His Love [C]

By singlelove_

498K 19.9K 735

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 10

7.6K 357 19
By singlelove_

Dato Sri Taarif duduk sambil memandang Malique yang berdiri di hadapannya. Tadi Dato Sri Taarif memanggil Malique untuk datang ke bilik kerjanya selepas Malique menghantar Tasneem balik.

"Duduk, Liq." Arah Dato Sri Taarif.

Tanpa kata, Malique melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Dato Sri Taarif.

Dia sendiri pun tak pasti kenapa Dato Sri Taarif panggil dia. Yang dia tahu, dia datang menghadap bapa tirinya ini.

"Who are you?" Soal Dato Sri Taarif tiba-tiba.

Terjungkit sebelah alis Malique kerana tidak mengerti dengan soalan Dato Sri Taarif barusan.

"Saya Malique." Jawab Malique tenang.

"I know your name. Tapi yang saya nak tahu. Siapa awak pada isteri saya?" Soalan Dato Sri Taarif cukup mengejutkan Malique.

Takkan rahsia dah bocor? Malique mengawal reaksi wajahnya dan menenangkan dirinya. Dia tetap menunjukkan reaksi tenang di depan Dato Sri Taarif. Langsung tidak bertindak gelabah atau takut.

"Takda apa-apa." Tergelak nipis Dato Sri Taarif selepas mendengar jawapan Malique.

"Tuan Malique Zhafran. CEO M's Golden. Anak kepada Tuan Maliki dan Puan Zarina yang sekarang digelar sebagai Datin Sri Zarina." Terukir senyuman kecil di bibir Malique.

Dia dah agak. Dato Sri Taarif ni pun bukan calang-calang orang. Apa lagi Dato Sri Taarif menyuruh dia untuk menjadi bodyguard kepada Tasneem. Sudah tentu Dato Sri Taarif akan menyiasat tentang dirinya.

Bukan suka-suka Dato Sri Taarif nak menjadikan dia sebagai bodyguard kepada Tasneem.

"I knew it." Ringkas balasan Malique.

"Kenapa tak jujur?"

"Ada sebab."

"Apa sebabnya?" Malique memerhati wajah Dato Sri Taarif. Dia melepaskan nafas berat.

"Liq nak tahu.. umi Liq dah lama tunggu Liq. Tak pernah dia lupa tentang Liq walaupun sesaat. Setiap malam umi Liq akan menangis sebab teringat tentang Liq. Liq masih nak berahsia?" Beritahu Dato Sri Taarif jujur.

Memang setiap malam Datin Sri Zarina selalu menangis dan merintih memanggil nama Malique. Bahkan dalam tidur juga, Datin Sri Zarina akan memanggil nama Malique.

"Umi rindu Liq. Jujur lah dengan dia. Liq tak kesian dengan umi ke?" Terdiam Malique saat mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Dato Sri Taarif.

"Saya masih belum bersedia."

"Liq tak rindu umi?" Senagja Dato Sri Taarif bertanya begitu. Dia yakin sangat yang Malique pun rindu akan Datin Sri Zarina.

Malique tidak menjawab malah dia hanya tersenyum nipis apabila mendengar soalan Dato Sri Taarif.

"Kalau dah takda apa, saya keluar dulu. Esok saya tak dapat datang. Saya minta cuti tiga hari. Saya kena pergi Penang untuk uruskan kerja di sana." Sejurus itu, Malique terus berlalu keluar tanpa menunggu balasan Dato Sri Taarif.

Dato Sri Taarif melihat saja kepergian Malique sehingga hilang figura tegap itu.

"Rina.. abang dah jumpa anak awak." Gumam Dato Sri Taarif perlahan.

~~~~~~~~~~

Danial dan Husna saling berpandangan apabila melihat Malique yang hanya diam dan banyak termenung.

Masing-masing berteka-teki dan saling mengangkat kedua kening seakan beramah sesama sendiri. Setelah itu, diangkat pula bahunya.

"Liq." Tegur Husna. Tersentak Malique. Dia menoleh melihat dua orang sahabatnya.

"Kau okay tak? Dari tadi kitaorang tengok kau asyik termenung je." Kata Danial pula.

Mengeluh Malique. Dia tak pasti nak bagitahu kepada Danial dan Husna atau tidak. Tapi hanya pada mereka saja Malique selalu berkongsi. Mereka berdua pun sama. Hanya pada Malique saja.

"Dato Sri Taarif dah tahu siapa aku." Beritahu Malique sekali lafaz.

Tercengang Danial. Husna pula terpinga-pinga. Tahu apa?

"Apa yang tahu?" Soal Husna ingin tahu.

"Aku anak tiri dia." Menganga mulut Husna. Anak tiri Dato Sri Taarif?

"Sejak bila?" Tanya Husna.

"Aku cari umi aku. Rupanya umi aku kahwin dengan Dato Sri Taarif. Dan paling tak sangka, sebelum ni aku ada tolong sorang perempuan. Ternyata tu anak dia." Jelas Malique.

"Dan Malique jadi bodyguard kepada anak Dato Sri Taarif." Sambung Danial.

"Hah?! Bodyguard?! Patut lah kau selalu takda dekat office." Berkerut dahi Husna menahan geram dengan Malique.

"Tapi kerja jalan je kan? Tak payah nak bising." Bingit telinga Malique apabila mendengar jeritan Husna tadi. Dia menggosok perlahan telinganya.

Danial pun bertindak yang sama. Perempuan kalau menjerit, nyaring bunyi. Haih.

"Takda lah. Aku terkejut je. Takda angin, takda ribut. Tiber kau jadi bodyguard." Balas Husna membela diri. Danial mengangkat kedua bahunya.

"Aku saja je tu. Nak dekat dengan umi aku."

"Asal kau tak jujur je? Lagipun Dato Sri dah tahu. Better kau jujur." Husna mengangguk bersetuju dengan Danial.

"Tak mudah."

"Apa yang tak mudahnya? Kau yang buat susah." Kali ini, Danial pula yang mengangguk setuju dengan Husna.

"Nanti lah. Aku rasa belum masanya lagi. Aku tak nak umi aku terkejut." Tutur Malique seraya membuang pandangan ke arah pemandangan di tepi yang melihatkan bangunan-bangunan tinggi dan jalan raya yang sesak penuh dengan kenderaan.

~~~~~~~~~~

Terlepas keluhan berat di celah bibir Tasneem. Selalunya ada Malique. Tapi bila Malique takda ni, bosan lah pula. Dia dah terbiasa dengan kewujudan Malique di sampingnya setiap hari.

Bila Malique cuti ni. Rasa lain. Tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi hati dia mahukan Malique. Bila Malique takda, dia rasa kosong.

Tapi kalau Malique ada. Asyik nak bergaduh mulut saja. Sehari tak bertikam lidah. Tak boleh gamaknya. Haih.

"Mana awak pergi Malique? Saya rasa sunyi lah." Gumam Tasneem sendirian.

Tasneem mengetuk jemarinya di meja. Matanya masih tetap fokus pada skrin iMac. Tapi fikirannya kacau. Dia nak Malique.

Diherotkan bibirnya ke kiri dan ke kanan. Setelah itu, Tasneem menghentikan acara kerjanya. Dia mengambil handphone nya lalu mendail nombor Malique yang disimpan sebagai 'M✨'.

Apa yang dia tahu. Dia mahu kan Malique. Tak kisah dah. Lantak lah.

Selepas beberapa deringan, talian di seberang sana menjawab panggilan dari Tasneem.

"Hello." Sapa Malique dengan suara garau. Menggigit bibir Tasneem mendengarkan suara maskulin itu.

Seksinya..

"Hello, Aneem." Sapa Malique lagi.

"H-hello. Awak dekat mana? Bila nak balik? Saya bosan lah takda awak. Awak seronok ke cuti tu? Tak kesiankan saya ke? Dah dua hari saya pergi sana sini sorang diri. Awak tak rindu nak teman saya eh? Tak nak gaduh dengan saya ke? Boleh cepat balik tak?" Bertubi-tubi soalan Tasneem kepada Malique.

Tercengang Malique mendengar soalan-soalan Tasneem. Dia menjauhkan handphone nya dari telinga dan melihat jika yang menelefonnya adalah Tasneem atau bukan.

Ternyata Tasneem. Tapi asal lain?

"Kau sihat tak ni? Asal banyak merepek?" Soalan dibalas soalan. Berdecit geram Tasneem.

"Mana ada saya merepek. Saya betul-betul ni." Tak puas hati Tasneem jadinya.

"Aku rasa kau ni macam demam je. Jangan kerja kuat sangat." Pesan Malique dengan nada lembut.

Memerah wajah Tasneem apabila Malique menggunakan nada lembut macam tu bercakap dengan dia. Tak pernah lagi Malique bercakap macam ni dengan dia. Cair lah.

"Mana ada saya nak demam.. awak ni.." Tanpa sedar, Tasneem merengek manja kepada Malique.

Tersenyum kecil Malique mendengar suara manja Tasneem. Jarang sekali Tasneem bersikap begini pada dia.

"Esok aku balik. Tak payah risau. Nanti 24 jam aku teman kau." Terus berubah girang wajah Tasneem.

"Yeayy.. cepat tau. Saya tak nak apa-apa. Saya nak awak balik dengan selamat." Ujar Tasneem dengan tersenyum lebar. Walaupun Malique tak nampak. Tapi dia tetap nak senyum juga.

Dia rasa bahagia selepas mendengar yang Malique akan balik esok.

"Hm. Dah lah kau pergi sambung buat kerja. Aku nak tutup call ni."

"Okay. Bye.. assalamualaikum. See you tomorrow." Gembira Tasneem. Selepas itu, Tasneem mematikan panggilan. Tak sempat Malique nak membalas salam Tasneem tadi.

"Waalaikumussalam. Aku pun rindu." Getus Malique dengan bibirnya yang mengukirkan senyuman manis selepas bercakap dengan Tasneem.

Sementara di tempat Tasneem, senyuman Tasneem langsung tidak memudar. Dapat dengar suara Malique pun dah bahagia.

Yalah. Tengah angau kan.


Tbc..

Amboi.. masing-masing rindu ya😚
Tapi Dato Sri Taarif dah tahu lah😱

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

334K 9.9K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...
360K 15.9K 71
Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CEO terkenal dan juga datang dari keluarga...
404K 20.5K 83
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikah...
435K 16K 69
Harith Fayyad 🤍 Liliana Alexander Harith Fayyad - Cinta? Tak pernah langsung terfikir di dalam fikirannya tentang cinta. Apa yang dia tahu cinta ini...