His Love [C]

By singlelove_

427K 18.1K 698

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 5

6.4K 329 11
By singlelove_

"Give me one Hazelnut Milk Tea and one Lychee Sago Tea Smoothie." Pesan Tasneem pada orang yang mengambil pesanannya di kaunter.

Tasneem sekarang berada di Tealive. Dari semalam tekaknya mahukan minuman tersebut. Dah alang-alang tu dia belikan sekali untuk Mustaqim.

Mereka dua beradik memang suka sangat dengan minuman jenama Tealive itu. Nak beli yang 'sebelah' tak boleh sebab dah kena boikot. Jadi kita kena support jenama dari Malaysia.

Lebih afdal.. haha.

Selesai saja Tasneem membuat pesanan. Tasneem berpusing ingin bergerak ke arah kerusi yang dijadikan tempat menunggu. Tetapi, dirinya terlanggar seseorang.

"Sorry, sorry. Saya tak perasan." Pinta Tasneem dengan rasa bersalah.

"It's okay, girl." Terhenti perlukan Tasneem apabila mendengar suara garau itu. Macam kenal.

Lantas Tasneem mendongak memandang jejaka tersebut. Malique!

Tersungging senyuman lebar Tasneem bila melihat Malique. Dipandang Malique dari atas sehingga bawah. Segaknya. Malique memakai kemeja hitam dan berseluar hitam. Lengan baju pula disingsing hingga ke siku.

Nampak lah urat-urat timbul dekat lengan Malique. Wahhhh.. dah lah muka tu ada jambang. Macam hero Turki series yang selalu Tasneem tengok.

Malique melihat ke belakangnya. Ramai beratur. Tapi Tasneem boleh pula tenung saja muka dia. Dahtu diam macam patung.

Dia kembali memandang ke hadapan dan memetik jari di hadapan Tasneem untuk menyedarkan gadis cantik itu. Tersentak Tasneem. Memerah wajahnya. Malu lah pula.

Kantoi lah. Tasneem menggaru kepalanya untuk menghilangkan rasa janggal dan dia tersengih kepada Malique serta yang lain.

"Sila, sila. Order lah." Tasneem bergerak ke tepi dan memberi ruang kepada Malique untuk membuat pesanan.

Tasneem menapak mendekati kerusi yang disediakan. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Tasneem menunggu air yang dipesan tadi sehingga siap sambil bermain dengan handphone nya.

'Ting'

Tiba-tiba, handphone nya berdenting tanda ada mesej baru yang diterima. Tasneem membuka pesanan ringkas itu. Dari Mustaqim.

Taqim Boboi ❤️👦🏻
Kakakku tersayang.. di manakah kamu? Adikmu ini mencari.

Berdecit Tasneem bila membaca chat itu. Over betul. Ini kalau Mustaqim ada dekat ni.. memang dia headlock kepala si budak Mustaqim tu.

Tasneem
Over lah. Kakak dekat tealive ni. Taqim dekat mana?

Taqim Boboi ❤️👦🏻
Taqim dekat butik. Kalau macam tu, Taqim pergi dekat kakak lah. Kakak tunggu tau.

Tasneem
Alright. Hati-hati.

Taqim Boboi ❤️👦🏻
👍🏻👍🏻

Usai itu, Tasneem membuka instagram. Dia mengscroll apps itu. Mana tahu ada berita yang best ke. Gosip terbaru ke.

Malique yang duduk berhadapan dengannya merenung Tasneem tak lepas. Tanpa Malique sedar, bibirnya menyunggingkan senyuman nipis apabila melihat wajah Tasneem.

Comel.

Lama Malique memerhati Tasneem sehinga matanya bertembung dengan mata coklat tersebut. Tapi langsung tiada perasaan ingin mengalihkan pandangannya. Ditatap wajah jelita Tasneem.

Tasneem yang perasan akan pandangan Malique terus memandang ke kiri dan kanannya. Setelah itu, dia berpusing ke belakang. Mana lah tahu Malique pandang orang lain ke. Karang dia perasan buat malu saja.

Usai dia merasa tiada sesiapa di belakangnya. Dia kembali memandang ke hadapan. Lebih tepat lagi ke arah Malique. Membahang wajahnya. Mesti pipi dia macam udang kena bakar. Tasneem yakin sangat.

Betul lah tekaan dia yang Malique memandangnya dari tadi. Patut lah dia rasa macam ada orang stalk dia. Rupanya mamat kacak depan dia ini.

Malique mengangkat kedua alisnya kepada Tasneem. Berkerut dahi Tasneem kerana tidak memahami.

Tak lama selepas itu, Tasneem disapa seseorang. Berpusing Tasneem melihat gerangan tersebut. Ternyata Mustaqim.

"Kakak!" Menjerit Mustaqim memanggil Tasneem.

Tasneem pula dah tutup muka. Malu. Adik dia ni kenapa tak panggil dia pakai mikrofon saja? Biar satu hallway ni dengar. Kalau boleh sampai kedai-kedai sebelah pun dengar.

Sedangkan Malique terkejut apabila melihat Mustaqim. Itu adiknya. Setelah bertahun, ini kali pertama dia melihat adikny secara dekat begini.

Dan lebih mengejutkan ialah Mustaqim memanggil Tasneem sebagai kakak. Maksudnya, Tasneem ini anak kepada Dato Sri Taarif. Umi nya pula ibu tiri Tasneem.

Dia tak percaya dengan apa yang dia nampak depan mata dia sekarang.

"Taqim. Slow down your voice." Tegur Tasneem sambil menarik baju Mustaqim.

"Eh, eh.. jatuh lah Taqim, kak. Elok-elok lah tarik. Ramai awek tengok tu. Malu lah Taqim." Kata Mustaqim selari membetulkan baju kemejanya yang ditarik Tasneem barusan.

Kita punya lah segak. Boleh ditariknya. Habis jatuh maruah depan ramai awek ni. Baru nak tackle sorang.

"Taqim mula dulu. Kakak sambung." Tersengih busuk Mustaqim. Tahu lah dia kenapa. Salah dia sebab jerit panggil Tasneem tadi.

Mustaqim melabuhkan duduknya di hadapan Tasneem lalu meletakkan kedua tangannya di atas meja. Dipandang wajah Tasneem.

"Kak." Seru Mustaqim. Tasneem memanggungkan kepala membalas pandangan adiknya. Diangkat sebelah alisnya bertanya kenapa.

"Kakak.. tak nak kahwin?" Mengecil mata Tasneem saat dia mendengarkan soalan begini keluar dari mulut Mustaqim. Dah kenapa? Sepanjang 26 tahun aku hidup, takda lagi orang tanya aku nak kahwin ke tak.

Si budak Mustaqim ni jadi orang pertama yang tanya.

"Pahal tanya?" Bukan menjawab malah menyoal.

"Alah kakak ni. Taqim nak abang ipar. Lepastu dapat lah Taqim anak buah. Kan? Cepat-cepat lah kak.." Merengek Mustaqim memujuk kakaknya untuk berkahwin.

"Aku sebat bontot kau, Taqim. Kau nak apa sebenarnya ini? Baik kau cakap jangan sampai esok pagi kau bangun, kepala kau botak." Laju kepala Mustaqim menggeleng. Kedua tangannya pula dikipaskan di hadapan Tasneem.

Kakaknya ini kalau dah bercakap dia buat betul. Pernah dulu Tasneem botakkan kepala dia sebab Mustaqim pandai-pandai tulis surat cinta bagi dekat seorang budak lelaki kelas sebelah Tasneem.

Memang esok paginya Mustaqim bangun. Kepala dia dah gondol (botak). HAHAHAHAHA.

Buat lagi.. kan dah kena. Padan muka. Puas Tasneem gelak masa tu. Sampaikan Datin Sri Zarina ketawa saja. Dah tak tahu nak cakap macam mana. Dato Sri Taarif pula hanya sekadar menggelengkan kepala.

Dicakap atau dimarah pun tetap sama. Budak dua orang ni sama saja degilnya.

"Saja suruh kakak kahwin. Kakak kan dah umur 26. Lagi 4 tahun nak masuk 30. Takkan lah kakak takda calon. Mesti ada kan?" Tebak Mustaqim tapi tebakannya sangat tak tepat.

"Ada." Teruja wajah Mustaqim.

"Siapa kak?"

"Jauh." Lagi bersemangat Mustaqim nak tahu.

"Siapa? Siapa?"

"Ilhan Sen. Pelakon lelaki Turki. Hensem.. idaman sangat." Terus berubah wajah Mustaqim.

Ingatkan betul. Rupanya berangan saja kakaknya ini. Tinggi betul angan-angan dia itu.

"Ek eleh. Berangan je lebih." Bidas Mustaqim selamba.

"Haha. Padan muka kau. Sibuk suruh kakak kahwin. Kau lah kahwin. Bagi umi menantu." Arah Tasneem seraya menyandarkan badannya di kerusi.

Mencebik Mustaqim tak suka. Macam mana nak bagi umi menantu kalau calon takda? Ramai saja yang nak dia. Tapi tulah.. terlampau ramai sampai tak tahu nak pilih mana satu.

Mustaqim ni boleh tahan playboy. Tapi tak lah sampai memainkan hati perempuan. Sekadar dibuat kawan saja lah. Lebih dari itu, tidak. Tak pasal-pasal kepala dia kena luku dengan Datin Sri Zarina nanti.

Malique melihat sahaja yang dari tadi menjadi pemerhati dan pendengar di antara percakapan Tasneem dan Mustaqim. Dia dengar dengan sangat jelas apa yang dibualkan oleh dua orang ini.

Ternyata betul. Umi nya memang berkahwin dengan Dato Sri Taarif. Kecil saja dunia ini. Paling tak disangka, perempuan yang ditolong tempoh hari merupakan adik tirinya.

Haha.

Dengar macam lucu. Tapi itu lah yang sebenarnya.


Tbc..

Liq dah jumpa adik dia😱

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

425K 13.8K 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Su...
166K 6K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...
1.6M 46.1K 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Co...
45.3K 1.6K 75
//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family "Kenapa Rayyan kahwin dengan Mel? Ramai lagi perempuan lain dekat luar sana yang boleh Rayyan...