Short Story ✓

By lyakhalid

12.7K 799 174

Ini adalah cerpen maka status sentiasa complete. Hanyalah kompilasi beberapa cerpen. Buku ini mengandungi beb... More

"THE LIST"
0.1- One Day
0.2- Library
0.3-Missing You
0.4-Really
0.5-You Are My Stars
0.6- Angel
0.7- Rooftop
0.8- Janji (1)
0.9- Janji (2)
1.0- Our Memories
1.1- Fools
1.2-Friend
1.3-The World is Not Beautiful
1.4- HER
1.5-Bintang Di Langit
1.6- Lies
1.7- Ghost

1.8 - Gael

248 22 6
By lyakhalid

Cerpen biasa yang ditulis sebab saya bosan dekat university. Idea cerita ni datang daripada beautiful pain from btob tapi akhirnya cerita ni terlalu panjang.

Aku dan dia tak pernah ada hubungan. Tapi setiap kali aku lihat dia, pasti aku akan teringat pada kenangan lalu. Kenangan yang aku cuba lupakan. Namun, terlalu pahit untuk aku lupakan semuanya kerana tidak semua kenangan aku dengan dia adalah buruk.

---------

Gael. Lelaki yang aku baru sahaja kenal sebaik sahaja memasuki universiti. Dia agak tinggi berbanding lelaki-lelaki yang aku pernah kenal. Kadang-kadang aku lihat dia berjalan sendiri. Dia sentiasa tersenyum apabila aku bertembung dengan dia, mungkin kerana kami adalah rakan sekelas. Aku hanya akan tersenyum kembali.

Tidak kurang dan tidak lebih. Itulah hubungan aku dan Gael.

Aku tidak mengenali dia dengan mendalam. Nama penuhnya pun aku tahu selepas aku satu group assignment dengan dia. Kelakarkan?

Lee Gael. Agak unik namanya. Namun, aku tidak bertanya lebih. Kerana aku tidak ingin dia berfikir bahawa aku terlalu mengambil tahu hidupnya sedangkan kami tidak terlalu rapat. Sehinggalah suatu hari di mana aku merasakan bahawa dunia itu tidak adil. Hari di mana dunia membelakangi aku.

----------

"Aiza, kau tahu tak ada orang bagitahu kau pernah kutuk Layla dari belakang. Kau siap cuba rampas lelaki yang Layla minat?" Aku yang ketika itu tengah makan sedikit tersedak. Ini ke yang dimaksudkan dengan gosip yang mereka nak cerita pada aku? Wajah aku berubah.

Mata aku tepat memandang Khairah dan Husna di hadapan aku. Wajah mereka serius, menandakan mereka betul-betul inginkan kepastian daripada aku.

"Apa maksud kau dengan soalan tu?" Aku tarik nafas dalam. 

"Korang tahu kan aku rapat dengan Layla. Takkan aku nak buat dia macam tu."Layla itu aku sudah anggap seperti adik aku. Kami kenal hampir empat tahun. Memang tak aku nak buat perkara tersebut pada dia. Aku sayang Layla. Sayang sebagai seorang sahabat.

Husna dan Khairah saling berpandangan sebelum tangan kiri aku dicapai sebelum digenggam erat. Mereka hembus nafas sebelum anak mata aku dipandang tajam. "Kau kena bertenang ya bila dengar cerita ni?"

Aku angguk laju. "Okay, aku cuba." Wajah serius Husna dan Khairah buatkan aku sedikit gugup. Laju jantung aku berdetak, seakan hampir tercabut.

"Layla cerita pada aku yang kau cuba sabotaj hubungan dia dengan Ezra."

Dup. Aku rasa wajah aku berubah. Keruh. "Korang tahu kan hubungan aku dan Ezra macam mana. Dia kawan sekolah menengah aku. Kitorang dah lama berkawan dan aku tak pernah anggap dia lebih dari kawan." aku bersuara tidak puas hati. Aku jeda sesaat sebelum aku hela nafas geram. 

"Dan sabotaj maksud korang? Aku cuma tolak setiap kali dia ajak aku untuk keluar berdua dengan Ezra. Aku tak nak jadi orang ketiga kalau mereka keluar. Aku cuma sentiasa pesan pada dia, jangan keluar berdua. Tu aje." geram aku bersuara.  Husna dan Khairah pandang aku tidak lepas. Mereka mengangguk serentak.

"Kami percaya. Kami kenal perangai kau macam mana Aiza."

"Tambahan pula, Layla ada cerita pada aku yang kau sebar aib dia pada orang lain. Orang lain tu dia sebut Iana dengan Lisa. Kau ada cerita pada diorang berdua ke?"Husna bertanya perlahan.

Aku sedikit terngadah. Iana dengan Lisa? Kenapa aku nak cerita aib Layla pada mereka berdua pulak.

Kepala aku geleng laju. "Aku takde niat untuk sebarkan aib Layla, lagi-lagi pada orang terdekat. Takkan aku nak rosakkan persahabatan kita semua." suara aku sedikit sayu.

"Aiza." Husna memanggil nama aku perlahan. Sebaik sahaja mata aku bertembung mata coklat pekatnya, aku lihat mata Husna sedikit berkaca. Dia lepaskan tangan kiri aku sebelum dia menunduk lemah. Aku agak bingung. Khairah seakan memahami. Dia juga menunduk. 

"Aku minta maaf. Aku percaya bulat-bulat apa yang Layla bagitahu aku pasal kau. Tapi bila aku fikir balik, tak logik untuk kau buat macam tu. Kami kenal perangai kau dan Layla macam mana. Dan bila kami tanya Iana dan Lisa, mereka sendiri mengaku yang diorang takde bercerita buruk pasal Layla."Husna angkat wajahnya.

 "Aku minta maaf sebab dah mengumpat kau dari belakang."

Buk.

Aku tahu. Sebaik sahaja aku mendengar pengakuan dari Husna dan Khairah. Aku tidak marah. Aku tidak geram.

Aku cuma rasa kecewa pada mereka berdua kerana mudah percaya pada Layla sedangkan mereka kenal aku. 

Kecewa mereka masih lagi tidak mengenali aku yang sebenar.

"Aku tak marah."Lemah aku bersuara. "Aku cuma nak tahu apa motif Layla bagitahu perkara ni pada korang? Kenapa dia tak direct je pada aku?" nada suara aku bergetar. Cuba menahan rasa amarah dalam hati. Aku terlalu kecewa dengan Layla. Aku rasa hati aku seakan ditikam. Sanggup dia bercerita buruk mengenai aku pada kawan-kawan kami sedangkan aku tidak pernah buat begitu padanya. 

"Aku rasa dia mungkin cemburu." Khairah membuka mulut perlahan. Aku angkat wajah aku sebaik sahaja aku mendengar ayat Khairah.

"Cemburu?" Aku tergelak sinis. "Buat apa dia cemburu pada aku?" Ya, aku tidak cantik. Aku tidak sempurna. Aku tidak kaya dan aku jugalah tidak terlalu bijak. Buat apa dia cemburu pada aku? Aku tidak ada apa-apa untuk Layla cemburu.

"Ezra."

Wajah aku berubah. Tegang. 

"Dia cemburu dengan hubungan rapat kau dengan Ezra."

"Bullshit." Aku menyumpah geram. "Takkan dia tak nampak aku dengan Ezra macam mana. Aku dengan dia sekadar kawan. Tak lebih, tak kurang!"

"Yes Aiza. Kau satu-satunya kawan perempuan yang Ezra selalu ajak keluar." Husna bersuara lagi. Dan itu membuatkan aku semakin membara.

"Aku tak pernah terima ajakan dia kalau hanya kami berdua yang keluar. Apa aku nak buat kalau dia yang selalu ajak aku. Aku tak pernah minta!" Gigi diketap menahan amarah di dalam hati. Oden di depan mata yang mulai sejuk sudah aku tidak kesah. Aku geram. Alasan bodoh apa yang Layla guna semata-mata untuk benci aku.

"Yes, and that's why dia cemburu Aiza. Dia bagitahu aku, dia rasa macam Ezra minat dengan kau dan kau sengaja beri harapan pada Ezra."

Bam!

Aku hentak meja kuat. "Husna, Khairah, aku pernah terang-terang bagitahu pada Ezra yang aku takkan pernah minat dia. Kami hanyalah kawan. " aku bertegas. Aku tidak pernah menyimpan perasaan pada Ezra. Tak pernah walau sedetik. Dia terlalu selesa dengan Ezra dan dia tak akan rosakkan persahabatan dia dengan Ezra.

"We know." Husna dan Khairah bersuara serentak. 

"That's why aku rasa better buat masa sekarang kau jarakkan diri kau daripada Ezra dan Layla."

Aku sedikit tergamam. Wajah aku berubah. "Kenapa aku yang kena jarakkan diri kalau bukan aku yang salah?"

"Kami tak nak kau tersakiti Aiza. Sekarang ni bukan antara circle kita je Layla sebarkan pasal tipu dia tu. Aku rasa sekarang ni benda tu sendiri dah sampai pada telinga kawan-kawan Ezra."

Dan ayat Khairah buatkan aku tersedar sesuatu. Dah lama aku tidak bertegur sapa dengan mereka. Bukan, mereka seperti sengaja menjarakkan diri daripada aku. Disebabkan perkara ni rupanya.

"Kami tak nak kau terluka. Jadi kami rasa, perkara ni yang terbaik untuk kau."

Aku terdiam. Perlahan aku tundukkan kepala aku. "Aku faham."

Dan bermula dari itu, aku cuba untuk menjarakkan diri aku dari Ezra dan Layla. Ternyata, aku baru tersedar hanya aku yang beria cuba untuk rapat dengan Layla kerana selepas aku berhenti berhubung dengan Layla, tak pernah sekali dia cuba untuk menghubungi aku. Dia juga melayan aku seperti aku tidak wujud.

Ezra pula sebaliknya. Dia sering mesej aku namun aku jarang membalas dan sering menolak ajakan dia. Sampaikan suatu tahap, dia bertanya adakah aku marah pada dia. Dan aku jujur padanya, bahawa aku cuba menjaga jarak kerana risau akan fitnah antara aku dan dia. Dan Ezra akur.

--------------

Aku menyumpah perlahan bila aku sedar bahawa aku masih satu kumpulan dengan si Layla. Hari ini, group assignment kami keluar untuk membeli barang dan aku dalam kumpulan si Layla. Layla dan Khai, elok berjalan lenggang di belakang aku. Mereka berdua seakan berada di dunia mereka berdua. Aku hanya buat tidak endah. Gael di hadapan aku pula laju melangkah. Dia ni tak boleh ke jadi gentleman sikit teman aku? Aku membebel geram dalam hati. 

Dan elok aku menyumpah si Gael dalam hati, dia tiba-tiba sahaja berhenti melangkah buatkan aku sedikit tersentak. Hampir aku langgar belakang dia. 

"I think we can split into two groups so that lebih cepat. Layla and Khai, me and Aiza. Is that okay?" Gael kalihkan badannya memandang aku, Layla dan Khai. Layla dan Khai mengangguk sebelum mereka berlalu pergi. Gael pula tepat menunduk memandang wajah aku buatkan aku sedikit gugup. Dia tinggi daripada aku. terlalu tinggi. Beza kami mungkin dalam 25 cm.  Mata coklat cair itu berkedip perlahan memandang aku, seakan ingin bertanyakan sesuatu.

Gael usap belakang lehernya janggal. "Are you okay?"

Huh? Kedua kening aku sedikit berkerut. Bingung dengan soalan Gael. Dan aku baru tersedar bahawa aku memegang bakul. Mungkin dia bertanya tangan aku okay ke pegang bakul pasaraya ni. Baru aku ingin membuka mulut, Gael capai bakul di tangan kanan aku buatkan aku terpinga-pinga. Tak berkelip mata aku memandang si dia.

"I mean you. Your feeling. Are you okay?"nada suaranya lembut bertanya. Mata coklat cair itu masih tepat memandang tajam wajah aku buatkan aku gugup. Air liur ditelan perlahan apabila aku sedar wajah dia jelas kelihatan riak kerisauan.

"What do you mean by my feeling?"nada suara aku sedikit bergetar. Tak berkelip aku merenung si lelaki. Ah, baru aku sedar, hidung Gael itu mancung. Dia juga ada tahi lalat di bawah mata kirinya. Kulit si lelaki putih bersih. Matanya coklat cair dan bulu matanya lebat. Sheesh. Lelaki ni boleh tahan juga ya.

Wajah Gael sedikit gugup. Dia pejam mata sebelum hela nafas lemah. "Maaf kalau aku campur urusan kau cuma nampak macam sekarang kau tak berapa rapat dengan kawan kau which is Layla. Korang ada bergaduh ke?" Perlahan sahaja suara Gael, seakan takut aku terasa. Dan entah kenapa, aku rasa lega apabila Gael tanya.

Aku baru sahaja ingin buka mulut namun mata aku berkaca. Gael jelas kalut melihatkan reaksi aku. Segera dia membuka beg galasnya cuba untuk mencari tisu. Aku segera menunduk, cuba menahan air mata daripada menitis. Sedikit aku tersentak apabila dia menghulurkan satu paket tisu pada aku. Aku beri senyum nipis pada Gael, cuba yakinkan si lelaki bahawa aku okay.

"Thanks. But I am okay."

Gael gelengkan kepalanya. "You are not. You are not okay Aiza."Lembut dia memujuk aku. 

"Aku minta maaf tapi if you want to cry, just cry. Tak ada guna untuk kau simpan lama-lama perasan sedih tu."

Zap! 

Ayat Gael seakan menusuk hati aku. Sudah lama aku memendam perasaan sedih aku. Semenjak aku berhenti hubungi Layla, aku rasakan dunia aku kosong. Aku rasa seperti bahawa aku hanya bersendirian di dunia ini namun pertanyaan Gael hari ini buatkan aku rasa aku tidak sendiri. Dan tanpa aku sedar, air mata aku menitis.

Setitis. Demi setitis. Tak sampai sesaat, bau musk menerpa hidung aku. Pandangan aku terasa separa gelap. Segera aku mengangkat wajah mencari si lelaki yang menyelimuti aku dengan hoodienya. 

Namun, wajah Gael jelas kelihatan risau. "Just cry. Jangan risau, aku akan cover wajah kau."

Aku ketap bibir aku sebelum mengangguk kepala aku. Baru sahaja aku ingin menunduk, aku panik apabila aku lihat Gael membuka langkah. Segera aku menarik beg yang digalas di belakang miliknya. Gael tersentak. Automatik dia menoleh ke belakang.

"Yes?"

Aku ketap bibir yang sedikit menggeletar. "Jangan tinggalkan aku." Sheesh. Aku malu menangis dekat sini sendiri. 

Wajah Gael berubah mendengar ayat aku. Dia cuba membuka mulut namun melihatkan wajah aku yang masih lagi sembap, dia anggukkan kepala. Segera dia memusingkan badannya, seakan cuba melindungi aku daripada pandangan orang lain.

Aku terharu. Terlalu terharu. Sebaik sahaja tangisan aku mula reda, aku tarik perlahan tali beg milik Gael. Gael cuba untuk berpusing namun aku tahan.

"Thank you," perlahan aku bersuara.

Jeda. "You are welcome."

------------

"Korang ada apa-apa ke?"

Aku toleh memandang Husna di hadapan aku. "Korang? Aku dengan siapa?" Aku agak bingung. Rasanya aku datang sendiri tadi ke library. Takde pulak aku bertembung dengan sesiapa.

Husna senyum senget sebelum dia tampar tangan aku yang berada di atas Ipad. Bulat mata aku. Dah dia ni kenapa tiba-tiba tampar tangan aku. Perlahan wajah Husna mendekat, cuba untuk berbisik.

"Aku nampak kau keluar dari kereta Gael tadi. Jangan tipu aku. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Korang ada apa-apa ke?"wajah Husna serius betul.

Dan itu buatkan aku hampir ketawa. Aku? Dengan Gael? Memang taklah. Takkan pernah. Dia tu bukan muslim. Jadi aku takkan terima dia.

"Takde apa pun. Tadi  kitorang habis kelas sama-sama. Dia tiba-tiba tegur aku nak ke mana. Aku jawablah library, dan dia tawarkan untuk hantar alang-alang dia ada urusan dekat area library." aku jawab malas. Mata kembali fokus pada Ipad di atas meja. Sesaat sebelum tiba-tiba aku dengar kerusi di sebelah aku ditarik.

"Aiza."

Aku angkat wajah, kenal akan suara garau itu. Wajah Gael menyapa mata aku. Gael senyum tipis pada aku sebelum mula meletakkan beg galasnya di atas lantai. Aku agak bingung. Kenapa dia tiba-tiba duduk sebelah aku ni?

"Gael?"

Gael pandang aku kembali. Kedua kening terangkat, tanda bertanya.

"Kenapa kau panggil aku tadi?" Aku tanya perlahan.

Mata Gael sedikit bulat, seakan terlupa sesuatu. "I just wanna say hi to you." Dia senyum tipis. Namun senyuman itu manis. Gael ada lesung pipit. Baru sahaja aku tersedar akan fakta tersebut. 

"Why so random." aku ketawa perlahan. "Bukan kau kata ada urusan lain kan tadi?"

"Ouh that thing. I almost forgot." Gael angkat beg galasnya sebelum dia keluarkan satu plastik yang agak tebal. Aku agak ada kertas di dalam plastik tersebut.

"For you. The Hicom wants you to pass this poster to the Campaign and Promotion Department. I already printed the poster; hence, its now your job."  Dia senyum senget, seakan bangga dia sudah selesai menjalankan tugasnya. Aku pandang Gael dengan sebelah mata. Selepas kejadian aku menangis depan si Gael, aku baru tahu lelaki ni kuat mengusik sebenarnya. Kadang-kadang bergurau dengan aku.

Mungkin dia risau dengan aku sebab dia kini tahu serba-sedikit hubungan aku yang goyah dengan Layla.

"Noted."Aku capai bungkusan plastik tersebut sebelum aku simpan di dalam tote bag aku. 

"Kau dah nak balik?"saja aku bertanya pada Gael, berbasa-basi.

Gael pandang aku pelik. "Kau halau aku ke ni?"

"Eh, no. Just asking. Since kau datang library ni semata-mata nak hantar printed poster dekat aku je."yakin aku tuturkan ayat tersebut buatkan Gael ukir senyum senget. Dia keluarkan komputer riba daripada beg galasnya sebelum diletakkan di atas meja. 

"Nope. Aku datang library untuk study Aiza. Alang-alang kau ada dekat sini, that's why aku print terus poster tu." Dia senyum senget. "I didn't come here just for your Aiza."sengaja dia mengusik aku.

Merah wajah aku mendengar ayat Gael. Cis! Tak guna betul. Sengaja mamat ni usik aku. Aku jeling tajam wajah Gael. Melihatkan reaksi aku, Gael ketawa perlahan. Dia tahan ketawanya daripada terlepas, maklumlah kami masih di perpustakaan. 

"Guys, please don't flirt in front of me."

Zap! Laju aku dan Gael pandang Husna yang berada di hadapan. Husna tayang wajah meluat. "Please, kasihanilah aku yang single ni."

Aku buat muka menyampah. "Since when we are flirting." aku tolak tuduhan si Husna. Mana adanya flirting. Ni aku kena ejek di Gael adalah. "Right Gael." Aku pandang Gael namun aku lihat Gael tayang wajah mengusik. Ha, sudah. Adalah tu dia nak ejek aku.

"But I am."suara garau itu perlahan.

Mata Husna bulat.

Aku hela nafas bosan.

Dan Gael senyum senget pada aku. Aku kenal sangat Gael. Dia suka sangat buat orang di sekeliling fikir aku dan dia ada sesuatu. Tengoklah macam sekarang. Dia angkat kening sebelah, memang tabiatnya kalau dia bergurau.

"Gael please." aku keraskan suara aku, mengugut. Gael sudah lepas ketawa melihat si Husna yang kini beku.

Shit. Apa aku nak explain dekat kawan-kawan aku yang lain lepas ni?

-----------

"Aiza?"

"Ezra?" aku agak tersentak bila pandangan aku jatuh pada Ezra dalam Lotus. Uh oh. Bukan dia kata dia ada kelas ke hari ni? Atau aku ada salah faham dengan ayat Ezra dalam WhatsApp tadi.

"Kau buat apa dekat sini? Bukan kau bagitahu ada kelas ke?" Laju aku bertanya. Langsung tidak berdalih. Ezra kelihatan seperti serba-salah. Belum sempat Ezra membalas soalan aku, kami mendengar satu suara perempuan memanggil nama Ezra. Dan aku kenal suara tersebut.

"Layla?" 

Layla toleh apabila aku memanggil namanya namun hanya sesaat. Segera dia menarik beg yang dipakai oleh Ezra, cuba mengalihkan perhatian Ezra daripada aku.

"Aku dah siap beli. Let's go."

Mata aku sedikit bulat. "Korang datang berdua je ke?"

Layla dan Ezra toleh memandang wajah aku serentak. Baru sahaja Ezra ingin membalas, Layla mengangkat tangan, memberi arahan biar dia sahaja yang membalas soalan aku. 

"Yes, we are."

Jeda.

Aku pandang lama wajah Ezra namun si lelaki segera mengalihkan pandangan daripada aku. Seakan rasa bersalah dengan aku. Buat apa rasa bersalah dengan aku Ezra?

"So kau busy sebab teman Layla datang Lotus ya Ezra?" agak sinis aku bertanya. 

Layla senyum senget. "Yes, he is." Tajam mata coklay pekat tersebut merenung tajam aku. 

Ayat Layla buatkan ketawa sinis aku pecah. Sesaat sebelum aku kembali merenung Layla dan Ezra. "Korang rapat ye sekarang? Sampai boleh jalan berdua." sinis. Dan aku lihat Ezra menelan air liur dia.

"Aiza," dan ayat Ezra mati apabila aku mendengar satu suara garau memanggil nama aku dari belakang. Belum sempat aku berpaling, Gael sudah terpacak si sebelah kanan aku. Segera tangannya mencapai troli yang aku pegang sebelum dia hulur senyum tipis pada Layla dan Ezra di hadapan aku. 

"Maaf lambat. Tandas ramai orang." Gael meminta maaf pada aku. 

Ezra seakan terkejut melihat aku dan Gael. Gael pula masih tidak sedar akan kehadiran Ezra dan Layla di hadapan kami. 

"Let's go."Aku terus berpaling. "Kami pergi dulu." aku bersuara perlahan sebelum segera melangkah.

Sebaik sahaja mendengar perkataan kami, Gael baru tersedar akan sesuatu. Layla dan Ezra tepat berdiri di hadapannya. Dan wajah lelaki, kelihatan seperti serba-salah. Layla pula selamba, langsung tidak bersalah wajahnya.

"Kami pergi dulu."Gaal  berbasa-basi sebelum segera mengejar langkah si Aiza yang laju berjalan seperti tiada arah tuju. Empat langkah dan kini dia berada di sebelah Aiza.

"Laju-laju ni nak ke mana?"

Aku toleh, pandang wajah Gael di sebelah. Si lelaki tersenyum lembut pada aku. Mata coklat cari itu tepat memandang wajah aku. Melihatkan aku yang masih diam, Gael membuka mulut sekali lagi.

"If kau rasa berat nak buka mulut. It's okay, aku takkan tanya lebih-lebih. Cuma aku nak kau tahu, aku sentiasa berada di pihak kau. "bersahaja nada suara Gael namun aku tahu dia sebenarnya prihatin pada keadaan aku. Dialah yang kini sentiasa menemani aku dalam kelas semenjak Layla mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan aku.

Tangan kiri aku angkat sebelum aku capai beg yang digalas Gael, buatkan langkah kaki si lelaki terhenti. "Yes, kenapa Aiza?"

"Terima kasih."perlahan sahaja aku bersuara.

Gael kerutkan keningnya. "Apa? Aku tak dengar?" jujur dia tak dengar.

Aku ketap bibir aku. Aish dia ni. Aku dahlah segan nak berterima kasih depan orang ni.

"Tunduk sikir Gael. Kau tu dahlah tinggi, payah aku nak bercakap dengan kau." aku bersuara geram, hilang sekejap perasaan terharu aku. Mendengarkan ayat aku, ketawa si lelaki pecah namun dia hanya menurut. Segera kepalanya ditundukkan agar selaras dengan wajah aku.

Aku senyum senget padanya.

"Terima kasih."

Gael angkat kedua kening. "Is that all you want to say?"

Aku hampir ketawa mendengar ayat Gael kerana jelas kelihatan dia seperti bingung.  "Kau ni sebenarnya handsome."

Dan serentak aku lihat pipi si lelaki merah. Segera dia luruskan badan sebelum kepala ditoleh ke arah lain. Sesaat sebelum dia kembali melihat aku. "Terima kasih." Si lelaki senyum lembut sehingga kelihatan kedua lesung pipitnya. 

"You are welcome." aku senyum senget. Cis, sekejap sangat malu si Gael ni. Mungkin sebab dia tahu aku cuma mengusik dia. 

"Lelaki tadi Ezra, kawan sekolah menengah aku."

"Ouhh." Gael mengangguk faham. Dia tahu akan masalah aku kerana aku pernah bercerita kepadanya. "Kenapa korang nampak macam awkward sangat tadi?"

Sheesh. Tak bertapis langsung soalan si Gael ni. Aku jeling Gael sekilas. "He lied to me."

Jeda.

"Kau yakin dia tipu kau?" Gael bertanya perlahan. "Who knows maybe sebenarnya ada salah faham kan?" Gael cuba memujuk.

"But Gael, dia mesej aku bagitahu dia busy dengan kelas petang ni. Tak dapat teman aku untuk pergi beli barang department but now look, dia keluar jalan-jalan dengan Layla, perempuan penyebab kami bergaduh. The heck." Aku geram. 

Langkah Gael mati, dan itu buatkan aku berhenti juga.  "Aiza, mungkin kelas dia batal. Kita mana tahu kan?"

Aku hela nafas berat. "Kenapa kau  terlalu positive Gael?"

Gael ketawa lepas. "Sebab aku tak nak benda kecil macam ni, kau bergaduh dengan kawan-kawan kau Aiza. Aku jujur risau dengan kau."lembut ayat Gael, buatkan marah aku sedikit reda.

"Fine aku akan cuba husnudzon hanya sebab kau." Aku ketawa kecil. "Kenapa kau baik sangat dengan aku eyh?" Mata aku tepat memandang Gael. Begitu juga Gael. Kami saling berbalas pandangan, lama. Buatkan aku sedikit gugup direnung Gael.

"Because you are my friend, Aiza."

Aku buat muka. "Shees. Punyalah aku berdebar sebab muka kau macam muka orang nak confess Gael." Aku senyum senget, jujur jantung aku berdebar apabila direnung Gael. Tipulah kalau aku tak pernah rasa yang Gael kacak. Ya, lelaki ini kacak.

"Aiza."lembut Gael memanggil nama kau buatkan aku segera mencari matanya. "What if aku suka dekat kau?"

Mata aku bulat. Aku rasa nafas aku seakan tersekat di kerongkong. Sesaat sebelum pandangan aku dan Gael terarah kepada Husna yang laju berlari ke arah kami sambil memanggil nama aku. Aku hampir lupa bahawa aku datang bertiga ke Lotus. Belum sempat aku membuka mulut untuk bertanya pada Gael, si lelaki terlebih dahulu mengubah topik dengan menegur Husna yang lambat.

Aku pandang si lelaki dari sisi. Dan telinganya merah.

Dia ni mengusik ke betul-betul tadi?

-----------

Selesai sahaja melambai pada Layla, Ezra kembali memakai tali pinggang keledar. Belum sempat dia menggerakkan kereta miliknya, dia tersentak apabila pintu hadapan keretanya terbuka. Wajah Ezra pucat apabila matanya bertembung dengan wajah kelat Aiza.

"Apa kau buat ni Aiza?"

Aiza hanya diam. Dia segera masuk ke dalam kereta Ezra sebelum tali pinggang keledar dipakai. Langsung dia tidak memandang wajah Ezra.

"Kau bawak kereta kau pusing universiti satu round. Aku nak bincang sesuatu dengan kau."

Mata Ezra bulat. "Sekarang ke?" Sekilas dia memandang jam di dashboard keretanya.

12.15 tengah malam. Tak pernah lagi mereka keluar lewat malam macam ni.

Aiza toleh, memandang Ezra tepat. Serius sahaja wajah Aiza buatkan Ezra sedikit kecut. 

"Yup. Sekarang." tegas.

Baru sahaja Ezra ingin membantah, dia perasan akan kereta di belakangnya. Segera dia mengalah. Kereta dihidupkan. "Okay."

Dan kereta mula bergerak. 

Seminit. Mereka berdua masih diam. 

Ezra bingung. Bukan Aiza juga tadi bagitahu yang dia nak bincang sesuatu?

"Kau keluar berdua dengan Layla pergi Lotus ke Selasa minggu ni?"

Ezra tersentak. Genggaman tangan di stereng kereta dieratkan. "Yes."

Shit. Aiza tidak menyangka Ezra akan jujur. Aiza tahan nafas sebelum dihela perlahan, cuba mencari kekuatan. Matanya melekat pada jalan tar. Dia tidak sanggup memandang wajah Ezra sekarang. Dia takut amarahnya akan terlepas.

"Kenapa kau bagitahu aku kau busy dengan kelas petang Selasa tu tapi kau boleh temankan Layla pergi Lotus."

Zap! Ezra terdiam. Dia menelan air liur yang seperti terlekat di kerongkongnya. Dia sudah mengagak bahawa Aiza akan bertanya mengenai hal tersebut.

Jeda.

"Ezra, jawab."

"Aku minta maaf."

Jeda.

"Jawab soalan aku Ezra. Aku tak nak dengar permohonan maaf kau selagi kau tak jawab soalan aku." Aiza ketap gigi, menahan marah. 

Kuat Ezra menggenggam stereng keretanya. Dia hilang kata. Dia tahu itu silapnya.

"Muhammad Ezra." nada suara Aiza naik satu nada. "Answer me, please." sedikit bergetar suara Aiza buatkan Ezra makin rasa bersalah.

"Sebab aku tak nak kau keluar sekali dengan Layla. Aku tahu kau tak selesa dengan dia. Dia ajak aku keluar pagi tu. Aku setuju sebab dia bagitahu dia stress disebabkan oleh pergaduhan antara korang berdua. So, aku tawarkan diri untuk teman dia release tension."

Aiza terkedu.

"Is that all your answer?"

"Yes." Ezra jawab sepatah.

"Habis, apa kenapa kau palau mesej aku Ezra? Dah dua hari kau tak balas mesej aku?" nada suara Aiza bergetar. Dia marah bercampur geram. Marah dia terhadap Ezra memuncak apabila dia lihat Layla keluar daripada Ezra buatkan dia ambil tindakan melulu masuk ke dalam kereta si lelaki.

"Sebab aku rasa apa yang kau buat dekat Layla tu tak patut Aiza. You neglect her." Ezra toleh memandang Aiza. "Kau bukan macam ni dulu? Dia bagitahu aku yang kawan-kawan dia mula jauhkan diri dari dia disebabkan kau. Kau sebar aib dia pada circle kau ke?"

Buk. Aiza rasa hatinya hampir luruh mendengar soalan Ezra.

Aiza angkat wajahnya memandang wajah Ezra. Dia cuba menahan air mata yang hampir menitis. 

"Did you really believe what did she say?" bergetar.

Ezra diam sesaat sebelum dia hela nafas berat. "Yes, aku kesian pada dia Aiza. Dia takde orang lain. Kau ada lagi kawan-kawan kau. You should apologize to her."tegas ayat Ezra.

Aiza rasa seperti dadanya sesak. Dia sandarkan badannya pada kerusi kereta. Segera kepala dialihkan.

"Turunkan aku dekat village 4 cafe."

Ezra sedikit tersentak namun dia angguk faham. Sebaik sahaja sampai, Aiza laju turun daripada kereta si lelaki. Buat kali terakhir, Aiza memandang tepat wajah Ezra. Mata Aiza merah, seakan menahan tangisan. Itu buatkan Ezra sedikit rasa bersalah.

"Aku kecewa pada kau. Aku ingatkan kau kenal aku macam mana Ezra."

Bam!

Aiza tutup rapat kereta Ezra.

Ezra terkedu. Ini kali pertama dia lihat wajah kecewa Aiza. Dia mula berfikir, dia baru mendengar cerita dari sebelah pihak namun dia sudah menjatuhkan hukuman pada Aiza. Adakah Layla menipunya? Dan perasaan bersalah Ezra mula menebal.

------------

Gael tutup pintu mart perlahan. Air Nescafe di dalam plastik dicapai sebelum dibuka. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, matanya menangkap satu kelibat yang berada di tangga. Dia kenal akan kelibat tersebut. Segera Gael mendekat.

"Aiza?"

Aku angkat wajah aku apabila aku mendengar suara garau tersebut. Gael. Tepat berdiri di hadapan aku. Dia memakai seluar trek hitam dengan hoodie berwarna kelabu. Di tangan kanannya memegang air Nescafe manakal tangan kiri memegang plastik berisi gula-gula. Wajah lelaki jelas bingung melihat keadaan aku.

Wajah Gael berubah apabila dia sedar akan kesan air mata pada wajah Aiza. Dia duduk bercangkung di hadapan aku sebelum mata coklat cair itu tepat memandang wajah aku. "Kenapa kau ada dekat sini? Bukan kau tinggal dekat village 3 kan?" 

Aku tarik senyum palsu. "Hujan. Aku tunggu hujan reda baru aku balik."

Gael angkat kedua kening, seakan menyoal jawapan aku namun dia hanya diam. Gael berdiri tegak sebelum dia hulur plastik berisi gula-gula pada aku. "Pegang kejap, aku nak ambil something."

Aku menurut. Aku capai plastik yang dihulur. Tak sampai seminit, Gael sudah kembali.  Dia hulur payung lipat berwarna biru gelap pada aku, buatkan aku bingung.

"Use mine. Aku tak guna pun sebab aku duduk village 4 je."

Mata aku bulat. "Takpe Gael. Aku boleh,"dan ayat aku mati bila Gael jegilkan kedua matanya pada aku, memaksa aku menerima payung miliknya. Reaksi wajah Gael buatkan ketawa aku pecah. Aku senyum senget sebelum payung Gael yang dihulur aku sambut.

"Terima kasih." 

"Sama-sama." Gael labuhkan duduk di sebelah aku. "Aku teman kau kejap dekat sini. Otak aku dah penat hadap assignment hari ni." dia menyisip Nescafe perlahan.

"Gael."Aku bersuara perlahan.

"Yes?"

"Kau ni bawa nasib malang ke?"

Laju Gael toleh memandang wajah aku. Kedua kening lebat miliknya berkerut. "What the heck, Aiza. Kau berdendam dengan aku ke ni?" jelas suara Gael tidak berpuas hati.

Dan aku ketawa. "Takdelah, setiap kali aku menangis, mesti kau ada. Macam tahu-tahu je."

"Ouh, lol." kali ini ketawa Gael yang pecah. "Itu bukan nasib malang namanya. Itu maksudnya takdir." dia senyum senget namun kelihatan menawan di mata aku.

"Kau percaya pada takdir ke?" jujur aku bertanya pada Gael.

"Even though aku tak ada agama, aku percaya pada takdir. There's must be a reasons kenapa aku yang selalu nampak kau menangis." tepat Gael menentang anak mata aku buatkan jantung aku berdebar namun aku tidak melarikan pandangan aku. 

Aku telan liur perlahan. "Kau nampak handsome hari ni, Gael." aku cuba bergurau, cuba mengalihkan topik.

Mendengar ayat aku, Gael ketawa kecil. Dia senyum senget, mengusik. "I know." 

"Kau wangi."

Wajah Gael berubah namun hanya sesaat. " I know."

"Kenapa kau takde girlfriend sedangkan kau handsome, Gael?"

Gael senyum kecil. "I don't know. Mungkin sebab aku terlalu fokus belajar."

"I like you."

Gael angkat kening kanan. "I know."

Dan aku ketawa kecil. Yakin betul Gael ni. "I'm kidding Gael."

"Aku tahu kau bergurau, that's why aku jawab macam tu." dia senyum. Manis.

"What if aku tak bergurau Gael?" separa serius aku bertanya, cuba menguji Gael.

Dan Gael terdiam. Lama sebelum dia memandang wajah aku tepat. "Then, I will reconsider your confession."

Serius.

Dan itu buatkan jantung aku berdegup laju. Wajah aku panas. Mayday, Mayday! Aku cuba bergurau namun aku rasa aku yang terkejut dengan jawapan si Gael.

----------

Walau aku selalu bergurau dengan Gael, aku cuba untuk menepis perasaan aku pada Gael. Aku tidak mahu menaruh harapan pada dia.

Kerana aku tahu, mustahil untuk aku dan Gael akan bersama. Dia atheist, manakala aku Islam. Aku tidak bersedia untuk galas tanggungjawab kenalkan Islam pada dia. Aku sendiri merangkak untuk belajar mengenai Islam. Aku takut, aku tidak mampu.

Lagipula, aku tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan sewaktu di universiti

-----------

Semenjak daripada kejadian malam tersebut, Ezra cuba menghubungi aku untuk bertemu namun aku tolak. Aku terlalu kecewa dengan si lelaki. Sehinggalah suatu hari.

"Why are you here?" aku cuba menahan amarah. Gigi diketap kuat.  Aku jeling tajam wajah lelaki di hadapan aku. Tak guna betul si Husna dengan Khairah ni. Berjanji dengan aku nak makan dekat cafe, last-last yang datang si Ezra.

Wajah Ezra kelat. Dia tahu perempuan di hadapannya tidak sudi bertemu dengannya. "Just for 10 minutes Aiza. Aku nak minta maaf dengan kau."

Sungguh dia kesal kerana percaya buta tuli pada cerita Layla tanpa usul periksa. Apabila dia bertanya pada Husna dan Khairah, barulah di tahu cerita yang sebenar. Ezra genggam kuat kedua tangannya, cuba mengumpul kekuatan.

"Aku minta maaf sebab marah kau tanpa tahu the whole situation Aiza." Ezra tarik nafas dalam sebelum dihembus. "Aku silap sebab tak tanya directly pada kau dulu. Silap aku sebab terlalu percayakan Layla."

Aku diam. Lama.

Tajam aku renung wajah Ezra buatkan si lelaki gelabah.

"Please Aiza. Kita dah lama berkawan. Aku tak nak persahabatan kita rosak hanya kerana seorang perempuan."

Dan ayat Ezra buatkan aku hampir ketawa sinis.

"Look Ezra. Aku dah tak marah pada kau." dan aku lihat Ezra hel nafas lega. "Aku cuma kecewa sebab kau masih lagi belum kenal perangai aku macam mana sedangkan hampir 7 tahun kita kenal."

Senyum Ezra hilang. Pucat. Si lelaki tertunduk.

Jujur, aku tahu ini bukan salah Ezra sepenuhnya. Salah si Layla yang seakan batu apa, cuba merosakkan hubungan aku dan Ezra semata-mata kerana dia minat pada si lelaki. Melihatkan si lelaki yang hampir menangis buatkan aku tarik nafas lemah. 

"Aku akan maafkan kau kalau kau janji dengan aku yang kau tak akan ulang perkara ni lagi plus, aku nak air Starbuck."

Zap! Laju Ezra angkat wajahnya.

"Aku janji!"Ezra angkat tangan kanannya laju, tanda bersumpah. Senyum si lelaki lebar.

Tergeleng kepala aku melihat Ezra. "Aku rasa kau kena deep talk dengan Layla. For now, dia hanya akan dengar nasihat dari kau Ezra." 

Wajah Ezra berubah kembali. "Kenapa aku? Dia cuba fitnah kawan aku. Aku dah malas berjumpa dengan dia."

"Ezra." aku senyum sinis. "Ever heard a wise man can be a fool in love?"

Ezra terdiam. Dia angguk perlahan. Sesaat sebelum wajahnya berubah. "Is it me?"

Aku senyum senget. "Kau rasa?"

Ezra buat muka. Dia hela nafasnya panjang. "Aku tak rasa aku sedia untuk ada hubungan sekarang Aiza. Tengoklah, dengan kau pun dah bergaduh. Inikan lagi nak ada girlfriend. "Ezra membebel geram.

"Then tell her, not me."malas-malas aku bersuara. "Takde guna kau bagitahu aku Ezra."

"Fine." Ezra mengangguk lemah.

"By the way Aiza, if kau minat Gael. Aku approve."

Bulat mata aku mendengar ayat dari Ezra.

"What the heck Ezra. Random sangat tu!" aku bersuara geram. 

"No, it's not random. Aku cuma nampak korang berdua rapat sekarang so aku nak bagitahu awal-awal Aiza." serius.

Aku gigit bibir aku. "Aku tak rasa aku bersedia jugak Ezra. Aku nak fokus pada belajar sekarang. Lagipun, he's not muslim."

Dan Ezra terdiam. Lama.

----------------

Dan perkara yang aku paling takut akhirnya berlaku.

---------------

"I like you." Dia jeda. 

Lama.

Mata coklat cair itu tepat memandang wajah aku. Kali ini rambut hitam pekatnya rapi disikat, bukan seperti biasa. Wajahnya serius.

"No, I mean I love you."

Dan hati aku terasa seperti ditikam sebaik sahaja aku mendengar ayat si dia. Aku cuba menahan air mata hampir menitis. Wajah si dia tersenyum. Aku tak mampu memberi jawapan yang akan menghilangkan senyuman di bibirnya.

Aku baru sahaja ingin membuka mulut namun si dia segera menghalang.

"Please, fikir dulu pasal luahan aku Aiza. Selepas kenal kau untuk dua tahun, I really fell for you. Your attitude, your smiles, your everything." dan dia tarik nafas dalam. Aku lihat tangannya menggeletar.

" So please, fikir betul-betul jawapan untuk luahan aku Aiza." Gael kalihkan badannya, cuba melangkah pergi namun aku segera menarik beg galasnya dari belakang buatkan dia tersentak. Dia ingin menoleh namun aku segera menghalang.

"Wait Gael, aku akan jawab sekarang." suara aku bergetar.

"Aiza, kau tak perlu paksa,"

Dan aku potong ayat Gael. "No. Aku dah fikir masak-masak."

Jeda.

Kuat aku genggam beg milik Gael. "Terima kasih Gael but, I can't love you."

Zap. 

Aku rasa ingin menangis apabila aku lihat bahu si lelaki jatuh. 

"You are atheist, I am Muslim. Aku minta maaf tapi aku tak dapat balas perasaan kau Gael. Aku tak mampu untuk bimbing kau even if kau bagitahu aku kau sanggup convert Islam." pedih. "Terim kasih sebab suka aku. Tapi aku tak dapat balas perasaan kau Gael. Aku pun belum bersedia untuk berada dalam relationship."

Perlahan-lahan aku lepaskan beg Gael. Si lelaki berpaling dan aku lihat dia ukir senyum palsu.

Kami berbalas pandangan. Lama.

"Terima kasih untuk jawapan jujur kau." bergetar suara Gael namun aku cuba hiraukan. Dan si dia berlalu pergi. Sebaik sahaja kelibat Gael hilang, aku tekup wajah aku.

Aku sukakan dia.

Aku cintakan dia.

Tapi aku rasa sekarang bukanlah waktunya. Aku minta maaf Gael sebab kecewakan kau.

And here we go my first love.

----------

Aku termenung lama di dalam kafe Sunflower. Menunggu calon pilihan ibu aku yang belum tiba. Si lelaki sepertinya sudah lewat 5 minit. Melihat lelaki chinese yang sedang beratur membeli kopi buatkan aku teringat akan seseorang.

Gael. Lee Gael.

Hampir 4 tahun aku tidak berjumpa dengannya. Si lelaki luahkan perasaan betul-betul sehari sebelum hari graduasi kami. Aku sedikit bersyukur aku tidak bertembung dengannya sewaktu hari graduasi namun sampai sekarang aku dan dia tidak pernah berjumpa.

Mungkin dia cuba untuk lupakan aku.

Begitu juga aku.

Aku sayangkan dia tapi kami tidak dapat bersama. Tapi, aku tak nak lupakan memori aku dengan dia sepanjang berada di universiti. Selepas aku tolak luahan dia, hampir tiga hari aku menangis sebab menyesal namun aku akhirnya reda. 

Aku dan dia tiada jodoh.

Dan sehingga sekarang aku tidak pernah ada hubungan dengan lelaki lain. Ibu aku risau sehingga dia carikan calon untuk aku dengan bantuan si Ezra. Ezra sekarang bekerja di luar negara, untunglah untuk si lelaki yang sering berjalan.

Layla pula semenjak ditolak oleh Ezra, dia sepertinya sedar bahawa tindakannya itu salah namun aku mengambil keputusan untuk tidak rapat dengannya. Aku tidak mahu sakit hati untuk kali kedua.

Dan serentak aku dengan lagu kegemaran aku bergema di dalam kafe. 'Beautifu Pain' by BTOB.

Lagu ini sering buatkan aku teringat kisah aku dan Gael. Shit, sikit sahaja lagi aku hampir menangis. Segera aku tampar pipi kanan aku. Cukup Aiza. Gael tu masa silam. Sekarang aku kena hidup di masa depan dengan lelaki nama Fahad yang dipilih oleh ibu aku.

Namun cubaan aku gagal.

Air mata aku jatuh. Setitis demi setitis. Aku gagal untuk kawal perasaan aku. Shit. Aku masih belum move on dari Gael. 

"Nampaknya aku terpaksa tolak Fahad."perlahan aku bersuara.

"Are you sure?"

Zap!

Laju kepala aku terangkat sebaik sahaja aku mendengar suara garau tersebut. Anak mata aku jatuh pada lelaki yang selesa melabuhkan duduk di hadapan aku. Dia hulurkan paket tisu pada aku dengan senyum manis. Kedua lesung pipitnya terserlah. Rambut hitam pekat itu disikat rapi. Dan mata coklat cairnya tepat merenung wajah aku.

"Assalamualaikum Aiza. It's been a long time, right."

Aku kedu. "Ga.. Gael?"

Dan dia ketawa kecil. "You can call me that. Tapi sekarang aku lebih dikenali sebagai Fahad. It's been one year aku peluk Islam." Dia senyum tipis. Dia yakin, aku bingung dengan apa yang terjadi.

"It's Ezra. Dia yang bagitahu aku kau masih single dan tak dapat lupakan aku. That's why I took my chance Aiza. We are both 27 years old right now. Aku yakin kau dah bersedia untuk berkahwin dengan aku kan?"lancar dia berkata.

Dan aku hilang kata-kata. Makin lebat air mata aku meluncur. Aku tundukkan wajah aku, cuba untuk menghalang Gael dari melihat wajah aku. Namun gagal apabila dia menarik tangan aku sebelum meletakkan helaian tisu di atas tangan aku.

"Tolong lap air mata kau. It pained me to know I'm the reason you are crying.." jujur ayat Gael.

Aku ketap bibir aku. Hilang kata-kata mendengar ayat si lelaki.

"Gael."

Dia pandang aku tepat.

"Yes Nur Aiza. I'm here." dia senyum manis. Senyum yang aku rindu.

"I like you." Aku pandang wajahnya tepat. "I love you." yakin aku tuturkan ayat tersebut.

Wajah Gael berubah. Merah.

"Aku minta maaf sebab aku ambil masa yang lama untuk jujur dengan kau. Aku dan lama sukakan kau." sekali lagi air mata aku jatuh.

Melihatkan aku yang menangis, Gael ketawa kecil. "It's okay. At last, kau jujur juga kan." Dia cuba memujuk.

"Aiza." Gael memanggil nama aku lembut.

"Marry me, please?"serius dia bertanya. "Aku serius Aiza. I have loved you for the past 7 years."

Dan aku angguk laju. Masih lagi dalam tangis.





TAMAT






"Sayang." Gael hela nafasnya perlahan bila dia lihat isterinya yang teresak-esak depan television. Haih. Isterinya ni dahlah cengeng tapi suka sangat lihat cerita sedih sampai menangis. 

Gael labuhkan duduk di sebelah Aiza. Baru sahaja dia duduk, Aiza segera memeluk tubuhnya erat. Teresak-esak si perempuan di dadanya. Gael tepuk perlahan belakang Aiza, cuba memujuk.  "Itulah, orang dah pesan berhentilah tengok cerita sedih tapi dia degil."

Gael membebel. Tapi niatnya hanyalah untuk bergurau.

Aiza geleng kepala. Namun tubuh Gael masih tidak mahu dilepaskan.

"I miss my dad." perlahan Aiza mengadu. 

Gael angkat kening kanan. Eh, random sangat ni. Kenapa tiba-tiba rindu ayah ni. Gael baca tajuk cerita yang dilihat oleh Aiza.

Ayla: The daughter of war.

Patutlah isterinya tiba-tiba rindu ayahnya. Gael peluk erat isterinya. "Yelah. Nanti esok kita balik rumah sayang ya. Kita jumpa ayah sayang."

Aiza angguk laju. Dia angkat wajahnya sebelum dagu Gael dia cium. "Terima kasih."

Mata Aiza yang sembap buatkan gelak Gael hampir pecah. Haihlah, comelnya isteri si Gael ni. Geram je dia nak picit-picit hidung yang merah tu. Gael kucup sekilas pipi Aiza sebelum dia lap kesan air mata di pipi Aiza. 

"Cukuplah ye sayang tengok cerita sedih. Abang tak sampai hati tengok sayang menangis tiap malam." Gael cuba memujuk. Entah kenapa sejak beberapa minggu ni Aiza suka sangat lihat cerita sedih sampai menangis. Buatkan dia sedikit risau.

Aiza pandang wajah Gael tidak berkelip. 

"Sayang tak bagitahu lagi eyh?"

Gael angkat kedua kening. "Bagitahu apa?"

Aiza capai tangan kanan Gael sebelum dilekap pada perutnya yang masih kempis. Dia senyum manis. "There's mini Gael here. Sebab tu isteri abang ni kuat sangat menangis sekarang."

Tubuh Gael keras. Dia pandang wajah Aiza. Lama.

"Sejak bila.. berapa lama."

"6 minggu. Sayang baru tahu dua hari lepas." Aiza ketawa kecil. Namun ketawanya mati apabila Gael mula menitiskan air mata.

Kuat Gael tarik Aiza ke dalam pelukan buatkan Aiza sedikit tersentak. Aiza dapat rasakan bahunya basah. Sheesh. Suaminya menangis. Aiza usap lembut rambut Gael. 

"Abang akan jadi ayah sekarang."

Gael angguk laju.

"Terima kasih sayang." dan Gael teresak.

Aiza senyum kecil. Ini pertama kali dia lihat Gael menangis selepas mereka berkahwin. Kalau tak lelaki ini selalunya berwajah selamba. Nampaknya, Aiza kena berterima kasih dengan Ezra kerana mempertemukan Aiza dan Gael kembali.

"I love you." Aiza berbisik perlahan.

"I love you to the moon and back."

Dan Aiza ketawa lepas.









This may be the last short story that I wrote for this book since I am quite busy for now plus I don't really remember how to write story anymore. Please leave your comment for this story ya . If saya ada idea untuk short story, maybe saya akan creare another book for short story



Continue Reading

You'll Also Like

28.6K 3.5K 64
Tipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kole...
1.1M 3.2K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
ADIK By symeimei

Short Story

323K 3.2K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
25.4K 1.2K 30
Cikgu Paling Popular Minat Aku!! (CPPMA) Mengisahkan tentang seorang guru yang paling popular..ramai murid perempuan yang mahu mencuri hatinya Tapi m...