[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

922K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 17 |

12.4K 1K 51
By delilanatasha


350 votes : update

"NAH"

Satu bungkus tisu dihulurkan ke arah Nathalia. Siap - siap dibuka. Elok huluran itu disambut dengan ucapan terima kasih. Nathalia masih tidak mengangkat wajah. Selesa menatap lantai lobi hospital sahaja.

"Hadi"

Kali ini, barulah kepala gadis itu mendongak, memandang Raja Hadi yang tenang menatap pintu kaca di hadapan mereka. Satu senyuman manis dilemparkan kepada Nathalia.

Rambut gadis ini lurus, berkulit tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Kulit orang Melayu. Tetapi, apa yang membuatkan gadis ini kelihatan begitu menarik ialah mata coklatnya. Mencair seperti warna lautan yang dipancar cahaya senja.

'Sera'. desis hati Raja Hadi.

*Sera - senja/ berwarna amber

"Nama saya Hadi." Sambung Raja Hadi. Mungkin, kepala Nathalia terlalu kusut dengan masalah. Cara pengenalan diri yang begitu ringkas seperti tadi mungkin mengelirukan gadis itu.

"Saya Nathalia" jawabnya. Sepatah sahaja. Sudah cukup untuk membuatkan Raja Hadi tersenyum lebar.

"Belajar dekat mana?" Soal Raja Hadi, bukan berbahasa basi melainkan dia memang ingin tahu.

"UM"

"Wow, impressive" puji Raja Hadi.

"Emergency Medicine?"

Geleng.

"Surgery"

Ini lebih mengejutkan. Raja Hadi mengangguk beberapa kali. Nathalia, bukan calang - calang. Dia merupakan bakal pakar bedah. Tetapi, yang menghairankan Raja Hadi, apa gadis ini buat di ER? Atau memang semua pelajar intern akan disuruh melakukan segala hal biarpun bukan dalam bidang mereka?

"Ya, minggu ini saya ditempatkan di ER. Sebab performance saya sangat teruk semasa berada di dalam OR -*Operation Room" luah Nathalia. Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Ah, barulah Raja Hadi faham.

"Minding to share.. what's happened?"

Nathalia menggeleng. Baginya, orang luar tak perlu tahu. Cukuplah dia tertekan dengan segala desakan daripada orang atasan dan keluarganya yang tidak pernah memahami.

"No thanks. Lagipun, kita tak tahu bila kita akan berjumpa lagi" nafas dihela perlahan.

Lobi agak lengang pada tengah hari ini disebakan ramai yang keluar untuk makan tengah hari. Kerana itu merela memilih lobi sebagai tempat untuk menenangkan diri

"Maksudnya?" Jawapan Nathalia bagaikan tergantung. Jadi, ada apa jika mereka bertemu lagi?

"My pathetic story would be carved forever in your mind. And i hate it. Saya tak suka tagih simpati orang dengan bercerita tentang alur kehidupan saya. Kalau boleh, saya nak tanggapan baik - baik sahaja yang menjadi first impression orang terhadap saya"

"No, apa maksud awak yang kita tak tahu bila kita akan berjumpa lagi?" pantas Raja Hadi memintas percakapan.

Nathalia bangun dari duduk, membetulkan kot putihnya.

"You seem like very close to Doktor Farel. And there is no impossible for us to meet again."

"Mungkin, saya akan lebih kerap bertemu doktor Farel. Lagi - lagi, Doktor Farel sudah mula laporkan pada pihak universiti apa yang berlaku pada saya hari ini. Dah internship saya akan tamat di tengah jalan."  jeda.

Hening terlalu bingit sehinggakan telinga Raja Hadi dapat menangkap boots milik Farel dari arah belakang.

"Jadi macam mana dengan pelajaran awak.."

"Tak tahu. Saya berserah pada Tuhan. Kalau ada hospital yang nak ambil doktor teruk dan bodoh macam saya, mungkin saya akan bersujud syukur"

Dan buat pertama kalinya, satu senyuman dilemparkan oleh Nathalia. Manis. Matanya yang sembab mula mengecil menjadi eye smile.

"Terima kasih sebab tolong saya, Encik Hadi. Saya akan kenang jasa encik sampai bila - bila" kepalanya menunduk sedikit sebelum dia beredar.

"Dan first impression saya pada awak, awak doktor yang bagus" sebelum tubuh berketinggian lima kaki itu menjauh, sempat Raja Hadi membalas kata. Membuatkan kaki gadis tadi digam pada lantai.

"Bagus? Dengan cederakan ibu mengandung tadi? Dengan pengsan dalam OR sebab takut darah? Itu encik cakap bagus?"

Tanpa sedar, Nathalia membalas. Menggunakan emosinya. Matanya mula memanas dengan air mata.

"Saya faham maksud encik untuk sedapkan hati saya. Tapi pujian palsu macam tu, saya tak dapat terima. I'm a worst doctor. I'm a coward doctor. Apa yang doktor Kamil cakap tadi semuanya betul. Saya ni bodoh. Tak layak graduate menjadi doktor pun"

Gugur satu persatu mutiara jernih di pipi, segera Nathalia seka dengan tangan sendiri. Laju kakinya membawa diri pergi. Kenapa, semua orang perlu menipu? Hanya kerana rasa kasihan, mereka perlu mengada - ada kan apa yang tidak ada.

"Pergh, kena reject macam tu je. Malu siot" suara Raja Maraya terdengar dari arah belakang. Adiknya itu berdiri disebelah Farel yang memincingkan matanya. Keliru dengan situasi yang barusan dia tonton.

"Diamlah!" Raja Hadi mencerlung ke arah Raja Maraya yang sudah menekup mulut, menahan tawa. Geli hati melihat abangnya yang terkulat kulat memandang bayangan Nathalia yang sudah menaiki eskalator di tengah ruangan lobi menuju ke tingkat atas.

"Dengan budak pun kau nak ke?" Selar Farel sebelum beg baju milik Raja Maraya diambil dari tangan Raja Hadi.

"Tak adalah budak sangat. Beza lima tahun aje" bibirnya menjuih. Diikuti langkah Farel dan Raja Maraya dari belakang. Dua ketul ni, makin rapat pula dia tengok. Apa yang dia terlepas?

"Abang, ada apa - apa info tentang kebakaran tu?" Soal Raja Maraya sambil menoleh kebelakang. Seingatnya, dia hanya diberitahu tentang penglibatan Tengku Harith dalam kes ini. Tidak terlalu terperinci informasi nya.

"Mansion PakLong. Malam ni" kening Raja Hadi naik sebelah.

"Kau terkecuali. Berambus balik kem kau. Nak ke Turki kan?"

Belum apa - apa, Farel sudah ditegah untuk menyertai mereka semua. Wajah Farel hanya pasrah. Benar, dia harus ke kem segera untuk melaporkan diri. Misinya ke Turki dianjak awal demi mendirikan pangkalan sebelum bantuan dari negara lain sampai. Ini, sebabnya dia sudah siap memakai uniform.

"Tak cakap pun nak ikut" Farel menjeling, memandnag Raja Hadi yang tersenyum kemenangan.



DISERET seorang lelaki yang berbadan tegap ke tengah ruangan garaj kereta di mansion. Pelitup wajah yang sejak dari semalam tidak dibuka kini ditarik kasar oleh Chris.

Seketika, air liurnya ditelan payah. King Luq, Scorpion, Black Eagle dan Black Maria berdiri tepat dihadapannya. Wajah mereka sedikit pun tidak beriak kecuali Black Eagle memandangkan topeng bermotif tengkorak setia menutupi wajahnya. Tiada satupun pihak musuh pernah melihat dia mahupun mengetahui siapa Black Eagle di dunia nyata.

"Peek a boo, loyal dog" Black Maria tersenyum seduktif ke arah lelaki itu. Informasi menyatakan lelaki yang memegang nama Fahmi ini antara orang terkuat Tengku Haziq. Sekaligus sosok yang membekal senjata api kepada Emerald Group sejak bertahun lamanya.

Apa penyebab Fahmi di sini? Apa kaitannya Fahmi dengan kebakaran di markas milik Black Angels?

"Kau silap orang, King Luq" Fahmi cuba bertenang, bertentang mata dengan King Luq yang turut tersenyum segaris. Tetapi, jangan dibawa main dengan orang yang tenang seperti Raja Luqman.

Satu penukul besi dicapai dari meja besi di belakangnya. Dia kembali ke arah Fahmi sebelum dihentak penukul itu di peha milik Fahmi.

"Argh!"

Ringisan mula bertukar tangisan saat denyutan di peha tidak mahu hilang. Malah rasa sakitnya bertambah ketika penukul besi itu ditekan kuat dipehanya. Tepat dibahagian yang sakit.

"Haziq tu sejenis bapok ke pondan? Kenapa dia orang hantar kau untuk berunding dengan aku?" Soal King Luq dengan nada yang tenang. Berangnya mereka ketika diajak berunding secara elok, Tengku Haziq tidak kunjung tiba malah menghantar orang lain untuk menghadap mereka.

"Dia banyak kerjalah! Daripada nak menghadap kau orang! Markas kau orang terbakar entah - entah sebab kemalangan. Apa bukti Tengku Harith yang bakar—"

Saat itu, senyuman mereka semua melebar. Sial, Fahmi terlepas kata. Matanya dipejam erat ketika Scorpion menepuk tangannya. Kuat bergema di ruangan garaj tersebut.

"Bodoh. Sama macam tuan kau"

BUK!

Satu libasan tukul besi daripada Raja Luqman hinggap di pipi Fahmi, menyebabkan lelaki itu memuntahkan darah yang membuak - buak.

"Kau tahu tak apa yang dah jadi? Markas bukan sebarang markas. Mungkin, markas boleh dibina baru tapi tidak untuk orang - orang aku, Fahmi" King Luq membelek tukulnya yang terselut darah. Kepalanya terteleng kekiri mencari anak mata Fahmi. Ah, jangan pengsan lagi. Masih banyak persoalan kau perlu jawab.

"Black Maria dan Dragon hampir mati disebabkan kebakaran yang kau orang cipta. They're freaking my cousin and close friend. Are you guys wishing death?" Rambut Fahmi dicengkam kuat sehingga lelaki itu terdongak. Peritnya, hanya Tuhan yang tahu. Ah, Fahmi. Tika ini barulah kau mencari tanah mahu bersujud pada Dia? Ini, baru neraka dunia.

"Bisu? Jawablah!" Tengking Scorpion. Baran pula melihat Fahmi hanya diam tak berkutik walhal King Luq sudah hampir hilang kesabarannya.

"Tania. Mereka nak Tania mati" jawab Fahmi.

Dasar gila. Tania merupakan kawan - kawan mereka. Apa motif mereka mahu membunuh Tania? Bukanlah sepatutnya mereka selamatkan kawan mereka?

"Sebelum perempuan tu buka mulut, cerita tentang kegiatan kami. Baik kami bunuh Tania dengan membakar markas kau orang" jawab Fahmi. Diketahui Tania Arabella masih ditahan di bilik seksaan markas. Tiada pilihan lain selain membakar markas tersebut.

Dan ianya membuah hasil. Tania terkorban bersama beberapa tahanan yang lain di dalam bilik seksaan. Tidak sempat diselamatkan kerana api merebak terlalu cepat.

"Dan sekarang, kau akan jadi 'Tania' kami" Scorpion tersenyum mereng. Lighter jenama Zippo itu dikeluarkan. Alat seksaan kegemarannya.

"Good luck" senyum Black Maria pula sebelum dia melangkah keluar dari garaj. Mahu menyeksa? Black Maria tidak berminat mahu menonton. Dia perlu segera pergi ke suatu tempat.

"Mana?" Soal Black Eagle.

"Busy. Jumpa dekat rumah" jawab Raja Maraya sambil menarik ikatan rambutnya. Membuatkan rambut panjang nya bergerai.



FAREL mengerling jam ditangan. Gundah dan gelisah dia menunggu sesuatu. Beg sandang yang memuati baju - bajunya dipandang. Sebentar lagi, mereka akan bertolak ke Turki menggunakan pesawat yang disalurkan oleh Pasukan Tentera Udara (PUTD).

"Semua dah bersedia? Kita akan berangkat dalam masa 15 minit lagi" soal Leftenan Farish, salah seorang komando yang mengetuai misi kali ini.

"Sudah, tuan!" Serentak mereka menjawab. Farish mengangguk sebelum meletakkan segala barang yang dipikulnya di sebelah beg milik Farel. Lelaki tinggi lampai itu dipandang sekejap.

"Ada pelawat. Perempuan. Make it fast. Aku beri masa lima minit sahaja"

Membulat mata Farel. Segera riak wajahnya dikawal baik. Senyuman kecil tetap terlihat sebelum Farel meraup wajahnya.

"Aku janji tak lama" dengan larian anak - anak, Farel mendekati kawasan menunggu yang tidak jauh dari situ. Mencari keberadaan wanita yang dimaksudkan Farish.

"Siapa tu Tuan?" Soal salah seorang prebet yang terlibat dalam misi itu.

"Aku tak tahu. Yang pasti cun gila. Mungkin girlfriend dia. Nampak desperate betul dia nak jumpa Tuan Farel kau orang" jawab Farish dengan senyuman senget.

"Tinggi? Kulit sawo matang? Rambut panjang?" Tebak Raden Qafli yang sedari tadi cuma memerhatikan mereka.

Farish mengangguk.

"Mana kau tahu?" Soal Farish agak teruja. Gamaknya, benarlah tekaan dia. Perempuan cantik yang merempuh sahaja pintu pagar kem mereka tadi bukan sebarangan orang.

"Itulah Raja Maraya. Pencetus senyum Leftenan Dr Mohd Farel Ziyan selama beberapa minggu ni" senyum Raden Qafli.

Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, dari kejauhan mereka memandang pintu kaca yang menembus pandangan semua perajurit. Jadi, inilah penyebab mengapa Farel tampak begitu gembira? Sampai prebet - prebet semua naik hairan.

"Mar.."

"Rel.."

Farel tersenyum sambil mendepa tangannya besar. Dengan sebikan Raja Maraya memasuki pelukan lelaki itu. Dibenam habis wajahnya didada Farel.

Ini, satu pelukan yang begitu erat. Bagaikan tak mahu lepas. Bagaikan dapat merasa haru yang menggelonjak di hati pasangan itu, Farish dan Raden berpandangan sesama sendiri dengan senyuman lemah.

"Kanda akan pulang. Dinda jangan gusar. Ada yang perlu kanda perjuangkan. Yang pastinya, nyawa menjadi cagaran demi negara"

Raden mengangguk, tanda bersetuju dengan rangka ayat daripada Farish. Kerjaya sebagai doktor tentera tidak bermaksud mereka tidak terdedah kepada bahaya. Mereka tetap aset negara. Nyawa mereka milik negara. Cabaran yang dituntut bukan sedikit.

"Bahaya ke misi kali ni?" Soal Raja Maraya. Khawatir. Dengarnya, gempa Bumi di Turki sangat teruk dan sudah menelan begitu banyak nyawa. Bagaimana nasib Farel nanti? Sumpah, bencana alam lebih menakutkan daripada melawan manusia durjana.

Mereka berdua baru sahaja habis berjuang melawan api. Sukarnya sehingga Raja Maraya hilang kesedaran diri. Farel mengangguk menjawab pertanyaan Raja Maraya.

"Rel, janji dengan I" air mata cuba ditahan. Pelukan mereka terlerai. Tidak dikisahkan lagi pada mata - mata yang memandang mereka.

"Janji dengan I balik dalam keadaan selamat. Janji jangan cedera lagi"

Tangan kasar itu mula melekap di kedua - dua pipi milik Raja Maraya. Pergelangan tangan itu Raja Maraya cengkam kemas. Tatapan mereka mula bertaut erat.

"Aku akan janji kalau kau pun berjanji untuk jaga diri kau untuk aku" ujar Farel.

"Yes, I promise you. I akan jaga diri elok elok. Now, promise me. Jangan cedera. Kembali dalam keadaan jantung you masih berdegup"

Air mata merembes perlahan. Tetapi esakkan ditahan sebaik mungkin. Raja Maraya hanya membiarkan ibu jari Farel mengelapnya.

"Baik. Aku janji"

350 votes : update

Continue Reading

You'll Also Like

2M 98.4K 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywat...
51.3K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
377K 21.2K 40
Luaay's Vol II Known as His Forever [New Version] 143 [I love you, forever!] Start : 23/02/2023 End : 03/09/2023 highest ranking : #1 2023 #1 wattpad...
ARIES (C) By ❁

Mystery / Thriller

1.2M 66.1K 66
π‚πŽπƒπ„ : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 πŽπ“π€πŠ + 𝐃𝐄𝐑𝐀 πŸπŸ–+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€π’π§π  - π‡πšπ©π©π² (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€...