Mrs. Emir Luthfi

isyannaa tarafından

113K 5.4K 493

EMIR LUTHFI | NADINE HARLEY ANDERSON Anderson series vol 1 Takdir yang telah menyatukan mereka. Sangat tidak... Daha Fazla

Prolog 🥀🖤
Bab 1 🥀🖤
Bab 2 🥀🖤
Bab 3 🥀🖤
Bab 4 🥀🖤
Bab 5 🥀🖤
Bab 6 🥀🖤
Bab 7 🥀🖤
Bab 8 🥀🖤
Bab 9 🥀🖤
Bab 10 🥀🖤
Bab 11 🥀🖤
Bab 12 🥀🖤
Bab 13 🥀🖤
Bab 14 🥀🖤
Bab 15 🥀🖤
Bab 16 🥀🖤
Bab 17 🥀🖤
Bab 18 🥀🖤
Bab 19 🥀🖤
Bab 20 🥀🖤
Bab 21 🥀🖤
Bab 22 🥀🖤
Bab 23 🥀🖤
Bab 24 🥀🖤
Bab 25 🥀🖤
Bab 26 🥀🖤
Bab 27 🥀🖤
Bab 28 🥀🖤
Bab 29 🥀🖤
Bab 30 🥀🖤
Bab 31 🥀🖤
Bab 32 🥀🖤
Bab 33 🥀🖤
Bab 34 🥀🖤
Bab 35 🥀🖤
Bab 36 🥀🖤
Bab 37 🥀🖤
Bab 38 🥀🖤
Bab 39 🥀🖤
Bab 40 🥀🖤
Bab 41 🥀🖤
Bab 42 🥀🖤
Bab 43 🥀🖤
Bab 45 🥀🖤
Bab 46 🥀🖤
Bab 47 🥀🖤
Bab 48 🥀🖤
Bab 49 🥀🖤
Bab 50 🥀🖤
Bab 51 🥀🖤
Bab 52 🥀🖤
Bab 53 🥀🖤
Bab 54 🥀🖤
Bab 55 🥀🖤
Bab 56 🥀🖤
Bab 57 🥀🖤
Bab 58 🥀🖤
Bab 59 🥀🖤
Bab 60 🥀🖤
Bab 61 🥀🖤
Bab 62 🥀🖤
Bab 63 🥀🖤
Bab 64 🥀🖤
Bab 65 🥀🖤
Bab 66 🥀🖤
Bab 67 🥀🖤
Bab 68 🥀🖤
Bab 69 🥀🖤
Bab 70 🥀🖤
Bab 71 🥀🖤
Bab 72 🥀🖤
Bab 73 🥀🖤
Bab 74 🥀🖤
Bab 75 🥀🖤
Epilog 🥀🖤
NEW STORY 2024 🎊

Bab 44 🥀🖤

1K 63 2
isyannaa tarafından

NADINE tidak beri sebarang reaksi bila wajah Emir langsung tidak kelihatan di dalam rumah ini. Dalam pemikiran Nadine menganggap bahawa Emir masih belum pulang kerja. Mungkin ada kepentingan yang membuatkan Emir perlu pulang lambat. Jadi Nadine tidak mahu ambil pusing semua itu. Alah! Dia dah biasa! Emir memang selalu pulang lewat malam pun akhir-akhir ini.

Barang-barang yang dia beli tadi dia letakkan di atas katil dan tudungnya dilepaskan. Selepas kepalanya bebas tidak memakai apa-apa pun, bibirnya mengukir senyuman tipis.

"You nampak lebih manis bila pakai tudung,"

Suara Qayish terngiang-ngiang di akal fikirannya. Qayish puji dia!

Senyumannya hilang bila pintu bilik terkuak dari luar. Wajah Nadine berubah kosong dan dia terus memboloskan diri masuk ke dalam bilik.

Emir mengeluh kecil. Dia tahu Nadine ingin mengelak darinya. Emir berjalan ke katil dan melabuhkan punggung di tempat Nadine tadi. Beg kertas-beg kertas dan plastik-plastik yang ada di atas katil itu direnung. Nampaknya... Nadine dan Qayish bukan sekadar makan bersama hari ini.

Jam sudahpun menunjukkan pukul lapan setengah. Lihat dari penampilan Nadine tadi, kelihatan isterinya itu baru saja pulang ke rumah. Macam-macam yang melintas di fikiran Emir sekarang. Kenapa Nadine pulang begitu lewat? Masa mereka keluar pun tidaklah selewat ini mereka pulang.

Dan soalan yang paling Emir mahukan jawapan sekarang ialah... Mengapa mereka keluar berdua? Tak akan Qayish tidak faham status Nadine sekarang ialah isterinya. Keluar sehingga lewat begini boleh datangkan fitnah.

Emir mahu utarakan banyak lagi soalan pada Nadine tapi dia takut Nadine penat. Dia tidak mahu Nadine stress jadi dia fikir lebih baik dia soalkan hal ini kepada Nadine pada hari esok.

Hampir setengah jam dia di situ menunggu Nadine keluar dari bilik air. Setiap saat dia akan memandang pintu bilik air itu mahu melihat sama ada Nadine sudah keluar atau belum namun keadaan masih sama. Pintu itu masih belum dibuka membuatkan Emir sedikit risau.

Empat puluh minit berlalu. Emir sudah tidak dapat menahan sabar lagi dan dia terus bangkit dari katil. Dan dalam pada masa yang sama pintu bilik air itu terbuka membuatkan kaki Emir terpaku di situ. Buat seketika mata mereka berlanggar dan cepat-cepat Nadine larikan matanya.

Baru saja Emir buka mulut ingin menegur isterinya tetapi wanita itu bergegas masuk ke dalam walk in closet. Emir mengeluh kecil. Nadine betul-betul nak mengelak darinya. Semuanya sangat jelas.

"Allahu akhbar..." Emir terduduk di birai katil semula. Tangan naik meraup wajahnya kasar. Apa lagi yang dia boleh buat sekarang ini? Mahu pujuk, tidak dilayan mahu berbincang pula, ada saja alasan Nadine untuk mengelak. Kenapa Nadine berubah begitu drastik sekali? Tak akanlah sebab malam itu saja Nadine boleh dingin kembali dengannya.

Tolonglah dia benar-benar buntu sekarang ini!

"Humaira..."

Emir merenung lama lantai dan fikirannya sudahpun terawang-awang ke tempat lain. Banyak hal yang perlu dia fikir sekarang, Nadine, Sabrina dan... Dragon. Dragon sudah menghilang bak ditelan bumi setelah operasi terakhirnya tempoh hari. Emir yakin, Dragon akan muncul kembali. Dan waktu itu, Emir tak akan biarkan Dragon menghilang lagi.

Tentang Nadine pula, Emir juga harus korek tentang isterinya itu. Dia mahu tahu sebab sebenar Nadine sentiasa mengelak darinya. Emir sudah terfikir tentang Qayish jadinya. Allah! Dia dah bersangka buruk ke kalau buat fakta sendiri yang Qayish dan Nadine ada hubungan di belakangnya?

Tak mungkin kan? Cinta Qayish sentiasa pada arwah isterinya iaitu Qaseh Arnuha. Mustahil cinta Qayish akan mudah berpaling. Cuma... Nadine. Sampai sekarang dia tidak tahu siapa yang berada di hati Nadine. Adakah nama dia yang terpahat di hati Nadine? Ataupun... Qayish Ilyaz?

Dada Emir menjadi berdebar tiba-tiba. Tolonglah! Tak mungkin Qayish yang berada di hati Nadine sekarang. Kalau tidak... tak akan dua minggu ini semua lakonan semata-mata! Tak akan Nadine berlembut selama ini hanya berlakon?

Huh! Dia perlu tanya Nadine sendiri tentang hal ini. Dia mahu tahu isi hati Nadine. Dia mahu tahu apa yang terkandung dalam hati itu selama ini. Kalau benarlah selama ini cintanya hanya bertepuk sebelah tangan... Mungkin dia boleh jadi gila!

Dengar saja pintu terbuka, Emir angkat kepala. Dia mendekati Nadine yang juga sepertinya ingin mendekatinya. Oh pembetulan! Nadine mahu mendekati katil!

"Dah solat isyak?" soal Emir lembut. Nadine hanya angguk kecil bersama wajah kosong. Dia melintasi Emir dan berjalan ke katil. Barang-barangan yang dibelinya tadi di bawa masuk ke dalam walk in closet. Emir hanya memerhati sebelum bersuara kembali.

"Nak Emir tolong?" pelawa Emir, tangan memegang lengan Nadine, menghalang dari isterinya itu pergi.

"It's okay," balas Nadine perlahan dan menarik lengannya yang dicengkam lembut oleh Emir. Emir hanya membatu melihat Nadine masuk ke dalam walk in closet.

Ting!

Bunyi notifikasi dari telefonnya menyentakkan Emir. Emir ambil telefonnya yang berada di birai katil dan melihat skrin telefonnya. WhatsApp dari David yang tertera di skrin telefon itu dibaca dengan tekun.

'Aku ada dapat info pasal Dragon. Kau boleh datang office?'

Habis saja membaca WhatsApp dari David itu Emir bergegas mencapai jaket kulit berwarna hitam dan topi yang juga berwarna hitam yang tersangkut di pintu dan keluar dari bilik itu tanpa memberitahu pada Nadine.

Nadine munculkan diri dari sebalik pintu walk in closet sejurus Emir hilang dari bilik. Dia mengeluh kecil.

"Meow! Meow!"

Dengar saja bunyi comel itu, Nadine angkat kepala. Bibirnya mengukir senyum melihat Rey sedang berlari terkedek-kedek dengan kaki kecilnya. Apabila Rey sudah berada di hadapan Nadine, Nadine jatuhkan kedua-dua belah lutut ke atas lantai. Tangannya menangkap Rey.

"Hai Rey! Hmph rindu! Lama mummy tak jumpa awak! Sorry ya mummy balik lambat!" ujar Nadine pada. Dia mengusap-usap kepala Rey dan setelah itu dia berdiri tegak dan keluar dari bilik itu dan masuk pula ke dalam bilik Rey dan Nugget.

Masuk saja dalam itu, Nadine melihat Nugget sedang tidur dalam keadaan terlentang. Dengan kaki yang sudah terkangkang. Ya Allah... Nugget! Tidur itu dah macam gaya manusia tidur! Memang lain betul anak kucing dia yang seekor ini! Alhamdullilah setakat ini Rey masih normal...

Nadine letakkan Rey di atas lantai membiarkan anak kucing itu bebas. Setelah itu, dia berjalan pula ke tempat makanan Rey dan Nugget. Dua mangkuk berwarna kuning dan kelabu itu kosong isinya tanda makanan yang dia beri pagi tadi telah habis.

Wet food Royal Canin yang berada di dalam tin, Nadine tuang pada kedua-dua mangkuk itu. Rey terus berlari-lari ke arah Nadine. Tidak sabar dia mahu makanan yang sedang dituangkan oleh Nadine.

"Meow!"

Nadine memandang sebelahnya. Eh! Dah bangun dah Nugget ni!

"You're awake! Pantang betul bau makanan ya?" Nadine geleng kepala kecil. Selesai saja meletakkan wet food di dalam mangkuk, Nadine mundurkan diri membiarkan kedua-dua anak kucing itu makan makanan mereka.

Nadine tersenyum melihat Rey dan Nugget betul-betul menikmati wet food itu. Dia terus duduk dan memeluk lutut sambil merenung Rey dan Nugget.

Fikiran Nadine melayang pada Emir. Hubungan mereka. Haih! Dah dua hari dia tak layan Emir. Tak sangka... Hubungan mereka akan kembali renggang seperti ini. Mungkin lebih teruk? Nadine tahu pengakhiran semua ini tidak baik. Dia tak tahu... Macam mana nak mulakan semua ini. Dia takut! Dia mahu Emir! Tapi sekarang sudah ada jurang besar diantara mereka. Mereka memang tak boleh bersama lagi. Nadine akan tunggu masa yang sesuai untuk dia putuskan semua ini. Dia tidak mahu seksa Emir lagi. Emir layak bahagia dengan perempuan lain. Asalkan bukan dia. Kerana dia hanyalah penderitaan bagi Emir.





















"NADINE, keluar dengan siapa semalam?" soal Emir selepas selesai solat isyak sendirian. Macam biasa, Nadine selalu solat lebih awal darinya. Rasanya selama tiga hari ini, mereka langsung tiada solat sekali. Semalam pun niatnya ingin solat bersama Nadine tergendala kerana Nadine sudah solat di luar.

Seharian Emir cuba mengumpul keberanian untuk bertanya pada Nadine. Dia takut Nadine bakal melenting. Mood Nadine bukannya baik akhir-akhir ini. Emir tidak mahu cetuskan pergaduhan di antara mereka.

"Mummy," balas Nadine perlahan. Matanya hanya tertumpu pada novel yang berada di tangannya. Dia tidak ambil peduli pada Emir yang baru melabuhkan punggung di birai katil. Muka surat diselak dan dia kembali membaca.

Emir mengeluh kecil. Kenapa Nadine sanggup menipunya? Terang-terang dia lihat semalam isterinya itu keluar bersama Qayish.

"Tell me the truth."

"I'm telling you the truth. It's up to you wanna believe me or not," balas Nadine lagi dengan dingin. Nadine ketap gigi menahan geram. Kata-kata Emir seperti tidak percaya padanya.

"Bukan Nadine keluar dengan Qay semalam?" Emir tidak dapat menahan apa yang ada di dadanya. Dia mahu tahu kebenaran. Dia mahu tahu mengapa mereka keluar berdua tanpa pengetahuan Emir. Tak akan sekadar ingin beli-belah dan makan. Mengarut!

Nadine pegang erat buku itu sejurus mendengar nama Qayish. Macam mana Emir boleh tahu dia jumpa Qayish? Emir intip dia?

"Hm. Kalau ya pun kenapa?" Nadine buat-buat selamba. Emir mengetap kuat rahangnya. Nafas ditarik dan dihembus, mahu tenangkan dirinya. Hatinya sudah berulang kali beristighfar.

"Kenapa tak minta izin Emir? Emir ini bukan suami Nadine ke?" soal Emir lemah. Wajah Nadine direnung sayu.

"Suami atas kertas saja," balas Nadine perlahan namun masih kedengaran di telinga Emir.

"Nur Aisyah." Suara Emir yang agak dingin buat Nadine menjeling Emir dan dia pandang kembali novelnya. Dia cuba menyorok rasa takutnya.

"What? Sudahlah! Jangan kacau saya. Saya nak baca buku ni, awak tak nampak ke?" ujar Nadine kasar dan cuba fokus dengan novelnya kembali.

"Kenapa Nadine keluar dengan dia?" Emir masih tidak putus asa ingin tahu. Dia tidak mahu terus berburuk sangka pada isteri dan sahabatnya sendiri jadi sebab itu dia mahu dengar dari mulut sendiri mengapa mereka keluar berdua tanpa pengetahuannya.

"Salah ke? He's my friend."

"Liar. You still love him, right?" soal Emir dia mahu tahu jawapannya. Dia tak tahulah bagaimana perasaannya nanti apabila Nadine mengiyakan soalannya.

Novel itu ditutup kasar dan dia pandang tajam ke arah Emir. "Kenapa? Kalau saya masih cintakan Qay, awak nak ceraikan saya?"

"Penceraian bukan penyelesaian masalah. Emir cuma nak tahu kenapa Nadine keluar dengan Qay sedangkan Nadine dah ada suami! Nadine langsung tak minta izin untuk keluar dengan Qay, Nadine tahu tak dosa semua itu?" Nadine terus bangkit dari katil dan berdiri dihadapan Emir.

"Saya tahu saya ini mualaf. Banyak dosa. Tak tahu hukum hakam itu semua! And for your information, saya tak keluar pun dengan Qay, puas!" Nadine mula meninggikan suara membuatkan Emir bangkit dari katil.

"Jangan menipu Nadine! Kalau Nadine keluar dengan Adam, Emir boleh terima lagi sebab Emir faham Nadine anggap dia macam adik tapi Qay? Nadine nak anggap dia macam abang pula ke?"

"Awak intip saya?" Nadine utarakan soalan lain.

"Emir dah baca WhatsApp Qay. Memang betul kau orang ada rancang nak keluar bersama kan? Nadine ada niat untuk curang dengan Emir?" Tuduh Emir buat Nadine naik darah.

Nadine tidak membalas dan terus mengambil telefonnya, isi telefon itu dibuka dan dia tunjuk WhatsApp dia dan Qayish dihadapan Emir. Mata Emir beralih membaca WhatsApp Nadine dan Qayish semalam.

'Esok you free?'

'Esok I free. Why?'

'Oh nothing, I tak nak ganggu free time you. I keluar dengan Aunty Natrah sajalah'

Mata Emir sedikit membulat melihat perbualan antara Nadine dan Qayish. Hanya itu perbualan terakhir mereka. Tiada pula mereka berjanji ingin keluar bersama semalam. Tapi tak akan dia salah lihat semalam?

"Saya memang keluar dengan mummy dan terserempak dengan Qay. Itu saja! Barang-barang yang saya beli itu semua dengan mummy dan bukan dengan Qay! Emir, you know what? I really can't accept when you accuse me have affair with Qayish meanwhile you're the one who had affair with other women!" Dada Emir ditolak dengan sebelah tangan.

"What? Me? No!"

"Jangan nak berdalih lah! Awak jangan cuba tutup kesalahan awak dengan tuduh saya curang! Awak yang simpan perempuan lain belakang saya kan!" bentak Nadine. Telefonnya sudah jatuh ke sisi. Mereka saling membalas pandangan. Namum kali ini tiada lagi lagi renungan polos dari Nadine.

"No Nadine! Emir tak pernah ada perempuan lain!"

"Now look at who's the liar!" Suara Nadine masih meninggi. Dia lihat balik isi telefonnya dan menekan foto. Gambar Emir bersama wanita itu dicari sebelum dia menunjuknya tepat di wajah Emir.

Mata Emir terbeliak melihat gambar dia sedang memeluk pinggang Sabrina. Dia ingat lagi, gambar ini semasa dia sedang membantu Sabrina dari dibelasah. Siapa pula yang ambil gambar ini? Kenapa dia tidak perasan?

"Tengok tu! Sweet betul kan? Awak peluk pinggang dia, dia pula peluk bahu awak. Romantic sangat! Sekarang cakap, siapa yang curang sekarang ini!" Suara Nadine memenuhi ruang bilik ini.

"N-Nadine dah salah faham. Emir cuma tolong dia! Masa itu dia kena serang dengan orang jahat. Dia call Emir untuk tolong dia so Emir datang tolong dia bawa ke hospital. Tak ada apa pun, Humaira." Emir cuba capai tangan Nadine tetapi cepat Nadine mengundur.

"Hm. For her... Awak sanggup tinggalkan saya malam itu. I understand that. Apa lagi kalau bukan sebab awak suka dia kan? Sebab itu awak sanggup jaga dia sampai pagi supaya nak memastikan dia selamat!" Tuduh Nadine sengaja. Memang dia mahu besar-besarkan pergaduhan antara dia dan Emir ini.

"I don't love her! From the start, I only love you! Can't you see that?"

"Kalau awak sayang saya, awak tak akan tuduh saya curang." Mudah balasan dari Nadine.

"Emir betul-betul minta maaf pasal tu. Emir tak patut tuduh Nadine. Emir cuma takut. Emir takut Nadine bakal kembali pada Qay dan tinggalkan Emir. I can't bear to losing you. Please..."

"You already lose me, Emir. I'm sorry but please... Mulai hari ini saya tak nak awak sentuh saya, walau waktu saya tidur sekali pun! Saya tak suka. Saya tak selesa dengan sentuhan awak and kalau boleh... Saya tak nak tidur sekatil dengan awak. Saya tak sudi nak tidur dengan orang yang dah tuduh saya bukan-bukan," ujar Nadine dingin. Setelah itu dia berlalu masuk ke dalam bilik air tanpa memandang Emir yang sudah menitiskan air mata.

Nadine tutup dan mengunci pintu bilik air. Dia bersandar di belakang pintu bilik air dan perlahan-lahan tubuhnya melorot ke bawah. Lutut dibawa rapat ke dada dan dia memeluk lututnya. Dia cuba menahan esakannya supaya tidak kedengaran.

Tok! Tok! Tok!

Nadine menekup mulutnya. Dia membiarkan saja air mata yang berjurai-jurai keluar. Dia tidak mahu Emir lihat keadaannya sekarang.

"Sayang... Emir minta maaf. Tolong buka pintu ini. Emir minta maaf sebab dah tuduh Nadine yang bukan-bukan. I should trust my wife." Lirih suara Emir di sebalik muka pintu.

Nadine geleng kepala kecil dan menutup telinganya. Dia tidak mahu dengan suara pujuk rayu Emir kerana dia tahu dia bakal kalah. Go Emir... Go!

"Tolong jangan diam, sayang. Emir nak dengar suara Nadine. Nadine baik-baik saja dalam itu kan?" Suara Emir menyapa lagi. Suara Emir benar-benar lembut dan menyentuh hati Nadine. Nadine bersandar lemah di muka pintu dengan air mata yang masih tidak berhenti mengalir. Tolong Tuhan... Hentikan semua ini. Aku tak sanggup! Kami dua-dua terseksa.

"The wheels on the bus go round and round. Round and round. Round and round." Suara Emir yang lemah kedengaran di telinga Nadine. Nadine memejam erat matanya membiarkan air matanya menitis.

Nyanyian itu sudah tidak seperti selalu. Selalunya nyanyian itu kedengaran ceria, namun malam ini. Suara itu sayu dan lemah.

"The wheels on the bus go round and round. Round and round. All through the town..."

"I love you. I love you Nur Aisyah. May Allah protect our marriage." Dan setelah itu, suara Emir hilang. Bunyi tapak kaki Emir mula menjauh.

Nadine jauhkan tapak tangan dari mulut. Sekali lagi titisan air mata jatuh ke pipi yang kemerah-merahan itu.

"We're not born to be each other's Emir... We do not."





























Gaduh lagi... Hshshshs

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

1.8M 113K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
3K 260 44
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...
5.8M 226K 33
When Adalina is forced to marry the heir to Sicily's largest mafia, she's thrown into a tangled web of greed while navigating an electric attraction...
3.4M 143K 60
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...