Aryssa

By gadishazel

213K 7.7K 80

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 43 **
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
F || 52**
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 56**
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

A || 11

3.6K 161 0
By gadishazel

.....

SEPERTI yang dipesan oleh bondanya. Ashraff pulang awal dari hari-hari sebelumnya.

Melihat adik perempuannya santai duduk menonton televisyen tanpa menolong bondanya membuatkan dahinya berkerut pelik. Selalu suara bonda akan menjerit memarahi gadis itu kerana tidak menolongnya.

Tapi hari ini?

"Sha, kau tak tolong bonda dekat dapur ke?" sergah Ashraff.

Arsha khusyuk menonton televisyen terkejut dengan teguran abangnya. Dia berpaling memandang figura abangnya berdiri tegak di belakang sofa tempatnya duduk.

"Angah ni.... Terkejut Sha. Lain kali masuk rumah bagi salam. Bukannya main sergah macam tu. Tolong bonda? Erm, awal - awal lagi bonda dah larang Sha tolong dia. Katanya nak masak khas untuk along sekeluarga."

Kini, Ashraff faham kenapa adik perempuannya itu tidak menolong Tengku Syahirah. Rupanya, wanita itu sudah halang adik perempuanya dari masuk ke dapur.

"Tak apalah. Kalau macam tu, angah masuk bilik dulu. Nanti along dah sampai. Panggil angah, okay." Sempat Ashraff berpesan sebelum kakinya melangkah naik ke atas.

Arsha membalas mengangguk tanda okay.

•••••

"ASSALAMMUALAIKUM!"

Tengku Syahirah sibuk menghidangkan makanan, ukir senyum lebar apabila telinga mendengar suara orang memberi salam. Kakinya laju melangkah ke pintu hadapan. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia teruja dengan kepulangan anak sulungnya itu.

"Wa alaikumsalam! Arfa! Rindunya bonda dekat Arfa!" Tidak sempat hendak mengajak masuk. Tengku Syahirah menarik tubuh anak perempuannya ke dalam pelukannya.

Tengku Arfa membalas pelukan ibundanya yang tercinta. Lima tahun berpisah membuatkan dia rindu akan suasana keluarganya.

"Along pun rindu dekat bonda juga!" Popi Tengku Syahirah dikucupnya sepuas yang mungkin. Rindu ini, rindu yang tidak dapat dia luahkan.

"Along apa khabar? Sihat? Edrian mana? Cucu - cucu bonda?" soal Tengku Syahirah sebaik meleraikan pelukan anak sulungnya. Wajah Tengku Arfa dipandangnya lama.

"Alhamdulilah, along sihat, bonda. Edrian pun sama sihat. Cucu - cucu bonda pun sama sihat. Bonda jangan risau. Kami semua sihat. Malah tak sabar nak jumpa bonda." kata Tengku Arfa teruja.

Temgku Syahirah yang dengar kata bicara anak sulungnya itu mengukir senyum lega. Sekurangnya, kepulangan anak menantu bersama cucunya membawa satu kerahmatan kepadanya.

"Nenek!" jerit satu suara yang tidak asing dipendengaran telinga Tengku Arfa.

"Dayyan! Mia! Be careful!" jerit Edrian di belakang. Walaupun isterinya ada. Dia tetap risau kerana anak - anaknya itu boleh tahan nakalnya.

"Ya Allah! Cucu nenek! Rindu nenek dekat kau orang berdua." Tengku Syahirah yang melihat dua orang cucunya lari ke arahnya segera mendepa luas kepada cucu-cucunya itu.

Aduhai, rindu betul pada cucu - cucunya.

"Kami pun rindu nenek!" ujar Dayyan sebaik berada di dalam pelukan Tengku Syahirah.

"Bonda tak nak ajak Arfa masuk rumah ke? Arfa dah rindu sangat dekat walid, angah dan adik ini. Mana dia orang? Takkan tak ada dekat rumah?" Arfa bertanya.

Namun, melihat beberapa buah biji kereta yang terdampar di garaj membuatkan dia agak bahawa adik - adiknya ada di rumah.

"Eh. Ya Allah, lupa pula bonda nak ajak kamu masuk. Jom - jom kita masuk. Semua ada dekat rumah. Kamu jangan risaulah. Dia orang ada dekat atas tu." kata Tengku Syahirah. Dia menarik tangan anak sulungnya masuk ke rumah terlebih dahulu.

"Eh, kejap. Rian mana? Tadi bonda rasa dia ada tadi," tanya Tengku Syahirah. Matanya melilau mencari figura menantu sulungnya.

"Mungkin dia tengah uruskan adik - adik dia kut. Ala, bonda... Tak payah risaulah. Nanti masuklah menantu kesayangan bonda tu. Sekarang, kita berbual dulu. Arfa dah lama tak berbual dengan bonda." ajak Tengku Arfa.

Tengku Syahirah mengangguk setuju. Dia juga sudah lama tidak berbual dengan anak sulungnya. Kali terakhir, beberapa hari lepas. Itu pun kerana anaknya memberitahunya bahawa mereka akan pulang ke Malaysia setelah lima tahun berada di Italy.

••••

TUK! Tuk! Tuk!

"Angah! Bonda panggil turun," jerit Arsha dari luar bilik.

"Okay. Five minutes." balas Ashraff. Dia segera mengemas barang-barang yang sudah dia selerakkan sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.

Dari atas, Ashraff sudah dengar suara adiknya menjerit teruja bertemu dengan kakaknya. Pasti gadis itu sedang tergedik - gedik di hadapan kakaknya. Maklumlah, lama tidak keluarkan perangai gila bersama kakak.

"Eh, akak ini... Aryssa kan? Kita pernah jumpa dulu dekat airport. Ingat tak?" tanya Arsha.

"Erkkk," Aryssa kelu. Berkerdip-kerdip kelopak matanya tidak menyangka bahawa akan bertemu dengan Arsha di sini.

"Kiranya, Sha dengan Rys dah pernah jumpalah sebelum ini? Rys tak bagi tahu abang pun," ujar Edrian.

Aryssa memandang wajah abangnya.

"Sebenarnya, Rys tak tahu pun yang Arsha, adik ipar abang long. Lagipun, kita orang berkenalan pun sebab angah silap tegur adik. Dia ingatkan Kak Rys ni, adik. Tu yang kita orang bertegur sapa." jelas Arsha.

Serentak itu, Ashraff tiba di tingkat bawah. Mendengar namanya di sebut membuatkan dia tertanya - tanya.

"Apa nama angah naik ni?" soalnya. Namun, riak wajahnya berubah terkejut apabila matanya ternampak seseorang yang dikenalinya.

"Rys?"

"See. Kan Sha dah cakap?" ujar Arsha berlagak.

Aryssa diam menutup bibirnya. Tidak sangka bahawa Ashraff ada hubungan rapat dengannya. Ingatkan sekadar kawan kepada sepupu sepapatnya sahaja.

"Lepas ni, bertambah la keluarga akak." usik Tengku Arfa.

Aryssa memandang kakak iparnya itu dengan pandangan biasa. Dia hendak membalas pun, risau abang - abang dan kakak iparnya salah faham pula.

"Awal balik, ngah? Selalu kalau aku call,  jawapan kau mesti ada dekat officce." Perli Tengku Arfa. Bukan dia tak tahu bertapa workholicnya adiknya seorang ini. Turun ikut perangai walidnya.

Ashraff mengukir senyum segan. Kakinya menapak dekat ke arah abang ipar serta kakaknya. Tangan di hulur salam. Aryssa yang berada di sisi abang iparnya itu dipandangnya kilas.

"Bonda pesan suruh balik awal. Katanya along nak balik rumah. Terkejut juga bila tahu along nak balik Malaysia."

Tengku Arfa menayang wajah tak bersalahnya. Sejujurnya, dia baru sahaja ingin beri kejutan kepada keluarganya. Namun, entah bagaimana dia boleh terlepas cakap tika berbual dengan Tengku Syahirah. Maka, tibalah mereka di rumah walaupun sudah hampir tiga hari mereka berada di Malaysia.

"Long, anak - anak kau mana? Rasanya, angah belum jumpa anak - anak long lagi. Last pun, masa Dayyan baby. Itu pun sebab aku singgah sebelum sambung belajar dekat France." kata Ashraff bertanyakan tentang anak saudaranya.

"Ada. Tu, hah tengah main dengan anak adik abang long." kata Tengku Arfa, muncung bibirnya tunjuk anaknya yang sedang bermain dengan anak kepada adik suaminya itu.

"Dayyan! Rayyan!" Tengku Arfa memanggil dua orang anaknya itu ke mari.

Dayyan dan Rayyan khusyuk bermain, berhenti apabila mendengar suara ibu mereka memanggil. Laju kaki mereka berlari ke arah ibu ayah masing - masing.

"Ayyan's, salam Pak Ngah dengan Cik Su." Lembut wanita itu memberi arahan kepada dua sepupu itu.

Laju Dayyan dan Rayyan pergi ke Arsha dan Ashraff. Mereka bersalaman sebelum kedua - duanya lari kembali ke ibu ayah mereka. Namun, Dayyan memilih duduk bersama ibu saudaranya, Aryssa.

"Mama, why, I call him and her, Pak Ngah and Cik Su? While you, I call as Mama?" Dayyan mula menyoal pelik.

Aryssa dengar soalan anak buahnya itu terkaku seketika. Sejujurnya, dia tak tahu hendak jelaskan bagaimana kepada Dayyan. Mungkin dulu dia masih muda. Maka, dia lebih gemar anak buahnya memangggil mama berbanding aunty.

"Dayyan. Awak boleh panggil Pak Ngah and Cik Su another name if you want change it." Edrian bersuara. Dia tahu anaknya pelik dengan panggilan diberi berbeza dengan ahli keluarga disebelahnya.

"Okay. Ayyan will call him Papa and her Mama. Can I?" soal Dayyan kepada Edrian dan Tengku Arfa sambil jarinya menunjuk ke arah Ashraff dan Arsha.

"Sure." Tengku Arfa mengangguk kepala setuju dengan cadangan anak lelakinya itu.

"Anak - anak! Makan, jom!" panggil Tengku Syahirah dari meja makan.

Dengar sahaja jeritan Tengku Syahirah, pantas Tengku Arfa mengajak suami, adik ipar serta birasnya ke meja makan.

"Rys, tolong akak dukung Mia boleh?" soal Tengku Arfa.

"Boleh. Meh," tangan dihulur mengendong anak buah perempuannya itu.

Seronok Mia apabila dukungannya bertukar kepada Aryssa.

"Jom," ajak Tengku Arfa.

Tanpa mereka sedar, Ashraff memerhati Aryssa dan kakaknya, Tengku Arfa. Hubungan mereka begitu akrab hingga dia sebagai seorang adik boleh nampak betapa ikhlasnya kakaknya bersama Aryssa.

"Papa... What are you looking at?" tegur Dayyan.

Ashraff terkejut. Kepala menunduk memandang ke bawah. Wajah Dayyan yang berada di sisinya membuatkan dia kelu.

"Hahaha, nothing. Why?"

"Oh, tak. Dayyan nampak papa asyik pandang mama. Kenapa? Papa suka mama ke?" tanya Dayyan, terus terang.

Gelabah Ashraff mendengar pertanyaan anak buahnya itu. Sudahlah, Dayyan berkata dengan kuat. Pantas dia menutup mulut Dayyan berharap bahawa tiada siapa mendengar pertanyaan Dayyan.

.....

Continue Reading

You'll Also Like

144K 3.3K 42
[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Put...
1M 20.8K 45
He's so cold. Like an ice strike into little soul. She's hot. She can melt this little icy blast. The more he tried to escape, the more he's turnin...
370K 23.1K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
42.8K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...