Aryssa

Oleh gadishazel

174K 6.8K 76

• romance • ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dima... Lebih Banyak

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
F || 39
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

A || 07

3.8K 161 5
Oleh gadishazel

.....

DUA hari berlalu dengan jayanya. Dan sepanjang dua hari itu, Aryssa hanya duduk tanam anggur di rumah rakan baiknya, Athrien. Mahu bekerja, abang-abangnya sudah memberi amaran kepadanya agar tidak pergi ke mana-mana syarikat untuk bekerja. Maka, dia dengan rela hati mengorbankan masanya yang tidak berfaedah.

"Kau menung apa? Macam jauh aje fikir?" tegur Athrien sambil membawa dua mug yang berisi air coklat.

Aryssa segera mencapai mug yang sudah dibancuh oleh Athrien. Air coklat itu dicicipnya sedikit sebelum bibir memulakan bicara.

"Mana ada aku menung apa - apa. Cuma aku bosan. Tak ada apa yang aku boleh buat? Ya la, aku nak kerja. Tapi... Abang aku tak bagi." keluh Aryssa.

"Dah tu... Kau patut bersyukur tau yang kau masih ada dua abang yang bagi kau duit. Dari aku? Family pun tak ada." ujar Athrien sedih.

Aryssa memandang wajah Athrien yang tiba - tiba saja masuk emosi sedih. Namun, dia tak salahkan Athrien jika gadis itu bersedih. Sepanjang perkenalannya dengan Athrien, gadis itu memang tabah hidup di muka bumi ini. Meski, hanya seorang diri. Tengoklah gadis itu sekarang. Sudah berjaya dengan kejayaannya sendiri.

"Eh, dari kita bersedih macam ni. Jom keluar nak? Aku pun bosan sebenarnya." ajak Athrien. Hilang rasa sedihnya apabila mengajak Aryssa keluar.

Baru sahaja Aryssa hendak bersetuju dengan ajakan rakannya. Tiba - tiba telefon pintar miliknya berdering. Pantas dia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

"Siapa call ?"

Aryssa menjungkit bahu tidak tahu kerana nombor itu tiada di dalam simpanannya.

"Aku loud speaker," ujar Aryssa memberi cadangan. Risau juga jika ada sesiapa cuba menipunya.

"Okay." Memang sudah menjadi kebiasaannya, mendengar perbualan Aryssa jika nombor itu bukan dari simpanannya.

"Hello?" sapa Arysa terlebih dahulu.

"Rys? Ni kau kan, Aryssa?" soal pemanggil itu.

Aryssa memandang wajah Athrien. Dari suara pemanggil. Mereka seperti kenalan siapa yang menelefonnya.

•••••

TEPAT pada pukul dua petang. Aryssa melangkah masuk ke cafe terkenal. Matanya melilay mencari seseorang yang ingin berjumpa dengan dirinya.

"Rysa!" jerit seseorang.

Dengar akan jeritan itu, pantas Aryssa melangkah ke arah figura yang memanggilnya. Kerusi kosong ditariknya ke belakang.

"Sorry lambat. Traffic jam." ujar Aryssa memberi alasan.

"Tak apa. Aku pun baru sampai. Pesan la." Tidak tunggu lama, Aryssa terus memesan minumannya.

"Hmm, kenapa nak jumpa? Bukan kau dekat Italy ke?" soal Aryssa. Pelik. Bila masa lelaki ini tiba di Malaysia pun dia tidak tahu.

Izzat menarik bibir sengih. Dia tahu Aryssa pasti pelik dengan kehadirannya di sini.

"Lama dah, dalam dua bulan lepas? Lagipun, aku balik Malaysia bukan sebab kau tapi sebab lain." ujar lelaki itu memberitahu.

Berkerut dahi Aryssa mendengar bicara lelaki itu.

"Maksud kau?"

"Annissa,"

Bulat mata Aryssa mendengar nama Annissa meniti di bibir Izzat.

"Kau kenal dia? How? Setahu aku, dia tak ada kawan lelaki. Tapi macam mana kau.."

"Ya, aku tahu, Rys. Tapi sekarang, akulah kawan dia atau lebih specifik, boyfriend dia. Hmm, nak lebih kau faham. Kiranya aku ini scandal dia lah."

Terjungkit kening Aryssa mendengar pengakuan berani Izzat. Scandal?

"Wow! Dah berapa lama kau dengan dia? Ashraff? Dia tahu ke?" soalnya, seakan menyindir. Jika Ashraff belum tahu, sudah pasti dia yang akan beritahu Ashraff tentang hal ini.

"Ashraff tahu. Semalam hubungan kami terbongkar and Ashraff minta putus dengan dia time tu juga. Kita orang dah kenal dalam setahun dua? Entah, aku tak ingat tapi yang pasti aku sayang dia."

Terlepas tawa Aryssa mendengar pengakuan cinta Izzat kepada Annissa. Kenapalah dalam banyak - banyak perempuan. Kawannya boleh terpikat dengan kakak tirinya?

"Kenapa? Salah ke, aku suka dekat dia?" soal Izzat tatkala sedar Aryssa seakan menyindirnya.

"No! Aku tak kata salah. Tu lumrah kau suka pada seseorang. Cuma tak sangka yang kau suka dekat dia."

"Ya. Aku tahu tu. Tapi aku datang sini jumpa kau sebab aku nak beritahu kau yang Annissa ada dendam dengan Ashraff." sambung Izzat.

Terjongket kening Aryssa mendengar. Dia tak salah dengar kan? Annissa berdendam dengan Ashraff? Tapi kenapa?

"And aku nak kau berjaga - jaga juga. Sebab Puan Sri Amylia dah mula rancang nak jatuhkan kau dan abang-abang kau."

Sungging bibir Aryssa mendengar sebaris nama yang dia benci itu.

Puan Sri Amylia.

Sejujurnya, dia tidaklah kesah sangat tentang Annissa. Tapi Puan Sri Amylia? Ya. Kerana wanita itu, dia kehilangan seorang insan yang dia kasihi.

"It's okay. Thanks beritahu aku." lebar bibir Aryssa mengukir senyum.

"Tapi aku nak pesan dekat kau untuk hati - hati dengan aku juga."

"Maksud?" Berkerut dahi Aryssa mendengar bicara Izzat.

"Sebenarnya... Aku ada janji dengan Annissa yang aku akan tolong dia balas dendam dekat kau dan Ashraff."

"What?! Aku tak salah dengar kan? HAHA..." Aryssa ketawa hambar dihujung ayatnya. Matanya memandang seraut wajah Izzat.

"Rys... Aku tahu kau tak percaya. Tapi tolonglah, aku rasa kali ini Annissa tekad nak jatuhkan kau dan Ashraff. Mungkin dia akan buat sesuatu yang bakal memalukan kau dan Ashraff? Who knows?" ujar Izzat memberi amaran.

Aryssa gelenf kepalanya perlahan. Tak. Dia tak rasa bahawa Annissa akan melakukan perkara itu kepadanya, tapi Ashraff. Mungkin?

"Dia takkan berani jatuhkan aku. Tapi pada Ashraff, aku rasa ya."

"Macam mana kau boleh yakin, Rys? Aku..."

"Annissa, kakak tiri aku, Izzat." potong Aryssa.

Izzat kelu. Matanya berkerdip memandang seraut wajah Aryssa.

"Takkan lah..."

"Yeah, mungkin benda ini aku tak pernah beritahu pada orang dan aku pun baru tahu hal ini time dia nak bunuh aku dan Athrien. Sebenarnya, dia terpaksa aje. Tak pernah terdetik pun dalam hati dia nak bunuh aku. Tapi Ashraff... Tu aku tak tahu," terang Aryssa memberitahu perkara - perkara yang dia tahu.

•••••

USAI bertemu dengan Izzat. Aryssa memutuskan untuk bertemu dengan sepupunya, Haykal. Dia harus tahu sesuatu tentang berkaitan hubungan Ashraff dan Annissa. Tambahan, dia juga ada urusan lain yang ingin berbual dengan sepupunya itu.

" Assalammualaikum!" laungnya lantang seolah rumah itu miliknya. Seperti biasa, rumah sepupunya itu umpama rumahnya juga.

" Wa alaikumsalam. Eh, Arys!" Terkejut wajah Puan Sri Aida apabila rumahnya ditandang oleh seseorang yang sudah lama tidak bertemu dengannya.

"Mak long, apa khabar? Sihat?" soal Aryssa sebaik melangkah masuk ke rumah.

Puan Sri Aida mengukir senyum lalu mengangguk kepalanya, perlahan. Tubuh Aryssa ditariknya ke dalam peluk. Rindu pada anak saudaranya setelah sepuluh tahun mereka berpisah.

"Sihat. Arys? Bila sampai Malaysia? Mak Long tak tahu pun? Abang-abang kamu balik sekali ke?" Soal Puan Sri Aida kepada anak saudaranya itu. Pelukan dileraikan.

Sejujurnya, satu keluarga Edward tahu akan kewujudan tiga beradik itu kecuali Tan Sri Eldrin dan Puan Sri Amylia kerana tiga beradik itu tidak mahu mendedahkan identiti mereka.

"Dah seminggu, Mak Long. Abang-abang minggu depan baru turun Malaysia."

"Laa, dah lama balik? Baru hari ini nak datang rumah Mak Long?" sindir Puan Sri Aida.

Aryssa mengukir senyum serba salah. Bukan dia tak mahu datang ziarah keluarga saudara maranya. Tapi dia terlalu sibuk uruskan hal lain. Hingga lupa hendak singgah rumah saudara maranya.

"Sorry, Mak Long..."

"Hmm, sorry diterima. Tapi malam ini, kamu kena makan dekat rumah Mak Long. Kalau tak..."

"Okay - okay, Rys makan dekat sini ya. Tapi kalau Rys ajak kawan sekali boleh? Sebab Rys duduk dengan kawan Rys. Kesian pula dia makan seseorang nanti." kata Aryssa.

"Boleh, sayang... Hmm, kalau macam tu, kamu duduk la dulu." ajak Puan Sri Aida menjemput anak saudaranya masuk ke rumahnya.

"Erm, Mak Long! Pak Long mana? Haykal?" matanya melilau mencari dua figura dikenalinya. Pelik pula rasanya bila rumah itu kelihatan sunyi.

"Dua tu? Hmm, mana aje la lagi, kalau bukan golf, futsal. Tu aje la. Kejap lagi balik la tu," acuh tak acuh sahaja Puan Sri Aida menjawab. Bukan tak tahu aktiviti harian suami dan anaknya itu.

"Assalammualaikum!"

"Ha, kan panjang umur tu,"

"Rys, Mak long masuk dapur dulu la. Nanti malam kita sambung bual. Mak Long ada kerja sikit." sambung Puan Sri Aida. Aryssa mengangguk kepala, membenarkan ibu saudaranya ke dapur.

"Eh, Arys? Bila balik Malaysia? Haykal tak bagi tahu apa - apa dekat Pak Long pun?" soal Tan Sri Edry. Terkejut dirinya apabila melihat anak saudaranya berada di rumahnya. Kaki melangkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sofa tunggal.

"Dah hampir seminggu, bah. Dua hari lepas baru dia jumpa Kal kat officce Pak Ngah." Haykal yang muncul dari mana entah, bersuara.

"Eldrin's Architect?" soal Tan Sri Edry, terkejut.

"Ya la, bah. Kal kerja dekat mana aje," mahu saja Aryssa mengetuk kepala Haykal.

Suka- suki je perli bapa sendiri.

"Kamu tak ada jumpa dia kan?" soal Tan Sri Edry, risau.

Kerana dia yakin, adiknya itu tidak tahu menahu tentang kewujudan tiga anaknya yang masih hidup.

"Tak. Pak Long jangan risau. Tunggu Abang Rian dengan Ryl balik baru kita orang bersua muka." jawab Aryssa.

"Lega Pak Long dengar macam tu. Pak Long bukan apa, risau kalau ayah kamu tu tahu kamu masih hidup. Ya lh, sepuluh tahun simpan rahsia. Takut ayah kamu marah kami bertiga." kata Tan Sri Edry merujuk kepada adik - beradiknya selain Tan Sri Eldrin.

"Pak Long jangan risau. Rys akan pastikan yang daddy takkan marahkan Pak Long atau yang lain. Tapi nanti, Pak Long beritahu yang lain eh pasal kepulangan Rys dan abang - abang? In sha allah, abang - abang sampai KL, minggu depan."

"In Sha Allah, nanti Pak Long sampaikan dekat yang lain. Ni kamu datang kenapa? Mesti ada urusan kan?" tebak Tan Sri Edry.

"Haah, Rys memang datang nak bincang sesuatu dengan Kal." sengih Aryssa.

Tercengang Haykal apabila namanya di sebut oleh Aryssa. Mati - mati dia ingat, sepupunya itu datang kerana ayah dan ibunya.

"Hmm, kalau macam tu elok la. Pak Long pun nak naik atas rehat kejap. Malam ni makan sini eh, dah lama Pak Long tak jumpa kamu."kata Tan Sri Edry.

"Baik, Pak Long. Mak Long pun ada ajak juga. Rindu katanya."

"Bagus - bagus. Kalau macam tu, Pak Long naik dulu la eh. Nanti kita jumpa kejap lagi." Usai berkata terus berlalu Tan Sri Edry naik ke atas.

Aryssa memandang pemergian bapa saudaranya lalu pandangannya beralih ke arah Haykal yang sudah memandangnya dengan tanda soal.

" Kau nak bincang apa?" soal Haykal terus.

"Kita bincang dekat luar boleh? Sebab hal ini berkaitan dengan seseorang." ajak Aryssa.

"Kalau macam tu, aku tukar baju. Kita pergi cafe depan sana."

.....

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

5.3K 408 20
°3 RD BORN° Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu...
26.7K 3K 11
🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-ol...
159K 14K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...