Aryssa

By gadishazel

171K 6.8K 76

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

H || 09

3K 144 2
By gadishazel

.....

"KAU, dik... Kalau ya pun nak beli rumah, baik beli istana terus. Besar pun besar." sindir Edrian.

Aryssa mencebik bibirnya. Kalau ikutkan memang dia mahu beli rumah besar dari ini. Tapi masalahnya...

"Ni bukan rumah adik la."

Terkedu semua orang yang berada di rumah itu.

"Hah? Bukan rumah kau? Habis ni rumah siapa? Kau jangan kata mencuri pula. Naya-naya aje plan kita rosak," tuduh Edryl.

"Ingat adik ini miskin sangat ke, sampai nak curi rumah orang?"

"Mana la tahu? Aku kan tak bagi kau kerja." ujar Edrian. Edryl mengangguk kepala setuju. Meski mereka sentiasa memberi belanja kepada Aryssa tapi bukan bermaksud untuk membeli sebuah rumah untuk merrka menetap di sini.

Aryssa menghela nafas perlahan. Nasiblah dapat abang sejenis overprotective ini.

"Ni rumah arwah mummy." tuturnya memberitahu.

"Dik... Kalau nak menipu pun, beragak la. Sepuluh tahun kita kat Italy lepas arwah mummy meninggal. Macam mana pula arwah mummy boleh beli rumah?" soal Edrian tak percaya.

"Ya. Adik tahu. Tapi ni memang rumah arwah mummy. Arwah mummy beli rumah ini sepuluh tahun yang lalu. Sebelum ini, mummy biarkan rumah ini dijadikan sebagai sewa. Tapi disebabkan abang Rian, Ryl dan Rys dah balik sini. So, rumah secara rasmi jadi milik kita bertiga." terang Aryssa.

"No! Abang tak percaya. Takkan lah..." Aryssa menghela nafas berat. Susah juga nak beritahu apa yang dikatakan tadi adalah benar.

"Nah! Ni bukti. Rasa tak percaya lagi? Kita boleh balik rumah daddy tanya Cik Mah. Tak pun, kita pergi rumah Pak Long dengan saudara-mara kita yang lain. Semua ada saksi masa arwah mummy beli rumah ni." Sampul berwarna coklat itu dihulur kepada abang - abangnya.

Edrian dan Edryl mengambil sampul coklat yang di pegang Aryssa. Sampul itu dibuka lalu membaca segala surat - surat persetujuan rumah agam itu. Dan di situ juga ada tertera nama mereka bertiga sebagai pemilik rumah sekiranya pemilik rumah sebenar sudah tiada.

"So?"

"Sorry. Abang salah. Abang ingatkan adik beli rumah untuk kita semua. Yalah, dari dulu lagi, adik nak kita duduk bersama lepas abang dan Ryl kahwin." kata Edrian, sedikit kesal.

"Abang pun." celah Edryl turut sama seperti Edrian.

Aryssa mengukir senyum.

"Adik pun nak minta maaf dekat abang. Adik bukan sengaja nak marahkan abang cuma adik rindu abang - abang adik. Kita dah lama tak berkumpul macam ini. Kalau nak jumpa pun, mesti salah seorang tak ada."

Masih teringat Aryssa tika mereka menetap di Italy. Abang - abangnya begitu sibuk bekerja demi sara dirinya. Jika mereka hendak bertemu pun, sekadar dua tiga minit sahaja. Kemudian, masing - masing kembali sibuk dengan kerja.

"Siblings huge?"soal Edrian lalu mendepakan tangan lebar.

Tanpa menjawab soalan itu terus Edryl dan Aryssa memeluk tubuh Edrian. Seakan sudah lama tidak bertemu. Anak - anak mereka yang nampak ayah serta ibu saudara mereka berpelukan turut memeluk dari belakang.

•••••

ASHRAFF melangkah turun ke tingkat bawah. Melihat Arsha yang baru pulang dari mana entah, terus dia menegur adiknya itu.

"Dari mana?"

"Eh, angah! Erm, Arsha baru balik dari jumpa kawan. Angah nak keluar ke?" soal Arsha sebaik menjawab soalan abangnya itu.

"Haah. Kenapa?"

"Ouh, dengan siapa? Kekasih abang?" tebak Arsha.

"Bukan. Dengan kawan abang. Kenapa? Sha tanya macam - macam ini mesti ada sesuatu kan?" Ashraff menduga. Adiknya satu ini memang lain sikit.

"Tak ada. Saja tanya. Sebab Arsha perasaan yang angah jarang keluar. Lepas tu, balik lewat malam. Angah tak keluar date dengan Nissa ke?" tanya Arsha, takut - takut.

"Ouh, Nissa? Tak. Angah dah putus dengan dia. Dah seminggu dah. Sha tak payah risaulah. Angah takkan kahwin dengan dia."

"Serious la!" Wajah Arsha kelihatan teruja apabila mendengar berita dari bibir Ashraff.

"Teruja nampak?" sindir lelaki itu.

Arsha ketawa kecil. Sejujurnya, dia gembira jika abang keduanya berpisah dengan Annissa.

"By the way, bonda ada beritahu angah sesuatu tak?"

"Sesuatu? Tak ada. Kenapa? Bonda ada cuba nak kenenkan angah dengan sesiapa ke?" tanyanya.

"Buat masa ini, tak ada. Cuma bonda tak beritahu angah ke, yang along dah balik Malaysia?"

Membulat mata Ashraff mendengar berita dari bibir Arsha. Seakan tidak percaya bahawa kakak kandungnya sudah pulang ke Malaysia.

"What? Betul ke? Tapi along tak bagi tahu angah apa-apa pun?" kata Ashraff sedikit kecewa dengan kakaknya. Padahal, mereka berdua boleh dikatakan rapat.

Arsha menjungkit bahunya tidak tahu. Dia pun baru tahu dari mulut ibunda tercinta.

"Tu, Sha tak boleh jawab. Yang tahu jawapan hanya bonda dan along. So... Kalau rasa nak tahu, pergi la jumpa bonda." cadang Arsha.

Ashraff memandang ke arah dapur. Tempat bonda tercintanya sering melakukan kerja.

"Ermm, nanti lah, angah tanya. Angah dah lambat nak keluar sebenarnya ini. Apa-apa nanti call angah okay." Sempat Ashraff pesan kepada adiknya sebelum berlalu keluar.

Arsha menunjukkan simbol 'okay' bahawa pesanan abangnya di terima dengan baik.

•••••

PAGI berlalu dengan begitu pantas. Seharian mengemas rumah. Akhirnya, Aryssa dapat berehat dengan tenang di dalam biliknya sendiri. Tubuh yang terasa sengal diregangnya.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk," laung Aryssa dari dalam.

Kedengaran pintu terbuka. Tersembul wajah Edrian di muka pintu. Aryssa menjungkit kening memandang abang sulungnya itu.

"Why?"

Edrian menapak masuk ke bilik adiknya. Kakinya melangkah ke birai katil adiknya lalu melabuhkan punggung di atasnya.

"So how? Two weeks, you were here. Must have something happened to you, right?" soal Edrian. Mula menyoal siasat adiknya itu.

Aryssa menelan air liurnya, kelat. Matanya tidak berani bertentangan memandang wajah abangnya.

"Hey! Talk to me. Abang takkan marah adik." ujar Edrian memujuk.

"Janji?" Aryssa mengeluarkan jari kelingking miliknya kepada Edrian. Meskipun, abangnya sudah berjanji. Dia tetap mahu abangnya berjanji dengannya.

Edrian mengukir senyum, lalu menyambung jari kelingkingnya dengan jari Aryssa.

"Promise."

"Okay. Sebenarnya... Rys ada balik rumah daddy. Tapi abang jangan risau. Daddy tak ada dekat rumah masa tu, and you know what? Perempuan gila tu tukar gambar keluarga kita dengan gambar dia with her daughter. Huh, panas hati Rys bila tengok gambar tu." luah Aryssa, geram.

"Rys tak adalah buat perangai sebab time tu Athrien ada dengan Rys. Takkan la Rys nak buat perangai kan? By the way, Cik Mah kirim salam. Dia rindu sangat dekat Abang Rian dengan Ryl. Dia kata kalau ada masa jumpa la dia. Jumpa dekat luar pun tak apa." sambung Aryssa lalu menyampaikan salam Cik Mah kepada abangnya.

"Wa alaikumsalam. Ya Allah, tak sangka abang yang Cik Mah masih kerja dekat rumah daddy. Abang pun sebenarnya rindu dekat Cik Mah. Nanti ada masa kita pergi jumpa Cik Mah sama-sama." ujar Edrian mengajak adiknya untuk turut sama bertemu.

Aryssa mengangguk kepala. Dia juga dengan rela hati akan mengikut abangnya bertemu Cik Mah sekali. Dia juga rindukan wanita itu walaupun dia sudah bertemu wanita itu dua minggu yang lalu.

"Lagi? Apa lagi Rys buat dua minggu dekat sini?" tanya Edrian sekadar ingin tahu.

"Ermmm, Rys jumpa perempuan gila tu. Rys bagi dia air yang bercampur dengan cili. Abang patut tengok riak muka dia masa Rys bagi air tu. Then Rys jumpa Annissa. Tapi berbeza tempat,"

"Wow! Wait. You jumpa mereka berdua dalam masa dua minggu tapi tak terserempak langsung dengan daddy?" soal Edrian, tidak percaya.

"Yup, tapi adik tak pelik pun, kalau tak jumpa daddy sebab Cik Mah beritahu Rys yang daddy ada outstation." katanya.

Edrian mula berasa pelik. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik. Takkanlah selama dua minggu itu, adiknya langsung tidak bertemu ayah mereka?

"Rys ada pergi Eldrin's Architect tak?" soal Edrian.

"Ada. Hampir setiap hari ke sana."

Edrian kian pelik.

"Something fishy." ujar Edrian, tiba - tiba.

"Means?"

Edrian memandang wajah adiknya.

"Abang tak rasa yang daddy pergi outstation. You know daddy, dia takkan pergi outstation. melainkan kalau tiada siapa - siapa boleh jadi wakil dia. Lagipun, Haykal ada kerja situ. Padahal, daddy boleh je suruh Haykal jadi wakil dia."

Aryssa turut angguk mengikuti spekulasi abangnya itu. Memang dia dah lama syak akan hal itu.

"Tapi... Kal ada bagi tahu Rys yang daddy memang nampak pelik akhir - akhir ini."

"Alaa, mungkin itu trick daddy dekat Puan Sri Amylia kut. Yalah, siapa ane tahan dengan perangai kaki diktator Puan Sri Amylia tu," celah Edryl.

Edrian dan Aryssa serentak berpaling memandang Edryl tenang berdiri di tepi pintu bilik itu.

"Berapa lama kau berdiri dekat situ?" soal Edrian.

"Bolehlah, sejak kau janji tak marah dia." jawab Edryl mudah. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik adiknya.

Aryssa memandang dua abangnya itu silih ganti. ada sesuatu yang ingin dia bertanya kepada abangnya. Tapi,

"Abang, Puan Sri Amylia tu dulu ada anak lain ke?" soal Aryssa.

"Maksud Aryssa? Adik or kakak Annissa?"

"Ermm, twins."

Terdiam Edrian dan Edryl seketika. Mereka tak salah dengar kan?

"Takkan la, masa dia kahwin dengan daddy sepuluh tahun dulu. Pak Long ada bagi tahu abang yang Puan Sri Amylia ada seorang je anak. Mana ada anak lain." Edryl menafikan kenyataan adiknya.

"Tapi boleh juga kalau dia sorok anak dia?" Edrian memberi pendapat bahawa ada benar juga yang dikatakan oleh Aryssa.

.....

Continue Reading

You'll Also Like

79.4K 3K 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan di...
395K 12.5K 74
[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampaila...
208K 6.1K 56
[Stand alone series] FERHAD EIRSYAQ - Seorang jejaka berdarah Sepanyol Malaysia yang memiliki sepasang iris berwarna amber yang mampu membuat sesiapa...
621K 23.3K 49
Nina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 I...