[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

918K 65.4K 6.5K

š‘½š‘¶š‘³ š‘°š‘° [ š‘¹š‘­š‘Ø š‘ŗš‘¬š‘¹š‘°š‘¬š‘ŗ ] ā Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. āž Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - šŒš€š‹šˆšŠ šŠš‡š€šˆš‘

| 20 |

12.2K 1K 116
By delilanatasha


380 votes : update

KERETANYA elok memarkir di kawasan luar residensi mewah itu. Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum membawa diri keluar dari perut kereta. Sekejap pun jadilah.

Lagi dua hari, dia bakal berangkat ke Turki semula. Asalkan dia dapat lepaskan rindu. Farel tak kisah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

Setelah melepasi kawasan lobi, butang tingkat 10 ditekan. Sementara menunggu, Farel memeriksa telefon pintarnya yang sudah dua bulan tidak disentuh, ditinggalkan di kem.

Untung dia sempat mengecas telefonnya di dalam kereta. Ada lah saki baki dalam 30 peratus bateri telefonnya. Memadai untuk bertemu Raja Maraya.

Setibanya dia di tingkat 10, kaki Farel bagaikan mengetahui kemana tubuhnya mahu pergi. Laju sahaja dia membelok ke kiri dan menuju ke rumah yang paling hujung di koridor tersebut.

Senyumannya tersembul, dadanya menyesak dengan debaran yang entah kenapa muncul tiba - tiba. Rasa tidak sedap hati dan rasa teruja berkecamuk sehinggakan perutnya terasa seriau.

Loceng rumah dibunyikan sekali. Beberapa detik menunggu, ada orang yang membukanya. Disangka itu ialah Raja Maraya. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali.

Ianya Tina Felani yang muncul. Wajahnya begitu keruh, tetapi segera gadis itu menarik hujung bibirnya naik. Badannya dibawa keluar dari belakang pintu, mendedahkan tubuhnya yang memakai baju nipis dan seluar tidur separas peha.

Mar kata, dia seorang?

"Ya? Kenapa, Farel?" Soal Tina dengan senyuman nipis. Farel yang terkebil - kebil itu mula mengalihkan pandangan mata. Kekok dengan situasi sekarang. Entah kenapa, angin disini begitu tidak nyaman.

"Mar ada? Mar kata dia ada di rumah" soal Farel.

"Oh, kak Mar keluar sekejap. Dia suruh masuk dulu" ujar Tina sambil melebarkan pintu rumah, menunggu Farel memasuki ruangan. Berkerut dahi lelaki itu jadinya.

Mar? Suruh dia masuk? Biar betul?

"Tak apa. Aku tunggu dekat luar." jawab Farel lalu dia membawa diri ke koridor. Bersidai memandang pemandangan kota raya.

Sudah lama tidak pulang ke Malaysia, dia rindukan suasana di sini. Lebih lembab dan panas. Lebih banyak cinta berbanding bumi Turki yang penuh penderitaan masyarakat sekeliling yang menimpa bencana.

"Oh God." Tina mengeluh kesal. Wajahnya ditekup dengan kedua telapak tangannya.

Farel menoleh. Kenapa dengan gadis ini? Jujur, dia agak tidak selesa dengan kehadiran Tina. Lebih - lebih lagi dengan pemakaian mencolok mata begini.

Bukan silap gadis ini, memandangkan ini waktu tidur dan berehat bagi kebanyakkan orang. Tetapi, adab keluar bertemu tetamu masih perlu dipraktik. Tak boleh keluar senonong aje.

"Apa?" Soal Farel.

"Pergi dari sini. Kak Mar ada rancang sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya. It's a trap"

Saat ini, detak jantungnya bagaikan terhenti lama. Dadanya terasa sempit, bersamaan dengan denyutan di kepalanya, berselang seli.

"Mana kau tahu?" Soal Farel separa berbisik. Wajahnya mula berubah tegang saat Tina bertindak untuk keluar dari rumah dan menutup pintu.

"Aku akan cerita. Tapi janji dengan aku. Apa - apa yang terjadi jangan cakap aku yang beritahu."

"Okay. Aku janji" Farel berkata yakin.

"Sebelum tu, tolong aku cari alat perakam suara di sekitar rumah. Aku rasa kak Mar ada pasang untuk dijadikan bahan bukti" bisik Tina.

Farel terkedu kata manakala Tina memandangnya dengan wajah yang sayu. Jujur, dia kasihankan Farel. Gamaknya, Farel tak terfikir sejauh ini Raja Maraya bertindak. Apa yang terjadi antara mereka berdua?

"She told me to seduce you. This is my first task as a new seducer and assassin for Black Angels. I'm so sorry, Farel"



DI koridor hadapan rumahnya begitu sunyi. Lampu yang terpasang langsung tidak menghambat hening yang bergemersik.

Raja Maraya mengerling ke arah jam. Sudah pukul satu pagi. Janji Farel, hanya setengah jam. Kini sudah dua jam berlalu. Mungkin, Farel sudah ada di dalam. Kerana terdapat sepasang kasut boots di hadapan pintu rumah.

Senyum. Ini seperti yang dirancang.

Tanpa berlengah, Raja Maraya memasuki rumahnya. Gelap gelita. Kecuali di kawasan ruang tamu yang terpasang lampu jingga yang berada di tepi televisyen.

Saat itu,sosok tubuh seorang lelaki terlihat sedang duduk di sofa panjang sambil menundukkan kepalanya. Masih tidak sedar akan kehadiran Raja Maraya.

Tetapi ini bukan pemandangan yang mahu dilihat oleh Raja Maraya. Dahi licin wanita itu berkerut hebat saat lelaki itu mendongak memandangnya.

Farel. Dia terlihat begitu kusut. Jaketnya sudah dibuka, diletakkan di atas meja. Gayanya seperti sudah lama dia disini.

Tetapi, dimana Tina Felani? Rasa dihati mula tidak sedap. Tersilap caturankah dia? Tetapi riak gelisahnya cuba disorok. Perlahan lahan dia mendekati Farel yang terngadah.

Mata Farel mula kabur. Air mata sudah bertakung penuh di tubir mata. Wanita ini dipandang dengan rasa kecewa yang berat. Tubuh tinggi langsing itu dibaluti gaun merah darah separas lutut. Bertali halus dan rambut hitam panjang separas pinggang itu dibiarkan bebas tanpa ikatan.

"M..Mar.." suara Farel terdengar seperti menahan tangis.

Ah, Farel sudah tahu. Itu bermakna Tina sudah melakukan kerjanya. Senyuman wanita itu mula melebar. Senyuman yang tajam dan berkuasa. Tubuh melemah Farel dipandang sekilas sebelum Raja Maraya mengatur langkah ke arah gelangsar yang memaparkan pemandangan kota raya yang masih hidup biarpun sudah larut malam.

"Mar, apa semua ni?" Soal Farel tanpa bahasa basi. Mata mereka mula bertentangan. Sunggingan tajam tercipta di hujung bibir Raja Maraya.

Farel, kau tak adalah bodoh mana untuk meneka.

"Apa yang kau dan Tina dah buat? You guys had fun together?" Tajam sunggingannya menikam hebat dihati Farel.

"Kau tu buat apa, Mar?!" Suara Farel naik seoktaf bersamaan air mata yang mengalir deras.

"Mana Tina?" Tak digiraukan dengan saialan Farel. Suasana mula bertukar tegang.

Rasa dihati bagaikan terbahagi kepada dua. Pertama, rasa bahagia melihat betapa lemahnya Farel kini. Kedua, rasa ragunya terhadap Tina. Rancangannya, Tina akan pergi setelah Raja Maraya pulang ke rumah.

Sekarang? Bayang sahaja tidak kelihatan. Atau Tina membelot?

"Mar, kau perangkap aku? Ini.. rancangan kau?" Farel terus menerus mendesak tanpa menjawab soalan Raja Maraya.

"Ya. Semua ni rancangan aku. Aku suruh Tina goda kau ketika aku keluar." Jawab Raja Maraya dengan wajah yang kosong.

"Sejak bila, Mar? Sejak bila kau tipu aku?" Menggigil suara Farel saat bertutur.

"Sejak dari awal kita berjumpa di markas. Dan apa yang terjadi malam ni dah lama aku rancang. Aku sengaja umpan kau balik ke sini tanpa kau sedar. Aku tahu, kau akan buat apa sahaja untuk aku. Buktinya, kau sanggup redah beribu batu demi berjumpa aku"

"Kau bodoh ke?" Suara Farel terdengar bergetar menahan marah. Matanya sudah gelap, memanah tajam ke arah Raja Maraya yang langsung tidak gentar menatapnya.

"Aku dah cukup bodoh melayan cinta tak seberapa kau untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Dragon" jawab Raja Maraya dengan nada malasnya.

Kakinya disilang, selesa bersandar di bingkai gelangsar sambil menelek kukunya. Mengelak menatap terus ke dalam iris mata Farel.

Hening di antara mereka berdua langsung tidak menggentarkan hati Raja Maraya.

Malah, satu rasa bangga yang bertandang di hati. Bahu yang gah ditegakkan sebelum ini, mula meringkuk dan terhincut hincut. Dahulunya mata helang itu yang memandangnya tajam ketika menghinanya, kini ia merah dek air mata kekesalan.

Puas? Sangat puas.

Farel yang duduk di sofa itu didekati. Raja Maraya berdiri benar - benar di hadapan lelaki itu. Tubuhnya dibongkokkan sedikit, memerhati wajah kemerahan Farel yang tersengguk menahan sendu.

"How is it? Macam mana rasanya bila kau tersungkur tak berbangun?" Soal Raja Maraya.

Tatkala Farel melaras anak matanya agar bertembung dengan miliknya, hati Raja Maraya terasa mencengkam. Bagaikan dapat merasa betapa sakitnya hati Farel ketika itu.

Dia pernah ada di posisi Farel. Tiada sesiapa dapat menolongnya melainkan menelan pahit realiti yang sedang berlangsung. Bezanya, Farel menginjak maruahnya manakala dia pula menusuk belakang Farel tanpa lelaki ini sedar.

Sakit dibalas sakit. Hinaan dibalas pengkhianatan.

"Baik aku mati aje, Mar. Aku rela merasa perit mati daripada ditikam tak berdarah macam ni" luah Farel.

Giginya diketap. Persetankan air matanya yang buat pertama kali mengalir di hadapan Raja Maraya. Dia sudah hilang separuh jiwanya sekarang.

"Tak perlu merasa perit mati. Cukup kau beri seluruh jiwa dan raga kau kepada orang yang salah. Cukup kau beri cinta kau pada orang yang tak mencintai kau. Dan kau akan rasa mati untuk setiap hari selepas ini."

Farel menelan kata - kata itu. Perit biarpun itulah kebenarannya. Bibirnya menggigil menahan esakkan. Lemah benar rasanya kali ini.

Jauh - jauh, dia cuba membuang nama Raja Maraya daripada hati. Tetapi nihil. Gamaknya, hati dia bakal berparut dengan sederet nama wanita ini buat selamanya.

"Beritahu aku Mar. Apa yang perlu aku buat? Aku buntu. Aku tak tahu apa nak buat" rayu Farel. Tangan Raja Maraya cuba digenggam tetapi sempat dielak oleh pemilik tangan.

"Buat haluan masing - masing. Aku dah cukup puas dengan hasil rancangan aku. Kau boleh berambus sekarang" selar Raja Maraya.

"And what about us?"

"Us? Masih ada istilah 'kita' ke, Dragon? We're never be real! Kau tak faham lagi ke apa yang terjadi sekarang?" Hampir meletus ketawa Raja Maraya saat soalan bodoh itu muncul daripada mulut Farel.

Ya Tuhan, seteruk inikah rasa sakit di hati Mar dulu? Kenapa rasanya tak terkata? Zalimnya aku dahulu.

"Kau kata kau sayangkan aku, Mar. K..kenapa?"

Memori ketika Raja Maraya meredahi perjalanan berjam - jam hanya untuk bertemu dengannya di kem kembali berputar diingatan. Mata Mar tidak pernah menipu.

Di saat Farel mahu berangkat ke Turki, Mar ialah insan yang paling tenang tetapi dia jugalah yang paling payah melepaskan Farel pergi.

Hangat peluk Raja Maraya masih terasa pada malam itu. Suara lunak milik kekasihnya yang berpesan untuk pulang dengan selamat juga masih terngiang - ngiang ditelinga.

Kenapa Mar?

"And you believe it?" Sengaja memprovok, wajahnya didekatkan ke arah wajah Farel dengan senyuman menjengkelkan.

Beberapa detik, Farel mengelap air matanya bersih. Nafas ditarik dalam sebelum mengumpul kekuatan untuk membalas kata kata.

"Mar, I need to save us. Please tell me what to do?" Pinta Farel. Kepalanya mula membengang akibat menangis. Tambahan pula demam nya masih tidak reda. Berpinar matanya ketika tubuh Raja Maraya mula menegak.

"Kneel"

Terkelu kata. Tetapi, bukan bahasa tubuh Farel. Segera Farel melutut, memeluk kaki Raja Maraya yang tersenyum dengan cucuran air mata.

Lagi sekali, senyuman lebar terukir dibibir Raja Maraya. Ketawanya melengking di segenap ruang tamu dengan kepala yang terdongak.

"Tengok diri kau, Dragon. You're weak. You're weak for woman and lust. Demi nafsu, kau melutut depan perempuan tak sedar diri ni! Kau memang bodoh!" Tengking Raja Maraya.

"Jangan tinggalkan aku, Mar. I'll do anything for you! God, stupid me" wajahnya dibenam dipeha wanita itu.

"Salah aku. Salah aku sebab curi - curi balik ke Malaysia demi bertemu kau. Salah aku sebab datang ke rumah kau biarpun hanya ada aku dan Tina di dalam rumah. Ya, salah aku Mar!" Suara Farel sudah tidak terkawal. Lantang dia berkata - kata.

"Kau tak salah. Kau cuma balas perbuatan aku yang lalu. Aku faham, Mar. Aku tak marah. Aku janji aku tak akan bencikan kau" Kemas - kemas sisi baju Raja Maraya digenggam.

"Sejak kita kenal, memang semuanya salah aku. Aku berdosa dengan kau. Aku tak pernah berbuat baik dengan kau" Wajahnya diangkat, mendongak memandang Raja Maraya yang kosong pandangannya.

"I'll fucking die for you. Please, don't leave me. I'm begging you, princess" tambah Farel. Suaranya sudah berubah serak, dan Farel mula meraung sepuas hati. Apa yang mahu dikutuk? Kutuk lah. Janji, dia tidak kehilangan Raja Maraya.

"Then die. Die for me, Dragon"

Klak!

Pistol miliknya dilaras ke dahi Farel. Kemas pegangan pistolnya kini. Tetapi hatinya? Rapuh serapuhnya. Tak kuasa menahan air mata. Laju ia menitis, mengenai wajah Farel yang mendongak.

"Do it, princess. Shoot me"

Gigilnya tangan Raya Maraya ketika ini, Farel sendiri dapat mengesan. Tangan Raja Maraya digenggam kemas, membuatkan Raja Maraya mula bernafas tidak teratur.

"I hate you.. i hate you, Farel! I promise to myself to turn pain into power. Tapi apa yang aku dapat malam ni cuma satu lagi kesakitan. Kenapa kau perlu datang balik dalam hidup aku?!" Jerit Raja Maraya melepaskan geramnya. Mata merahnya menikam tajam wajah Farel yang mengalirkan air mata lesu.

"Because I love you"

"Don't say that! You don't love me! It just your fucking lust, you bullshit! Aku tak akan pernah percaya kata - kata lelaki yang pentingkan rupa dan nafsu macam kau!" Ditekan kuat muncung pistol di dahi Farel.

"Apa pun yang terjadi, alasan aku masih sama, Mar. Aku cintakan kau" jari - jemari milik wanita itu ditarik mendekati bibirnya. Dikucup lama seperti biasa. Tetapi, kali ini lebih lama. Sehingga terlucutnya pistol yang gah diacu pada kepala milik Farel.

"Aku tahu, apa - apa yang keluar dari mulut aku semuanya kau tak mahu percaya. Because you trust the vibe"

Hening menyapa lagi. Farel kembali memeluk Raja Maraya yang tampak sedang mengosongkan kepalanya. Seeratnya, Farel merangkul kedua - dua kaki Raja Maraya.

TOK! TOK! TOK!

Kini, barulah realiti kembali menampar. Perasaan cemas tiba saat Farel berdiri. Baju t-shirt hitam pada tubuhnya ditanggal kasar, meninggalkan seluarnya sahaja.

"Since you don't trust words, I'll make sure you would not play with my words, gorgeous"

Kini, Raja Maraya membengong. Suara beberapa orang lelaki di luar rumah jelas kedengaran. Dan ini, bukan daripada satu rancangannya melainkan rancangan Farel.

"Fuck you!" Raja Maraya menolak tubuh Farel kasar bagi menyelamatkan diri. Dia tak bodoh. Suara di luar itu telah menjelaskan keadaan yang sebenar. Dia yang diperangkap sebenarnya.

Tidak sempat menjauhkan diri, lengan Raja Maraya kembali direntap dari arah belakang. Tubuhnya dipeluk kemas sebelum pistol dari tangannya dirampas oleh Farel.

"How is it? Macam mana rasanya terjatuh ke dalam perangkap sendiri, Black Maria?" Bisik Farel ditelinga.

Segala tuas tangan dan kaki bagaikan menegang, mahu melawan? Pelukan Farel terlalu kuat. Pendek kata, pergerakannya dikunci habis.

"Rel, j..jangan buat macam ni. Think about your job—"

"Dan kau tak terfikir pun tentang pekerjaan aku yang bakal terjejas sekiranya keadaan begini ialah aku dengan Tina. Kau tak pernah fikir, Mar." Badannya menghimpit ditubuh Raja Maraya, menekan tubuh itu kearah dinding.

"If you leave me, then I'll die" pistol yang berada didalam genggaman mula di acu pada sisi lehernya.

Klak

"Kalau aku mati dekat sini, aku akan pastikan kau menjadi yang tertuduh. Dan meringkuk dalam penjara sampai mati" bisik Farel keras.

"I can't fucking lose you. Fuck my job, fuck that bitch Tina and fuck everyone that against us. As long as we're together, I'm willingly to crash anything, Raja Maraya" senyuman sinis Farel mula menajam apabila terasa tubuh Raja Maraya menggigil hebat.

TOK! TOK! TOK!

"Kami daripada Jabatan Agama Islam. Encik dan Cik tolong buka pintu sekarang."

380 votes : update

Apologise for new readers yang datang serbu cerita ni pasal Farel jual insurans sejak semalam. You have to go through this shit. Because why? We never let red flag male lead win again. Let him suffer a little bit.

Continue Reading

You'll Also Like

86.6K 7.4K 27
š”š§ššžš« šŒš¢š„š¢š¤ šƒš¢šš š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šš®š«šžšžš§ š‘ššš®šš”ššš” | šŒš®š”ššš¦š¦ššš š™ššš²š«ššš§ "š“ššš¤š”š­šš š²ššš§š  š­šžš«š®š§š š ...
95.9K 5.1K 49
[SERIES 1 : SOLACE LOVE] Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua...
371K 10.7K 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila...
1.7M 121K 78
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 2 ] Dua jejaka yang berbeza tetapi diingatkan sama. Siapakah sebenarnya jejaka yang dia cinta? Lelaki dingin yang sering...