak mengurat you" jujur Dani. Biarpun hatinya remuk tidak tertolong, tetapi dia tidak mahu merosakkan suasana. Sekurang - kurangnya, Mar boleh dibuat kawan.

"He's nobody. Kenapa I kena beritahu parents I?" kening Raja Maraya terjongket dengan senyuman sinis.

Lah, ada juga macam tu? Melongo, tetapi apa yang mahu Dani pelikkan? Raja Ummar sendiri pernah kata, Mar ni sengal dan biul. Kini, kebenaran kata - kata Raja Ummar terbukti.

"Okay, I pening" Berkali - kali matanya dikerdipkan. Mendapat sambutan tawa wanita itu sekali lagi.

"Nama dia akan sentiasa hidup dalam hati I. Hidup sebagai peringatan diri agar I berhati - hati untuk menjalar cinta. Dalam kamus hidup I, cuma ada tiga perkara. Myself, work and family. Cinta? Sebaris nama Farel Ziyan dah mampu buat I beringat sendiri bahawa I terlalu berharga untuk dimiliki seseorang"

"Wow, I love how you love yourself" puji Dani dengan anggukan bangga.

"And I'm unapologetic as fuck about it"

Sunggingan sinis meninggi dengan hujung bibirnya menolak epal pipi menyembul di tulang muka. Rantai besi itu diusap menggunakan ibu jarinya.

Apa, otaknya mula mempengaruhi hati untuk menjadi sekeras ini? Jadi, apa kesudahan rantai ini? Kata Farel, rantai ini bakal dipulangkan jika kedua - duanya sudah bersedia untuk satu sama yang lain? Perlahan, senyuman itu kembali mengendur.


450 votes : update

Continue Reading

You'll Also Like

37.6K 2.1K 22
Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March
370K 10.7K 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila...
86.2K 7.4K 27
š”š§ššžš« šŒš¢š„š¢š¤ šƒš¢šš š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šš®š«šžšžš§ š‘ššš®šš”ššš” | šŒš®š”ššš¦š¦ššš š™ššš²š«ššš§ "š“ššš¤š”š­šš š²ššš§š  š­šžš«š®š§š š ...
95.6K 5.1K 49
[SERIES 1 : SOLACE LOVE] Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua...