NADINE SOFEA

By sayamelur

237K 20K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

28 - NADINE SOFEA

4.7K 431 29
By sayamelur

"Ayah sihat dah?" soalan Harlem dibalas tawa oleh Tengku Mazhar.

"Harlem patut tanya soalan tu pada isteri Harlem tu. Muka pucat semacam dari tadi. Risau ayah tengok." Nadine yang bersembunyi di belakang Harlem itu diperhati.

Dari tadi Nadine banyak diam sejak mereka berdua datang ke sini untuk menjenguknya.

Harlem toleh belakang melihat Nadine yang sedang menikus di belakangnya. Bibir cuba menyembunyikan senyuman kelucuan.

Kenapa perangai tu comel sangat?

"Ayah tanya sendiri lah dengan tuan punya badan." Harlem tarik lengan Nadine supaya gadis itu berdiri di sebelahnya.

"Harlem turun bawah kejap. Ayah nak air tadi kan?" pamit Harlem berniat untuk pergi.

"Harlem..." hampir saja tangan Nadine berjaya mahu menghalang Harlem agar tidak meninggalkan dia di sini bersama Tengku Mazhar.

Namun, langkah Harlem lebih pantas. Dan sempat lagi lelaki itu tayang senyum nakalnya untuk mengusik Nadine sebelum Harlem keluar dari bilik tidur Tengku Mazhar.

Sengaja tau!

"Nadine, kenapa ni? Nadine memang betul-betul tak sihat?" soal Tengku Mazhar risau. Anak menantunya itu diperhati atas bawah.

"T-tak, ayah. Nadine sihat. C-cuma sebenarnya Nadine nak..."

Nadine mengatur nafas sebelum membuka mulut lagi.

Tengku Mazhar diam memerhati gelagat Nadine di hadapannya yang kegelisahan.

"Harlem buli Nadine di rumah ke?" tanya Tengku Mazhar lagi.

"Tak." Nadine geleng kepala.

"Habis tu?"

"Er- Nadine nak minta maaf fasal malam tadi. Sebab Nadine, ayah masuk hospital. Nadine memang betul-betul tak sengaja nak buat ayah jatuh sakit-"

Tawa besar Tengku Mazhar memotong percakapan Nadine membuatkan gadis itu terkebil-kebil.

"Sebab itu saja ke yang buatkan Nadine serba tak kena dari tadi?" Tengku Mazhar menghabiskan sisa tawanya.

"Tapi apa yang Nadine buat semalam tu dah membahayakan nyawa ayah tau. Macam mana kalau jadi apa-apa dekat ayah?" satu malam Nadine tidak nyenyak tidur memikirkan kesalahannya.

"Ini mesti Harlem ada buat cerita sebelum Nadine datang sini tadi kan?" Tengku Mazhar sudah dapat mengagak.

Apa saja lah yang Harlem cerita sampai Nadine jadi cacing kepanasan tadi.

Wajah Nadine kemerahan.

Iya! Itu memang salah satu punca Nadine hampir putus nyawa untuk datang ke sini menemui Tengku Mazhar.

Katanya disebabkan kejadian malam tadi, Tengku Mazhar mungkin akan menyamannya.

Mana Nadine nak cari duit?! Telefon bimbit sendiri pun tak terbeli lagi.

"Benda kecil, Nadine. Sikit pun ayah tak salahkan Nadine. Ayah tahu Nadine tak sengaja." beritahu Tengku Mazhar senyum.

Hati Nadine jadi lega.

"Terima kasih ayah. Lepas ni Nadine janji, Nadine akan lebih berhati-hati untuk ayah." tutur Nadine bersungguh-sungguh.

Tengku Mazhar ketawa kecil. Kecomelan Nadine menggamit rasa lucunya. Patut saja dulu Harlem selalu senyum-senyum seorang sendiri. Mungkin teringat telatah Nadine.

"Nadine boleh tengokkan Harlem di bawah? Lama betul suami Nadine tu ambil air. Ayah nak makan ubat kejap lagi." pinta Tengku Mazhar.

"Kejap ya, yah." Nadine menurut lalu membawa langkah keluar dari bilik.

Kaki dipercepatkan menuruni anak tangga sehingga tiba di dapur. Kelihatan Harlem sedang menikmati kopi di meja bar.

Bukan main santai lagi dia ya?

"Ayah tunggu air dia dari tadi. Awak pula sedap-sedap minum kopi di sini." Nadine menggeleng kepala.

"So tadi ayah bagi hukuman apa dekat kau? Ketuk ketampi 10 kali? Ke jalan itik pusing bilik dia sampai patah kaki?" Harlem berusaha menyembunyikan ketawa.

"Awak tipu saya!" marah Nadine memukul bahu Harlem.

Tawa Harlem meletus kuat. Muka Nadine sekarang sumpah lawak. Dan comel tu memang tak boleh tinggal.

"Awak ingat benda ni kelakar ke? Saya risau setengah mati disebabkan penipuan awak tu!" tangan Nadine menumbuk lengan Harlem mahu melepaskan geram.

Harlem pula makin galak ketawa. Tak sia-sia dia berlakon serius pagi tadi. Dan kini dia dihidangkan dengan hiburan yang menyeronokkan.

"Kau tu yang risau tak tentu fasal. Suka sangat overthinking kan? Ha aku bagi terus." balas Harlem.

Makin muncung bibir Nadine dibuatnya. Tunggu! Suatu hari nanti dia akan balas.

"Mana air ayah? Cepat. Dia nak makan ubat sekarang." soal Nadine masih geram.

"Tak apa. Kau naik atas saja. Biar aku yang bawa kejap lagi-"

"Harlem..."

Lilia tiba-tiba datang mendekati Harlem.

Serentak Nadine dan Harlem menoleh ke arah Lilia.

"You ada terima tak card invitation reunion kolej kita?" soal Lilia.

Nadine mahu membuka langkah. Kehadiran dia di situ pasti tidak di senangi Lilia. Tengok lah mata gadis itu dari tadi asyik menjelingnya.

"Kejap lah. Tunggu aku." laju saja Harlem meraih tangan Nadine dari melangkah pergi.

Mata Lilia jadi pedih terlihat adegan itu. Menyampah betullah!

"Yeah, Darrell ada bagi card dekat I last week." jawab Harlem. Kad di tangan Lilia itu dipandang sekilas.

"Great! Kita pergi sama-sama nak malam ni? Lagipun dalam kad ni bagitahu boleh bawa pasangan-"

"Sorry, Lilia. I bawa Nadine malam ni." potong Harlem.

Wajah Lilia bertukar merah. Perasaan marah dan malu menghempapnya. Nadine di sebelah Harlem di pandang dengan riak tidak puas hati.

Perempuan itu memang selalu menjadi penghalang buat dia dan Harlem! Argh! Dia benci Nadine!

"Oh, yeke?" Lilia kawal riak muka dan suaranya.

"See you tonight, okay?" Harlem senyum nipis.

"Jom, Nadine." tangan Nadine ditarik membawa gadis itu pergi.

Kelibat pasangan itu dihantar dengan ekor mata. Ketawa sinis meletus di bibir merahnya.

Nadine takkan pernah bahagia. Itu janjinya sampai mati.

























* * * * *

Nadine kelihatan tak senang duduk dari tadi. Bukan pakaiannya yang membuatkan dia rasa tidak selesa tetapi destinasi yang bakal dituju.

Sejak siang tadi hingga membawa ke malam perasaan gugup ini seakan tidak mahu berpisah dengan Nadine.

Haih, dia paling tak suka perasaan ini? Seksa tau tak?

"Kau memang tak pernah berubah kan, Nadine?" Harlem bersuara setelah kereta diberhentikan di hadapan sebuah dewan besar.

Nadine sempat meliarkan mata melihat suasana di luar melalui cermin kereta milik Harlem. Kehadiran tetamu yang tak henti masuk ke dalam dewan membuatkan Nadine semakin gugup.

"Nadine." seru Harlem mengejutkan gadis itu.

"I-iya? Awak tanya apa tadi?" Nadine berpaling memandang Harlem di sebelah.

Harlem menggeleng kepala. "Kali ini kau nervous sebab apa pula?"

"Banyaknya orang. Saya takut." luah Nadine jujur.

"Nak takut apa? Aku bukan bawa kau pergi kubur." rasa nak cubit saja pipi Nadine ni. Geram betullah!

Macam mana kalau saya malukan awak nanti?

Ringan saja mulut Nadine mahu mengajukan soalan itu. Sebenarnya situasi itu lah yang asyik mengganggu fikiran Nadine sejak tadi.

Darjat Harlem dan dia terlalu jauh untuk dibandingkan. Untuk berdiri di sebelah Harlem sekalipun Nadine rasa tidak layak. Apatah lagi mahu memegang gelaran sebagai seorang isteri lelaki itu di hadapan semua orang.

"Nadine..." tangan gadis itu dielus lembut sebelum di bawa ke pipi Harlem.

Perut Nadine tiba-tiba dipenuhi rama-rama indah.

"Bagitahu aku apa yang buat kau rasa nervous? Ke kau tak selesa pakai baju macam ni? Kita boleh patah balik ke butik cari baju yang lain kalau kau nak." cadang Harlem.

Sempat matanya menikmati penampilan Nadine malam ini. Turtleneck solid slim maxi dress warna beige itu berjaya membuatkan Harlem hilang tumpuan untuk melihat benda lain kecuali Nadine.

Hatinya sendiri penat untuk menyangkal kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu.

Menyesal pula dia memilih baju itu untuk Nadine. Hakikatnya Harlem yang tidak selesa nanti jika ada mata-mata nakal yang tergoda dengan isterinya.

"Tak, bukan sebab pakaian. Pakaian yang awak pilih ni cantik sangat. Rasa macam nak pakai setiap hari." sempat Nadine sengih panjang.

Mata Harlem mengecil. "Cuba lah kalau berani. Ada yang tak keluar rumah lepas ni."

"Gurau. Hihi." sengih Nadine lagi.

"Malam ni kau tak perlu fikir banyak. Just teman aku. Mana aku pergi, kau ikut. Lepas tu kita balik. Boleh?"

Lambat Nadine mengangguk. Betul juga kan? Bukan susah mana pun. Teman saja kan?

"Jom."

Serentak Harlem dan Nadine keluar dari perut kereta. Sempat nafasnya ditarik mahu membuang rasa gugup.

"Shall we?" Harlem hulur tangan. Senyum nipis terukir di bibir.

Lambat Nadine mahu menyambutnya. Malam ini saja entah berapa kali rama-rama muncul di perut disebabkan lelaki itu.

Bagaimana layanan seorang lelaki bernama Harlem boleh berubah sedrastik ini terhadapnya?

Dia bukan lagi Harlem yang dingin seperti yang Nadine jumpa selepas 10 tahun tapi inilah Harlem yang buat Nadine jatuh cinta dulu.

"Nadine?" panggil Harlem.

Berangan lagi lah tu.

"S-sorry. Jom." sengih Nadine lalu menyambut huluran tangan Harlem.

Mereka berjalan beriringan sehingga melangkah masuk ke dalam dewan besar.

Mata-mata mula memandang ke arah mereka berdua. Sempat kepala Nadine menunduk mahu memerhati penampilannya. Mana tahu ada yang tertanggal atau terkoyak kan?

"Harlem!"

Dua orang lelaki datang menegur menghentikan langkah kaki Nadine dan Harlem.

"My bro." tubuh Harlem terus dipeluk.

"Aku ingat kau tak datang malam ni." Emran menepuk-nepuk bahu Harlem.

Lelaki itu senyum senget. "Kau dengan Iskandar tak habis-habis paksa aku datang, apa pilihan yang aku ada sekarang?"

Iskandar ketawa sinis.

"Aku paksa kau datang sebab aku yakin malam ni mesti kau bawa someone special kan?" mata Iskandar beralih memandang Nadine di sebelah Harlem.

Cantik.

Nadine menyembunyikan muka di sebalik lengan Harlem apabila menyedari kawan Harlem yang bernama Iskandar itu sedang melihat ke arahnya.

"Kau kahwin tak jemput kitaorang kan?" muka Emran berubah serius.

"Bukan aku yang tak jemput. Kau berdua yang tak nak datang. Hari aku kahwin lah kau berdua nak travel pergi New Zealand." ungkit Harlem menimbulkan sengih di wajah Emran dan Iskandar.

"Nadine, Emran dengan Iskandar ni classmates aku di kolej dulu." beritahu Harlem.

Emran dan Iskandar serentak senyum dan di balas Nadine.

"Aku?" Iskandar angkat kening tinggi.

"Tak sweetnya cakap dengan wife sendiri guna 'aku'. Kau memang spoil lah, Harlem. Dapat isteri comel macam ni gunalah abang sayang ke, baby manja ke-"

"Kau diam." pintas Harlem laju. Iskandar ketawa lucu melihat wajah merah Harlem. 

"Nice to meet you, Nadine. Tak sangka akhirnya I dapat jumpa you depan-depan." tutur Emran mengundang jelingan tajam Harlem sebaik saja mereka bertentangan mata.

Sewaktu di kolej dulu, Emran hanya dapat melihat Nadine melalui sekeping gambar yang Harlem pernah simpan di dalam buku nota saja.

"Hi, Harlem!"

Kedatangan Lilia bersama Nikki membuatkan air muka Nadine terus berubah.

Mata Nikki dan Nadine bertemu. Riak wajah Nikki itu memberikan petanda kepada Nadine bahawa gadis itu pasti ada rancangan untuknya.

Jika Harlem dan Lilia belajar di kolej yang sama, pasti Nikki pun ada malam ini. Haih, kenapa lah Nadine tak terfikir sampai ke situ. Sebolehnya, Nadine enggan bertemu dengan Nikki dalam suasana seperti ini. Pasti malapetaka sedang menantinya.

"I tunggu you dari tadi tau. Kawan-kawan kita yang lain asyik tanya kenapa you tak datang dengan I malam ni?" beritahu Lilia.

"Dah you dengan Harlem macam belangkas dulu, mestilah diaorang pelik kalau tengok you berdua tak bersama malam ni." sambung Nikki.

"Harlem dengan Lilia dulu rapat eh? Kenapa I tak ingat? Harlem ni dulu kalau tengok perempuan macam tengok hantu. Sampai I syak yang dia tu gay." tiba-tiba Iskandar mencelah.

Air muka Lilia berubah tidak senang.

"Sebab tu aku tak sabar nak jumpa Harlem malam ni. Aku nak tengok macam mana sebenarnya perempuan yang dia nak dalam hidup dia. So tonight, here she is." mata Emran dan yang lain semua memandang ke arah Nadine.

Jantung Nadine berdegup kencang akibat terlalu gugup.

Kenapa semua orang melihatnya pula ni?

"Oh by the way, Nadine ni sepupu I. And dia dengan Harlem dah kenal lama sejak highschool lagi? Kan, Nad?" Nikki bersuara lagi. Senyuman sinis disembunyikan.

"Tapi lepastu Nadine pindah sekolah and duduk dengan family I."

Nadine tidak bodoh. Dia tahu topik perbualan ini bakal menjurus ke mana nanti.

"Duduk dengan family you? Why?" mulut Iskandar pun. Ringan saja nak bertanya.

Nikki terdiam.

Matanya dan Lilia bertemu seketika sebelum Nikki membuka lagi.

"Tak apa kan, Nad kalau aku cerita. Kau dengan Harlem pun dah kahwin. Kiranya dah berbaik lah tu kan?"

Iskandar dan Emran memandang Nadine serta Nikki silih berganti. Tak sabar mahu mendengar cerita seterusnya.

Nadine tidak mampu berkata-kata walhal hati mendesak agar dia dapat memikirkan cara untuk menutup mulut longkang Nikki.

Betulkan sangkaannya?

Malam ini antara malam malang buat Nadine. Dan sekarang Harlem terkena tempiasnya juga.

Mata mencuri pandang Harlem di sebelah. Reaksi lelaki itu kosong. Sukar untuk di baca.

"Dulu ayah Nad-"

"Aku nak ambil air kejap." Harlem mencelah menghentikan percakapan Nikki.

Tangan Nadine yang berada di dalam genggamannya terus dilepaskan.

"Harlem, I teman you, ya?" Lilia menawarkan diri.

Nadine ditinggalkan begitu saja selepas Harlem berlalu pergi.

Kelibat Harlem bersama Lilia yang semakin jauh itu diperhati bersama perasaan kecewa. Hanya Tuhan yang dapat mendengar tangisannya kini.

Kenapa Nadine boleh lupa tentang satu kenyataan bahawa Harlem tidak akan memaafkan masa lalu yang pernah terjadi di antara mereka?

Kebencian Harlem masih utuh untuknya.

Layanan baik Harlem itu semua cuma mimpi yang melekakan.

Inilah realiti yang dia harus telan.











-the end of chapter 27-




Continue Reading

You'll Also Like

10.5K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...
5.3M 108K 87
[C O M P L E T E D] My second babies q ‒́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ β€’Μ€ q *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
4.5M 95.2K 58
Darren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad...